Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peristiwa Syahidnya Hanzalah ra


Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:
Peristiwa Syahidnya Hanzalah ra


Semasa perang Uhud meletus, Hanzalah ra baru saja melangsungkan perkahwinannya dan dengan yg demikian itu beliau tidak dapat menyertai didalam peperangan tersebut dari awal.

 

Tatkala berita mengenai kekalahan tentera Islam sampai ke pengetahuan beliau, Hanzalah ra lantas bangkit dari tempat tidur setelah bersama dengan isterinya tanpa beliau sempat utk mandi junub. 

 

Lalu Hanzalah ra mencapai pedangnya terus ke medan Uhud, beliau bertempur dengan sengit, Hanzalah dengan gigih telah merempuh masuk ke khemah musuh dan terus berjuang berlawan setiap musuh Islam sehingga akhirnya beliau sendiri pun turut syahid dijalan Allah SWT didalam keadaan junub.

 

Kemudian para sahabat telah mengkebumikan mayat beliau tanpa mengetahui bahawa beliau seharusnya dimandikan. Rasulullah saw telah bersabda:

 

"Aku melihat para Malaikat memandikan jenazah Hanzalah."

 

Abu Said Saidi ra menceritakan:

 

"Semasa mendengar perkhabaran ini dari Rasulullah saw, aku pun pergi utk melihat wajah Hanzalah dan aku dapati titisan-titisan air berlinangan turun dari rambutnya."



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard