Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini terbukti dalam kes Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit berkaitan skandal seks dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh hidungnya lebih kurang sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau langsung tidak menyentuh hidungnya sama sekali.
Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.
Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong.
Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba- tiba sahaja menjadi resah dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong
Salah satu caranya ialah dengan meminta butiran 'cerita' dengan lebih lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka dalam kepala si pembohong hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya mengenai butir-butir terperinci, mereka kerap terperangkap kerana belum bersedia. Inilah taktik yang biasa digunakan oleh para peguam dalam menyoalbalas saksi-saksi di mahkamah.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
THANKS amirshah sedikit ilmu yang diberikan amat berguna lagi satu cara yang paling berkesan untuk seseorang itu bercakap benar.. pukul jer dia sampai dia tak tahan lama2 dia gi tau gak hehehehehehe tak pun ikat kat pokok mangga letak kerengga dalam sluar gerenti tak bohong punyer.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????