Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kalau Ada Cinta


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
Kalau Ada Cinta


Kalau ada cinta...
Mengapa harus kau membenci
Sedang aku ingin memberi
Sebuah kasih suci
Untukmu permata hati

Kalau ada cinta...
Mengapa harus kau ragui
Sedang aku merindu nian saban hari
Belaian asmara sejati
Dari seorang manusia bergelar kekasih
Kalau ada cinta...
Jangan kau jauhi
Sedang aku ingin mendekati
Menawan seluruh sanubari
Saat hatiku kau bawa lari

Kalau ada cinta...
Ingin aku berkongsi
Biar senada getar hati
Biar seiring citra jiwa dalam diri
Kerana dirimu kini kucintai....




PANDANGANNYA menerawang jauh memikirkan diri. Setiap kali mengingati hal itu hatinya jadi sedih. Benarkah hidup ini begitu mudah aturannya? Lahir, kemudian membesar menjadi kanak-kanak, riang ria di alam persekolahan. Seterusnya bergelar remaja, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, menjadi dewasa, berumah tangga, beranak-pinak dan akhirnya putaran kehidupan itu berlaku lagi pada generasi yang akan datang. Suatu ketentuan yang sudah pasti. Tetapi dalam mengharungi liku-liku kehidupan itu, manusia sering berdepan dengan pelbagai perkara. Antaranya nasib atau takdir, usaha dan kemahuan serta banyak lagi yang mempengaruhi sebuah kehidupan. Maka sebab itu, kita tidak patut menyalahkan TUHAN, kerana semuanya sudah tersedia untuk kita yang bergelar manusia. Cuma, laluan setiap insan dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini berbeza.

Kenapa mesti bersedih Irah? Irah mungkin tidak lahir dalam kemewahan hidup, tetapi Irah dilimpahi dengan kasih-sayang, asuhan dan didikan agama, kebahagiaan sebuah keluarga dan ketenangan hidup. Irah pernah juga mengecap kehidupan yang bererti. Sekurang-kurangnya Irah tidak lahir di bumi Iraq di mana rakyatnya sentiasa hidup melarat kerana peperangan. Irah juga tidak cacat, punya kudrat yang sempurna seperti manusia normal lain. Sepatutnya Irah bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga.

Namun, mampukah kebahagiaan seketika yang pernah dikecapi itu melenyapkan kisah duka yang baru sahaja bermula? Ayah, mak, Iya.... Irah rindu! Ada air mata yang menitis mengenangkan wajah-wajah itu. Senyum tawa emak serta wajah keibuannya. Belaian mesra ayah dan kata-kata nasihatnya. Ketawa dan gurauan Iya yang sentiasa menceriakan hati dukanya. Kenapa tiba-tiba wajah-wajah itu hilang dari pandangan? Kali terakhir menatap mereka, saat kain kapan membalut tiga tubuh insan yang disayangi. Wajah-wajah itu pucat lesu. Tiada lagi nafas dari rongga hidung.

“Irah, kuatkan semangat. Jangan bersedih.” Ucapan-ucapan sebegitu diterima saat dia kaku duduk di satu sudut ruang tamu. Irah seperti orang bodoh. Ditanya tidak berjawab. Diam membisu seribu bahasa. Tiada lagi senyum tawanya. Segalanya pergi bersama mereka yang disayangi. Ke manakah hala tuju selepas ini? Pada siapa lagi tempat untuk bermanja? Kalau diikutkan hati yang lara, mahu sahaja Irah turutkan mereka. Sudah tiada ertinya kalau ditinggalkan sendirian.
“Kami bukan tak nak ajak Irah. Kami pergi kejap aje. Lagipun Irah kan dah dekat nak exam. Kali ni aje kami tak bawak Irah sama-sama. Ok, sayang?” Terngiang-ngiang kata-kata ayah yang sedang menghidupkan enjin kereta. Iya di seat belakang hanya tersengih. Bukan tidak dipujuk ayahnya untuk ikut sekali menghantar Iya balik ke sekolah berasrama penuh. Irah hanya mampu memuncung, menarik muka sambil memerhatikan Proton Wira biru muda itu perlahan meninggalkan halaman rumah.

Sekejap? Ayah kata cuma sekejap. Cuma kali ini sahaja dia tidak mahu membawa Irah. Tapi rupanya ayah pergi untuk selama-lamanya. Pergi membawa emak dan Iya sekali. Kenapa tinggalkan Irah seorang diri? Irah mahu ikut!!!

“Kenapa ni?” Suara itu mengejutkannya. Segera dia mengangkat muka mencari gerangan empunya suara. Sekilas, dek pandangannya yang mula kelabu akibat genangan air mata, dia lihat Encik Mustakim berdiri di hadapan. Segera dia tunduk mengesat air mata yang tadi mencurah-curah.

Wajah Mustakim berubah. Disangkakan gadis itu tidur, rupanya menangis. Tapi kenapa? Musykil! Ringan sahaja mulutnya bertanya, mahu ambil tahu. Sekurang-kurangnya tidaklah dicop majikan yang pentingkan diri, tidak menimbang kebajikan pekerja. Kalau ada masalah, mungkin dia boleh membantu mana yang patut.

“Mata masuk habuk.” Alasan lapuk! Dah tak ada alasan lain ke nak bagi? Kalau masuk habuk pun, takkan sampai dibiar meleleh tak berhenti? Hmm...

“Dah pukul 5.30 ni. Awak tak nak balik ke? Staff lain semua dah balik. Saya pun dah nak balik ni, ke awak nak tolong kuncikan office?” Sengaja dialih topik asal persoalan. Tak kuasa nak melayan perempuan kalau dah berair biji mata. Aku pun boleh naik kesian. Bukannya boleh tengok perempuan menangis! Tambah-tambah kalau comel macam dia ni. Haru!!! Sudahlah duduk berdua. Silap haribulan kena tangkap khalwat, ada yang kena jadi bini nombor dua nanti. Mengamuk la si Anizah kat rumah! Mustakim sengih sendirian melayan angan. Irah buat tidak reti. Bukan apa, malu disergah begitu. Segera dicapai tas tangan yang diletak di bawah meja, bersiap untuk pulang.
“Saya balik dulu Encik Mustakim.” Kerusinya ditolak masuk ke bawah meja. Irah sekadar melempar senyum tawar sebelum berlalu. Lirikan mata Mustakim sedikit menggetarkan hati. Takut juga dipandang begitu. Boss bayar gaji suruh kerja, bukan menangis kat office dia!

“Lambat balik? Banyak kerja ke?” Suara Mak Ngah kedengaran dari ruang dapur. Mungkin sedang sibuk menyediakan makan malam.
“Bas lambat tadi. Irah sembahyang dulu. Kejap lagi Irah tolong Mak Ngah.” Ujarnya lalu segera menghilang ke bilik sejurus selepas mengambil air sembahyang. Beberapa ketika kemudian dia muncul di pintu dapur sambil menyinsing lengan baju kurung. Rambut lurus separas dada sudah siap diikat rapi.
“Irah kan baru balik. Mesti penat. Pergilah rehat dulu. Mak Ngah boleh buat semua ni.” Ujar Mak Ngah. Pandangannya jatuh kepada si anak dara yang sudah sedia mencapai senduk, mengacau sambal tumis di kuali. Cantik budak Irah ni. Baik, sopan. Kesian pulak. Muda-muda dah yatim-piatu! Getus hatinya. Di sebalik ketenangan wajah Irah itu terselit kesedihan yang tidak terucap. Kesuraman wajah cukup untuk memberi tafsiran.

Mak Ngah berfikir lagi. Kalaulah aku ada anak lelaki yang dah besar dan sama baya, harus aku buat menantu. Tapi..... Terkenang olehnya anak-anak yang masih kecil seramai tujuh orang yang lebih memerlukan perhatian. Lima orang dibangku sekolah, sedang dua lagi masih terkial-kial lagi bermain pasir, baru hendak mengenal erti hidup. Kemelaratan hidup pula kian menyepit bila tiba-tiba sahaja suaminya diberhentikan kerja. Mujurlah menganggurnya tidak lama, dua bulan sahaja. Kini suaminya, Rafiq sudah punya pekerjaan baru. Menjadi pemandu seorang ahli perniagaan. Kalau dulu kerjanya bawa lori, mengangkut barang-barang kargo dari Pelabuhan Klang, kini mengangkut orang pula. Ke hulu ke hilir dengan Mercedes Benz warna perak metalik. Nampak gah benar, walhal bukannya kereta sendiri.

“Pak Ngah mana? Tak balik ke?” Irah ramah bertanya. Setahunya sejak Pak Ngah menjadi pemandu, tak lekat duduk di rumah. Sibuk memanjang. Sudah pakai telefon bimbit. Tapi katanya itu majikan yang punya. Untuk emergency. Kalau tiba-tiba diperlukan, Pak Ngah akan dipanggil.
“Kejap lagi, baliklah tu. Dia kata ada hal nak bincang dengan Irah malam ni.” Mak Ngah memberitahu. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia memberitahu Irah sekarang. Nak juga tengok reaksi Irah. Apa katanya? Kasihan juga kalau Irah tak sudi. Tapi, takut pulak dikata derhaka pada suami!
“Macam serius aje bunyinya Mak Ngah. Apa halnya?” Kali ini mata bundar itu mengalih pandang, menjurus ke arah Mak Ngah seolah meminta satu jawapan yang lebih pasti.
“Tunggulah Pak Ngah balik nanti.” Itu sahaja jawapan yang diberi.

“Macam mana? Irah setuju? Pak Ngah bukan nak memaksa. Pak Ngah faham. Irah pun muda lagi.” Irah tidak senang duduk. Ada perasaan yang bergolak di dalam hati saat ini.

Kahwin? Irah gelisah. Bagaimana dengan cita-cita yang hendak di capai? Harapan arwah mak dan ayah yang belum digenggami?

Kahwin? Irah buntu. Irah masih muda. Bercinta pun belum pernah. Ah! Bukan itu soalnya! Soalnya Irah belum bersedia! Irah baru 18.

“Pak Ngah faham kalau Irah tak suka. Yelah, jadi isteri muda ni siapa yang hendak. Semua perempuan pun tak mahu bermadu. Pak Ngah kesian tengok majikan Pak Ngah tu. Isteri dia uzur. Manalah larat nak melayan suami. Kena pulak dia minta Pak Ngah yang carikan calon. Irah jangan ingat Pak Ngah nak menjual Irah pulak. Pak Ngah tak ada maksud macam tu. Pak Ngah sayang Irah macam anak sendiri. Cuma mungkin Pak Ngah tak mampu nak sediakan kesenangan untuk Irah. Nak bantu Irah sambung belajar pun Pak Ngah tak ada duit.” Kata-kata itu cukup menyengat cuping telinga. Irah rasa serba-salah. Terbayang di ruang mata dirinya bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah tua, berkepala separuh botak dan beruban, serta perut yang boroi. Tidak! Irah tidak mahu! Tambahan lagi, gelaran isteri muda yang bakal dinobatkan kepadanya. Arrgghhhh!!! Irah mahu jerit sekuat hati!



---
aku copy citer nih.memang besh..

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 2


Irah masih lagi bersimpuh di lantai. Jari-jemarinya memintal hujung baju. Keresahan jelas terpamer di wajah comelnya. Sudah bergenang air jernih di kolam mata, tetapi ditahan supaya tidak menitis. Sejenak, dipandangnya anak-anak Pak Ngah dan Mak Ngah yang sedang bergelimpangan tidur di bilik dari pintu yang terbuka luas. Maklumlah, kalau tidur beramai-ramai sudah tentu rasa panas. Sebab itu pintu bilik dibiarkan ternganga.

Irah rasa sedih. Kalau bukan kerana Pak Ngah sekeluarga, pasti dirinya kini merempat entah di mana. Pak Ngahlah satu-satunya adik ayah yang tinggal selepas kematian Mak Su, adik perempuan ayah yang bongsu. Atuk dan nenek pun sudah lama pergi. Keluarga sebelah emak pula jauh di Sabah. Tidak pernah dikenali dan tiada khabar berita. Pak Ngahlah kini bertanggungjawab menjaganya setelah kehilangan ahli keluarga dalam satu kemalangan jalanraya di Ipoh. Ketika itu mereka dalam perjalanan hendak menghantar adiknya Zaliyah ke sekolah berasrama penuh. Irah sedar, kehadirannya menambah beban yang ditanggung memandangkan anak-anak Pak Ngah yang ramai dan masih kecil.
Kehidupan mereka sekeluarga juga tidaklah sesenang mana. Cukuplah sekadar apa yang ada. Mujurlah Irah diterima bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta selepas menamatkan SPM. Itupun gajinya tidak cukup untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Irah fikirlah baik-baik. Ini pun untuk kesenangan Irah juga. Jangan pula ingat Pak Ngah nak menghalau Irah. Pak Ngah cuma harap Irah dapat mengecap kehidupan yang lebih baik dari apa yang Pak Ngah sediakan. Pak Ngah yakin Irah akan bahagia. Majikan Pak Ngah tu baik orangnya. Pak Ngah pasti dia akan layan dan jaga Irah dengan sempurna.” Irah masih lagi membatu. Wajahnya langsung tidak diangkat. Ah! Aku sudah tersepit. Menolak, ibarat aku mengecewakan Pak Ngah yang banyak menabur budi dan menambah bebannya. Menerima bererti aku menyeksa diri sendiri. Kacau!

Pak Ngah merenung lagi batang tubuh Irah. Kasihan! Bukan dia mahu memaksa, tetapi dia juga terpaksa. Selama mana dia mampu untuk menjaga Irah sedangkan pendapatannya kecil dan hanya cukup-cukup untuk menyara keluarga. Itu belum masuk lagi perbelanjaan untuk pelajaran anak-anak akan datang. Kusut juga fikiran bila dikenang-kenangkan.

“BAIK pada pandangan Pak Ngah, baiklah juga untuk Irah.” Ah! Mahu sahaja Irah jahit mulut yang gatal bersuara. Kalau tidak kerana jawapan itu, pasti dia tidak duduk di sini. Pasti juga dia tidak menyarung kebaya biru buatan Songket Terengganu tika ini.

Hati Irah berdebar-debar. Majlis akad nikah telah berlangsung. Sebentar tadi dia mendengar ucapan akad nikah dilafazkan oleh jurunikah dan disambut oleh pengantin lelaki. Tenang suara itu, lembut menyapa telinga. Sedap suaranya. Bagaimana pula orangnya? Irah tidak berani angkat muka. Setiap waktu dia hanya tertunduk. Tidak pernah dia melihat lelaki itu. Semuanya diuruskan oleh Pak Ngah. Bukannya tidak pernah lelaki itu bertandang ke rumah. Sengaja Irah mengelak. Tak sanggup tengok lelaki tua senyum menyeringai pandang anak dara umur 18. Gerun!

Saat ini Irah rasa terasing. Suasana majlis perkahwinan di banglo itu tidak langsung mencuit hati. Beginikah perasaan pengantin baru? Kenapa tak rasa apa-apa pun? Memang cantik banglo ni. Orang kaya, dua tiga buah rumah pun boleh dibeli. Inipun, salah satu dari milik dia, agaknyalah! Majlis perkahwinan tersebut dirancang dan diadakan di situ secara sederhana. Kenalah sedar status sendiri. Takkan nak buat kat hotel dan heboh satu Malaysia. Dah awak tu bergelar isteri muda! Irah memarahi diri sendiri.

Irah rasa mengantuk. Terkuap-kuap menahan mata dari terlelap. Masuk kali ini sudah tiga kali mulutnya ternganga menguap. Keletihan dirasakan menjalar ke seluruh tubuh. Ikutkan hati mahu sahaja buat aksi renang berirama atas katil ni! Tapi, kenalah ingat, katil ni bukan aku yang punya. Takkan nak rembat sorang diri. Sedarlah sikit kalau dah menumpang harta orang! Gulp... Irah telan liur. Katil pengantin King size dipandangnya. Habis, kena share dengan dia ke? Habislah aku! Irah kerisauan pula. Apa harus dibuat? Irah pun tidak tahu. Arwah emak pun tidak pernah memberitahu apa-apa tentang malam pertama. Jauh sekali. Bercinta pun emak tak bagi, kononnya takut mengganggu pelajaran anak daranya. Irah kan muda lagi...

“Assalamualaikum.” Salam diberi penuh sopan serentak daun pintu dibuka. Dag, dig dug! Boleh dihitung denyutan jantung Irah. Takutnya! Akhirnya Irah menunduk lagi.

Irah dengar pintu ditutup. Tiada derapan kaki didengari. Ini bukan lantai kayulah cik kak! Seketika Irah mengangkat muka. Terkejut melihat sesusuk tubuh seorang jejaka menghampirinya lantas duduk di sisi, di birai katil pengantin yang terhias indah. Segak, muda dan kacak bergaya. Tinggi, berkulit sawo matang, berkumis nipis, sedikit janggut yang ditrim kemas menampakkan kejantanan seorang lelaki. Bulu keningnya lebat hitam, matanya bening dan di bibirnya terukir senyuman. Kontra habis! Irah rasa tidak percaya. Mana perginya lelaki boroi, kepala separuh botak dan beruban yang sentiasa dibayanginya? Betul ke dia? Irah perhatikan atas hingga bawah. Baju Melayu Songket biru yang dipakai lelaki itu sedondon dengan pakaiannya. Sah! Memang tak silap orang.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Lelaki itu tersenyum lagi. Tenang. Irah tidak karuan lantas mengalih pandangan. Malulah pula!
“Kenapa ni? Shahirah asyik tunduk aje dari tadi. Shahirah tak sihat ke?” Irah rasa bahunya disentuh. Berderau darah naik ke muka. Tidak pernah mana-mana lelaki menyentuh tubuhnya sebelum ini. Shahirah? Itu nama penuh Irah. Dia tahu? Mestilah dia tahu! Bodoh punya soalan! Apa nama dia ya? Oh ya....

Fariz memandang perempuan itu. Shahirah. Cantik nama itu, secomel orangnya. Pertama kali dia melihat sendiri wajah Shahirah. Sebelum ini Shahirah hanya dilihat dari gambar. Itupun gambar berukuran pasport, macam orang nak minta kerja. Bukan dia tidak ingin berjumpa, tetapi Shahirah yang tidak sudi. Malu sangat kononnya. Nanti kalau dah kahwin hari-hari pun boleh tengok. Itulah alasan yang diberi.

Hmm... lihat dari gaya, memang benar nampak macam anak dara. Belum apa-apa dah takut semacam. Belum masuk gear satu pun lagi! Fariz berlelucon sendiri. Baru 18, masih muda. Lainlah dengan dirinya yang sudah dua tahun melayari bahtera rumah tangga. Umur pun sudah hampir menjangkau tiga puluhan. Seketika dia teringatkan Julia. Bagaimana dia sekarang? Menangiskah? Ah, bohonglah kalau ada perempuan dengan rela hati benarkan suami beristeri lagi kalau tiada langsung rasa cemburu dan sedih. Memang hakikatnya begitu, walaupun perkahwinan ini pun atas kehendak Julia.

“Dah ngantuk? Kalau nak tidur pun salin baju dulu.” Tegurnya sewaktu Irah menguap lagi untuk kali keempat. Irah tersipu-sipu malu. Salin baju? Depan dia? Aduhhh.....

Fariz bangun lalu menuju ke almari pakaian. Dia juga sudah terlalu letih. Seronoknya kalau dapat melenakan diri atas katil empuk masa ni.

Irah tergamam saat melihat dada bidang yang sasa itu terdedah. Segera dia mengalih wajah, tidak sanggup menatap adegan yang seterusnya. Fariz sudah sedia menyalin pakaian. Bingkas Irah bangun menuju ke almari dan mengeluarkan baju lalu kemudiannya berlalu ke bilik air.
“Nak ke mana tu?” Soalan itu mematikan langkahnya.
“Salin baju.” Irah memberanikan diri bersuara. Fariz sekadar menarik nafas. Salin ajelah kat sini. Nak segan apa? Laki sendiri. Macamlah aku tak pernah tengok perempuan! Hatinya merungut. Namun, dibiarkan sahaja Irah berlalu. Matanya sudah terlalu berat. Letak sahaja di atas bantal, terus dia berlabuh ke dunia lain...

Baru dua hari bernikah, Fariz sudah mula keluar rumah. Ke mana? Ke rumah isteri tua agaknya. Sayang betul pada isteri tua. Tapi, kalau betul-betul sayang, takkan sanggup kahwin lain. Kata Pak Ngah, isteri tua dia sakit. Betul ke? Kalau sakit, sakit apa? Hmm.... Orangnya segak, mesti isteri dia yang sorang lagi tu pun cantik. Macam-macam tanggapan dan persoalan bermain di kotak fikiran Irah.

Genap seminggu! Fariz tidak nampak batang hidung. Irah ditinggal seorang diri di banglo tepi bukit itu. Langsung tiada khabar berita dari suaminya. Sunyinya Irah tidak terkira. Jiran-jiran pun jauh benar hendak bertandang. Kebanyakan yang tinggal di situ terdiri dari pelbagai bangsa. Masing-masing buat hal sendiri. Orang kayalah katakan. Mujurlah ada Pak Seman. Dialah tukang kebun dan penjaga banglo itu. Hari-hari Irah bersembang dengannya. Ada juga Pak Ngah singgah sekali dua. Pembantu rumah pun tidak disediakan. Tapi Irah tidak kisah. Bukannya dia tidak biasa membuat kerja rumah. Kalau ada pembantu rumah, nanti apa pula Irah nak buat untuk mengisi masa lapang?

“JULIA kan tak sihat. Tak payahlah turun.” Ujar Zahidah tatkala tangannya disambut dengan salam dan dicium oleh menantu kesayangan.
“Ju tak apa-apa mak. Abang jaga Ju dengan baik masa mak dan abah tak ada.” Dikerling pada Fariz dan Pakcik Rafiq yang sedang mengangkut beg-beg dari kereta. Sebentar tadi suaminya pergi ke lapangan terbang KLIA, menjemput ibu dan bapa mertuanya yang baru balik dari mengerjakan Umrah. Pelbagai barang dan hadiah dibawa pulang oleh ibu dan bapa mertuanya dari Mekah.

Air Oren yang menjirus masuk ke dalam tekak menyegarkan badan yang keletihan. Julia sekadar melempar senyuman. Dipandang wajah ibu dan bapa mertuanya yang kelihatan berseri-seri sekali.
“Mak kamu seronok benar kat sana. Dua kali dapat cium Hajar Aswad.” Ujar Azri. Zahidah tersenyum lebar. Kenangan di Kota Mekah sukar benar dilupakan. Betapa gahnya melihatnya Kaabah dan Masjid Nabawi yang tersergam indah, tanda kebesaran dan kemuliaan Islam. Seronok sekali dapat menjejakkan kaki ke tanah mulia itu.
“Bukan senang nak dapat peluang tu. Terus mak ambil kesempatan berdoa untuk kita sekeluarga. Mak pun doakan Julia lekas sembuh. Tuhan Maha Kuasa. Insya-Allah bertambah sihatlah Julia hendaknya.” Julia senyum lagi. Sayang benar si ibu mertua pada dirinya. Maklumlah, hanya dialah satu-satunya menantu yang ada. Tapi, kalau ikutkan hakikat yang sebenar……
“Alah. Bukan itu aje. Mak kamu sebenarnya teringin nak menimang cucu. Harapnya kalau Julia cepat sembuh, lekaslah dapat cucu seorang lagi.” Saat ini wajah Julia berubah. Bukannya emak tidak tahu yang Julia….
“Abang ni!” Zahidah menyiku suaminya yang duduk di sebelah. Perubahan di wajah Julia merisaukannya. Bimbang takut-takut hati Julia tersentuh. Julia cuba pamer wajah tenang. Dipandang wajah Fariz yang masih lagi membisu. Tak mahu berterus-terangkah pada mak dan ayah? Mereka juga berhak tahu yang anak lelaki mereka sudah menikah lagi satu. Itu pun atas permintaan Julia. Dia sedia maklum kehendak ibu mertua yang semakin lanjut usia. Meskipun Lydia ada sebagai penyeri, namun Julia tetap tidak lupa. Lydia bukan darah daging Fariz. Lydia adalah anak hasil perkongsian hidup bersama suami terdahulu, Kamarul Ariffin.

“Lydia mana?” Zahidah mengubah topik. Diangkat leher menjengah ke kiri dan kanan, mencari kelibat si comel berusia 7 tahun yang dirindui.
“Ikut Cik Su dia ke Mid Valley. Anim janji kalau Lydia menang pertandingan mewarna kat sekolah, dia nak belikan hadiah.” Jawab Julia.
“Lydia menang pertandingan mewarna ke?” Ceria wajah Zahidah bertanya. Dia tahu, si comel itu semakin keletah dan pandai. Tengoklah siapa mamanya. Seorang peguamcara dan peguambela di ibukota. Cuma kini, sejak jatuh sakit, Julia tidak lagi bekerja. Fariz sama sekali tidak membenarkan.
“Dapat nombor 2 aje.” Fariz tiba-tiba menyampuk.
“Alah. Nombor 2 pun ok jugak. Kira pandai juga cucu abah tu.” Azri pula memotong.
“Bang…,” Tangan Julia dirasakan menyentuh peha. Segera Fariz berpaling. Ada isyarat yang diberikan isterinya. Cepat-cepat dia menggeleng. Biarlah perkara itu dirahsiakan dahulu. Ibu dan bapanya pun baru pulang. Takut nanti terkejut pula menerima berita itu.
“Haa… sok-sek berdua pulak. Apa halnya tu?” Zahidah mengangkat kening. Dapat dikesan ada sesuatu yang sedang bermain dalam pemikiran anak dan menantunya.
“Mana ada cakap apa-apa. Ju ni ha, saja aje.” Pandai pula Fariz memberi alasan untuk mengelak syak wasangka.
“Rahsia suami isteri. Biarlah! Awak ni pun. Nanti kalau dia nak cakap, pandailah dia beritahu.” Balas Azri pula.
“Ju nak ke dapur. Hari ni Ju nak masak special raikan kepulangan mak ngan abah. Mak dan abah rehatlah dulu.” Julia bangun menatang dulang minuman yang bersisa.
“Biar jelah kak Saba yang masak. Ju kan tak sihat.” Tegur Fariz pula.
“Alah bang. Bukannya selalu. Mak dan abah pun mesti rindu nak rasa masakan Ju, ye tak?” Terukir senyuman di ulas bibir Zahidah. Hai menantuku yang sorang ni! Pandai betul mengambil hati.


“ABANG dah seminggu tak balik sana. Kesian Shahirah. Dahlah tinggal kat banglo tu sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa kan susah!” Tegur Julia yang sedang bersiap-siap di meja solek.
“Alah, Pak Seman kan ada, temankan dia. Janganlah risau.” Fariz menjawab acuh tidak acuh. Sejadah dilipat dan diletakkan semula ke penyidai, lalu dia duduk pula di birai katil, menunggu Julia bersiap untuk turun makan malam bersama keluarga.
“Besar manalah sangat kudrat Pak Seman tu. Buatnya datang perompak beramai-ramai, abang tak fikir ke? Bahaya tu bang. Baik abang pindah ke kondo ke, apartment ke, lagi selamat. Kurang-kurang, kalau abang balik ke sini, keselamatan dia terjaga.” Sambung Julia lagi. Fariz rasa ada kelucuan di situ yang membuatkannya tergelak kecil. Kalau isteri tua lain, mahu mengamuk bila dapat tahu ada madu. Pasti berterbangan periuk belanga. Ini, terbalik pula. Isteri tua risaukan isteri muda lebih dari suami.
“Abang ni! Ju cakap betul-betul abang gelak pulak!” Julia merajuk manja. Ah! Manisnya kalau Julia marah-marah dan merajuk. Sikap Julia itulah yang sering menawannya, menambahkan kasih sayang yang ada. Bukan selalu Julia menarik muka. Tidaklah getik semacam seperti sesetengah perempuan yang tahu merajuk aje!
“Abang tengok kan kalau Ju merajuk, makin cantiklah isteri abang ni!” Usiknya, menambahkan lagi muncung yang sudah sedepa.
“Abang!” Satu cubitan lepas di peha, disambut dengan jeritan kecil Fariz. Bukan main bisa cubitan jari Julia.
“Gurau sikit pun nak melenting. Abang tahulah. Bukannya abang tak fikirkan tentang keselamatan dia. Ju janganlah risau. Nanti abang uruskan semua.” Cepat-cepat dipujuk isteri yang cantik jelita. Takut nanti makin panjang pula rajuknya.
“Dahlah bang. Jom turun makan. Mak dan abah dah tunggu tu.” Julia menarik tangan Fariz. Muncung sedepa sudah hilang, diganti dengan senyuman manis walaupun wajah itu kelihatan sedikit pucat. Julia memang tak lekang dari senyuman!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 3


PANCARAN kilat yang kuat dan bunyi guruh yang berdentum hebat mengejutkan lenanya. Irah menggosok mata yang masih mengantuk. Kilat menyambar lagi. Terus dia memejam mata dan menutup telinga. Fobia pada kilat tidak pernah hilang sejak kecil lagi. Hujan di luar turun mencurah-curah, lebat bersama angin yang menderu-deru.

Irah mengorak langkah menuruni anak tangga menuju ke dapur. Tekak yang haus ingin dibasahi. Suasana malam yang gelap sedikit menakutkan. Ditekan suis lampu, tidak menyala. Black out! Irah gusar. Sudahlah tinggal seorang dalam rumah besar, elektrik pula tiada. Takutnya! Dia berkira-kira untuk mencari lilin atau lampu suluh. Barangkali ada dalam laci kabinet di dapur. Langkahnya dipercepatkan. Risau berada dalam gelap begini. Mujurlah pancaran kilat sekali-sekala memberi sedikit cahaya membolehkannya nampak jalan ke dapur.
Irah rasa tidak sedap hati. Meremang bulu roma. Entah kenapa dirasakan ada seseorang yang turut bersama-samanya di dalam banglo itu. Pak Seman? Lelaki tua itu sudah pulang petang tadi kerana isterinya sakit. Jadi, Pak Seman tidak menemaninya malam ini. Kalaupun Pak Seman ada, Pak Seman tidak masuk ke dalam rumah, sekadar tidur di bilik belakang berhampiran stor. Baru sahaja tangannya mencapai lampu suluh Irah rasa tubuhnya disentuh orang. Terus dia menoleh. Sesusuk tubuh seorang lembaga tegak berdiri.
“Aaaa!!!!!!” Irah menjerit sekuat hati. Tiba-tiba kedua belah tangannya digenggam kejap oleh lembaga itu. Ya ALLAH! Selamatkan aku!
“Lepaskan aku! Tolong!!!” Irah meronta-ronta lagi.
“Hei…Shahirah! Abang ni!” Lembaga itu bersuara. Irah mencari-cari nada suara itu. Semacam pernah didengari.

Lampu suluh di tangan kanan dinyalakan. Pancaran kilat dari luar menampakkan wajah lelaki itu. Fariz! Irah mengucap lega. Sekali lagi petir berdentum. Serentak dengan itu tubuh sasa Fariz dipeluknya, terkejut dek kemaraan petir menyelar bumi.

Terpana seketika Fariz saat tubuhnya dipeluk erat. Tidak pernah isterinya bertindak begitu sebelum ini. Malam pertama dahulupun, bila dia bangkit dari tidur, dilihatnya Shahirah tidur di sofa, bukan di sebelahnya. Malam kedua pula berlalu dengan dia tertidur di bilik bacaan meninggalkan Shahirah tidur sendirian di bilik. Terasa ada gigilan dari tubuh kecil itu. Takut barangkali? Dibiarkan sahaja tubuhnya dalam rangkulan.
Irah terasa kehangatan menjalar dari tubuh lelaki itu. Hish! Apa aku buat ni? Segera dilepaskan pelukan eratnya. Serentak itu juga lampu ruang dapur menyala. Sakit juga mata akibat mengalami perubahan kadar cahaya yang tiba-tiba. Bola matanya dialih memandang wajah Fariz. Bajunya sedikit lencun.
“Dah lama ke black out?” Soalan itu keluar dari mulutnya. Teragak-agak Irah hendak menjawab.
“Tak pasti. Irah tidur tadi. Sedar-sedar dah black out.” Jawab Irah. Ooo… Nama panggilannya Irah!
“Hmm… dah ada letrik balik dah. Jangan takut. Abang ada kat sini.” Ujar Fariz. Irah sekadar mengangguk.
“Kenapa tak telefon dulu abang nak balik sini? Terkejut Irah. Ingatkan pencuri tadi,” Irah pula bertanya.
“Abang lupa. Lagipun tak rancang nak balik malam ni. Abang balik ni pun sebab ada hal nak bagitau Irah. Abang dah aturkan tempat tinggal lain untuk Irah. Senang abang nak berulang-alik. Kemas barang-barang yang perlu sahaja. Abang sibuk, tak sempat nak bagitahu awal-awal pada Irah. Esok kita pindah.” Nada suara Fariz seolah memberi arahan. Pindah? Terkebil-kebil mata Irah berkedip. Irah tidak membantah sebaliknya mengangguk lagi.
“Abang nak mandi ke? Basah tu. Nanti demam.” Irah bersuara.
“Tak apa. Basah sikit aje. Nanti abang tukar baju. Irah kalau mengantuk pergilah sambung tidur.” Fariz memadamkan lampu suluh yang menyala. Irah melangkah naik ke bilik. Dikerling ke belakang. Fariz tidak ikut sama. Irah masuk ke bilik dan duduk di birai katil menunggu si suami. Fariz tidak kunjung tiba. Lama dia menanti hingga rasa mengantuk mengundang kembali. Namun, kelibat Fariz masih tidak kelihatan. Ke mana dia? Lantas Irah turun semula. Melilau dia mencari Fariz. Dalam bilik bacaan ke? Tepat sekali seperti yang dijangka. Saat dia membuka pintu dilihatnya Fariz sudah lena berdengkur di sofa. Perlahan Irah menutup kembali daun pintu. Ada sedikit kekecewaan menyelinap di balik jiwa.

HAA!!! Itulah! Lain kali degil lagi. Ikutlah kepala otak sendiri! Jangan dengar nasihat orang! Irah merungut di dalam hati. Tangannya masih ligat memicit dahi Fariz yang panas. Sepagi selepas mengangkut barang berpindah ke Kondominium Sri Damai, terus sahaja Fariz pening. Badannya panas semacam. Hampir-hampir dia pitam kalau tidak Irah menyambut tubuhnya dan memapah ke bilik. Mujurlah tidak banyak barang yang dibawa. Sekadar beg pakaian dan beberapa barang lain yang dirasakan perlu. Kondo yang dibeli sudah dilengkapi perabot, memudahkan mereka berpindah ke situ.

Dahlah badan besar! Aku ni kecik! Nasib baik tak pengsan. Kalau tak, jenuh nak mengangkat. Kes aniaya betul! Irah mengomel lagi. Sudah dua biji Panadol masuk ke dalam mulut Fariz. Demamnya masih belum ada tanda-tanda mahu kebah.
“Pergi kliniklah bang. Makin panas ni.” Pujuk Irah lagi. Kasihan pula melihatkan Fariz berkeadaan begitu. Tapi, nak bawa macam mana? Nak drive, Irah tak reti bawa kereta. Lesen pun tak ada. Panggil teksi ajelah!

Fariz hanya mengangguk. Tidak tahan menanggung pening. Silap haribulan, orang ingat kena SARS pulak!

Anim menggosok matanya berkali-kali. Betul ke ni? Rasa macam tak percaya pulak. Eh! Takkanlah! Diperhatikan satu pasangan manusia yang keluar dari perut teksi dan berjalan beriringan masuk ke Klinik Ho. Rasanya dia kenal lelaki itu. Macam abang! Tapi, iye ke? Anim menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Bukan tu! Segera ditolak jauh tanggapan yang mula bersarang di benak. Kalau abang dah tentu Mercedes Benz perak metalik sudah tersadai di tempat letak kereta. Pakcik Rafiq pun tak nampak batang hidung! Anim berasa lega pula. Mustahil abangnya keluar dengan perempuan lain. Dia cuba membandingkan abangnya dengan lelaki itu tadi. Memang dari susuk tubuh dan gaya saling tak tumpah. Wajahnya, Anim kurang pasti. Hanya lihat dari seberang jalan. Romantik semacam aje pasangan itu. Yang lelaki siap terlentok dekat bahu pasangannya. Berpegang-pegang pinggang lagi. Ish! Tak adanya abang berperangai macam gitu! Tak pernah! Takkanlah abang nak cari perempuan lain selepas kak Ju! Anim masih ingat lagi bagaimana murungnya wajah Fariz ketika mendapat berita Julia berkahwin dengan rakan sejurusannya, Kamarul Ariffin ketika di tahun akhir. Hampir 5 tahun Fariz menyepi diri. Tiada wanita lain dapat membuka pintu hati. Hinggalah dia dipertemukan semula dengan Julia yang sudah menjanda dan punya seorang cahaya mata. Kalau abang gilakan perempuan, tak adanya kak Ju yang jadi pilihan, sedangkan bersepah anak-anak dara yang tergila-gilakannya!

“BILA abang nak berterus-terang dengan mak dan abah? Ju tak kisah. Ju ready aje kalau abang nak beritahu sekarang.” Fariz menarik nafas. Balik-balik itu yang ditanya. Baru aje balik dari kondo, nama Shahirah juga yang disebut Julia. Sudahlah demam aku pun baru kebah. Siapa yang kahwin lagi sebenarnya ni? Aku ke Julia?

Fariz menggaru dahi dengan jari telunjuk, cuba memikirkan jawapan yang paling sesuai. Dipandang wajah Julia yang terkulat-kulat. Aduh! Sudahlah isteri yang sorang ni cantik jelita dan disayangi dengan sepenuh hati. Tiba-tiba pula disuruh kahwin lagi. Kalau lelaki lain memang dah Raya Cina! Aku? Hmm.... Terfikir pula di benaknya diri Shahirah yang ditinggalkan sendirian di Kondominium Sri Damai. Memanglah tidak secantik dan setanding Julia. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menurut sahaja permintaan Julia itu. Mungkin kerana hendak menjaga hati perempuan yang disayangi. Bagaimana dapat dibuka pintu hati untuk Shahirah sedangkan sepenuh cinta sudah diabadikan untuk Julia? Hanya Julia yang bertakhta di jiwa. Bukan Shahirah dan bukan orang lain. Sudahnya dia sendiri tidak tahu apa harus dilakukan terhadap Shahirah. Mahu dibiarkan begitu atau diterima sahaja sebagai isteri? Kalau sekelumit perasaan pun tiada, bagaimana harus Shahirah didekati? Bingung!

“Nantilah? Abang belum sedia lagi. Kahwin ni pun terburu-buru. Nasib baik mak dengan abah tengah kat Mekah buat Umrah. Anim pulak kat kolej. Kalau diorang tahu, habis abang!” Keluhnya.
“Kenapa pulak? Shahirah pun isteri abang jugak. Dia berhak ke atas abang. Takkan selama-lamanya abang nak rahsiakan hal ni? Sampai bila abang nak beri alasan outstation kalau menjengah Shahirah? Nanti kalau ada ahli keluarga yang nampak, mesti mereka ingat abang buat benda tak senonoh. Susah-susah sangat, biar Ju aje yang cakap! Ju yang beriya suruh abang kahwin lagi. Untuk kebaikan semua jugak.” Wajah Julia sudah berubah. Bengang agaknya dengan tindakan Fariz yang ingin merahsiakan pernikahan kali keduanya.
“Ju, janganlah macam tu. Ju tahu abang sayang dekat Ju. Ju sorang je dalam hati abang.” Bahu Julia ingin dipaut tetapi isterinya lebih dahulu mengelak. Geram tak sudah dengan perangai Fariz.
“Tak adil abang cakap macam tu. Shahirah dah sah bergelar isteri. Abang bertanggungjawab terhadap dia. Abang kan lelaki! Abang nak tunggu Ju mati dulu baru nak cakap kat mak dan abah? Macam tu?” Fariz bercekak pinggang. Pantang benar perkataan itu didengarinya.
“Ju ni tak habis-habis melalut fasal mati! Abang tak suka tau! Berapa kali abang cakap? Cuba bawak bersabar sikit! Allah tu Maha Kuasa! Kalau Dia nak Ju sembuh, sekelip mata aje Ju boleh sembuh. Ini tidak, asyik nak berputus asa. Cakap doktor yang kata Ju dah tak ada harapan, Ju boleh terima. Ju ingat doktor tu Tuhan ke?” Keras suara Fariz memarahi Julia. Tidak semena-mena air jernih merembes dari birai mata isterinya. Dia rasa bersalah.
“Ju bukan nak paksa abang. Ju pun tak nak berputus asa. Tapi, Ju rasa macam Ju dah tak lama hidup kat dunia ni. Ju tak mahu abang dituduh yang bukan-bukan. Ju sayangkan abang!” Tubuh itu dipeluknya erat serentak dengan air mata Julia yang menitis laju. Bukan tidak sedih melihat keadaan isterinya itu. Dibelai rambut yang kusam milik isterinya. Kalau dulu, bukan main lebat, ikal dan panjang lagi. Tapi kini, sudah nipis akibat kesan rawatan kemoterapi yang berpanjangan.

Fariz menghela nafas. Tangis Julia masih berpanjangan. Liver cancer! Fariz rasa tidak percaya. Kenapa Julia boleh mengidap penyakit itu? Dari mana dan bila, tidak diketahui. Yang pasti saat mereka mengetahuinya penyakit itu sudah menular di dalam tubuh. Rawatan dan ubat yang diambil tidak langsung memberi kesan. Malahan makin membuatkan Julia menderita. Rawatan kampung juga turut dicuba. Sudah pelbagai bomoh dan pawang ditemui, ternyata sia-sia. Julia pasrah menghadapi hayat yang masih bersisa.

“Nantilah. Bila abang dah bersedia nanti, kita cakap kat mereka. Ok sayang?” Jawapan itu sedikit melegakan hati Julia. Risaunya tidak terkira memikirkan Shahirah. Bimbang kalau-kalau kehadiran perempuan itu ditolak hanya kerana punya title isteri kedua. Julia sedia maklum, kalau sudah bergelar isteri muda, pastinya masyarakat memandang serong. Apa yang pasti, dia tidak mahu Shahirah dikatakan perampas dan perosak rumahtangga kerana dia sendiri yang menginginkan kehadiran Shahirah dalam hidup mereka.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 4


IRAH mendengus. Bosan! Dipandang segenap ruang tamu kondo yang terhias indah. Suasana sunyi dan tenang. Langsir satin berwarna peach lembut menari-nari dipukul angin yang menderu masuk dari jendela yang terbuka. Ruang tamu tersusun kemas. Tampak lebih ceria dan menarik. Irah telah membuat beberapa perubahan terhadap dekorasi ruang itu. Sofa biru nila sudah beralih kedudukan, menjadikan ruang kelihatan lebih luas. Jambangan bunga tulip menjadi hiasan di atas meja kaca. Mengundang suasana romantis.

Sebentar tadi Fariz ada menelefon memberitahu dia akan balik ke kondo petang ini. Nak masak ke? Irah berkira-kira. Namun hajatnya itu dimatikan sahaja apabila mengenangkan bekalan makanan yang sudah habis. Hanya tinggal air masak dan biskut kering sahaja di dapur. Fariz pun sudah lama tidak berkunjung ke mari. Kalau ada, setakat singgah sebentar bertanyakan khabar. Duit belanja dapur yang diberikan dahulu pun sudah habis. Irah tidak berani meminta. Cukuplah sekadar apa yang diberi. Sudah kira baik Fariz membenarkannya tinggal di situ walaupun sendirian. Sekurang-kurangnya Irah tidak merempat. Tambahan lagi, tinggal di kondo mewah begini memanglah lebih selesa jika dibandingkan dengan rumah kayu Pak Ngah.
“JU nampak lain hari ni. Nampak lebih berseri.” Teguran dari Fariz membuat hati Julia makin kembang dan berbunga.
“Ye ke bang? Ju pun rasa sihat semacam aje. Entahlah, Ju rasa happy sangat-sangat. Kalau Ju mati hari ni pun tak apa. Tak rasa sedih.” Kata-kata akhir Julia itu mencengkam perasaan Fariz. Dia ingin menegur tetapi dimatikan niatnya. Takut nanti bergaduh lagi.
“Abang nak balik kondo kan hari ni? Baliklah petang sikit. Nanti jangan lupa kirim salam Ju pada Shahirah.” Fariz masih lagi mendiamkan diri. Entah kenapa ucapan Julia tadi benar-benar mencuit hatinya. Julia seolah-olah tidak mengerti.
“Ju nak ambil air sembahyang siap-siap. Kejap lagi nak masuk Asar. Takut lepas ni dah tak sempat dah.” Kata Julia. Fariz menjeling isterinya. Risau benar dengan ungkapan Julia yang asyik melalut tentang mati sejak akhir-akhir ini. Meskipun dia tidak suka Julia bercakap begitu, Fariz tidak menyuarakan apa-apa. Julia berlalu ke bilik air.

Sejurus kemudian, Fariz terdengar seolah-olah ada sesuatu jatuh menghempap lantai bilik air. Julia! Berdegup pantas jantung Fariz, sepantas lariannya. Julia kaku terbaring di lantai jubin. Nafasnya berombak. Kepalanya luka berdarah, mungkin kerana terkena kepala paip semasa jatuh. Wajahnya pucat lesi. Tubuh Julia basah lencun dek air yang mencurah-curah dari paip yang terbuka.

Tika ini dada Fariz berombak cemas.
“Ya ALLAH! Ju! Bangun Ju! Ju sedar tak? Ju, abang ni! Mak! Abah! Cepat!! Ju pengsan ni!!” Fariz menjerit memanggil kedua orang tuanya. Bergegas mereka naik ke tingkat atas. Tubuh Julia diangkat dan dibaringkan di atas katil. Zahidah sudah tidak dapat menahan sendu. Sekian lama dia melihat penderitaan Julia dan ketabahan wanita itu melawan penyakit yang dihidapi, manakala Azri pula menundukkan wajah. Mungkinkah saat itu telah tiba?

“Abang bawa Ju ke hospital ye sayang?!” Pilu, cemas dan risau sebati teradun di jiwa Fariz. Tidak karuan dia melihat Julia sebegitu. Air jernih sudah mengalir membasahi pipi. Perlahan Julia menghulur tangan ke arah suami tercinta. Bibirnya bergerak, ingin menyatakan sesuatu yang tidak kesampaian.
Abang, ampunkan segala dosa Ju bang. Relakan Ju pergi. Ju sayangkan abang! Hanya hatinya mampu berbisik. Sekelip mata TUHAN mengambil segala kudrat yang ada, menjadikannya terlalu lemah walaupun untuk bersuara. Semua yang berada di dalam bilik sudah tidak dapat menahan sebak.

Tangan Julia diraih dan digenggam Fariz dengan erat.
“Tidak! Ju tak boleh tinggalkan abang! Abang sayangkan Ju! Abang tak boleh hidup tanpa Ju. Ju jangan buat macam ni!” Tubuh Julia dirangkul semahunya tanpa mempedulikan orang lain. Saat ini hanya Julia di dalam hati.
“Lydia..... Shahirah!” Hanya itu mampu diucapkan. Namun, sudah cukup untuk memberi pengertian kepada Fariz. Tanggungjawab yang sedia menanti... Fariz kematian kata.
“Ju…” Jari Julia yang runcing melekat di bibirnya menghalang kata-kata. Pandangan Julia sudah semakin kabur. Kakinya sudah terasa sejuk dan kebas. Mungkinkah malaikat maut sudah datang untuk menjemputnya pulang?
“Bawa mengucap Ju.” Tersekat-sekat ayat Fariz. Matanya sudah merah dan wajahnya kian basah.

Terukir senyum puas di wajah Julia. Pandangan matanya semakin pudar. Perlahan ucapan kalimah dua syahadat bergetar di bibir pucat Julia serentak bersama nafas yang terakhir. Kini, tubuh itu terkulai layu dalam pelukan Fariz. Julia sudah pergi untuk selama-lamanya, membawa bersama sebuah nostalgia cinta…..

IRAH cukup risau. Janji tinggal janji. Puas ditunggu tetapi Fariz tidak muncul-muncul. Hilang entah ke mana. Irah rasa geram. Kalau tak nak balik pun, sekurang-kurangnya telefonlah! Ini tidak! Dahlah kat rumah tak ada apa-apa untuk dimakan. Nak menelan apa? Irah mengeluh resah. Segera dia teringat baki wang simpanan yang masih ada dalam akaun bank hasil penat lelahnya bekerja sebelum ini. Lantas terus Irah bersiap untuk keluar. Tapi, Irah tak minta izin Fariz untuk keluar. Nanti kalau dia balik macam mana? Irah berfikir-fikir seketika. Alah! Bukannya Fariz kisah pun keadaan Irah. Selama ni pun Fariz bukannya ambil peduli dengan apa yang Irah buat. Setakat tanya sihat ke tidak? Dah makan ke belum? Irah pun boleh! Irah terus capai tas tangan dan keluar selepas mengunci pintu. Tak kuasa nak mati kebulur sebab lelaki tu!

HAMPIR tiga minggu Fariz tidak datang menjengah. Telefon pun tidak. Irah tidak berani menelefon. Fariz pernah berpesan, kalau tiada apa-apa yang penting, tidak perlu menelefonnya. Irah memang geram dan makan hati dengan sikap suaminya. Sampai hati buat Irah macam ni! Apa? Hina sangat ke Irah di mata dia? Irah pun ada harga diri. Apa guna ada suami kalau langsung tidak pedulikan isteri? Nafkah pun tidak diberi. Dia rasa ingin lari sahaja. Tapi ke mana? Ke rumah Pak Ngah? Nanti apa pula kata Pak Ngah. Dah lama juga Irah tidak menjengah Mak Ngah dan sepupu-sepupu. Rindu juga pada Najiha, Ita, Amir dan anak-anak Mak Ngah yang lain. Nak pergi ke? Hmm.....

“Eh, Irah! Jemputlah naik!” Ceria suara Mak Ngah menyambut ketibaan Irah petang itu. Segera Irah menyalami tangan wanita yang dihormatinya.
“Mak Ngah apa khabar? Budak-budak mana?” Soalnya sambil menjengah ke dalam rumah mencari kelibat anak-anak kecil yang menghiasi rumah kayu itu.
“Ada aktiviti kat sekolah hari ni. Tinggal budak berdua tu aje. Najiha dengan Ita main kat rumah sebelah.” Jawab Mak Ngah.
“Pak Ngah mana?” Kecoh lagi Irah bertanya. Sesungguhnya keluarga itu memang dirinduinya.
“Laa... kan hari ni hari Jumaat. Malam ni nak buat tahlil lagi. Pak Ngah balik lambat sebab menolong kat kenduri tahlil arwah.” Balas Mak Ngah pula.
“Siapa yang meninggal Mak Ngah?” Irah bertanya kehairanan. Wajah Mak Ngah berubah.
“Irah tak tahu ke? Kan Puan Julia, isteri Encik Fariz meninggal. Dia tak beritahu Irah ke?” Terlopong mulut Irah mendengarnya. Mak Ngah dapat mengesan sesuatu. Bagaimana perhubungan Fariz dengan Irah? Takkan Irah langsung tidak diberitahu tentang kematian madunya?

Tiba-tiba sahaja dia resah. Bagaimana Fariz sekarang? Patutlah Fariz tidak datang menjengah. Fariz punya alasan kukuh! Fariz perlu berada di samping keluarga tika ini.
“Emm.... Mak Ngah, Irah tak boleh lama. Irah singgah sekejap aje ni.” Irah bersuara. Jelas terbayang kebimbangan di raut wajahnya. Bagaimana kalau tiba-tiba Fariz pulang ke kondo dan mendapati dia tiada? Irah mengeluh risau.
“Alah. Irah baru aje sampai. Takkan singgah kejap aje. Kut iye pun tidur le semalam kat sini. Irah pun dah lama tak datang ke mari. Budak-budak semua rindukan Irah. Mereka mesti seronok kalau tahu Irah datang. Atau Irah dah tak sudi nak bermalam di sini? Maklumlah, mana sama dengan tempat tinggal Irah sekarang.” Ada sedikit kesalan dalam nada suara itu. Rasa rendah diri bernaung di lubuk hati Mak Ngah. Lupa pula Irah sudah tidak berada dalam lingkungan status yang sama.
“Eh! Apa Mak Ngah cakap ni. Tak ada Irah fikir macam tu. Rumah ni pun rumah Irah jugak. Irah pun rindu nak jumpa budak-budak semua.” Ujarnya. Pujukan Mak Ngah untuk bermalam di situ akhirnya diterima walaupun di dalam hati Irah terselit juga rasa gusar. Entah apa tindakan Fariz jika mengetahui perkara ini.

DERINGAN handset yang berbunyi tanpa henti dari bilik sebelah mengganggu ketenangan Anim yang sedang bersiap untuk majlis tahlil di ruang tamu. Segera dia masuk ke bilik abangnya dan mencapai handset itu. Mungkin panggilan penting. Dari tadi tidak berhenti. Berkali-kali. Diangkat handset yang sedang dicas. Tertera ‘No. 2’ di skrin handset. No. 2? Apa punya shortcut name abang guna ni? Letak le nama orang ke! Hei... Segera dijawab panggilan itu.
“Abang, Irah ni. Abang kat rumah ke?” Belum sempat Anim berkata apa-apa kedengaran suara seorang perempuan. Anim terkedu. Abang? Irah? Siapa ni?
“Err... abang Fariz kat bawah. Tengah tahlil. Nak tinggalkan pesanan ke?” Anim bertanya. Senyap seketika.
Irah terpana. Adik diakah? Mungkin barangkali.
“Tak apalah. Terima kasih.” Terus Irah mematikan perbualan. Anim kehairanan. Tadi bukan main cemas bunyinya. Alih-alih tak nak bercakap pula. Terus diletakkan semula handset itu dan berlalu untuk menyertai jemaah tahlil yang sudah bermula di tingkat bawah.

Selepas tahlil, Anim memberitahu Fariz tentang panggilan itu. Dia menepuk dahi. Bagaimana boleh lupa pula yang dia ada seorang lagi isteri. Apa halnya pula Shahirah yang ditinggal sendirian? Bagaimana keadaannya?
“Dia ada tinggal pesanan tak?” Anim disoal. Geleng. Terus Fariz bergegas mencapai kunci kereta dan keluar.
Anim kehairanan. Apa kena dengan abang? Pelik semacam. Penting sangatkah panggilan dari perempuan bernama Irah tu? Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Ini mesti ada udang di sebalik batu. Tak boleh jadi ni!


----
citer nih sedeyh.sampek menangis-nangis aku membacanya..
tunggu sembongan yerk..



-- Edited by phia_1001 at 11:00, 2006-11-21

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Oit piah! nape asik cite pasal cinta jer. posting r yg kelakar2 ckit.


Sedihnyer....huhuhuhuhu.. elly x ley dgo pasal cinta cintun ni. musti nk nangis. nak tisu! nak tisu!


cinta itu misteri (bukan rie cipan tu)


Hadirnya juga misteri


Tapi yg paling misteri


kenapa engkau jd pilihan.


kenapa mesti ad cinta. kenapa mesti cinta yg ikhlas x d hargai. kenapa mesti tipu diri sendiri. kenapa cinta d dusta. masih adakah cinta sejati. wujudkah cinta sejati.


cinta memerlukan kekuatan,


cinta memerlukan ketabahan


cinta memerlukan keimanan


kerana cinta penuh dgn dugaan.


 


 



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

gilerr...gilerrr....

sebagai orang yang brutal cam aku ni kalau dengo bab2 cinta ni... geli geleman teman... eeee idok leee... jiwang karat ....



(kemudian mister rie pun menyambung kembali perbualannya jiwangnya dengan Nur Aisyah....)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

memandangkan ada org baca.aku sambungla..
---------------------------------


KALAU ADA CINTA 5


IRAH mempercepatkan langkah yang diatur. Habislah kalau Fariz sudah balik ke kondo! Mati aku dikerjakannya! Rasa gusar yang bersarang di lubuk jiwa terpamer di raut wajah. Janganlah Fariz balik lagi….

Tubuh sasa itu mundar-mandir. Risaunya hati tidak terkira. Ke mana dia? Kenapa tak balik lagi? Pesanan pun tidak ditinggalkan kepada Anim. Kalau iya pun nak ke mana-mana bagitaulah dulu! Marah hatinya. Sepatutnya dah sampai ke rumah! Perempuan ni.....

Berkali-kali Fariz menelefon telefon bimbit Shahirah, tetapi tiada jawapan. Nombor itu langsung tidak diaktifkan sejak semalam. Fariz mengetap bibir. Hei!!! Geramnya aku perempuan ni!!! Tiba-tiba dia terdengar kunci diputar dan tombol pintu dipulas. Haa…. Baru balik!
Irah kaget. Habislah…. Dilihatnya Fariz tegak berdiri di ruang tamu. Wajahnya dipalingkan ke arah Shahirah yang berdiri di muka pintu. Irah menelan liur yang dirasakan kelat. Wajah lelaki itu tidak tenang dan lembut seperti selalu. Kelat, masam, geram… semuanya. Renungan matanya bagaikan helang yang ingin menyambar mangsa.

“Kau ke mana?!” Hampir gugur jantung Irah dijerkah begitu. Tubuhnya mula menggigil ketakutan. Fariz seolah-olah ingin menelannya. Kedua-dua belah tangan lelaki itu lekap di dada memeluk tubuh.
“Irah…. Irah bermalam kat rumah Pak Ngah.” Irah menjawab terketar-ketar. Mata Fariz tidak berkelip merenungnya.
“Siapa suruh kau tidur kat sana? Ada aku beri izin kau keluar?!” Saat ini Irah tertunduk. Takut sekali untuk membalas renungan tajam suaminya. Tengkingan itu membuatkannya gementar bercampur sedih. Rasa bagaikan mahu menangis sahaja di situ!
“Lain kali kalau orang dah bagi tempat tinggal elok-elok, duduk ajelah kat rumah. Jangan nak memandai-mandai pulak merayap ke hulu ke hilir! Sedar sikit engkau tu isteri aku! Dahlah handset pun off. Engkau ingat KL ni apa? Perompak, penyamun, perogol berlambak kat luar. Kalau jadi apa-apa macam mana? Menyusahkan aku aje!” Irah rasa terhenyak. Irah ni menyusahkan? Sampai hati….
“Irah tak berniat macam tu. Irah minta maaf. Irah tahu Irah salah.” Dia memberanikan diri meminta maaf.
“Haa… Itu ajelah yang kau pandai! Lain tak ada. Lain kali kalau nak buat apa-apa tu pakai otaklah sikit! Jangan nak main terjah ikut suka! Apasal matikan handset? Banyak kali aku call tau tak?” Keberangan Fariz masih belum berakhir. Irah sudah mula menitiskan air mata. Pertama kali dimarahi suami. Dia terdiam sejenak. Hanya sendunya kedengaran.
“Aku tanya ni! Kenapa tak jawab? Kenapa tak hantar mesej?” Tekan Fariz lagi, sengaja mahu menakutkan Irah.
“Bateri habis.” Irah menjawab dalam tangisnya.
“Dah tu, tak reti nak cas balik? Alasan! Betul kau ke rumah Pakcik Rafiq? Kalau aku dapat tahu kau merayap dengan jantan lain, nahas kau aku kerjakan!” Irah terkejut. Begitu sekali tanggapan Fariz kepadanya. Air mata berderaian lagi.
Fariz menghela nafas. Sebetulnya dia sudah sedia maklum yang isterinya bermalam di rumah Pakcik Rafiq. Lelaki tua itu sudah memberitahu.
Kasihan pula melihatkan Irah yang sudah terhenjut-henjut menangis. Ah! Perempuan tak ada lain. Menangis! Menangis! Menangis! Marah sikit pun nak melalak! Dia cuma mahu menggertak, biar Shahirah sedar kedudukannya sebagai isteri yang harus patuh kepada suami. Bukannya bertindak sesuka hati walaupun dia tidak selalu di sisi isterinya itu. Dibiarkan sahaja Shahirah terus menangis.
“Tu, kat dapur tu, satu apa pun tak ada untuk dimakan. Kau nak biar aku mati kebulur? Mentang-mentang aku jarang balik ke sini!” Marahnya lagi. Irah mengangkat wajah yang sudah basah. Merah matanya digenangi air jernih.
“Irah tak ada duit. Duit belanja yang abang beri dulu dah habis. Sebab tu Irah tak beli apa-apa.” Kali ini Fariz pula terdiam. Kemarahan yang menggunung tadi mula surut. Rasa bersalah pula menjerut hatinya. Memang sudah lama juga dia tidak memberikan duit belanja rumah kepada Irah. Hampir dua bulan! Habis, apa yang Irah makan selama ni? Rasa belas bertalu-talu menghentam kotak fikiran. Dia telah mengabaikan Shahirah! Sesuka hati dia memarahi isterinya atas suatu kesalahan yang kecil sedangkan dia sendiri lupa tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri.

Fariz menghela nafas lagi. Marahnya sudah hilang.
“Irah dah makan belum?” Nada suaranya sudah tidak tinggi lagi. Kembali lembut seperti selalu tetapi tetap tegas. Irah sedikit tersentuh. Dikesat tangis yang masih bersisa. Gelengannya menjawab soalan itu.
“Pergi bersiap. Kita makan kat luar. Lepas ni kita terus pergi beli barang dapur.” Arah Fariz. Irah hanya mengangguk walaupun tubuhnya sedikit keletihan. Diturutkan sahaja kehendak Fariz asal tidak menggelegakkan hati lelaki itu yang sedia meletup bila-bila masa seperti kawah berapi.

Pertama kali keluar membeli barang dapur bersama Irah, dia sedikit kekok. Apa yang nak dibeli? Dia hanya garu kepala, sedang Irah pula ligat memilih barang. Kadangkala becok bertanya apa yang diingini dan pilihan Fariz.

Manalah aku tahu semua ni! Bukannya aku biasa beli pun. Rembat ajelah mana-mana, kan sama! Hei, perempuan memang leceh! Dahulupun, dia tidak pernah keluar membeli barang dapur bersama Julia. Kak Saba akan menguruskan hal-hal seperti itu, memandangkan Julia juga sibuk bekerja.

Irah akhirnya membisu. Dilihatnya Fariz langsung tidak berminat dengan soalan-soalan yang diutarakan. Main beli aje. Lantak dialah! Yang nak makan pun dia jugak! Kalau tak sedap, jangan nak marah aku pulak! Bebel Irah di dalam hati. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Fariz. Hairan! Tiada langsung raut kesedihan di wajah itu. Tenang sahaja. Bukankah Fariz baru sahaja kematian isteri? Ah! Lelaki memang pandai menyembunyikan perasaan. Direnungnya pula mata Fariz. Memang tiada terpancar sinar kegembiraan. Betullah! Fariz memang sayangkan isteri tuanya! Mimik muka boleh disembunyikan, tetapi tidak sinar mata. Kata orang, mata boleh memberitahu segala-galanya, betulkah?

“Kenapa pandang abang macam tu?” Tersentak Irah apabila ditegur. Segera dia tertunduk. Dia perasan ke? Malunya!
“Apa kat muka awak tu?” Irah mengangkat semula wajah yang ditundukkan. Tertanya-tanya kenapa disoal begitu.
“Hmm… Bulu mata jatuh.” Belum sempat Irah berkata apa-apa jari-jemari kasar Fariz sudah menyentuh pipinya, melarikan bulu mata yang gugur. Menyirap darah merah hinggap di muka. Gugup Irah diperlakukan sedemikian.

Ini tak boleh jadi! Memang betullah apa aku nampak hari tu! Tak rabun lagi bijik mata aku! Anim menggigit bibir kemarahan. Memang sah! Direnung tajam pasangan di hadapannya yang sedang bercengkerama sambil bercekak pinggang. Amboi! Romantiknya! Kat pasaraya pun nak berasmara dana ke? Terus langkahnya dihayun mendekati pasangan itu.

Fariz tergamam. Terkejut tatkala mendapati Anim sudah tercegat di depan mata. Entah dari mana dan bila. Ah sudah! Habislah! Mesti Anim fikir yang bukan-bukan!
“Anim!” Kelu lidah Fariz untuk berkata-kata. Hanya nama itu mampu disebut. Irah kehairanan. Kenapa wajah Fariz berubah benar bila nampak perempuan itu? Siapa dia?
“Cantik ‘kawan’ abang! Mudanya! Dah berubah taste nampak?” Perli Anim. Dikerling tajam perempuan di sisi abangnya. Geram betul! Ikutkan hati mahu sahaja dia mencekik batang leher perempuan itu. Sabar! Bodoh kalau bertindak ikut perasaan di depan khalayak ramai! Anim cuba memujuk hati yang sedang bergetar marah.

Anim sudah memusingkan tubuh ingin berlalu. Sakit hati betul tengok abangnya berperangai begitu. Sungguh dia tidak menyangka Fariz sedemikian. Argh! Kalau sudah lelaki namanya memang tidak lari dari sifat gatal! Isteri baru mati, kubur pun masih merah lagi, abang dah mula buang tebiat cari betina lain. Kesian kak Ju. Baru sahaja hampir sebulan pergi, laki dah cari pengganti. Tak tenteram dia kat dunia lain! Hari tu terlentok kat bahu. Hari ni sentuh-sentuh pipi. Geli menengoknya! Menyampah!

“Anim! Tunggu dulu! Biar abang jelaskan!” Tangan gadis itu tiba-tiba disambar oleh Fariz. Irah kaget. Apa sudah jadi? Confuselah!
“Tak payah nak jelaskan apa-apa pada Anim. Anim tak nak dengar. Abang jelaskan sendiri pada mak dan abah!” Anim menarik kasar lengannya. Sakit diperlakukan begitu, tetapi sakit lagi hatinya. Dia berlalu dengan perasaan geram.

MARAHNYA masih berbuku. Ditekan kuat hon kereta mengejutkan pemandu kereta hadapan yang masih belum bergerak walaupun lampu isyarat sudah berwarna hijau. Mabuk ke apa?! Lembab nak mampus! Maki Fariz lagi. Sesekali dia mengetap bibir. Stereng kereta dipulas kasar saat membelok ke Kondominium Sri Damai. Berdecit bunyi tayar membelah kesunyian malam.

Irah menggigit jari. Mimpi apa Fariz tidur di sebelahnya? Tubuh lelaki itu mengadap ke arah yang bertentangan. Wajah Irah langsung tidak dipandang. Apa hal yang tak kena? Balik tadi pun pintu dihempas semahunya. Salam jauh sekali hendak diberi. Nasib baik laki sendiri. Kalau tidak memang sah benjol kepala kena batang senduk!

Mata Fariz masih belum mahu terlelap. Irah langsung tidak dipedulikan. Kini, dia hanya mahu melayan perasaannya. Sedih bercampur geram apabila dituduh melulu. Aku simpan perempuan? Mahu sahaja dilempang mulut Anim yang lancang bersuara. Mujurlah akalnya sebagai lelaki masih waras lagi. Dek rentetan peristiwa siang tadi, dia menerima bahana. Mengamuk Zahidah bila dapat tahu anaknya berkepit dengan perempuan lain sedangkan arwah isteri baru sahaja meninggal. Azri pula tidak henti-henti menyoal. Siapa dia? Apa hubungan dengan perempuan itu? Betul ke tuduhan Anim? Arghh!!!! Pening!

Mahu tidak mahu Fariz terpaksa memberitahu perkara sebenar. Terlopong wajah ibu bapa dan adiknya apabila mengetahui kedudukannya dengan Irah. Zahidah tidak percaya. Cerita Fariz dikatakan tidak masuk akal, langsung tidak boleh diterima. Lantas ditunjukkan surat nikah dan surat pengesahan persetujuan dari Julia untuknya berpoligami. Barulah mereka diam dari menuduh yang bukan-bukan. Alih-alih Zahidah pula menangis. Merajuk kononnya kerana tidak diberitahu sepatah pun tentang perkara itu. Azri pula menyatakan tindakannya mendiamkan perkara itu tidak wajar. Anim menuduhnya sengaja mahu ambil kesempatan dari keadaan Julia yang sakit. Heii!!! Geram betul! Bengang punya fasal, dia ambil keputusan untuk balik ke Kondominium Sri Damai malam itu juga. Terpinga-pinga Irah melihatkannya pulang ke kondo malam itu. Namun isterinya langsung tidak dipedulikan. Malas nak layan! Aku tengah serabut ni tau tak! Terus sahaja dia masuk ke bilik dan merebahkan diri di katil. Pintu bilik pun sempat lagi dihempaskannya.

Lena yang kian diulit mimpi dirasakan terganggu. Ada sesuatu yang mula merayap di sekitar tubuhnya. Irah tidak melayan. Rasa letih dan mengantuk masih menebal.

Ada tangan yang mula melingkari pinggang Irah. Semakin lama semakin kemas dan semakin galak. Dan tangan itu makin bertambah ganas, merayap ke dada dan peha. Irah rasa tidak selesa. Dibuka perlahan mata yang masih kuyu dek rasa mengantuk. Dalam kesuraman suasana bilik, Irah melihat wajah Fariz. Lelaki itu tersenyum. Sebuah senyuman yang menggoda. Senyuman yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Kaget Irah apabila pipinya disentuh lembut oleh Fariz. Tubuhnya dirasakan menggigil. Mungkinkah waktu itu telah tiba? Fariz mahukannya? Irah tergamam. Dia tidak mampu melawan belaian itu. Dibiarkan sahaja Fariz membelai dirinya. Pipinya dikucup lembut. Rambutnya dielus perlahan. Sesekali terdengar desahan nafas berat dari Fariz menahan kehendak batin yang bergelora.
“Ju, sayang. Abang rindukan Ju.” Terpana Irah tatkala mendengarkan ayat itu. Ju? Belaian lembut Fariz yang tadinya menggoda kini hilang dari perhatian. Ju? Rupanya Fariz bukan mahukan Irah, tetapi mahukan kak Ju! Hatinya bagai ditusuk panah yang tajam. Saat itu, entah kenapa kemarahan menerpa menujah hati yang kian lama memendam rasa.

“Abang, ini Irah, bukan kak Ju!” Serta-merta tubuh Fariz ditolak kasar. Irah rasa terluka. Rupa-rupanya selama ini dirinya langsung tidak bererti bagi Fariz. Hanya Julia. Hanya Julia di hati Fariz. Hanya Julia yang diinginkan Fariz. Bukan Irah!
“Ju, kenapa buat abang macam ni? Abang sayangkan Ju!” Fariz masih tenggelam dalam badai igauannya. Di ruang matanya hanya wajah Julia yang kelihatan. Menari-nari, mengulit kerinduan dan melemahkan jiwa.
“Abang dah buang tebiat! Ini Irahlah bang! Shahirah! Bukan kak Ju!” Irah bertegas lagi. Ditepis tangan Fariz yang cuba menyentuh tubuhnya. Geram benar dengan perlakuan lelaki itu.

Fariz tersedar dari igauannya. Wajah Julia kini hilang, diganti dengan wajah Irah. Amukan Irah menjadi-jadi. Dipukul semahunya dada Fariz. Serta-merta kedua-dua belah pergelangan tangan perempuan itu digenggamnya erat .
“Lepaskan!” Irah menjerit marah. Entah kenapa air jernih merembes keluar dari birai mata. Fariz benar-benar terpana. Ya ALLAH! Apa yang telah aku lakukan? Nyaris-nyaris dia terlanjur melakukannya dengan Irah, sedangkan di saat itu Julia yang dikhayalkannya.

Irah masih lagi menangis. Tangannya sudah dilepaskan. Terasa sakit. Digosoknya pergelangan tangan yang terasa kebas dek genggaman kuat lelaki itu sebentar tadi. Tika ini dia benar-benar rasa marah pada Fariz.
“Abang minta maaf. Abang tak sengaja.” Hanya kata-kata itu mampu dihamburkan oleh Fariz. Dia rasa bersalah. Irah masih lagi tersedu-sedu.
“Sakit tak?” Dia cuba menyentuh tangan Irah, namun tangannya ditepis kasar. Irah benar-benar marah nampaknya. Irah melangkah turun dari katil dan terus keluar dari bilik tanpa sebarang kata. Fariz tidak mengejar. Dia tahu perempuan itu marah padanya. Tidak sepatutnya dia bertindak demikian, walaupun dia berhak ke atas Irah. Perlahan kedua belah tapak tangan meraup wajah beserta dengan keluhan nafas yang berat, menyesali perbuatan yang telah berlaku.

Irah masih lagi membisu. Peristiwa semalam masih belum luput dari ingatan. Tiba-tiba dia rasa meluat dengan lelaki itu. Irah sedar, dia bukan pilihan hati Fariz. Mungkin Fariz sendiri tidak pernah ingin memperisterikannya. Keadaan yang memaksanya bertindak begitu. Lalu terhasillah satu ikatan tanpa sebuah kasih-sayang. Irah tahu Fariz berhak ke atas dirinya. Namun, Irah sendiri punya harga diri. Siapa yang tidak sakit hati jika suami menyebut nama perempuan lain di saat bermesra dengan isteri. Terasa seolah-olah Irah bagaikan hanya satu alat untuk memuaskan kehendak lelaki itu. Irah benci!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 6


HARI ini Irah menangis lagi. Diletakkan semua barang-barang yang baru dibeli di dapur. Dia duduk di satu sudut ruang itu menangisi nasib diri. Peristiwa sebentar tadi benar-benar mengusik hatinya. Kata-kata dan tohmahan yang dlemparkan menjerut perasaan. Benarkah Irah yang bersalah? Tapi kenapa? Berdosakah Irah? Irah ni perampas? Perosak kebahagian rumah tangga orang? Irah menangis lagi.

“Kau jangan ingat kau dah kahwin dengan anak aku kau boleh hidup senang-lenang! Aku tak terima kau jadi menantu aku faham! Perempuan tak sedar diri! Aku tahu kau kahwin dengan anak aku sebab gilakan harta dia!” Tergamam Irah saat kata-kata dan tuduhan itu dilemparkan padanya. Dia benar-benar tidak mengerti. Pertemuan dengan ibu mertua dan adik ipar yang tidak disangka-sangka rupa-rupanya mengundang bahana.
Dia dimaki, dihina dan dicerca semahunya oleh Zahidah dan Anim. Kononnya perempuan sepertinya tidak bermaruah, hanya tahu merampas laki orang. Tapi itu bukan kehendak Irah! Mahu sahaja dia bertempik dan meraung menyatakan yang dia tidak bersalah. Tapi, pasti mereka tidak akan menerima. Pada mata mereka Irah seolah sampah yang merosakkan pemandangan suasana. Hina sangatkah Irah semata-mata bergelar isteri kedua? Kenapa mereka tidak mahu mengerti kedudukan yang sebenar? Kenapa Irah harus dipersalahkan bulat-bulat? Bagaimana dengan Fariz? Ah! Lelaki itu langsung tidak menyayangi Irah. Irah cuma punya satu ikatan yang tidak bererti dengannya. Mungkin kehadiran Irah juga tidak diingini Fariz. Irah sedih.

Kali ini Fariz betul-betul mengamuk. Wajahnya merah merona.
“Mak tak patut buat macam tu! Irah isteri Fariz. Dia tak bersalah. Fariz yang mahu peristerikan dia!” Fariz mengetap bibir kegeraman. Zahidah masih lagi berpeluk tubuh. Ketegangan menular di segenap pelusuk ruang tamu.
“Kenapa bertindak melulu? Ida tak patut malukan dia di khalayak ramai. Kenapa nak tuduh dia macam tu tanpa mengetahui kedudukan yang sebenar?” Azri menegur. Kesilapan isteri dan anaknya harus diperbetulkan. Zahidah dan Anim menyangkakan Irah seorang yang tidak baik. Tergedik-gedik mahu menjadi bini nombor dua dan kenyataan yang Julia dengan rela hati membenarkan Fariz beristeri lagi cumalah satu alasan yang tidak boleh diterima. Mereka sangkakan Irah perempuan mata duitan yang tentunya kini seronok dengan kematian Julia. Dan kini Fariz serta hartanya sudah menjadi milik Irah sepenuhnya. Pandangan serong masyarakat terhadap isteri kedua rupa-rupanya menular dalam diri Zahidah, lalu dia membuat kesimpulan mudah, Irah seorang perempuan jahat. Rentetan dari perasaan tidak puas hati, Irah diserang dengan kata-kata makian yang tidak sepatutnya saat mereka bertembung di ibukota. Fariz yang sedang bersama isterinya tidak mampu bersuara ketika pertelingkahan itu berlaku. Malu apabila orang ramai memerhatikan gelagat mereka sekeluarga. Sebaik menghantar Irah pulang ke kondo, Fariz terus balik ke rumah ibunya, meninggalkan Irah menangis sendirian....

“Ida tak peduli bang. Ida tak boleh terima dia sebagai menantu. Ida tak suka dia!” Zahidah masih dibelenggu rasa marah. Benci dan meluat benar-benar telah menakluk hatinya.
“Suka tak suka dia tetap isteri Fariz. Irah tak buat salah apa-apa. Kenapa mak nak buat dia macam tu sekali? Apa salah Irah sampai mak buat macam ni?” Fariz diamuk perasaan marah. Mungkin dia tidak menyayangi Irah, tetapi sebagai manusia dia masih punya perasaan dan peri-kemanusiaan. Irah tidak patut dipersalahkan atas perkara yang berlaku.
“Abang ingat, kami nak terima dia semata-mata kerana dia dah berkahwin dengan abang? Dalam hati Anim cuma kak Ju aje yang layak bergelar kakak ipar, bukan perempuan tu. Anim tak boleh terima dia!” Anim pula membentak.
“Baik, kalau mak dan Anim tak nak akui Irah sebagai sebahagian dari keluarga ni bermakna mak dan Anim pun tak nak akui Fariz sebagai ahli keluarga. Tak guna Fariz terus bertekak dengan mak kalau itu pendirian yang mak pegang. Fariz mungkin bersalah kerana tak maklumkan perkara ni pada mak dan abah awal-awal, tapi Fariz tak sangka mak akan bertindak melulu menuduh Irah yang bukan-bukan.” Fariz bingkas bangun menuju ke muka pintu. Marahnya masih berbuku.
“Fariz! Nak ke mana tu?” Azri sempat bersuara, cuba menghalang langkah Fariz.
“Keluar! Mak tak nak terima Irah kan? Bermakna mak pun tak mahu menerima Fariz. Fariz pun tak ingin duduk dalam rumah ni kalau semua orang nak bersikap macam ni. Mak langsung tak percayakan Fariz. Mak kata Fariz tipu mak kan? Sengaja ambil kesempatan untuk kahwin lagi. Fine! Fariz boleh keluar!” Tinggi suara Fariz meluahkan perasaan geramnya. Zahidah benar-benar terkejut.
“Fariz! Nanti dulu!” Teriakan Zahidah tidak diendahkan. Sejurus kemudian kedengaran ngauman enjin kereta membelah kepekatan malam meninggalkan banglo itu.

Jari kakinya menguis-nguis permaidani yang terhampar di ruang tamu. Mulutnya masih terkunci.
“Irah marah lagi?” Geleng. Wajahnya tidak diangkat. Fariz menarik nafas. Perempuan! Mulut cakap lain, dalam hati fikir lain!

Fikiran Irah menerawang mengingatkan peristiwa itu. Peristiwa dirinya dimaki-hamun di khalayak ramai siang tadi. Masih ada rasa sedih yang bertaut di tangkai hati. Dia ingin melupakannya. Paling ingin dilupakan ialah tamparan Zahidah yang melekap di pipi. Terasa masih berbekas lagi. Dia tidak mahu dikatakan terlalu menurut perasaan. Namun, Irah juga manusia. Mana mungkin sebegitu mudah dia melupakan perkara yang menyakitkan hatinya.
Entah kenapa tiba-tiba air matanya berlinangan. Irah rasa betul-betul sedih. Sudahlah hatinya sepi, dia diperlakukan begitu pula. Hina sangatkah Irah ini?

Fariz tergamam tatkala melihat titisan-titisan jernih yang hadir di wajah lembut itu. Sayu pula hatinya melihatkan Irah. Dia tidak menyalahkan isterinya. Kalau Julia, mahu sahaja naik angin bila dituduh yang bukan-bukan. Julia seorang yang tegas. Berani bertindak bila dirasakan dia berdiri di pihak yang benar. Tetapi berlainan pula halnya dengan Irah. Apa sahaja yang dikata, Irah tidak melawan. Jauh sekali hendak meninggikan suara. Bila digertak sahaja sudah mahu menangis. Mudah benar dia menitiskan air mata.

“Jangan macam ni. Abang risau!” Irah merasakan ada jari-jemari yang menyentuh pipinya. Lembut. Dia mengangkat wajah. Fariz begitu hampir. Betul-betul menghadap wajahnya. Air matanya diseka perlahan. Direnung seketika wajah Fariz.

Fariz jadi risau. Belas hatinya melihatkan titik-titik jernih yang berlinangan. Tiba-tiba sahaja tubuh Irah diraih dalam pelukannya. Bukan untuk mengmbil kesempatan, tetapi hanya untuk menenangkan jiwa Irah yang ketika itu diamuk pilu.

Irah termangu. Dibiarkan dirinya tenggelam dalam dakapan erat itu. Entah kenapa timbul satu perasaan aneh dari dalam dirinya. Tika ini dia benar-benar merelakan dirinya diperlakukan begitu. Irah perlukan Fariz! Dia mendambakan kasih sayang dari seseorang yang menyokong dirinya. Tanpa sedar dia membalas pelukan itu. Kedua-dua tubuh itu tenggelam dalam rangkulan yang kian kemas.

Hati Fariz jadi bergelora. Nafsu lelakinya membuak-buak. Mana mungkin dia mampu menahan godaan duduk berdua-duaan dalam keadaan demikian bersama Irah. Dia hanya seorang lelaki. Lelaki yang berperasaan terhadap perempuan. Dan tika ini dia benar-benar mendambakan sentuhan dan belaian dari seorang perempuan. Dia rindukan belaian Julia, wanita yang benar-benar memahami dirinya. Tetapi Julia tiada di sisi. Yang ada hanya Irah....

Wajah Irah diangkat dan direnung sedalam-dalamnya. Ada sinar perasaan yang terpancar dari anak mata itu. Perlahan satu kucupan hinggap di dahi. Berderau darah Irah. Mulanya dia mahu mengelak, tetapi akhirnya dia sendiri tidak betah untuk melawan perasaan yang mula hadir dalam diri. Fariz makin ghairah bertindak. Dicium pula kedua-dua belah pipi Irah yang mulus. Direnung lagi wajah itu. Hanya wajah Julia yang terbayang di ruang mata. Dirinya penuh dengan perasaan ingin bermanja dan dibelai. Lalu dihampiri wajah Irah dengan nafas yang berat menahan gelodak hati. Dan Irah merelakan. Lalu dua bibir itu bertaut mesra.

FARIZ jadi bingung. Apa yang telah aku lakukan? Dia dihantui rasa kesal dan bersalah. Dia telah menyentuh Irah, sedangkan di hatinya tidak punya perasaan cinta pada perempuan itu. Apa yang diingati ketika itu hanyalah Julia. Julia yang di cintai, bukan Irah!

Aku tak patut buat Irah macam tu. Aku terlalu pentingkan diri. Aku gunakan tubuh dia semata-mata untuk puaskan nafsu aku! Fariz bungkam. Memang dia berhak ke atas Irah dan dia sendiri tidak memaksa Irah mahupun memperlakukannya dengan kasar, tetapi dia tetap menyesal. Menyesal dengan tindakannya meraih kesucian Irah tanpa secalit perasaan cinta. Dia masih ingat. Niatnya mengahwini Irah semata-mata untuk memenuhi permintaan Julia. Dia tidak kisah berkahwin dengan sesiapa pun asalkan hati Julia dapat dijaga. Mudah sahaja dia meminta pakcik Rafiq mencarikan calon. Biarlah siapa pun, cantik atau tidak, tidak menjadi ukuran. Cukuplah asalkan orangnya berperangai baik dan boleh dijadikan isteri. Dia juga berniat untuk meletakkan batasan yang tertentu pada Irah semata-mata kerana cintanya pada Julia. Kerana itu, Irah tidak pernah didekati sejak dari malam pernikahan lagi. Namun, Fariz akhirnya kalah. Kalah oleh percaturan yang dilakukannya sendiri. Sesalan tidak mampu memperbaiki keterlanjuran yang telah berlaku.

Kejadian itu bagaikan mengubah diri Fariz. Dia lebih banyak membisu dari bercakap. Tidur pun sudah tidak sekatil. Saban malam Fariz akan melenakan diri di sofa di ruang tamu. Langsung tidak mahu mendekati dirinya lagi. Di mana silapnya? Apa salah Irah? Kenapa Fariz jadi begitu? Irah tidak tenang. Mungkinkah Irah ada melakukan kesilapan? Irah tidak pasti. Mahu sahaja Irah memuntahkan persoalan si hati, namun dia tidak punya keberanian untuk berkata-kata. Lelaki itu bukan boleh dikira moodnya. Tidak menentu.

Sudah seminggu Fariz tidak pulang ke rumah ibunya. Irah dapat mengagak. Pasti ada pergaduhan yang berlaku antara dua beranak itu menyebabkan Fariz merajuk hingga bermalam di kondo untuk beberapa ketika. Fariz tidak menyatakan apa-apa, tetapi Irah merasakan pergaduhan itu pasti berkaitan dengan dirinya.

Hari ini Irah kesunyian lagi ditinggalkan bersendirian di kondo. Fariz sudah pulang ke rumah ibunya selepas menerima panggilan dari sana. Marahnya tidak lama. Mungkin sudah reda dan berbaik semula. Air dicincang tidak akan putus. Begitulah lumrah keluarga. Dan Fariz sendiri tidak mungkin akan memperpanjangkan lagi pergaduhan yang tidak akan membawa ke mana-mana itu.

Dia benar-benar rindukan Fariz, tetapi tidak mampu menyatakan perasaannya terhadap lelaki itu. Di malam hari dia terasa sepi. Tiada teman untuk berbicara. Tidur pun bersendirian. Irah sudah mula menyayangi Fariz. Tidak karuan rasanya bila Fariz tiada di sisi. Terbayang-bayang wajah Fariz di mana-mana. Inikah namanya cinta?

ZAHIDAH duduk membisu. Seisi ahli keluarga berdiam diri. Ada keresahan yang melanda. Belum pun habis banglo itu dilanda duka dek pemergian Julia dan pertelingkahan antara Zahidah dan Fariz, mereka diduga lagi. Kedatangan Kamarul Ariffin petang itu bersama hajat yang sungguh sukar ditunaikan meletakkan mereka dalam dilema.

“Saya tak tahu Julia sakit selama ni. Dia tak pernah beritahu saya.” Ujar Kamarul Ariffin membuka bicara setelah kedatangannya disambut oleh Fariz.
“Dah ajal. Tuhan lebih sayangkan dia.” Fariz menjawab perlahan. Masih terasa juga kehilangan Julia di sisi. Banglo itu dirasakan sungguh sunyi sejak kematian Julia. Kalaulah Julia masih ada di sisi, pasti keadaan tidak suram begini. Segala-galanya ceria bila wajah Julia bertamu di sini.

“Sebenarnya ada hajat yang saya bawa ke mari. Niat saya bukan untuk mencari gaduh atau berebut dengan sesiapa. Saya harap Fariz faham.” Kamarul Ariffin cuba juga menyuarakan hasrat hati walaupun dirasakan berat. Dia tahu, lambat-laun dia terpaksa berterus-terang juga.

Fariz dapat menghidu ada sesuatu yang merisaukan di balik kata-kata itu. Hatinya berdetik semacam. Wajahnya yang tadi tenang bertukar serius.

“Apa maksud Kamarul? Saya tak faham. Boleh berterus-terang? Kalau ada sesuatu yang boleh saya bantu, saya akan cuba setakat termampu.” Ujarnya.
“Lydia. Saya rindukan dia. Saya ingat nak ambil dia tinggal dengan saya.” Hati Fariz bagaikan dipanah petir. Dia tidak memberi sebarang respon.
“Saya tahu Fariz sayangkan dia. Tapi, saya ayah kandungnya. Selama ini saya berikan hak penjagaan kepada Julia kerana Lydia perlukan ibunya. Tapi sekarang, Julia pun dah tak ada. Saya berhak ke atas Lydia. Saya tidak berpeluang mencurahkan kasih-sayang saya pada Lydia. Berilah saya kesempatan untuk memperbaiki kesilapan. Lydia perlukan ayah kandungnya.” Mulut Fariz bagaikan terkunci. Terbayang di ruang mata wajah Lydia yang comel lagi keletah. Bukan setakat dirinya malah seluruh ahli keluarga menyayangi Lydia. Memang Lydia bukan darah dagingnya tetapi dia tidak pernah mengasingkan Lydia dari hidupnya. Dia sayangkan anak kecil itu seperti anak kandungnya sendiri. Mana mungkin aku sanggup menyerahkan Lydia pada dia! Lydia juga anak aku! Hanya kerana dia ayah kandung Lydia maka dia sahajakah layak untuk menuntut haknya? Alasan!

“Saya dah berjanji pada Ju untuk jaga Lydia.” Fariz bersuara setelah sekian lama membisu. Dia tidak memandang wajah Kamarul. Ada rasa geram dan marah yang berbaur. Dia tidak rela Lydia dirampas dari sisinya. Lydia permata hati keluarga itu. Menyerahkan Lydia pergi ibarat memadamkan sinar dalam keluarganya. Lydia satu-satunya cucu yang ada!
“Saya tahu! Tak patut saya meminta begini. Saya sedar, besar pengorbanan Fariz menjaga Lydia dan Julia selama ini. Tapi berilah saya kesempatan untuk memperbaiki kesilapan saya. Saya tak mahu memperbesar-besarkan hal ini. Saya datang dengan cara baik. Jangan sampai kita bertelagah di Mahkamah. Fikirkanlah Fariz. Ini untuk kebaikan Lydia juga. Saya tak mahu suatu hari kelak dia mebesar dengan perasaan dendam dan benci pada saya kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai bapa. Kalau Fariz punya anak sendiri, Fariz akan lebih mengerti.” Hati Fariz terguris mendengar kata-kata itu. Dia ingin membidas, tetapi tidak mampu.
“Tidak! Saya takkan serahkan Lydia. Dia sebahagian dari keluarga ni. Saya tak kisah kalau awak nak datang melawat dia sekali-sekala, tapi untuk serahkan dia, No!” Fariz memberi jawapan dengan nada tegas.
“Papa! Papa!” Anak kecil yang dipimpin Anim melepaskan pegangan lalu lari mendapatkan Kamarul Ariffin. Anim terpinga-pinga. Mereka baru sahaja pulang dari Taman Permainan Kanak-kanak. Sengaja Anim membawa Lydia ke sana untuk memujuk. Panggilan papa oleh anak kecil itu mengguris hati Fariz. Lydia memeluk erat tubuh Kamarul Ariffin. Penyatuan dua insan itu mengharukan suasana.
“Papa! Abah cakap mama dah tak ada. Mama dah pergi jauh.” Lydia mula merengek. Jelas nampak kerinduan yang menebal pada mamanya di wajah anak kecil itu.
“Papa tahu sayang!” Erat Kamarul Ariffin memeluk Lydia.
“Papa pergi mana? Lia rindu kat papa. Dulu Mama kata papa dah pergi jauh. Mama pergi tempat sama macam tempat papa pergi ke? Nanti mama balik sini lagi tak?” Soalan Lydia makin menjerut perasaan. Dia benar-benar tidak mengerti.
“Tak sayang. Mama takkan balik lagi. Sebab mama pergi tempat lagi jauh dari papa. Papa pergi kejap aje. Sekarang papa dah balik. Lia nak tinggal dengan papa tak?” Soalan Kamarul menduga hati Fariz.
“Nak. Lia rindu sangat kat papa. Tapi Lia pun sayangkan abah. Papa tinggallah sini. Kita tinggal sama-sama.” Kamarul menggeleng.
“Lia.” Fariz memanggil Lydia. Pantas dia berpaling. Mata bulat yang diwarisi dari Julia itu berkedip-kedip memandangnya.
“Lia nak tinggal dengan papa atau abah? Mana Lia lagi suka?” Fariz menyoal satu-satu. Perasaan Lydia juga harus diambil kira.
Seketika Lydia menggaru kepala lalu memandang kedua-dua wajah itu.
“Lia nak tinggal ngan papa.” Kata-katanya sudah cukup untuk memberikan satu keputusan yang nyata….



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 7


BANGLO itu semakin dihinggapi kesunyian sejak Lydia pula meninggalkan mereka. Semenjak itulah juga Zahidah sering jatuh sakit. Saban minggu Anim akan pulang dari kolej untuk menjengah. Fariz pula sudah jarang pulang ke kondo. Lebih banyak masa diluangkan di rumah menemani Zahidah. Masih ada lagi sisa-sisa kemarahan di hati ibunya, tetapi Fariz membiarkan sahaja. Rajuknya tidak lama. Fariz satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga. Lama mana Zahidah mampu bertikam lidah dengan Fariz. Sudahnya dia membiarkan sahaja. Sedikit-sebanyak sifat degil dalam diri Fariz itu diwarisi dari dirinya sendiri. Mungkin Fariz pernah meninggi suara, tetapi Fariz masih sudi merendahkan egonya dengan meminta maaf. Kepulangan Fariz juga dirasakan mengurangkan sedikit-sebanyak tekanan yang dihadapinya. Zahidah rindukan Lydia! Zahidah rindukan telatah anak kecil.
Pada mulanya Lydia datang setiap minggu melawat mereka sekeluarga. Namun, keputusan Kamarul Ariffin untuk berpindah ke Sarawak sekali lagi menghancurkan perasaan mereka. Lydia akan dibawa bersama ke sana. Tiada lagi kunjungan dari anak kecil itu mengubat rasa rindu. Mereka terpaksa akur. Fariz sendiri terkilan dengan pemergian anak tirinya. Memang dia menyayangi Lydia dan tidak pernah mengabaikan anak kecil itu. Namun, dia tidak mungkin dapat mengambil tempat Kamarul Ariffin. Lelaki itu bapa kandung Lydia. Lelaki itulah yang dikenali sebagai papa sejak dari lahir lagi. Dan nama lelaki itulah juga yang sering disebut-sebut oleh Lydia. Tidak hairanlah kalau anak kecil itu memilih untuk tinggal bersama bapanya. Lydia rindukan kasih bapa kandungnya. Kasih-sayang yang tidak boleh diganti!

IRAH bernyanyi-nyanyi kecil. Ada keriangan yang berputik di dalam hati. Sebentar tadi Fariz menelefon. Katanya mahu pulang ke kondo hari ini. Terus dia tersenyum lebar. Tidak sabar-sabar untuk menyambut kepulangan Fariz. Pelbagai lauk-pauk sudah disiapkan menunggu kepulangan Fariz. Hatinya berbunga. Rindu benar pada suaminya.

Loceng pintu yang berbunyi menandakan kepulangan Fariz. Segera Irah membuka pintu dan menyambut suaminya dengan senyuman mesra. Tangan Fariz diraih, disalam serta dikucup.

Fariz kehairanan. Lain benar layanan Irah hari ini. Mesra sekali.
“Abang nak makan? Irah dah masakkan.” Sapa Irah.
“Boleh juga. Irah dah makan? Jom makan sekali,” Irah menggeleng.
“Irah kenyang. Abang makanlah.” Shahirah sudah sibuk menghidangkan makanan di meja makan. Fariz dilayan sungguh istimewa.

Irah ternanti-nanti. Sudah hampir pukul 11.00 malam. Fariz masih lagi mengadap kaca televisyen. Tiada langsung tanda-tanda untuk masuk tidur. Tak kerjakah besok?
“Abang, dah lewat ni. Tidurlah. Abang kan kerja.” Suara Irah menegur Fariz yang masih leka dengan rancangan tv.
“Tak apa. Irah tidurlah dulu kalau mengantuk. Abang tidur kat luar aje.” Jawabnya tanpa memandang wajah Irah. Matanya masih lekat di kaca tv. Irah rasa sedikit terkilan. Tidur kat luar? Irah menggigit bibir.
“Abang, Irah cakap sikit boleh?” Irah bersuara perlahan lantas mengambil tempat di sofa. Fariz mengerling. Wajah isterinya serius. Segera dipadamkan televisyen dengan remote control.
“Apa dia? Tak cukup duit belanja ke?” Soalnya. Irah menggeleng. Sunyi seketika. Irah cuba mencari kekuatan untuk berbicara.
“Abang marahkan Irah ke? Irah ada buat salah ke?” Berkelip-kelip matanya memandang Fariz. Wajah lelaki itu berubah. Dahinya berkerut.
“Kenapa Irah tanya macam tu? Mana ada abang marahkan Irah.” Jawabnya. Irah menelan liur lagi. Masakan! Kalau tidak kenapa dia asyik menjauhkan diri dari aku?
“Dah tu kenapa abang macam… macam…,” Dia tidak menghabiskan ayatnya. Dibiarkan tergantung di situ. Irah takut untuk bersuara.
“Kenapa ni? Macam apa? Cuba cakap terus-terang dengan abang. Irah ada apa-apa yang tak puas hati?” Kali ini Fariz pula menyoal bertubi-tubi. Tergagap-gagap dia untuk memberi jawapan.
“Abang…, abang asyik jauhkan diri dari Irah. Abang dahlah jarang-jarang balik ke sini. Irah ajak tidur di bilik pun abang tak mahu.” Irah bersuara sayu. Fariz terdiam. Sedar dengan perlakuan dinginnya terhadap Irah. Dari segi lain dia tidak pernah mengabaikan Irah. Hanya kemesraan sahaja yang tidak diberikan sedangkan Irah benar-benar memerlukan kasih-sayangnya.

Fariz menghela nafas yang terbuku. Dia sendiri tidak mengerti dengan apa yang dialaminya. Dia rasa bersalah terhadap isterinya.
“Abang minta maaf.” Lambat-lambat dia menuturkan ayat itu. Begitu sukar untuk meluahkan apa yang tersirat di dalam hati. Namun dirinya takkan tenang selagi tidak berterus-terang.
“Kenapa abang minta maaf? Irah tak faham.” Direnung wajah Fariz untuk meminta jawapan yang lebih pasti.
“Abang sebenarnya belum bersedia.” Irah makin hairan. Apa maksudnya? Tidak bersedia?
“Maksud abang?”
“Abang minta maaf sebab buat Irah macam ni. Abang sebenarnya.... tak cintakan Irah!” Irah tergamam. Terasakan nafas tersekat di kerongkong. Bukan itu ucapan yang diharapkan! Kenapa? Kenapa???
“Abang minta maaf kerana usik Irah. Abang sebenarnya belum bersedia untuk terima Irah dalam kehidupan abang. Abang masih cintakan kak Ju. Abang bersalah kerana dah terlanjur dengan Irah. Abang bukan sengaja.” Irah tidak dapat menahan sebak. Terus air matanya menitis di situ. Bukan itu yang dinanti-nanti dan diharapkan selama ini. Irah dambakan sebuah cinta dari Fariz. Ternyata harapannya hancur berkecai. Hancur dek kata-kata yang diluahkan. Sebegitu mudah Fariz berkata begitu setelah melakukannya? Kalau tiada cinta kenapa buat Irah begini?
“Irah, abang....,” Fariz cuba menyentuh bahu Irah tetapi dia mengelak. Hatinya sakit. Fariz keterlaluan! Irah isteri Fariz. Kenapa tidak boleh memberikan cinta dan kasih-sayang pada Irah? Irah juga berhak!
“Kenapa abang buat Irah macam ni? Apa salah Irah? Kalau abang tak sukakan Irah, kenapa tak lepaskan Irah?” Dia menyoal marah dalam tangisnya. Teresak-esak hingga terhenjut bahu menahan sendu.
“Abang... abang minta maaf Irah. Abang cuma manusia. Abang tak dapat kawal diri. Abang tahu abang salah. Abang akan cuba layan Irah dengan baik. Irah, maafkan abang!” Irah semakin geram. Sebegitu mudah menuturkan perkataan maaf. Hatinya terlalu sakit tika ini.
“Sampai hati abang. Abang dah buat Irah macam ni. Takkan tak ada sedikit pun perasaan pada Irah? Abang kejam!” Irah berlari-lari anak menuju ke bilik, meninggalkan Fariz tanpa kata. Dihempas daun pintu sekuat hati. Pelbagai perasaan bercampur-baur di dalam hati. Sedih, pilu, marah dan geram. Fariz terlalu ego!

Peristiwa itu mengubah diri Irah menjadikannya tidak ceria seperti sebelumnya. Hanya kedinginan bertamu di lubuk sanubari. Fariz sudah tidak dipedulikan. Dia sudah berjauh hati. Tiada lagi harapan disandarkan pada Fariz. Perasaan yang baru memutik indah bagaikan direntap sekelip mata oleh kata-kata lelaki itu. Kedukaan menjadi peneman. Sudahlah Irah ditinggalkan keluarga, kini hatinya dibiarkan sendiri tanpa tempat bermanja. Betapa Irah menagih cinta dari Fariz, tetapi lelaki itu tidak sudi memberi. Ah! Fariz hanya tahu mengambil kesempatan! Tak guna menabur kasih pada orang yang tak sudi. Irah pun tak ingin tersudu-sudu kalau orang tak suka! Cinta yang tidak berbalas ibarat pohon yang baru mula bertumbuh dibiarkan kering dan mati. Pedih di hati TUHAN sahaja yang tahu!

Fariz sedar dengan tingkah Irah yang berubah drastik. Pastinya Irah berkecil hati dengan penjelasannya. Tetapi Fariz tidak mahu berpura-pura. Memang silap dia berkata begitu, tetapi selama mana harus Fariz menyembunyikan hakikat sebenar? Cinta dan sayang. Wujudkah untuk Irah? Fariz tidak tahu. Bila disebut tentang soal kasih, hanya wajah Julia yang terbayang di ruang mata. Adakah ruang dihati untuk Irah sedangkan sepenuh cinta sudah dicurahkan buat Julia? Julia mungkin sudah pergi untuk selama-lamanya, tetapi wanita itu masih hidup dalam hatinya, dalam kenangannya, dan dalam perasaannya. Lalu, bagaimana?

“FARIZ, mak nak cakap sikit boleh?” Zahidah menegur Fariz yang leka membaca akhbar di ruang taman. Ada sesuatu yang sudah kian lama bersarang di benaknya. Cuma tidak terluah sahaja. Diletakkan dulang berisi minuman dan kuih-muih yang menjadi hidangan minum petang di meja kecil di hadapan Fariz. Suasana damai taman yang terhias indah dengan landskap dan tumbuhan-tumbuhan renek dan pokok-pokok bunga membangkitkan suasana yang harmoni dan tenang. Bayu yang berpuput lembut menyegarkan suasana petang yang damai.
“Apa dia mak?” Fariz meletakkan akhbar di sisi sedang Zahidah pula sudah mengambil tempat di sebelahnya.
“Isteri Fariz apa khabar?” Wajah Zahidah sedikit gusar. Bimbang kalau-kalau Fariz masih berkecil hati dengan sikapnya suatu ketika dahulu.
“Dia... baik. Kenapa mak tanya fasal dia?” Fariz cuba mengesan apa yang sebenarnya ingin diperkatakan oleh ibunya.
“Mak.... mak sebenarnya nak minta maaf. Mak dah sedar kesilapan mak. Mak harap Fariz maafkan mak.”
“Fariz dah lama maafkan mak. Fariz pun minta maaf sebab berkasar dengan mak. Dahlah, jangan bangkitkan hal tu lagi. Kita lupakan aje, ya mak.” Fariz cuba memujuk. Tidak karuan melihatkan kesedihan di wajah tua itu. Dia lebih rela mengalah dari melihat ibunya menangis. Sekeras-keras hati lelakinya, bisa juga dilembutkan oleh titisan air mata ibu. Kasih ibu terlalu tinggi nilainya!
“Kalau mak minta sesuatu boleh?” Zahidah bertanya lagi.
“Apa dia mak?”
“Mak nak jumpa dia.” Fariz sedikit terkejut.
“Jumpa Irah?” Zahidah mengangguk.
“Mak nak minta maaf dengan dia. Mak dah bersalah pada dia. Berilah mak jumpa dia. Hati mak tak tenang selagi tak berjumpa dan minta maaf.” Pandangan Zahidah penuh kesayuan. Terpancar sinar harapan yang menggunung dari matanya.
Fariz membisu beberapa ketika. Dia sendiri tidak dapat memberi kata-putus. Bagaimana pandangan Irah sendiri? Ah! Irah pun sudah tidak sudi berbicara dengannya. Saban hari hanya melayan perasaan sendiri. Hmm...

“Insya-Allah. Kalau ada kesempatan Fariz akan bawa dia kemari.” Jawabnya.
“Fariz...,” Diletakkan tangannya di atas tangan Fariz yang kasar.
“Tolong ya. Hati mak betul-betul tak tenteram. Jangan sampai mak tak sempat minta maaf dengan dia.” Ujarnya penuh harap.
“Mak, jangan cakap macam tu. Fariz janji akan bawa Irah jumpa mak. Mak janganlah bimbang ok?” Digenggam tangan tua itu sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Zahidah menarik nafas lega mendengarkan janji itu...

“TAK payahlah bang. Irah rasa Irah duduk kat rumah lagi baik.” Wajah Irah mencuka. Tubuhnya dipusing membelakangkan Fariz. Pandangannya dilarikan ke luar tingkap, mengharapkan suasana di luar sana dapat memberi sedikit ketenangan kepada hati yang terluka. Suka-suka hati dia nak mengarah aku itu ini! Ingat aku ni lembu ke? Tak ada perasaan? Marahnya di dalam hati.
“Jangan macam tu. Irah pun janganlah berkecil hati sangat. Perkara tu dah lama berlalu. Takkan dengan orang tua pun nak berkira. Abang dah janji dengan mak nak bawa Irah jumpa dia. Mak dah minta maaf.” Ujar Fariz pula, masih memujuk.
“Irah dah lama maafkan mak. Irah tak berkecil hati. Abang sampaikan ajelah salam Irah pada mak abang. Bukan Irah tak sudi nak jumpa mak, tapi Irah sedar siapa diri Irah. Irah tak layak bergelar menantu. Irah ni tak bererti untuk sesiapa. Siapalah Irah pada abang.” Dirasakan kesayuan membalut hatinya. Terkilan di hati oleh perbuatan Fariz masih belum hilang. Masih kukuh tersemat ingatan terhadap kata-kata Fariz walaupun telah hampir beberapa bulan berlalu. Irah sebenarnya telah kecewa dengan suaminya. Suatu kekecewaan yang diciptakan oleh lelaki itu sendiri.

“Irah masih marahkan abang?” Diam membisu. Fariz yang medekati cuba dijauhi. Tidak mahu dirinya disentuh. Irah rasa jelik dengan sentuhan lelaki itu. Terasa dirinya terlalu hina. Hanya layak menjadi bahan santapan nafsu Fariz, bukan untuk disayangi, apatah lagi dicintai. Fariz kejam! Tidak berperasaan!
“Abang dah minta maaf banyak kali. Irah nak suruh abang buat apa, hah? Kenapa degil sangat? Berapa kali abang cakap, abang tak sengaja! Abang cuma seorang manusia biasa, bukannya Nabi yang boleh menahan godaan. Abang bertanggungjawab atas perbuatan abang. Abang bukannya mengabaikan Irah dari kehidupan abang. Selama ini abang jaga makan pakai Irah. Tak cukup lagikah?” Fariz pula diserang amarah.
“Semudah itu ke tanggungjawab seorang suami? Abang betul-betul bertanggungjawabkah? Abang sebenarnya ego! Abang cuma fikirkan tentang diri abang! Abang ingat kemewahan boleh beli diri Irah? Irah manusia bang! Irah ada perasaan. Pernah abang tanya tentang perasaan Irah? Pernah abang peduli Irah sedih atau gembira? Selama ni Irah sunyi. Sangat sunyi. Irah perlukan seorang teman. Irah perlukan kasih-sayang abang. Tapi abang langsung tak ingin memberi. Abang buat Irah rasa macam perempuan simpanan! Abang sentuh Irah tanpa sedikit pun perasaan sayang. Irah sedih! Irah malu! Irah pun ada harga diri bang!” Irah meluahkan perasaan yang sekian lama terbeban dalam diri. Biar Fariz tahu, bukan selamanya Irah akan tunduk dan mengalah oleh perbuatan lelaki itu!
“Irah, abang... abang tak bermaksud begitu.” Fariz kematian kata.
“Sudahlah bang. Tak payahlah pujuk Irah. Irah sedar siapa diri Irah. Tak payahlah susah-susah kerana Irah. Buat apa temukan Irah dengan mak abang, sedangkan Irah dengan abang pun bukannya ada apa-apa.” Tangisnya berlagu lagi. Fariz merasa tertekan. Perasaannya benar-benar terhimpit kala ini. Antara melayan rajuk isteri dan kehendak ibu yang disayangi. Zahidah sudah sedia menanti. Janjinya untuk membawa Irah pulang ke rumah hari ini. Telah berhari-hari Zahidah bertanyakan hal itu. Kini Irah pula yang buat perangai. Kacau!

“Irah, soal ni kita settle kemudian, boleh? Sekarang abang cuma minta Irah ikut abang jumpa dengan mak. Sekali ini aje abang minta. Lepas ni, apa sahaja yang Irah mahu, apa sahaja yang Irah nak buat, nak marah abang ke, nak pukul abang ke, terpulang pada Irah. Cuma tolong jangan sakitkan hati mak abang. Abang tak sanggup tengok mak menangis lagi. Mak tak berapa sihat. Tolonglah faham Irah.” Sedaya-upaya dipujuk Irah yang kian melayan rajuk. Seketika Irah membisu. Tangis yang bersisa diseka dengan belakang tapak tangan. Walau betapa sakitnya hati, Irah masih sedar statusnya sebagai seorang isteri. Seketika dia terkenangnya wajah arwah emak. Irah anak yang baik. Jangan sekali-kali derhaka pada ibu bapa. Terngiang-ngiang nasihat itu di telinga. Kalaulah mak ada di sisi! Ah! Fariz bukannya mengerti apa yang Irah rasakan!

“Abang nak balik rumah mak abang, abang baliklah sorang-sorang. Irah tak mahu!” Tegasnya. Entah dari mana datangnya sifat memberontak yang sebelum ini tidak pernah dipamerkan. Memang sejak akhir-akhir ini pun dia sudah mula pandai melawan. Radangnya tidak menentu. Kalau anginnya sudah datang, ada sahaja yang menjadi amarahnya.

“Irah jangan nak melawan cakap abang. Jangan sampai abang berkasar dengan Irah. Abang cakap baik-baik ni.” Habis sudah kata pujukan Fariz terhadap perempuan itu. Egonya tercabar bila Irah semakin buat perangai. Kalau dulu, isterinya tidak pandai melawan, kini ada sahaja kata-kata sinis yang terpacul dari bibir. Memang Fariz seorang yang cepat baran bila apa yang disuruhnya ditentang.
“Irah cakap tak mahu, tak mahulah!” Irah menjerit marah.
Dada Fariz kian terbakar dengan kedegilan Irah yang menjadi-jadi. Semakin dipujuk rayu semakin naik lemak pula! Mengada-ngada!
“Diam! Aku tak suka dengar perempuan menjerit, tau tak?!” Kali ini tengkingan Fariz bergetar ke segenap ruang. Irah terpempan. Tubuhnya menggigil. Dia rasa takut sekali bila lelaki itu mengamuk.
“Ikut abang balik rumah mak sekarang jugak!” Fariz terus merenggut kasar tangan isterinya. Tangisan Irah tidak dipedulikan. Marahnya berapi. Pantang benar kalau perempuan melawan cakapnya.
“Irah tak mahu! Irah tak mahu! Lepaskan!” Irah meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia benar-benar tidak ingin pergi. Dia benar-benar dikuasai perasaan sedih dan marahnya. Namun, Fariz tidak sudi mendengar. Jeritan dan tangisan Irah dipandang sepi.

Kereta Mercedes Benz perak metalik itu meluncur masuk ke perkarangan banglo di pinggir bukit dan akhirnya berhenti tepat-tepat di hadapan pintu masuk utama. Irah sekadar memandang. Besar dan mewah sekali banglo itu. Dia kagum, namun tiada kata pujian diluahkan. Sepanjang perjalanan pun dia hanya membisu. Tengkingan Fariz benar-benar membuatkan dia kecut walaupun hatinya memberontak tidak ingin ikut sama. Matanya masih basah dek tangisan sepanjang perjalanan. Kepalanya sedikit pening. Mungkin kerana cuaca panas yang sedang melanda negara tika ini. Semalam pun telah diwartakan dalam berita yang cuaca panas mungkin akan berlanjutan untuk tempoh beberapa bulan.

“Irah..,” Dia dengar namanya dipanggil. Fariz mengisyaratkannya supaya turun. Seketika kemudian Irah nampak wajah seseorang yang pernah ditemuinya. Perempuan yang memarahinya dan menamparnya suatu ketika dulu.

Wanita itu tersenyum. Didekati anak dan menantu yang sekian lama dinanti.
“Mak, ini Irah.” Fariz memperkenalkan. Gugup Irah menyambut salam dari tangan tua itu. Pertama kali Irah menyalami tangan ibu mertuanya. Debar di hati Tuhan sahaja yang tahu!
“Masuklah Fariz, Irah. Abah belum balik lagi. Sekejap lagi dia pulang. Kak Saba dah siapkan makan tengahari. Irah makan di sini ya.” Irah ingin bersuara, tetapi pandangan tajam Fariz seolah-olah memberitahunya supaya mendiamkan diri. Akhirnya diturutkan sahaja langkah Zahidah masuk ke dalam banglo yang tersergam indah.

Melilau mata Irah melihatkan hiasan indah dalam ruang tamu itu. Di dinding tergantung gambar-gambar keluarga. Fariz bersama ibu, ayah, adik, seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 7 tahun dan seorang wanita yang jelita. Mungkinkah itu Julia? Ah! Bahagianya mereka! Desis hatinya. Mungkin suatu masa dahulu rumah ini penuh dengan suasana ceria dan gembira. Dari gambar-gambar yang terpamer itu, dia dapat mengagak kegembiraan yang pernah tercurah. Terasa dirinya jauh sekali. Aku tak patut kemari!
“Abang, Irah nak balik.” Dicuit lengan Fariz sambil ayat itu dibisikkan. Fariz mengangkat kening tanda kurang senang.
“Irah jangan nak cari fasal! Kita baru aje sampai. Abah pun belum balik lagi. Jangan nak mengada-ngada!” Marah Fariz. Dikawal nada suara agar tidak kedengaran oleh Zahidah yang ketika itu berada di ruang dapur untuk mengambil minuman sementara Kak Saba pula sibuk menghidangkan makan tengahari.
“Irah bukan nak mengada-ngada! Irah rasa tak sihat. Irah pening!” Irah mula memicit dahi yang dirasakan berdenyut. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas. Fariz tidak melayan. Mengada-ngada! Suka buat perangai!

Zahidah muncul dari dapur sambil menatang sedulang minuman. Wajahnya yang terukir dengan senyuman berubah bila melihatkan Irah. Wajah perempuan itu pucat kelesuan. Kenapa pula? Tadi ok aje?

“Irah kenapa? Tak sihat ke?” Zahidah menegur. Irah menggeleng. Sedaya-upaya cuba dikawal imbangan tubuh. Saat ini kepalanya benar-benar pening. Pandangannya nanar. Suara Fariz dan Zahidah bagaikan tak terjangkau oleh pendengaran. Tiba-tiba kelam menutup tirai penglihatannya. Dirasakan bumi ini berputar. Tubuhnya jatuh terjelepuk ke lantai...

Perlahan dibuka kelopak mata yang dirasakan berat. Kesakitan di kepala masih lagi dirasai. Aku dimana?

Dilihatnya Fariz ada di sisi, menggenggam tangan kirinya. Ditoleh pula ke sekeliling. Zahidah bersama perempuan muda yang pernah ditemuinya dahulu serta seorang lelaki separuh umur.

Irah ingin membuka mulut bertanyakan apa yang berlaku. Dia cuba bangun tetapi dihalang oleh Fariz.

“Rehatlah! Irah kan baru sedar.” Fariz menguntum senyum. Kenapa mesra benar? Di setiap wajah terpamer kegembiraan. Irah tidak mengerti. Agaknya mereka seronok tengok aku terlantar begini.

“Kenapa Irah tak cakap awal-awal? Fariz pun satu, tak ambil tahu keadaan Irah. Kesian Irah. Kalau mak tahu, tak ada mak suruh Irah datang tengah-tengah cuaca panas macam ni, biar Irah berehat aje kat rumah.” Irah langsung tidak faham.
“Jaga diri baik-baik Irah. Irah kena jaga kesihatan Irah sekarang.” Azri pula mengusap-usap kepalanya. Irah rasa terharu. Betapa dia mendambakan kasih seorang ayah.
“Kenapa Irah tak cakap dengan abang? Kenapa rahsiakan?” Fariz pula menyoal lembut. Irah masih belum dapat menangkap maksudnya. Dikerutkan dahi kehairanan.
“Cakap apa ni? Irah tak faham.” Dipandang wajah Fariz untuk meminta suatu kepastian. Kali ini Zahidah pula mendekati dan menghadiahkan satu kucupan di dahi. Irah terpana!
“Irah bakal bergelar ibu sayang!” Bagaikan mahu luruh jantung mendengarkan jawapan itu. Irah bakal bergelar ibu? Maknanya Irah mengandung? Mengandungkan benih Fariz? Tak mungkin! Dialih pandangannya pada Fariz tanpa berkelip.
“Irah... Irah mengandung bang?” Dia bertanya. Dirasakan soalan itu terlalu bodoh untuk diajukan.
“Irah dah dua bulan mengandung. Apa Irah tak sedar?” Irah berfikir-fikir seketika. Cuba mengingati mana-mana perubahan yang berlaku pada dirinya sejak akhir-akhir ini. Seingatnya memang periodnya pun sudah beberapa bulan tidak datang. Sangkanya hanya kerana tekanan yang dihadapi. Dahulu pun Irah mengalami keadaan yang sama. Kerana itu Irah tidak menjangkakan ada perubahan dalam dirinya. Cuma akhir-akhir ini sahaja dia mudah benar berasa penat, lesu dan pening.

“Irah dah berbadan dua sekarang. Fariz kenalah jaga Irah betul-betul. Mak rasa daripada Irah tinggal sendirian kat Kondo tu, ada baiknya Irah tinggal dengan kami. Sekurang-kurangnya mak ada untuk tengok-tengokkan Irah.” Irah makin tersentak mendengar cadangan Zahidah yang tak semena-mena itu. Dirasakan perkara ini terlalu mendadak baginya.
“Tapi….,” Irah ingin membantah. Mana mungkin! Ini tidak sepatutnya berlaku. Dia ingin menjauhkan diri dari keluarga itu. Tetapi lain pula yang terjadi.
“Betul tu Fariz. Biar Irah tinggal dengan kami. Tak payah susah-susah Fariz nak berulang-alik ke sana ke mari. Doktor pun ada beritahu badan Irah lemah sedikit. Ada baiknya kalau mak yang jaga dia daripada Fariz biarkan dia seorang diri. Bagus cadangan mak kamu tu.” Ujar Azri pula. Zahidah angguk senyum. Fariz belum memberikan keputusannya tetapi ibu bapanya lebih dahulu membuat kesimpulan. Irah tidak mampu menghalang.
“Lepas keluar hospital, Irah terus tinggal dengan mak ya sayang?” Zahidah mengusap-usap lagi kepala Irah, bagaikan seorang ibu membelai anak kecil. Irah hanya terdaya membisu.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 8


IRAH rasa bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Sukar untuk dia menerima kenyataan itu. Fikirannya buntu. Apa yang harus dilakukan? Irah tidak tahu. Di saat dia ingin membuang lelaki itu dari kehidupannya, tiba-tiba dia terikat pula dengan Fariz. Anak ini akan mengekalkan satu ikatan. Satu ikatan yang ingin dielakkan. Tetapi ia telah berlaku dan tidak boleh diundur lagi. Kenapa harus aku diseksa begini? Dia tidak menyintaiku! Tidak menginginiku! Sedang aku pula mengandungkan benihnya. Salah siapa? Salah takdirkah? Arrghhhh!!!!!

Dia masih lagi teragak-agak. Tinggal di banglo itu membuatkannya terasa begitu asing. Irah rasa tidak layak untuknya menetap disitu. Dia ingin pergi, tapi ke mana? Dia sendiri tidak tahu. Ke rumah Pak Ngah? Nanti apa pula kata orang tua itu. Pasti Pak Ngah akan bersedih kalau mengetahui keadaan dirinya yang sebenar. Pak Ngah akan dihantui rasa bersalah, sedangkan Pak Ngah tidak berniat untuk menghancurkan hidup Irah.
. Tinggal di banglo ini pula makin menjerut perasaan Irah. Menghadap keluarga Fariz yang tiba-tiba berubah mesra terhadapnya. Tambah menyakitkan hati lagi bila terpaksa tinggal sebilik dengan Fariz. Tidak cukup dengan itu, Irah terpaksa pula berlakon di hadapan keluarga Fariz, kononnya tiada masalah yang melanda dalam bahtera perkahwinannya. Sungguh menghenyak jiwa!

Fariz pula bagaikan dalam dilema. Irah mengandung? Tidak karuan dia memikirkan hal itu. Tidak disangka sentuhan kali pertama itu akhirnya membuahkan benih dalam rahim isterinya. Kasihan Irah! Pasti dia rasa terbelenggu. Tetapi ianya telah terjadi dan tak guna disesali. Bukan kehendaknya juga. Sudah takdir TUHAN menentukan. Ah! Kalaulah aku dapat menahan godaan yang mendatang, pasti tidak akan berlaku begini! Desis hatinya. Kasihan pula melihatkan keadaan Irah yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Sering sahaja pening dan keletihan. Masuk bulan ketiga sahaja, Irah sudah mula muntah-muntah. Berkali-kali hingga lesu tubuhnya. Ada sesalan yang terbit di hati Fariz. Jika dia tidak mengambil kesempatan pasti Irah tidak berakhir begini. Mungkin Irah berpeluang mengecap kehidupan yang lebih baik bersama orang lain jika dia tidak merampas kesucian Irah. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. Sudah terlambat untuk mengubah suratan yang telah tertulis. Dan Irah kian membencinya walau sedaya-upaya didekati.

KETUKAN keras dibalik pintu menyedarkan lamunan Fariz yang leka dijirusi air dingin dari shower. Bertalu-talu ketukan itu, membingitkan telinga. Mengganggu aje! Gunalah bilik air lain. Dah tahu orang tengah mandi! Marah hatinya. Ditutup pili air dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi mencapai tuala yang tergantung untuk membalut tubuh yang terdedah.

Sebaik dibuka, Irah menyerbu masuk. Tidak dipedulikan tubuh Fariz dihadapannya lantas dia terus ke sinki, memuntahkan segala isi perut yang dari tadi melonjak-lonjak di tekak. Fariz terpana seketika. Irah mengurut dada yang terasa sebak. Air mata menitis keluar serentak bersama muntahan yang benar-benar meloyakan. Matanya merah. Terasa ada tangan yang mengusap belakangnya.

Fariz terus memicit-micit belakang leher isterinya. Termengah-mengah perempuan itu menahan nafas.
“Nak muntah lagi?” Fariz bertanya kerisauan. Geleng. Dibuka paip dan dibasahi wajahnya untuk memberi sedikit kesegaran.
“Boleh jalan tak?” Fariz menyoal lagi bila didapatinya imbangan tubuh Irah yang tidak stabil. Masih lagi terawang dek rasa pening dan loya. Morning sickness!

Irah sekadar mengangguk walaupun hakikatnya dia rasa tidak berdaya. Belum sempat dia melangkah keluar, dia terasa tubuhnya diangkat. Dicempung Fariz ke bilik tidur dan dibaringkan di atas katil. Irah mahu memprotes. Tidak ingin dikatakan terlalu lemah. Namun, rasa pening di kepala yang berat membuatkannya terdiam tanpa kata. Dibiarkan sahaja Fariz memicit dahi. Sedikit-sebanyak rasa pening yang melingkar berkurangan.

Fariz tunduk begitu hampir. Dapat dirasakan hembusan nafas lelaki itu. Irah membuka kelopak mata yang terpejam. Terpana seketika melihatkan dada bidang Fariz yang terdedah dan basah. Seksi! Bergelora hatinya. Cepat-cepat dipadamkan perasaan yang mula menguntum. Ah! Fariz memang kacak! Dengan badan yang tegap dan sasa serta kulit sawo matang itu sudah cukup baginya untuk menundukkan mana-mana perempuan. Mata helangnya, hidung mancungnya, bibir nipisnya. Ah! Boleh jadi gila bayang kalau tengok lama-lama! Sudahnya Irah tidak betah melayan perasaan sendiri.

“Dah ok?” Fariz bersuara selepas beberapa ketika. Dia sekadar mengangguk. Dipalingkan wajah, malu untuk menonton tubuh Fariz yang hanya bertuala separas lutut.

“Irah nak pergi klinik? Abang tak kerja hari ni. Abang temankan ya?” Pujuk Fariz. Belas hatinya melihatkan keadaan Irah yang lemah.
“Tak apa. Irah tak apa-apa. Dah ok.” Jawabnya bersahaja.
“Tapi Irah muntah teruk sangat abang tengok. Badan Irah tak kuat. Abang risau!” Fariz menyatakan kebimbangan. Tiba-tiba Irah tersenyum jengkel, menimbulkan kehairanan di hati lelakinya.
“Abang risaukan Irah ke, abang risaukan anak dalam perut Irah? Abang tak payahlah bimbang. Irah akan jaga anak ni baik-baik. Irah tahu semua orang menaruh harapan terhadap dia. Semua menunggu kelahiran dia. Tak payahlah pura-pura nak risaukan Irah!” Perlinya.
“Apa maksud Irah kata begitu? Abang cakap yang betul! Apa Irah ingat abang cuma nakkan anak ini aje. Irah isteri abang, abang bertanggungjawab pada Irah.” Bangkang Fariz. Rasa tidak puas hati terselit juga dalam nada suaranya. Irah sekadar menjeling. Macamlah aku tak tahu! Kalau bukan kerana aku mengandungkan anak dia, tak mungkin Fariz berubah jadi begitu mesra secara mendadak. Keluarganya pun sama! Dulu aku dicaci dan dihina sesuka hati. Sekarang, bila aku dah mengandung, elok pula nak mengaku menantu. Ingat aku ni apa? Kilang buat anak ke? Benci! Menyampah! Mereka bukannya sayangkan aku! Mereka cuma nakkan anak aku! Ah! Pandainya bermuka-muka!
“Terpulang pada tafsiran abang sendiri. Irah cakap yang betul. Irah bukan bodoh sangat bang! Irah tahu apa yang bermain di fikiran abang dan keluarga abang. Irah sedar siapa diri Irah dan dari ceruk mana asal Irah. Irah tahu Irah tak layak jadi isteri dan menantu dalam keluarga ni. Irah tak bererti. Yang bererti cuma anak dalam kandungan ni, tak begitu?” Sinis sekali sindiran yang ditempelakkannya.
“Irah, sudahlah tu. Jangan dibangkitkan lagi hal yang lepas. Ya, abang yang salah. Abang punca semuanya ni. Abang minta maaf. Tolonglah Irah, jangan bersikap begini. Sampai bila Irah nak mengelak. Kita dah tak boleh berpatah balik. Semuanya dah berlaku.” Fariz melepaskan keluhan. Degil sungguh dia ni! Kedegilan Irah sedikit sebanyak menggugat hati lelakinya. Persepsinya terhadap Irah sudah berubah. Sudah wujud satu perasaan yang aneh. Dia sendiri tidak mengerti. Mungkinkah perasaan aneh itu berputik kerana Irah mengandungkan anaknya?

“Sudahlah bang. Irah dah bosan dengan perkataan maaf abang tu! Asyik-asyik itu aje yang abang sebut. Benci!” Irah mendengus. Dia membelakangkan tubuh Fariz sambil memeluk tubuh.

Wajah Fariz berubah. Terlalu berani dia menuturkan perkataan benci.
“Irah! Jangan cabar kesabaran abang. Abang lelaki! Jangan sampai…,”
“Jangan sampai apa? Abang nak buat apa kat Irah? Nak ceraikan Irah? Lagi bagus bang. Memang itu yang sepatutnya!” Irah benar-benar marah.
Fariz menghampiri. Dicapai tangan Irah dan digenggamnya erat. Tubuh isterinya dipusing, mengadap dirinya. Hampir. Irah tergamam. Ada raut kemarahan di wajah Fariz.
“Cukup Irah! Abang tak nak dengar lagi! Irah dah makin berani sekarang. Irah jangan lupa yang Irah masih isteri abang. Abang dah bosan dengan tuduhan Irah tu semua. Abang tak pernah buat jahat pada Irah. Ada abang kasari Irah? Ada abang paksa Irah? Hmm? Cuba fikir sikit. Kalau Irah tak rela disentuh abang, kenapa tak melawan? Kenapa tak menolak malam tu? Kenapa biarkan? Kita sama-sama mahu. Silapnya abang tak punya perasaan cinta pada Irah masa tu. Sekarang Irah nak letakkan semua kesalahan atas abang?” Tubuh Irah yang digoncang Fariz sedikit kecut. Takut juga bila lelaki itu diamuk marah. Namun, hatinya masih tebal dengan rasa benci dan geram.
“Ah! Abang memang ambil kesempatan! Abang yang mulakan! Kalau tak, semua ni takkan terjadi!” Dia masih berkeras menegakkan hujahnya.
“Ooo… still nak salahkan abang ya? Abang ambil kesempatan? Fine! Sekarang biar abang ambil kesempatan betul-betul!” Jantung Irah mula berdegup kencang. Apa maksud Fariz berkata begitu? Irah cuba menarik tangannya yang dalam genggaman Fariz, tetapi lelaki itu lebih dahulu bertindak. Ditarik tubuh Irah dengan kasar hingga rapat ke tubuhnya dan dirangkul kemas.
“Abang! Apa abang nak buat ni. Lepaskan! Sakit!” Irah meronta, cuba melawan tubuh sasa itu. Fariz mengeratkan lagi pelukannya hingga nafas Irah terasa sesak.
“Abang, Irah jerit nanti!” Ugutnya. Fariz sekadar tersenyum sinis.
“Jeritlah! Jerit kuat-kuat. Biar satu rumah dengar. Abang tak peduli. Abang masih ada hak pada Irah. Irah jangan lupa, kalau suami inginkan isteri, isteri mesti beri. Irah nak tanggung dosa melawan kehendak abang?” Gertak Fariz pula. Irah benar-benar takut. Takut pada perlakuan Fariz yang berubah tiba-tiba. Air mata mula bergenang dan akhirnya tumpah di pipi. Dia tidak rela diperlakukan begini.
“Abang, tolong lepaskan Irah! Jangan bang! Irah mengandung. Irah tak sihat.” Irah mula merayu. Nada suaranya sudah menurun. Gemersik dan lemah pada pendengaran Fariz.

Fariz mula menggila. Tidak dihiraukan rayuan Irah. Tangannya mula mengelus rambut Irah yang panjang. Air mata Irah disapu dan pipi itu diciumnya. Kucupan yang makin mengganas melurut hingga ke bibir dan kemudiannya ke leher. Desahan nafas mula bertukar rentak. Irah makin menangis. Terlalu takut! Fariz menolak batang tubuhnya ke katil.
“Abang, Irah tak mahu! Jangan!” Rontaan Irah makin lemah dalam genggaman Fariz yang kian kuat.
“Diam! Jangan melawan kalau tak mahu sakit!” Kata-kata itu makin menambahkan derita di hatinya. Fariz kejam!

Fariz sudah tidak dapat mengawal diri. Direntap pakaian yang membalut tubuh Irah hingga mendedahkan diri isterinya pada penglihatannya. Fariz tenggelam dalam keseronokkan yang diciptanya sedang Irah menangis menanggung sebuah perasaan duka…

APA lagi yang ada pada sebuah harapan kalau semuanya sudah dihancurkan. Hatinya merintih sayu. Tanpa sekelumit perasaan belas Fariz memperlakukan dirinya begitu sedangkan lelaki itu tahu keadaan dirinya yang sedang berbadan dua. Betapa dia rasa terseksa diperlakukan sedemikian. Langsung tiada tolak ansur dari suaminya. Kenapa Fariz sebegitu kejam? Memperkosa dirinya yang lemah tidak berdaya.

Dia rasa ingin lari sahaja. Tetapi bila mengingatkan keadaan dirinya, Irah terpaksa mengalah. Ke mana harus dia pergi? Dia tidak punya tempat lain untuk dituju. Ke rumah Pak Ngah? Dia tidak mahu menyusahkan lelaki tua itu. Apatah lagi, dia hanya akan membebankan keluarga Pak Ngah dengan kehadirannya. Fariz pasti dapat menjejak kerana keluarga itu sahajalah saudaranya yang tinggal.

PANDANGANNYA menuju ke luar tingkap. Cuba dicari ketenangan dari pemandangan di luar sana, namun gagal. Pelbagai perasaan bercampur-aduk di dalam diri tika ini. Tidak semena-mena wajah perempuan itu terpamer lagi dalam kotak fikirannya. Dia menghela nafas. Keluhan berat membawa bersama perasaan sesal dan bersalah yang membalut hati.

Kenapa aku boleh bertindak sedemikian? Saat ini dirasakan dirinya seorang yang terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dipejamkan matanya rapat, cuba menghilangkan bayangan Irah yang menghantuinya sejak kejadian tempoh hari. Makin cuba ditepis bayangan itu, makin galak ia datang bertandang. Masih terngiang-ngiang tangisan dan rayuan isterinya mohon supaya dilepaskan. Basah wajah Irah dek tangisan atas perbuatan Fariz yang benar-benar melampau itu. Dia sendiri turut menyesali. Namun, segalanya telah terlewat. Entah apa yang merasuk dirinya hingga dia boleh bertindak sebegitu ganas pada Irah, sedangkan dia sendiri sedia maklum dengan keadaan isterinya itu. Ya ALLAH! Apa yang telah aku lakukan?! Dia meraup wajah. Rasanya mahu dia melutut memohon maaf kepada Irah, tetapi ego lelakinya tidak memungkinkan itu berlaku. Sudahnya, Irah ditinggalkan terdampar sendirian setelah dia memuaskan nafsunya.

KETUKAN bertalu-talu di pintu mengejutkan lenanya. Entah bila dia tertidur,dia sendiri tidak pasti. Dia bangun, membetulkan rambut yang kusut masai. Sebaik pintu dibuka, Zahidah sudah sedia terjengul di muka pintu.
“Irah, kenapa ni? Tak sihat ke? Mak panggil dari tadi ajak makan, kenapa tak turun?” Zahidah menyoal risau. Sepanjang hari menantunya itu hanya berkurung di dalam bilik. Kak Saba pun sudah berkali-kali mengetuk bilik tersebut.

Irah menggosok mata terpisat-pisat. Cuba mengingati apa yang telah berlaku. Dan, apabila gambaran kejadian itu menerpa ruang matanya, pelbagai perasaan mula berkecamuk.
“Mak makanlah. Irah tak lapar.” Jawabnya pendek. Zahidah mengerut dahi, tidak setuju dengan jawapan yang diberikan.
“Jangan macam tu. Irah kan mengandung. Tak elok untuk kesihatan. Fikirlah sikit untuk baby tu. Badan Irah pun lemah semacam mak tengok. Kak Saba cakap Irah tak makan apa-apa pun hari ni. Kenapa ni? Irah ada apa-apa masalah ke? Cuba cerita pada mak. Tak baik buat macam ni. Mak nak Irah turun makan dulu. Alas perut tu. Jangan dibiar kosong. Tak elok.” Zahidah sudah mula berucap panjang, memberikan nasihat tentang penjagaan diri ketika mengandung. Irah hanya mendiamkan diri. Apa sahaja yang dikatakan oleh ibu mertuanya itu langsung tidak masuk ke dalam kepala.
“Mak makanlah dulu. Irah tak ada selera. Irah cuma nak berehat dalam bilik aje sekarang. Kalau Irah lapar, Irah ambilkan sendiri nanti.” Dia menjawab acuh tak acuh. Sesungguhnya seleranya langsung mati bila mengingatkan peristiwa yang menyakitkan hati. Dia hanya mahu melayan perasaan sendiri tika ini. Dia mahu sendirian.
Seketika, kedengaran ngauman enjin kereta di perkarangan rumah. Fariz sudah pulang! Perasaan takut menyelubungi dirinya. Lelaki itu! Lelaki yang benar-benar dibenci tika ini.
“Tak apalah. Mak turun dulu. Jangan lupa makan tau.” Pesan Zahidah setelah gagal memujuk menantunya.

Fariz melangkah masuk ke dalam banglo dengan wajah yang letih. Seharian di pejabat benar-benar memerah segala tenaga dan otaknya. Sebaik melepasi ruang makan, Zahidah turun dari anak tangga. Fariz segera mendapatkan ibunya dan tunduk menyalami serta mencium tangan tua itu seperti selalu.

“Abah mana? Tak balik sekali?” Soal Zahidah. Suaminya itu selalu sahaja sibuk sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana cawangan perniagaan yang baru dibuka.
“Abah ke Bangsar. Dia jumpa kawan lama. Mungkin sekejap lagi dia sampai.” Jawab Fariz.
“Hmm… abah kamu tu memang. Kalau dah jumpa kawan, tak ingat nak balik rumah. Risau mak dibuatnya.” Zahidah menggeleng-gelengkan kepala.
“Fariz dah makan belum? Kalau belum, mari makan sekali dengan mak. Mak tak makan lagi ni. Tu, si Irah tu. entah apa anginnya hari ini. Satu hari tak jamah apa-apa. Asyik memerap dalam bilik aje. Baby meragam kut. Pergilah tengokkan dia.” Gesa Zahidah pula.
Ada satu perasaan terkesan di hatinya bila mendengar aduan Zahidah itu. Pasti Irah masih marah dengan kejadian semalam.
“Yalah. Mak makanlah dulu. Nanti Fariz turun makan. Fariz nak rehat sekejap ye, mak.” Dia terus berlalu ke tingkat atas sambil membawa bersama briefcasenya.
Pintu bilik yang tidak berkunci dibuka. Irah duduk di birai katil, memeluk kedua belah kepala lututnya. Wajah Fariz langsung tidak dipandang. Lelaki itu tidak berkata apa-apa sebaliknya terus ke bilik air untuk mandi selepas meletakkan briefcasenya ke atas meja.
“Mak ajak makan, kenapa tak turun. Kesian mak makan sorang-sorang. Kenapa tak makan hari ni?” Fariz yang sedang menyalin pakaian bertanya. Tiada jawapan diberikan. Irah masih diam membatu.
“Irah, abang cakap dengan Irah ni.” Diam lagi.
“Abang tahu Irah dengar. Jangan buat-buat tak reti pulak. Kalau iya pun marahkan abang, janganlah cari fasal nak menyakitkan hati mak dan menyusahkan diri sendiri.” Tegas Fariz.
Irah mula mengetap bibir. Kenapa dia pula yang dipersalahkan?
“Irah yang cari fasal? Siapa yang buat hal sebenarnya?” Irah membaling sebiji bantal pada Fariz. Dia memandang suaminya dengan perasaan penuh geram. Lelaki itu diam seketika.

Irah mengalih pandang. Sakit hatinya masih belum reda. Benci sekali bila menatap wajah lelaki itu. Tiba-tiba sahaja Fariz sudah duduk di sisinya. Dia ingin mengelak tetapi tangan lelaki itu pantas menangkap tubuh kecilnya.
“Duduk dulu. Kita bincang baik-baik. Tak elok marah-marah macam ni. Irah kan mengandung.” Fariz cuba memujuk.
“Pergi! Jangan dekat dengan Irah! Irah benci tengok muka abang! Menyampah! Abang keterlaluan! Sampai hati abang buat Irah macam ni! Abang buat Irah macam barang mainan abang! Abang ambil dan campak Irah sesuka hati abang. Abang ingat Irah ni apa bang? Irah malu! Irah malu dengan apa yang abang buat pada Irah! Kenapa abang buat Irah macam ni? Irah bukan perempuan murahan. Bukan sesuka hati abang je nak buat apa-apa!” Belum sempat Fariz mula berbicara, Irah lebih dahulu menghamburkan rasa marahnya.
“Irah, jangan macam ni. Abang tahu abang yang salah dalam perkara ni. Memang abang banyak buat salah pada Irah. Abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak menganiayai Irah. Tak boleh ke Irah maafkan abang?” Sayu suara Fariz memohon kemaafan. Dia juga tidak ingin jadi begini. Setiap kali dia cuba berbincang dengan Irah, pasti akan berakhir dengan pergaduhan. Entah di mana silapnya, dia sendiri pun tidak pasti.
“Itu ajelah yang abang tahu. Maaf, maaf, maaf! Irah dah bosan. Irah benci dengan perangai abang! Abang dengan keluarga abang sama saja!” Tinggi sekali suara Irah menjerit marah.
“Irah! Jangan menjerit! Nanti mak dengar. Memang abang yang salah! Jangan nak babitkan orang lain pulak dalam hal ni.” Fariz cuba mengawal rasa marahnya. Memang dia seorang yang panas baran. Sekalipun begitu, dia masih mampu mengawal emosinya. Dia tidak mahu bergaduh dengan Irah.

Irah sudah mula menangis lagi. Bengkak matanya akibat menangis dari semalam masih belum hilang. Begitu juga dengan sakit hatinya.
“Sudahlah! Abang tak payahlah nak berlakon. Bukan sekali abang buat Irah macam ni. Abang hipokrit! Mak dan adik abang pun sama! Mereka bukannya nakkan Irah, tapi nakkan anak dalam perut Irah. Abang pun tak pernah mahukan Irah. Irah benci pada abang! Irah benci pada mak abang! Irah benci pada adik abang! Irah benci semua keluarga abang!” Dia sudah dirasuk amuk. Dibaling semua barang yang dapat dicapai. Hatinya sudah terlalu sakit. Sudah tidak dapat dipujuk dengan rayuan lelaki itu.
Fariz benar-benar terpana. Tindakan Irah diluar jangkauannya. Tidak disangka begitu sekali tindakan yang akan dihadapi.
“Irah! Apa Irah buat ni! Irah jangan melampau!!” Tengking Fariz. Barannya tidak mampu dikawal lagi.
“Abang yang melampau! Abang punca semua ni!! Abang jangan ingat Irah kahwin dengan abang semata-mata kerana nakkan duit abang aje! Irah tak ingin itu semua! Irah tak nak jadi isteri abang! Irah benci! Abang jahat! Keluarga abang pun semuanya jahat!” Pang!! Irah terdorong ke lantai. Pipinya terasa perit. Dirasakan kesakitan yang amat di pipi kirinya.

Fariz tergamam. Tidak disangka perkara itu akan berlaku. Sekelip mata, tangan kasarnya sudah melekat di pipi Irah, ‘menghadiahkan’ satu tamparan yang tidak diduga.
“Irah!” Zahidah menyerbu masuk. Air matanya berlinangan. Seketika tadi, dia terdengar amukan Irah. Segala pergaduhan suami isteri itu sudah didengarnya, menimbulkan rasa pilu dan sakit hati yang amat. Betapa Irah sanggup menuduhnya hipokrit dan jahat.
“Sanggup Irah tuduh mak macam ni! Kenapa mesti Irah buruk sangka pada mak macam tu sekali? Mak jaga Irah dengan baik selama ni. Ini balasan Irah pada mak? Irah sangka mak buat semua ni semata-mata kerana bakal cucu mak sajakah? Irah keterlaluan!” Kali ini Zahidah pula meluahkan perasaannya.
“Mak.... Irah...,” Fariz tidak tahu apa yang harus diucapkan. Buntu!
Zahidah mula menangis lantas berlari-lari anak keluar. Dia benar-benar terluka dengan tuduhan Irah.

Suasana hening seketika. Hanya terdengar esak tangis Irah di ruang kamar itu.
“Irah, abang.... abang tak sengaja!” Tangan Fariz yang dihulurkan ditepis kasar. Irah sudah berpatah hati. Benarlah lelaki itu tidak pernah menyayangi dirinya hingga sanggup menyakitinya berulang kali.
“Sudah! Abang dah buktikan. Semuanya dah jelas sekarang. Irah memang langsung tidak bererti buat abang. Ceraikan Irah bang! Ceraikan Irah sekarang jugak!”
Fariz bagaikan tergigit lidah. Dirasakan dirinya tersepit. Tersepit oleh perbuatannya sendiri.
“Irah. Jangan buat abang macam ni. Abang tak mahu semua ini berlaku. Irah isteri abang. Irah mengandungkan anak abang!”
“Itu ajelah yang abang fikir. Abang langusng tak fikirkan perasaan Irah. Abang betul-betul mahukan anak ni kan? Abang jangan risau! Irah akan serahkan anak ni pada abang bila dia lahir kelak. Itu yang abang mahukan, kan?! Irah tahu Irah tak berpelajaran tinggi dan tak berduit. Irah tak mampu nak jaga anak ni bila dia lahir nanti. Abang tak perlu risau akan kehilangannya. Irah takkan hancurkan harapan abang dan keluarga abang. Irah sedar siapa diri Irah.” Sakit hati yang tidak dapat dibendung membuatkan dia memberi keputusan itu.
“Irah jangan buat benda bodoh Irah.” Fariz bersuara melihatkan Irah yang sudah mula mengeluarkan beg dan mengemaskan barang-barangnya.
“Ya, memang Irah bodoh selama ni. Irah bodoh kerana membiarkan diri Irah dipermainkan abang. Irah akan pergi jauh dari abang. Lebih baik kita berpisah. Irah tak sanggup macam ni lagi. Izinkan Irah pergi.” Irah sudah sedia untuk meninggalkan rumah itu. Dia tidak ingin lagi berada di sisi Fariz. Cukuplah dirinya disakiti.
“Abang tak benarkan Irah buat macam ni!” Fariz pantas memaut pergelangan tangan Irah.
“Kalau abang tak mahu apa-apa terjadi pada anak dalam perut ni, lebih baik abang lepaskan Irah!” Dia mengugut.
Fariz benar-benar dibebani rasa serba-salah. Isterinya sudah nekad dengan keputusan untuk meninggalkannya.
“Irah, jangan buat macam ni....,” Air mata bergenang di kelopak mata Fariz. Pertama kali dia menumpahkan air mata kerana Irah.
“Tak payahlah pujuk Irah lagi. Halalkan makan minum Irah sepanjang Irah menumpang di sini. Maafkan Irah sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk abang. Terima kasih kerana jaga Irah selama ni.” Suara Irah.
“Ke mana Irah nak pergi? Irah sanggup tinggalkan abang?” Bergetar suara Fariz.
“Bumi ALLAH ini luas bang. Tahulah Irah bawa diri. Biarlah Irah cari kebahagiaan di tempat lain kalau di sini hati Irah tak pernah bahagia.” Ucapnya lagi.
Tanpa menyalami tangan Fariz, Irah mula mengorak langkah, meninggalkan keluarga itu tanpa mengetahui kemana haluan yang hendak dituju.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 9


RAFIQ menunduk sayu. Wajahnya kelam, mempamerkan seribu duka. Dipandang pula Irah yang sedang duduk di ruang tamu. Sesekali dia menggeleng-geleng. Tidak disangka begini jadinya. Direnung pula perut Irah yang sudah mula menampakkan bentuk. Sudah hampir lima bulan usia kandungan itu.

Dia menghela nafas lagi. Rasa sesal yang tidak terhingga menujah batinnya. Silap aku sendiri! Sangkanya, bila Irah sudah bersuamikan bekas majikannya itu, Irah akan hidup bahagia. Tidak perlu lagi hidup susah sepertinya. Ternyata, tanggapan yang dibuat itu hanyalah suatu angan-angannya sahaja. Segalanya berakhir dengan kehancuran. Belum pun sampai setahun usia perkahwinan anak saudaranya itu, mereka sudah ambil keputusan untuk bercerai sahaja lantaran tiada kesefahaman untuk meneruskan bahtera perkahwinan. Sudahnya, Irah dan anak dalam kandungan itu yang menjadi mangsa. Anak itu akan lahir tanpa mendapat kasih sayang ibu bapa yang sempurna. Dan dialah orang yang pertama patut disalahkan atas segala yang berlaku. Oh Tuhan!

“PAK NGAH, kenapa ni?” Terasa ada tepukan di bahu kirinya. Air mata yang meleleh segera dikesat. Cuba disembunyikan rasa duka yang berselirat. Wajah Irah terpamer di ruang mata. Ayu. Lembut senyumannya.
“Mak Ngah ajak minum petang. Pak Ngah tak sihat ke? Pening kepala? Nak Irah ambilkan ubat?” Rafiq rasa terharu. Sedikit pun tiada tanda-tanda marah mahupun benci dari wajah anak saudaranya itu atas apa yang telah berlaku.
“Pak Ngah tak apa-apa.” Jawabnya pendek. Setiap kali memandangkan wajah Irah, setiap kali itulah hatinya tersayat pilu. Aku yang bersalah pada Irah kerana menghancurkan masa depannya. Aku yang bersalah pada arwah abang kerana tidak menjaga Irah sebaik-baiknya! Hatinya menjerit lagi.
“Kenapa ni? Pak Ngah tak suka ke Irah tinggal di sini?” Irah cuba menduga hati orang tua itu. Sejak dia berpindah ke mari rentetan dari peristiwa perpisahannya dengan Fariz, wajah Rafiq sentiasa diselami duka. Jarang sekali hendak melihat dia tersenyum. Mungkin Irah membebankannya...
“Tak adalah! Pak Ngah tak pernah fikir begitu. Irah tanggungjawab Pak Ngah. Pak Ngah sayangkan Irah macam anak Pak Ngah sendiri. Cuma Pak Ngah rasa terkilan atas apa yang terjadi. Pak Ngah tak sangka akan jadi begini. Pak Ngah rasa bersalah pada Irah.” Dia menunduk. Tidak mampu menentang mata bundar anak saudaranya itu.
“Ini semua kehendak TUHAN Pak Ngah. Dah nak buat macam mana. Memang Irah tak ada jodoh dengan dia. Yang sudah tu sudahlah. Jangan diungkitkan lagi. Irah boleh terima kenyataan ni. Irah harap Pak Ngah dan keluarga pun sama. Dapat menerima Irah di sini. Pak Ngah janganlah bimbang. Bila anak ni lahir dan Irah dah sihat nanti, Irah akan cari kerja untuk tanggung kehidupan Irah. Irah takkan menyusahkan sesiapa.” Irah menjawab tenang. Dia pasrah dengan apa yang terjadi. Biarlah begini daripada hatinya menanggung lara lagi.

Rafiq hanya mampu tersenyum tawar. Dia yang baru sahaja memulakan perniagaan kecil hasil dari duit gaji yang dikumpul bertahun-tahun tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada Irah. Terkejut dirinya bila suatu hari Irah sudah tercegat di depan pintu rumah dengan beg baju sarat berisi. Tidak habis disitu, dia tergamam lagi bila diberitahu Irah dan bekas majikannya Encik Fariz mahu bercerai. Sebelum itu, dia telah dua bulan berhenti kerja sebagai pemandu Fariz kerana ingin memulakan perniagaan sendiri. Modal yang ada itu pun kalau tidak Fariz yang turut menolong, belum tentu cukupnya.
“Tinggallah di sini Irah. Selagi ada kudrat Pak Ngah untuk menjaga kamu, Pak Ngah akan usahakan. Tak payahlah difikirkan hal itu dulu.” Jawabnya. Irah sekadar tersenyum, tidak mahu terus-terusan membangkitkan soal itu. Tika ini, dia cuma mahu mencari ketenangan diri, melupakan kisah pahit yang terjadi. Namun, jauh di sudut hati dia tetap nekad. Irah tidak akan berakhir begini. Masih ada cita-cita dan keinginan yang harus di capai. Irah mahu bina hidup baru!

KANDUNGANNYA sudah mula memboyot. Sudah cukup bulan. Menurut doktor, bila-bila masa sahaja Irah akan melahirkan. Kandungannya juga sihat. Mujurlah sepanjang tempoh mengandung, dia tidak mengalami banyak kesukaran melainkan ketika di awal kandungannya dahulu. Saban hari muntah dan lesu. Pengalaman pertama Irah bergelar ibu!

Mak Ngah sudah bising-bising mahu Irah dimasukkan ke hospital. Risau bila melihatkan keadaan Irah yang sarat berisi. Irah pula seperti selalu. Tetap dengan sikap degilnya tidak mahu lagi dimasukkan ke hospital. Katanya dia masih sihat. Masih mampu dan aktif ke sana ke mari walaupun perutnya kian membesar.
“Irah dah sarat benar. Ada baiknya terus masuk hospital.” Saran Mak Ngah. Gusar bila melihatkan keadaan anak saudaranya itu.
“Mak Ngah janganlah bimbang. Irah sihat lagi ni ha. Belum ada tanda-tanda pun dia nak keluar. Mungkin dalam seminggu dua lagi kot. Dia tengah seronok kat dalam tu.” Irah berseloroh. Mulutnya tidak henti-henti mengunyah. Pantang ada makanan. Langsung tidak boleh duduk diam. Ada sahaja yang menjadi habuannya. Semenjak mengandung, seleranya kian bertambah.
“Kak Irah ni dah gemuk macam kerbau dah! Asyik mengunyah aje. Banyaknya budak dalam perut akak tu makan!” Huzair, anak Pak Ngah yang sedang dalam tingkatan 3 mengusik.
“Hish, budak ni! Suka-suka aje mengata orang kerbau.“ Sergah Mak Ngah, marah pada anaknya. Irah ketawa kecil.
“Dah memang iya pun Mak Ngah. Nak buat macam mana. Dah dia teringin nak merasa semua. Entah-entah Huzair masa duduk dalam perut dulu pun macam tu jugak, ye tak Mak Ngah?” Usik Irah pula. Sepupunya tersenyum malu.

Selesai makan malam dan menonton tv malam itu, Irah masuk ke dalam bilik untuk berehat. Dibaringkan tubuhnya ke katil, cuba menggamit lena. Matanya dipejam rapat namun rasa mengantuk masih belum mahu datang. Sesekali dia mengiring ke kiri dan ke kanan. Agak sukar dengan keadaan tubuhnya yang sedemikian.

Irah menghela nafas. Entah apa yang mengganggu perasaannya malam ini hingga langsung tidak dapat melelapkan mata. Kalau hari-hari lain, mudah sahaja dia melenakan diri. Seketika dia duduk berlunjur. Diletakkan beberapa biji bantal di belakang tubuh untuk menyokong sandaran. Bola matanya tertumpu kepada perut yang besar dan sarat itu. Diusap-usapnya dengan kedua-dua belah tangan. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati.

Fariz! Bibirnya menuturkan nama itu. Entah kenapa dia jadi rindu pula. Kenapa dia rindu sedangkan lelaki itulah yang paling dibenci? Dia menundukkan wajah, memandang lagi kandungannya. Bibirnya mengorak senyum.

“Rindu kat abah ye? Tak sabar-sabar nak keluar?” Irah bercakap dengan kandungannya. Mungkin bayi itu rindukan Fariz kerana itu dia tiba-tiba teringatkan suaminya. Diusap lagi kandungan itu.

“Baby tak sayang mama?” Dia menyoal. Tiba-tiba hatinya sebak. Rasa sedihnya mula mendatang. Bayi ini akan tinggal bersama Fariz bila lahir nanti. Aku akan berpisah dengannya. Tidak! Aku tak mahu! Ini anak aku juga! Irah mula menangis bila mengingati janji yang pernah dibuat dahulu. Sebelum meninggalkan suaminya, dia telah berjanji akan menyerahkan anak tersebut kepada Fariz apabila lahir kelak. Tapi itu dulu! Sebelum dia punya apa-apa perasaan terhadap bayi ini. Dan kini, satu perasaan baru mula mengalir dalam diri. Perasaan yang begitu asing sekali. Dia tidak mahu berpisah dengan anak ini. Dia mahu memberikan segalanya kepada anak ini. Dia mahukan yang terbaik untuk anak ini.

Seketika suasana sunyi. Irah meraba-raba perutnya. Bayi dalam kandungannya kurang aktif hari ini. Biasanya ada sahaja pergerakannya yang dapat dirasai. Ada juga rasa bimbang yang terbit. Ah, mungkin dia sedang tidur! Seketika kemudian, Irah merasakan tilamnya basah. Aku terkencingkah? Dan bila dipandang ke bahagian bawah tubuhnya, Irah mengucap panjang. Ya ALLAH!!!


MATA yang berat ingin dibuka juga. Dirasakan keletihan dan kesakitan menjalar ke seluruh tubuh. Dia kurang pasti dengan apa yang telah berlaku. Di mana aku? Cuba diingati kembali detik-detik cemas yang diharungi itu.

Dirinya terbaring di atas katil beralaskan cadar putih. Sekeliling ruang didominasi dengan warna itu. Bau sengit ubat menusuk hidung. Di hospital! Irah menjawab sendiri persoalan di benaknya. Tiada sesiapa di sisinya ketika ini. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sesuatu. Suatu lembaga manusia yang diletakkan di dalam troli khas di sisinya. Diamati tubuh kecil yang masih merah itu. Bayi tersebut sedang lena tidur.

Irah terpana. Dadanya berdebar-debar. Inilah yang dinanti-nanti sekian lama. Dihulurkan tangan, cuba mencapai tubuh si kecil itu lalu dipangkunya. Jari-jemari Irah menyentuh kulit muka bayi yang merah. Begitu lembut, kecil dan lemah. Tidak terucap perasaannya tika ini. Irah terlalu gembira! Air matanya menitis. Diamati lagi bayi kecil yang baru lahir itu. Bayiku! Anak mama! Dibuka pula kain putih yang membendung tubuh anaknya. Diperiksa satu persatu. Jari kaki dan tangan, semuanya lengkap tanpa sebarang kecacatan. Irah tersenyum bangga. Inilah anugerah yang paling istimewa untuknya. Bayi yang paling comel pernah dilihatnya. Bayi yang dilahirkannya ke dunia. Segala rasa sakit ketika melahirkan anak itu hilang lenyap. Hanya yang ada suatu rasa kepuasan dan kegembiraan yang tidak terhingga. Bila diingati kembali barulah dia sedar betapa seksanya untuk membawa anak itu ke dunia. Terasa bagaikan hayat sudah hampir ke hujungnya. Sebaik tangisan bayi itu mencecah pendengarannya, Irah terkulai layu. Segala tenaga yang ada, semuanya habis di situ. Semua kesakitan itu tidak dipedulikan. Hanya yang tinggal sebuah perasaan baru yang membalut segenap ruang diri. Naluri seorang ibu. Irah sudah bergelar mama!

Pintu bilik dibuka. Belum sempat dia melangkah kaki untuk masuk ke bilik itu, hati kecilnya melarang. Dilihat Irah sedang memangku bayi kecil yang baru mengenal dunia. Anaknya!

Tiba-tiba sahaja bayi tersebut terjaga dari lena. Tangisannya memenuhi segenap ruang. Segera dipujuk Irah serta ditepuk-tepuk. Masih menangis lagi. Mungkin dia lapar. Irah mendekatkan bayi itu ke dada, ingin menyusukannya. Ternyata naluri keibuannya tepat sekali. Begitu lahap bayi itu menghisap susu. Irah rasa bahagia.

Fariz melangkah juga masuk ke bilik itu. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Irah tergamam. Wajahnya yang tadi tersenyum riang ibarat mentari yang menyinar di waktu pagi bertukar mendung. Dipeluk kemas bayi yang sedang disusukan, seolah tidak mahu Fariz menyentuhnya. Irah takut Fariz akan membawa pergi bayi itu sebagaimana yang telah dijanjikan. Tidak! Irah tidak rela berpisah dengan anak ini!

“Irah macam mana? Dah ok sikit?” Fariz mula berbicara. Diam.
“Anak kita anak lelaki.” Ujarnya lagi. Masih teringat saat ketika jururawat menghulurkan bayi yang baru lahir itu kepadanya untuk diazankan. Dia rasa begitu bangga.

Fariz nampak ada titisan air mata yang mula terkesan di birai mata isterinya. Dia tahu apa yang bermain di fikiran perempuan itu. Mana mungkin Irah sanggup berpisah dengan anak yang baru dilahirkan setelah berjam-jam bertarung dengan maut untuk membawanya ke dunia. Boleh gila meroyan jadinya! Fariz sendiri resah gelisah saat menanti kelahiran anaknya yang pertama. TUHAN sahaja yang tahu gelodak perasaannya. Dia ingin turut serta dalam bilik pembedahan itu, tetapi doktor tidak membenarkan lantaran ada sedikit komplikasi pada kelahiran tersebut. Betapa dia tidak menjangka perkara itu akan berlaku pada malam tersebut. Panggilan telefon oleh isteri pakcik Rafiq membuatkan dia jadi tidak tentu hala. Risau jika apa-apa terjadi kepada kedua-duanya. Fariz tidak ingin kehilangan anak itu, mahupun Irah. Tamakkah hatinya kerana berperasaan begitu?

Tangisan Irah tidak berhenti. Dia benar-benar takut. Fariz boleh berbuat apa sahaja. Kalaulah Fariz tiba-tiba merampas bayi yang sedang dipangku dalam keadaan dirinya yang lemah tidak berdaya, pasti dia boleh jadi gila. Dia bimbang sekali Fariz akan bertindak sedemikian. Ah! Lelaki itu tidak boleh diduga.

Fariz tersenyum tenang. Dia seakan faham apa yang bergolak dalam pemikiran isterinya itu.
“Anak kita perlukan ibunya. Buat sementara waktu ini, Irah jagalah dia. Pastikan dia sihat. Abang takkan buat perkara yang bukan-bukan. Irah jangan risau. Abang takkan rampas anak ini begitu sahaja. Irah pun ibunya juga. Tunggu Irah sihat dulu baru kita bincangkan perkara ini.” Kata-kata Fariz itu melegakan hatinya yang sedang lara.

“MAK tak setuju! Anak tu bukan anak dia seorang! Anak Fariz juga. Cucu keluarga ni!” Zahidah menghenyakkan punggung ke sofa sambil memeluk tubuh. Wajahnya mencuka. Nada tegasnya meluahkan rasa marah di dalam hati.
“Fariz tahu mak. Tapi, takkan Fariz nak buat begitu sekarang. Anak tu pun anak dia juga.” Fariz bersuara lembut. Tidak mahu mencetuskan pergaduhan dengan ibunya.
“Habis, kita semua ni tak ada hak ke atas baby tu? Dia sorang saja? Kamu tu apa? Tunggul kayu?” Herdik Zahidah. Masih tidak berpuas hati.
“ASTARGFIRULLAHALAZIM! Bawak mengucap Ida! Awak sedar tak apa awak cakap ni? Anak tu anak mereka berdua. Biarlah mereka yang tentukan anak tu akan tinggal dengan siapa.“ Azri tidak setuju dengan sikap isterinya. Dia menggeleng-geleng. Sesal juga atas perpisahan anaknya yang sepatutnya tidak harus terjadi.
“Ah! Ida tak peduli! Itu satu-satunya cucu kita bang! Dia nak jaga anak tu? Huh! Apa yang dia ada? Apa yang boleh dia sediakan? Entah-entah, mati kebulur cucu aku tu nanti. Budak muda macam dia bukannya reti nak menjaga anak. Keluarga sendiri pun tak ada. Kalau apa-apa jadi nanti, nak harapkan siapa?” Selar Zahidah, tidak bersetuju. Marahnya pada Irah masih belum habis. Tidak mudah dia melupakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh menantunya itu.
“Fariz, kamu berdua masih lagi suami isteri. Cuma tak tinggal sebumbung. Mungkin pada luarnya kamu sudah berpisah. Tapi hakikatnya tidak. Abah tak setuju dengan perceraian kamu ni. Fikirkanlah apa akan jadi pada anak tu. Cuba bawa berbincang dengan Irah. Mungkin semua ni boleh diselamatkan kalau kamu berdua bertolak-ansur. Selesaikan masalah dengan cara yang baik. Kamu seorang ayah sekarang. Kamu kena fikirkan tentang anak kamu, jangan diturutkan perasaan sendiri. Irah pun tak ada siapa-siapa selain kamu dan keluarga bapa saudaranya. Kamu sanggup ke lepaskan dia macam tu aje?” Azri cuba memberi nasihat, menyedarkan anaknya akan risiko yang bakal dihadapi kesan dari perpisahan itu.
“Ah! Dia yang cari fasal! Dah elok-elok kahwin, buat perangai. Tuduh orang yang bukan-bukan. Ada laki, bukannya nak layan elok-elok. Bawak bergaduh. Dia yang lari dari rumah ni. Bukannya Fariz yang halau dia! Dah dia jugak yang nak bercerai!” Zahidah mendengus.

“Mak, dengar dulu. Fariz bukan tak nakkan anak tu. Fariz pun sayangkan anak Fariz. Tapi takkan Fariz sekejam itu nak merampas anak Fariz dari tangan dia. Dia baru aje melahirkan anak. Cuba kalau mak berada di tempat dia. Sanggup ke kalau orang ambil anak mak sedangkan mak dalam keadaan macam tu?” Zahidah terdiam. Kata-kata anaknya itu ada betulnya juga. Dia sendiri boleh jadi gila meroyan kalau tiba-tiba anak yang dilahirkannya dengan susah-payah dibawa lari orang.

“Antara Fariz dan Irah, biarlah kami yang selesaikan sendiri. Mungkin kami dah tak ada jodoh untuk bersama. Apapun, Fariz akan berikan yang terbaik untuk anak Fariz.” Putusnya. Dia tidak mahu bertekak lagi fasal ini. Biarlah segalanya berakhir dengan aman...



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 10/20


TANGISAN yang tersedu-sedu tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku. Sudah tersurat mereka berpisah juga akhirnya. Bangunan Pejabat Kadi itu menjadi saksi perpisahan mereka. Namun, bukan itu yang meruntun hatinya. Dia redha dengan perpisahan ini. Mungkin Fariz dicipta bukan untuknya dan begitulah sebaliknya juga. Tangisan ini bukan untuk Fariz, tetapi untuk suatu nama. Nama seorang insan yang kini paling dikasihinya; Redzuan Iskandar bin Fariz Hilmi!

Dia menangis hiba saat anak kecil itu diserahkan kepada Fariz. Zahidah tersenyum gembira. Keluarga Fariz turut serta ke pejabat Kadi pagi itu untuk menyelesaikan perceraian antara Fariz dan Irah.

Terasa bagaikan mahu hancur luluh segala tulang-temulang bila kereta keluarga bekas mertuanya meninggalkan perkarangan pejabat Kadi tersebut. Is pergi meninggalkannya! Dia mahu menjerit, menidakkan apa yang terjadi. Irah mahukan Is. Dia anak Irah! Buah hati mama! Namun, Irah tidak mampu meluahkannya. Betapa sukar dia menerima hakikat akan berpisah dengan Is, anak yang dikandung lebih sembilan bulan. Betapa juga dia mendambakan kasih-sayang dari anak kecil itu. Namun, apa yang Irah ada untuk diberi kepada Is? Teratak buruk? Mana mungkin anak itu akan membesar dengan sempurna andainya Irah hanya mampu menyediakan sebuah kehidupan yang cukup sederhana dan ala kadar. Sedangkan Fariz, jauh berbeza. Fariz mampu menyediakan segalanya. Mampu memberikan sebuah kehidupan yang jauh lebih baik dan sempurna. Fariz punya segalanya untuk diberi kepada Is. Irah cuma punya kasih-sayang seorang ibu. Kasih sayang sahaja tidak cukup untuk membesarkan seorang anak. Lantas, dalam kepahitan dan keperitan yang amat, Irah terpaksa mengambil keputusan sedemikian. Is, mama sayangkan Is! Mama terpaksa buat begini sayang. Hati kecilnya merintih. Mungkin satu dunia akan mengecam perbuatannya, sanggup menyerahkan anak yang masih kecil pergi jauh tanpa dibesarkan dengan kasih-sayang seorang ibu. Biarlah! Andainya masa depan Is akan lebih cerah bersama Fariz. Jauh di lubuk hati, Irah memendam azam. Suatu hari nanti, bila mama sudah punya segalanya untuk diberi, mama akan tuntut kembali Is!

“AWAK lagi?” Mustakim mengangkat kening. Masih diingati wajah itu. Wajah gadis yang pernah menangis di pejabatnya suatu masa dahulu. Irah tertunduk, mengigit bibir. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin datang kemari. Tapi, apakan daya. Dia tidak punya pilihan. Irah perlukan wang. Perniagaan Rafiq mengalami kerugian kerana disabotaj oleh pesaingnya. Sejak itu juga, lelaki tua tersebut selalu sakit-sakit. Kehidupan yang dilalui ketika ini begitu menyesakkan. Berkali-kali dia terpaksa turun naik pejabat di sana sini semata-mata untuk mencari pekerjaan bagi mengurangkan kesempitan hidup. Semua permohonannya ditolak hinggalah dia terpaksa menjejakkan kaki semula ke tempat kerja lama. Sesuatu yang tidak patut terjadi pada hematnya tetapi terpaksa dilakukan demi mencari sesuap nasi.

Mustakim memerhatikan lagi resume yang diberikan kepadanya. Kelulusan setakat SPM. Diselidiki pula salinan sijil SPM yang dilampirkan bersama. Dahinya berkerut.
“Sebelum ni macam mana awak dapat kerja kat sini?” Dia menyoal.
“Sebaik habis SPM, saya terus apply kat sini. Masa tu sijil SPM saya belum keluar lagi. Jadi, saya cuma bekerja sebagai kerani sementara sahaja.” Irah menjawab jujur. Mustakim mengangguk-angguk. Mungkin ketika itu dia outstation. Selalunya, bahagian personel akan menguruskan pengambilan pekerja-pekerja baru dan sessi temuduga. Kali ini dia pula ingin mengendalikannya sendiri.
“Dengan kelulusan awak ni, saya rasa awak tak sesuai memohon jawatan di sini. Kami hanya menawarkan jawatan ini kepada calon yang mempunyai kelulusan yang berpadanan. Keputusan SPM awak cemerlang. Lebih baik awak sambung belajar di IPT. Awak berpotensi untuk mencapai tahap yang lebih baik atau mendapat pekerjaan yang lebih layak dari apa yang kami tawarkan.” Jelas Mustakim tanpa berselindung. Sayang sekali kalau anak Melayu yang cemerlang seperti Irah tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Terlalu rugi!
“Saya bukan tak mahu Encik Mustakim. Memang saya berhasrat begitu, itupun kalau saya mampu. Malangnya, saya tak cukup duit untuk sambung belajar. Keluarga saya pulak perlukan bantuan saya sekarang. Besar harapan saya untuk bekerja di sini untuk bantu keluarga saya.” Irah memandang penuh harap.
“Takkan keluarga awak sanggup korbankan masa depan awak macam tu saja? Tak rasa rugi ke? Apa kata mak bapak awak? Saya rasa kalau awak sambung belajar lagi bagus. Sia-siakan masa saja awak kerja di sini. Awak punya peluang yang lebih baik. Takkan mak bapak awak sanggup tengok awak macam ni. Di takuk lama tanpa sebarang kemajuan. Tidak ke manalah awak jawabnya.” Mustakim menghela nafas. Dia menggeleng-geleng. Mengapa anak Melayu sekarang tidak giat berusaha untuk memajukan diri sedangkan banyak peluang diberikan kepada mereka. Inilah salah satu punca kegagalan bangsa kita! Sudah mengalah sebelum mencuba! Keluhnya.
“Encik, mak dan ayah saya dah lama meninggal. Saya cuma ada keluarga bapa saudara saya saja. Saya juga punya cita-cita untuk berjaya. Dengan keadaan bapa saudara saya yang sakit sekarang, saya tak boleh mengabaikan mereka. Mereka perlukan saya. Sepupu-sepupu saya semuanya masih kecil. Takkanlah saya nak pentingkan diri sendiri. Saya pun perlu menimbangkan semua perkara sebelum buat keputusan.” Ujar Irah. Memang dia juga ingin merasa keseronokkan alam pembelajaran di menara gading. Dipenuhi dengan buku-buku dan menimba pelbagai ilmu baru. Irah memang minat belajar sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma mungkin rezekinya masih belum ada. Perkara itu tidak mungkin tercapai tanpa berusaha. Pastinya tidak di ketika ini.
“Terus terang saya katakan ada ramai lagi calon lain yang menanti. Saya tidak boleh mengulas panjang. Apapun, awak tunggu panggilan dari syarikat kami. Semoga berjaya.” Mustakim bersuara setelah selesai menemuduga Irah. Pelbagai soalan diajukan dan setiap satu dijawab oleh perempuan itu dengan tenang. Irah hanya mampu berdoa. Kalau ada rezekinya kali ini, adalah....

SUDAH masuk minggu ketiga Irah bekerja di situ. Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil. Tidak sia-sia dia menghadiri temuduga tersebut tempoh hari. Mujurlah. Jika tidak, terpaksalah dia bekerja kilang sahaja. Irah tidak kisah di mana-mana, asalkan dia dapat mencari rezeki. Kalau diikut-ikutkan, kerja kilang pun boleh tahan juga gajinya, cuma Mak Ngah sahaja yang bising-bising, tidak membenarkan sama sekali. Risau kalau terjadi apa-apa pada Irah. Tambahan pula, kilang yang ada terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

Irah duduk termangu. Rasa rindu yang sekian lama terpalit di hati terdetik lagi. Direnung gambar yang sentiasa dibawa dalam pursenya. Gambar Is yang sedang lena. Ketika itu bayi tersebut berusia 7 hari. Comel!

Tiba-tiba hatinya jadi sayu. Entah bagaimana Is sekarang? Sihatkah? Makan minumnya terjagakah? Dia benar-benar rindu! Memang Fariz tidak pernah menghalang jika Irah ingin melawatnya. Itu sudah termaktub dalam perjanjian mereka. Bukannya Irah tidak ingin menjenguk anaknya itu. Ibu mana yang tidak kasihkan anak. Tapi...... Irah tertunduk. Hiba dirasakan. Dia tahu, andainya dia bertemu dengan si kecil itu di ketika ini pasti dia akan melanggar segala perjanjian yang telah dibuat. Sudah tentu Is akan dibawanya lari kerana dia tidak sanggup melepaskan anak itu jika sudah berada dalam pelukannya. Irah akan jadi gila kalau terpaksa berpisah lagi dengan Is lagi. Biarlah pertemuan yang seterusnya menjadi pertemuan yang paling bermakna. Pertemuan di mana dua jiwa itu dapat bersatu kembali dan Is tidak akan dipisahkan lagi dari Irah. Dan, dalam menunggu pertemuan itu, Irah harus bersabar. Kumpul segala kudrat yang ada dan tekun berusaha. Bila sampai masanya kita akan bersama!

“Awak ni kenapa?” Satu suara menyergahnya dari belakang. Irah terkejut. Segera dipalingkan wajah. Terpana seketika melihatkan Encik Mustakim sudah tercegat di depan mata. Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala.
“Dulu pun menangis! Sekarang pun menangis! Asyik menangis aje. Kenapa dengan awak ni? Ada masalah?” Tegurnya lagi. Irah terdiam. Dia ingat lagi peristiwa lama!
“Minta maaf Encik Mustakim. Saya...,” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya lelaki itu terus memotong.
“Saya bukan suruh minta maaf. Saya tanya awak ada masalah ke? Selalu sangat saya tengok awak ni monyok semacam. Saya tak naklah nanti orang kata saya dera awak bekerja kat sini. Kena tinggal ngan boyfriend ke?” Mustakim menduga bila Irah cepat-cepat memasukkan pursenya ke dalam beg. Budak sekarang, tak ada kerja lain! Belajar entah ke mana, asyik nak bercinta aje! Huh!
“Tak. Tak ada apa-apa encik. Mmm.... saya... mmm..,” Tergagap-gagap Irah jadinya. Tidak karuan bila Mustakim merenungnya dengan sinar mata yang tajam.
“Masuk bilik saya sekejap!” Arah Mustakim. Kecut perut Irah mendengar arahan itu. Staff-staff lain mula menjeling. Pasti jadi bahan cerita hangat selepas ini.
“Awak kalau nak bercinta pun jangan masa office hour. Dah habis waktu kerja suka hati awaklah nak buat apa. Tapi time ni jangan nak jiwang-jiwang. Saya tak suka! Saya bagi peluang awak kerja kat sini, jangan ingat awak dah boleh duduk senang-lenang. Awak tu belum confirm lagi tau. Bila-bila masa aje saya boleh terminate awak. Kalau nak bercintu-cintan, nak feeling tengok gambar boyfriend ke apa ke, lepas habis waktu kerja, faham!” Tegas Mustakim.
“Tapi encik, saya bukannya tengok gambar boyfriend.“ Jawab Irah membela dirinya.
“Habis tadi tu apa? Jangan nak kelentong dengan saya. Saya tahu sangat perangai budak-budak muda sekarang ni. Itulah, belum apa-apa dah sibuk nak bercinta. Esok-esok kahwin bercerai-berai. Menyusahkan diri sendiri.” Irah rasa tertusuk dengan kata-kata itu. Aduh! Bisanya.
“Haa... tengok tu. Baru saya tegur sikit, nak menangis lagi. Apa ni? Sikit-sikit nak menangis.” Mustakim menarik muka bila dilihatnya ada air mata yang cuba ditahan dari menitis di birai mata perempuan itu. Alahai, murahnya air mata!
“Encik salah faham. Saya bukannya berniat nak curi tulang atau apa yang encik katakan tu. Saya sebenarnya rindukan anak saya!” Hah, anak?! Aku silap dengar ke?
“Anak? Awak dah kahwin?” Mustakim membulatkan matanya.
“Saya dah bercerai.” Jawapan itu mengejutkannya.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal yang awak dah kahwin masa interview dulu?” Dia menyoal lagi.
“Sebab saya isteri kedua.” Mustakim menepuk dahi. ALLAH! Sudah jadi drama swastalah pula.....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 11/20


WAJARKAH dia mengungkit kisah lama andainya ia telah pun berlalu? Jadi satu kerja gila kiranya Irah mengaku bahawa dia adalah bekas isteri kepada Fariz Hilmi bin Mohd Azri, seorang ahli perniagaan yang berjaya, mewarisi empayar perniagaan yang terkemuka di Kuala Lumpur dari ayahnya. Lelaki itu punya nama, punya harta dan punya segalanya. Mereka umpama langit dan bumi. Mungkin kerana itu mereka tidak ditakdirkan untuk bersama akhirnya. Sudah suratan! Biarlah segalanya terkubur begitu sahaja tanpa diimbas kembali. Irah tidak mungkin mengaku bahawa dirinya pernah menjadi isteri kepada lelaki itu setelah apa yang berlaku. Mungkin tiada siapa yang akan mempercayai ceritanya. Biarkanlah!

“ABANG, Zah tanya sikit boleh?” Anizah bersuara dengan nada tidak puas hati pada suatu hari. Mustakim menjeling. Adalah tu yang tak kena. Ada-ada saja ragamnya bini aku ni!
“Apanya?” Wajah isterinya tidak seperti selalu. Masam mencuka sejak pulang dari pejabat tadi. Langsung tiada senyum manis yang menyambut kepulangannya hari ini. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
“Abang ada apa-apa ke dengan budak baru tu? Zah dengar macam-macam cerita abang sejak akhir-akhir ni.“ Anizah menjeling, cuba menduga hati si suami. Tidak sedap benar hatinya sejak akhir-akhir ini. Pelbagai gosip yang menghangatkan rasa amarah sampai ke pendengarannya. Mula-mula dibiarkan sahaja. Namun, kalau sudah panas telinga mendengar desas-desus yang menyakitkan hati, dia jadi tidak senang duduk. Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang!

“Budak baru mana pulak ni? Dari mana pulak awak dengar cerita? Awak ni tak ada lain. Asyik dengar cakap orang saja.” Mustakim mendengus, kurang senang dengan tingkahlaku isterinya yang suka mendengar cakap-cakap orang di sana sini.

“Orang takkan bercakap bang kalau tak ada cerita. Zah dengar abang bukan main lagi dengan budak baru kat office abang tu? Siapa nama dia? Izah? Irah? Hai, abang jangan nak buat perangai bang!” Anizah seolah-olah mengugut.

“Apa awak cakap ni? Takkanlah saya nak kat budak tu. Awak sorang pun tak terlarat saya nak jaga. Cuba jangan dengar sangat gosip-gosip tu semua. Saya bukannya ada apa-apa dengan dia. Kalau saya nak menikah lain, saya cari yang lagi cantik dari tu!” Mustakim menjawab. Sengaja disakitkan hati isterinya. Tidak semena-mena satu cubitan pantas mengenai pinggangnya membuatkannya terjerit.
“Dah tu, Zah dengar diorang bercerita....,”
“Alah awak ni. Tak adanya abang nak cari lain. Awak tu dah cukup semua. Cantik, lawa, baik. Gila abang nak buat perangai. Nanti anak-anak abang semua awak bawa lari.” Mustakim lebih dahulu memintas cakap isterinya. Anizah diam seketika. Hatinya masih tidak tenang. Ah! Lelaki, bukannya boleh percaya! Ibarat kucing, kalau ikan terhidang depan mata, perut sudah kenyang pun disambar juga!
“Kalau awak nak tahu, dia tu dah kahwin. Dah ada anak pun.” Sambung Mustakim lagi. Air muka Anizah berubah.
“Dah kahwin? Dah ada anak?” Mustakim mengangguk.
“Dah bercerai. Kesian betul saya tengok dia. Kahwin masa umur 18. Tak sampai setahun, bercerai-berai. Anak pula diambil lakinya. Mak dan ayah dah lama meninggal. Budaknya pandai. Keputusan SPM pun cemerlang. Tapi, tak boleh sambung belajar sebab nak jaga bapa saudaranya yang tengah sakit. Sayang, dah jadi macam gini.” Mustakim mengeluh.
“Kasihan ke, kasih bang? Entah-entah abang dah berkenan pada dia, ye tak?” Usik Anizah pula.
“Ish! Apa awak mengarut ni? Saya tak ada apa-apalah dengan dia. Cuma bila tengokkan dia, saya teringatkan arwah Su. Perangai pun lebih kurang sama, pendiam.” Anizah membisu seketika. Sudah lama juga Mustakim tidak menyebut nama itu. Wajah suaminya bertukar sedih. Peristiwa lama!
“Abang, janganlah diingat-ingatkan peristiwa lama tu. Dah kehendak TUHAN semuanya berlaku. Bukannya kita mintak. Abang pun tak merancang jadi begitu.” Mustakim mengangguk perlahan. Kalau dulu sukar untuk dia menerima apa yang telah terjadi. Bertahun dia menyalahkan diri atas peristiwa yang berlaku. Mujurlah Anizah setia memberi perhatian dan sokongan padanya. Namun, peristiwa itu tidak mungkin luput dari ingatan. Mana mungkin dia melupakan kejadian yang meragut nyawa adik bongsunya, Suriani.

Peristiwa hampir dua tahun lalu itu masih segar di ingatan. Dia mahu ke Ipoh atas urusan perniagaan. Ketika itu, syarikat yang baru dibuka masih bertatih dan perlukan sokongan untuk mula berdiri. Kerana itu dia sibuk sepanjang waktu. Suriani mula merajuk. Kononnya tidak diberi perhatian oleh abangnya. Memang sejak dari zaman kanak-kanak lagi hubungan mereka amat mesra. Dek kerana menurutkan hajat terakhir Suriani untuk ikut sekali ke Ipoh, tidak semena-mena mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Suriani meninggal serta-merta sementara kereta Proton Wira yang dirempuhnya hancur remuk setelah terbabas ke bahu jalan. Ketiga-tiga penumpang kenderaan tersebut turut meninggal dalam perjalanan ke hospital.

“Bang.” Tangan Anizah menyentuh bahu suaminya. Terpamer kesedihan di wajah Mustakim. Peristiwa itu masih belum luput dari ingatan. Mustakim tersenyum, cuba menyembunyikan kesedihan yang dirasai.
“Jadi ke kita Jumaat nanti?” Dia mengubah topik.
“Apa dia?” Anizah bertanya kehairanan. Dia tidak dapat menangkap maksud soalan tersebut.
“Kan hari tu rancang nak buat kenduri arwah Su.” Anizah menepuk dahi. Hampir dia terlupa kalau tidak Mustakim memperingatkannya.

KALAU rapat dengan majikan, ada-ada sahajalah cerita-cerita yang tidak elok berkumandang. Belum pun apa-apa, gosip sudah meliar di sana sini kononnya Irah ada hati pada Encik Mustakim. Gila diorang ni! Marah hatinya. Sudahnya dibiarkan begitu sahaja. Mulut orang memang sedap mengata. Biasalah kalau mengumpat tak ingat dunia! Irah malas hendak melayan. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, dia tidak buat perkara begitu. Dah penat nanti, diamlah mereka. Pujuk hatinya. Baginya Encik Mustakim seorang majikan yang baik dan prihatin. Tidak pernah berat sebelah pada mana-mana pekerja termasuklah dirinya. Lelaki itu selalu memberi kata-kata nasihat dan dorongan kepadanya. Irah menghormati Mustakim tidak lebih dari rasa seorang pekerja terhadap majikannya.

“Jemputlah datang ke rumah. Saya buat kenduri tahlil Jumaat ni.” Ujar Mustakim kepada Irah sebelum pulang hari itu.
“Saya ada dengar encik. Notis pun ada tampal. Insya-ALLAH, kalau sempat. Saya tak boleh janji sebab saya ingat nak balik kampung. Nak melawat kubur keluarga saya. Dah lama saya tak menjengah. Bulan ni tak pergi sekali pun lagi.” Jawab Irah.
“Kampung awak kat mana? Ada sedara-mara lagi ke kat sana?” Soal Mustakim ingin tahu.
“Dekat Perak. Sedara-mara tak ada. Bapa saudara saya ajelah yang tinggal. Adik bongsu arwah ayah pun dah meninggal. Kaum kerabat mak pula jauh di Sabah, tak pernah kirim berita. Saya pun tak kenal. Encik buat kenduri tahlil untuk siapa?” Dia menyoal pula.
“Untuk arwah adik saya. Ahad ni genaplah dua tahun dia meninggal. Kami terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Tak sangka dia nak pergi dulu.” Suara Mustakim sedikit perlahan.
“Kebetulan, keluarga saya pun meninggal pada tarikh yang sama dengan adik encik. Pun kemalangan jalan raya jugak, dalam perjalanan ke Ipoh. Masa tu, mereka dalam perjalanan nak hantar adik saya ke sekolah berasrama penuh. Kereta terbabas ke bahu jalan selepas kena rempuh dengan sebuah kereta lain. Dah kehendak TUHAN saya tak dapat jumpa mereka lagi.” Irah pula bersuara sedih.
“Ipoh? Saya accident dekat area sana jugak masa tu. Kebetulan, kereta yang saya langgar pun terbabas ke bahu jalan. Penumpangnya semua meninggal dalam perjalanan ke hospital.” Kata-kata Irah menarik perhatiannya. Banyaknya kebetulan? Kenapa cerita sedih mereka lebih kurang sama?
“Jalan mana? Pukul berapa?” Irah sudah mengesyakki sesuatu. Jangan-jangan........ Tak mungkin!
“Pagi. Dalam pukul 10.30 macam tu. Nama jalan...... saya kurang pasti. Sebab masa tu saya alami concussion selama lebih kurang 2 minggu.” Jawab Mustakim.
“Saya masih lagi simpan keratan akhbar fasal kejadian tu. Ada di rumah saya. Mungkin secara kebetulan jugak encik accident pada tarikh dan waktu yang sama.” Irah tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.
“Mungkin juga......,” Mustakim mengakhiri perbualan.

MUSTAKIM termenung lama. Anizah di sisi yang sedang mengawal telatah anak-anak kecilnya yang cuba berjalan ke sana ke mari juga berwajah murung. Kenapa jadi begini? Irah masih menangis tersedu-sedu. Rafiq pula tidak bersuara. Tidak tahu hendak berkata apa.

Kecilnya dunia ini. Siapa sangka, Mustakimlah orangnya yang menyebabkan Irah kehilangan keluarga dua tahun dahulu. Rupa-rupanya lelaki itu dan keluarga Irah terlibat dalam kemalangan yang sama. Perasaan tidak senang hati dan rasa ingin tahu yang meluap-luap di sanubari Mustakim membawa mereka sekeluarga ke rumah Irah pada suatu hujung minggu. Segalanya jelas terungkai bila keratan akhbar tersebut diberikan padanya. Sangkaan buruk benar-benar terjadi.

“Saya tak sangka jadi macam ni.” Mustakim bersuara selepas membisu beberapa ketika. Dia rasa benar-benar bersalah. Meragut segala kebahagiaan Irah sekelip mata. Dan dia juga turut kehilangan Suriani, adik perempuan yang lebih kurang sebaya dengan Irah dalam kemalangan yang sama.

“Mungkin ini dah takdir TUHAN. Perkara ini bukan dirancang.” Rafiq bersuara. Irah masih diam membisu. Hanya sesekali terdengar esak tangisnya menahan sendu.

“Saya minta maaf Irah. Saya bersalah pada Irah. Sayalah punca segala yang berlaku. Kalu tidak atas kecuaian saya, semua ini takkan terjadi.” Dia mengeluh kesal. Diperhatikan diri Irah yang duduk terjelepuk di lantai, terkejut setelah mengetahui kedudukan sebenar.

“Memang abang Mus bersalah pada Irah. Kami minta maaf atas apa yang terjadi. Nyawa orang yang dah pergi takkan dapat dibayar dengan apa-apa pun. Irah, maafkanlah abang Mus. Kami pun tak ingin jadi begini. Percayalah, kami pun turut kehilangan orang yang disayangi.” Anizah cuba memujuk Irah yang masih terkejut.

“Saya rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Irah selepas kejadian tersebut. Kalaulah mak dan ayah Irah masih hidup, mungkin Irah tak hidup begini.” Mustakim masih menyalahkan diri sendiri.

“Tuhan bawa pergi Suriani dari hidup kami, dan kini Dia pertemukan kita. Mungkin ini juga satu hikmah. Mungkin sebab itu juga bila abang Mus lihat Irah, abang Mus teringatkan Suriani. Mungkin Irah pengganti Suriani kami.” Kata-kata Anizah buat Irah jadi gelisah. Hatinya tidak tenteram.
“Irah bukan Suriani. Irah bukan pengganti siapa-siapa! Irah tak nak jadi pengganti!” Tiba-tiba Irah bersuara marah. Pantas dia bingkas dan berlari masuk ke bilik. Hatinya terasa sakit bila mana setiap kali orang hanya menganggap dirinya sebagai pengganti atau sandaran sahaja. Termasuklah Fariz!

Mustakim tergamam. Kenapa begitu sekali reaksi Irah? Mungkinkah perempuan itu tidak dapat memaafkannya? Bencikah Irah padanya? Memang patut pun....
“Encik Mustakim jangan beranggapan yang bukan-bukan. Irah sebenarnya bukan marahkan encik dan isteri. Dia sebenarnya masih dalam dilema. Banyak perkara yang berlaku pada dirinya sejak kematian keluarga.” Rafiq cepat-cepat bersuara bila dilihatnya wajah Anizah yang terkulat-kulat.
“Dia ada masalah ke pakcik? Saya ada dengar serba-sedikit fasal dia. Ceritalah. Saya pun ingin tahu. Bukannya saya ingin menyibuk. Tapi, rasanya saya juga bertanggungjawab kepada dia. Berilah saya peluang sekali ini untuk menebus kesalahan saya pada dia.” Ujar Mustakim penuh harap. Rafiq tertunduk.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 12/20
-------------------
LANGKAHNYA di sepanjang susur jalan merentangi padang hijau yang luas terbentang dipercepatkan. Hatinya riang berbunga. Dia mahu segera sampai ke kelas, tidak mahu lewat untuk kelas pertama ini. Walhal masih ada masa sebanyak 15 minit lagi sebelum kelas tersebut bermula. Boleh sahaja kalau mahu menaiki bas ke dewan kuliah. Namun, dia lebih gemar berjalan kaki.

Pagi yang indah dan cerah. Cahaya mentari terbias ke seluruh alam. Indah nian bumi ciptaan Tuhan. Dia mahu menikmati segala keindahan yang ada. Suasana pagi yang ceria seolah-olah memberi semangat baru kepadanya. Sekian lama diimpikan detik-detik ini. Irah tidak mahu melepaskan walau sesaat pun detik yang berharga ini. Cita-cita yang sekian lama dipendamkan begitu sahaja akhirnya tercapai juga.
Syukur kepada-Nya atas segala limpah kurniaan yang tidak terhingga. Tidak disangka akhirnya dia berpeluang menjejakkan kaki di sini. Tempat yang diidam-idamkan selama ini. Dan kini, Irah tidak lagi kecundang seperti dulu. Hidupnya tidak lagi diselubungi langit mendung, kerana ia telah berlalu dan diganti dengan sinaran suria yang memberi semangat baru kepadanya.

Irah berterima kasih kepada abang Mus. Irah berterima kasih pada kak Anizah. Irah berterima kasih kepada Pak Ngah sekeluarga. Kalau tidak kerana mereka, Irah mungkin tidak berpeluang untuk berada di sini tika ini dan bergelar seorang siswi sebagaimana yang diidam-idamkan sekian lama. Sejak dari dahulu lagi Irah ingin menyambung pelajarannya ke menara gading. Namun, pelbagai dugaan datang bertimpa-timpa hinggakan keinginan yang satu diluputkan dari ingatan begitu sahaja.

Benarlah. Segala yang berlaku itu bukan selalunya mengundang khabar buruk sahaja. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Irah tidak sesekali membenci Mustakim yang kini sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Lelaki itu ibarat abang kandungnya, memberikan semangat dan pedoman bila mana dia memerlukan. Kemalangan yang meragut nyawa keluarganya tinggal sebagai suatu kenangan pahit. Irah tidak membenci Mustakim kerana dia redha dengan apa yang berlaku. Sudah takdir keluarganya dipanggil dahulu untuk mengadap ILLAHI.

Azam Irah kini cuma satu. Ingin belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya. Dia mahu mencapai segalanya. Mahu mengumpul sebanyak mungkin harta yang mampu dicari. Bukan kerana sifat tamak atau materialistik, tetapi kerana dia mahu menyediakan segalanya untuk seseorang yang cukup istimewa dalam hidupnya; Redzuan Iskandar. Dia terlalu merindui anak kecilnya. Betapa dia menangis hiba dan meratapi perpisahan dengan anaknya itu. Namun, apakan daya, ketika itu Irah tidak punya apa-apa untuk diberi lantaran dirinya juga hidup menumpang. Kini, Irah berpeluang untuk membina hidup baru. Peluang yang diberikan oleh Mustakim ini akan dipergunakan sebaik-baiknya untuk menuntut kembali Is dari Fariz suatu hari nanti.

Sejak perpisahan itu, tidak sekali pun Irah menjenguk Is. Bukan kerana dia membenci. Bukan kerana dia tidak menyayangi. Tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya bila terpaksa berpisah dengan si kecil yang amat disayangi. Anak yang dikandung lebih sembilan bulan dibawa pergi sekelip mata. Irah bagaikan mahu gila. Hatinya benar-benar tertekan dan meruntun sayu. Irah mahu menjaga Is. Mahu membelai Is. Mahu menyayangi Is dengan sepenuh hati. Tetapi sekali pun Irah tidak pergi untuk melawatnya walau Fariz membenarkan. Bukan Irah tidak sudi atau sudah berputus harap, tetapi kerana Irah tidak sanggup lagi berpisah dengan Is. Andainya Irah bertemu semula dengan Is, Irah tidak mahu berpisah walau seminit pun. Pasti Irah akan bertindak melarikan Is dari Fariz. Dan itu hanya akan mengeruhkan lagi suasana. Suatu ketika nanti Irah akan datang bertemu Is. Bukan setakat itu, Irah akan menuntut kembali Is dari Fariz. Saat itu, Irah sudah punya segalanya untuk diberi dan Fariz tidak punya sebarang sebab untuk menghalang penyatuan itu. Waktu itu akan tiba juga suatu hari nanti. Is sayang, mama akan datang menjemput Is! Suatu hari nanti bila mama sudah berjaya! Bisik hatinya. Semangat itu tidak pernah pudar dan semakin bersemarak. Bila mana melihatkan keletah anak-anak Mustakim yang masih kecil, hatinya disayat pilu, namun azamnya kian kukuh tersemat di kalbu, menunggu waktu untuk menjemput Is yang dirindu!

SUDAH berkali-kali dia ulang membaca baris yang sama. Kenapa fikirannya buntu semacam? Ada sesuatu yang mengganggu benaknya. Kata-kata perempuan itu terngiang-ngiang di cuping telinga. ****! Buku setebal hampir dua inci itu dihempasnya.

“Awak sebagai pelajar baru sepatutnya ikut peraturan, mesti menepati masa! Bukannya ikut hal sendiri nak buat apa! Jangan ingat awak dah masuk universiti, boleh buat suka hati awak semua! Ingat awak semua ni lawa sangat macam puteri raja ke nak bersolek berjam-jam, hah?!” Tengkingannya mengecutkan perut beberapa orang siswi freshies yang terlewat berkumpul di car park untuk berbaris ke dewan besar bagi mendengar taklimat orientasi. Memang sepanjang orientasi universiti ini mereka dikawal oleh fasilitator-fasilitator yang dilantik dari kalangan senior-senior mengikut kolej masing-masing. Dan salah seorang yang termasuk dalam golongan yang terlewat itu adalah Irah.

Irah masih berwajah tenang. Mukanya selamba sahaja mendengarkan bebelan dari Hadi, fasilitator disiplin minggu orientasi universiti. Irah tidak mudah melatah. Tidak seperti dulu. Kena tegur sahaja sudah mahu menangis. Kata-kata nasihat dari Mustakim masih segar di ingatan. Irah jangan mudah sangat menangis! Kalau ingin berjaya kita tidak boleh jadi lemah. Irah dah banyak sangat menangis. Jangan biar air mata Irah jadi tidak berharga. Kalau Irah betul-betul nekad mahu ambil balik Is dari Fariz, Irah mesti jadi seorang yang berani, tabah dan kuat. Irah dah banyak hadapi dugaan dalam hidup sebelum ni. Dalam kampus nanti pun, Irah akan berdepan dengan pelbagai cabaran baru. Kuatkan semangat kalau Irah mahu bina hidup baru!

“Awak! Saya bercakap dengan awak. Kenapa tak jawab, hah?!” Sergah Hadi. Tidak puas hati betul dengan tingkah seorang freshies ini. Dari tadi wajahnya bersahaja. Langsung tiada riak takut seperti siswi-siswi lain. Irah tersedar dari lamunannya lantas mengukir senyum.
“Ya, ada apa?” Dia menyoal lembut. Hadi jadi bengang.
“Saya bercakap macam nak pecah anak tekak kat depan ni awak boleh tak dengar?! Keluar ke depan sekarang!” Tengkingnya. Irah terpinga-pinga. Apa halnya dia ni sampai naik angin tak tentu arah? Dahlah tu, tengking orang ikut suka aje! Mahu tidak mahu Irah terpaksa juga keluar ke hadapan perhimpunan pelajar-pelajar baru. Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Sekarang, tiup lampu tu sampai padam!” Arah Hadi. Dia tersengih. Rasakan! Bukan niatnya untuk mendera pelajar baru. Memang sudah tercatat dalam Pekeliling Universiti larangan mendera pelajar baru. Dia sekadar menjalankan tugasnya sebagai fasilitator disiplin minggu orientasi universiti. Kalau dibiarkan begitu sahaja, pelajar-pelajar baru ini akan mula buat hal sendiri, besar kepala dan tidak berdisiplin. Mereka harus diajar untuk mengikut peraturan.

Pelajar-pelajar baru sudah mula berbisik-bisik. Ada yang tersengih-sengih menahan gelak manakala fasilitator-fasilitator pula berwajah serius. Irah memandang ke arah lampu kalimantang yang ditunjukkan oleh Hadi. Sejenak dia berfikir. Sengaja nak kenakan aku ni!

“Minta maaf. Boleh tak tukar denda lain. Rasanya kalau denda ni tak mampu saya buat. Lampu tu memang takkan padam kalau saya tiup melainkan ditutup suisnya ataupun black out. Abang sebagai pelajar senior. Tak perlu saya pertikaikan pengetahuan abang tentang tu.” Irah menjawab tenang.

Ewah! Ewah! Sudah pandai nak melawan pulak ye! Banyak cantik!.
“Tak boleh! Itu denda yang saya arahkan. Logik ke tak logik ke awak kena buat jugak!” Marah Hadi.
“Kalau macam tu, saya betul-betul minta maaf sebab saya tak dapat buat denda yang diberikan.” Jawab Irah lagi.
“Awak nak melawan cakap saya?” Herdik Hadi. Belum apa-apa dah mula nak tunjuk pandai! Dia mengutuk di dalam hati.
“Saya bukan nak melawan. Saya mengaku saya salah kerana terlewat. Saya sedia tanggung kesalahan saya. Saya cuma minta tukar denda logik yang boleh saya buat. Terpulanglah kalau abang tak berpuas hati, tapi takkan kerana saya seorang abang nak tahan semua pelajar baru daripada pergi ke dewan besar.” Panas telinga Hadi mendengarkan kata-kata itu sepanas hatinya bila mana kata-kata itu melekat di ingatan dan terngiang berhari-hari lamanya. Masih diingati nama freshies yang petah menjawab itu; Nur Shahirah!

Hujan di luar sana turun mencurah-curah bersama angin menderu kuat. Dia menghela nafas. Mungkin hari ini akan hujan sampai ke petang. Nampaknya, terpaksalah dibatalkan sahaja diskusi pukul 5 nanti. Dikerlingnya pula jam tangan yang melingkari pergelangan tangan kiri. Pukul 4 petang. Dia menggeleng-geleng.

Irah mula menghirup kopi panas yang terhidang di atas meja. Aromanya dari tadi menusuk hidung begitu membangkitkan selera. Sesekali menikmati kopi panas di kala hujan lebat begini seronok juga! Detik hatinya. Hujan di luar sana masih lebat, bahkan makin menggila nampaknya. Suasana di dalam café itu agak lengang. Cuma ada beberapa orang pelajar lain yang duduk dalam satu kumpulan sedang berbincang. Mereka sama-sama terperangkap di situ dek kerana hujan lebat petang itu.

“Assalamualaikum!” Irah terdengar salam diberi lantas dia mengangkat muka, mengalihkan pandangan untuk mengetahui siapakah gerangan yang memberi salam. Perhatiannya terhadap helaian nota-nota kecil yang sedang dibaca terganggu seketika. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang tegap berdiri di hadapannya. Tubuh itu sedikit lencun. Pasti kerana terkena hujan.

Mood Irah tiba-tiba sahaja berubah. Serta-merta jadi tidak tenang. Melihatkan wajah lelaki itu sudah cukup untuk mengundang seribu satu rasa tidak senang.
Tanpa meminta izin, lelaki itu terus melabuhkan punggung. Irah tidak jadi bersuara. Dibiarkan sahaja. Dia buat tidak endah sambil meneruskan bacaannya. Tak kuasa nak melayan! Bukan kerusi aku punya pun!

“Rajin study nampak?” Hadi menegur. Dilihatnya perempuan tersebut sudah mula mencuka. Mungkin tidak senang dengan kehadirannya di situ. Hadi sedia maklum kenapa. Pertelingkahan mereka sejak dari minggu orientasi yang lalu tidak habis begitu sahaja. Pantang berjumpa di mana-mana, pasti ada sahaja usikan dan perlian yang diterima darinya terhadap Irah. Setiap kali melihat perempuan itu marah-marah, Hadi akan merasa seronok. Puas apabila Irah sakit hati, seolah-olah kemenangan berpihak padanya. Entah apa yang diperjuangkan dia sendiri tidak pasti. Yang nyata, dia tidak mudah melepaskan seseorang yang pernah ‘mengalahkan’nya di khalayak ramai!

“Hai, dah jadi bisu ke? Atau tertelan biji nangka?” Usik Hadi lagi. Tidak berpuas hati apabila Irah bertindak mendiamkan diri. Irah masih membeku. Tidak melayan sedikit pun. Dipekakkan sahaja telinga. Malas hendak bergaduh dengan lelaki itu.

“Baca nota ke baca surat cinta?” Tiba-tiba sepantas kilat Hadi merampas helaian nota di tangannya. Irah terkesima.
“Apa ni?!!!” Tidak semena-mena Irah menjerit kuat. Sekumpulan pelajar lain yang duduk berhampiran mereka terus menoleh. Hadi tergamam seketika.

“Kawal mulut tu sikit boleh tak? Perempuan tak ada lain, nak menjerit aje!” Hadi bersuara keras tetapi agak perlahan. Mungkin mahu mengawal suasana.
“Awak tu yang kena kawal perangai! Tak senonoh. Main rampas barang orang sesuka hati! Awak ingat awak tu siapa? Mengada-ngada!” Irah mendengus marah. Sakit hati betul!
“Eleh! Bukan luak pun. Nah, ambillah balik!” Dicampakkan nota-nota tersebut ke atas meja sambil dia mencebik bibir. Irah pula menggigit bibir kerana marah.
“Apa kena awak ni? Tak menyakitkan hati saya boleh tak? Kenapa awak suka kacau saya? Pergilah kacau orang lain. Tak puas hati lagi ke?” Irah bersuara geram.
“Eh, suka hati sayalah nak kacau siapa. Dah saya nak kacau awak. Saya kacaulah. Apa? Ingat awak tu bagus sangat ke sebab dapat malukan saya masa orientasi hari tu?” Perli Hadi pula.
“Eh, itu cerita lama tau! Saya dah minta maaf tau tak. Janganlah buat perangai macam budak-budak. Nak berperang tak tentu fasal sebab perkara-perkara kecil macam ni.” Irah cuba mengawal perasaan marah.
“Memalukan orang di khalayak ramai perkara kecil awak kata? Satu kolej tengok saya dimalukan awak malam tu tau tak? Tak pernah ada dalam sejarah hidup saya dimalukan sebegitu rupa dan tak pernah ada freshies yang berani melawan saya macam awak!” Hadi pula naik berang. Masih terngiang-ngiang ketawa rakan-rakan menyindirnya atas kejadian itu.
“Suka hati awaklah. Saya dah tak reti nak cakap macam mana. Awak ni kan, cepat betul berkecil hati. Macam manalah awak jadi lelaki. Saya malas nak melayan karenah awak. Awak nak duduk sini, duduklah. Baik saya balik aje dari mengadap muka awak yang menyakitkan hati.” Irah terus mengemaskan buku-buku di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg. Hadi terkebil-kebil. Hujan di luar sana masih lebat. Tanpa mempedulikannya, Irah terus keluar dari café itu, meredah hujan lebat untuk pulang ke kolej.

Dua tiga hari ini dia tidak senang duduk. Wajah perempuan itu langsung tidak kelihatan di mana-mana. Di kolej mahupun di kelas. Sebetulnya mereka mengambil satu subjek elektif yang sama. Hadi di semester akhir manakala Irah pula baru di semester pertama. Hadi tidak senang hati bila kelibat perempuan itu langsung tidak kelihatan. Ke mana dia menghilang?

“Kak Moon!” Dia menjerit memanggil seorang siswi berbadan sedikit gempal yang sedang melangkah pantas.
“Oit!” Siswi tersebut mengangkat tangan, memberi isyarat jawapan.
“Napenya? Akak nak cepat ni!” Kak Moon mula bertanya sebaik Hadi muncul di hadapannya. Bintik-bintik peluh jernih mula kelihatan di atas batang hidung. Pipinya merah. Nafasnya pula termengah-mengah.
“Alah, relaxlah kak Moon. Nak kejar apanya? Orang ada hal sikit nak tanya ni.” Hadi mula berbicara. Kelakar pula melibatkan gelagat perempuan itu yang selalu tercungap-cungap bila berjalan pantas.
“Kak Moon ada discussion dengan lecturer ni. Lepas ni ada tutorial lagi. Ada assignment tau tak! Haa… kau nak tanya apa?” Soal kak Moon lagi, tidak mahu membuang masa di situ sedangkan kerjanya masih berlambak-lambak perlu diselesaikan.
“Emm… err… kak Moon ada nampak tak budak tu?” Hadi bertanya acuh tidak acuh. Segan sebenarnya.
“Budak mana? Budak hitam? Budak putih? Mana satu kau nak?” Kak Moon mula membuat lawak.
“Ish akak ni! Bukan budak hitam! Budak putih pun bukan. Alah… budak baru tu. Irah namanya.” Jawab Hadi.
“Irah mana ni? Zahirah? Munirah? Ramai yang nama Irah. Irah mana pulak yang kau berkenan ni?” Kak Moon tidak henti-henti pula bertanya. Sengaja diusik lelaki itu. Memang kak Moon jenis yang suka mengusik. Bekas guru itu merupakan seorang yang periang. Walaupun lebih tua daripada Hadi yang lebih senior di kolej itu, namun kak Moon tidak pernah berlagak sombong apatah lagi membataskan pergaulan. Baginya, senior ataupun junior, siapa sahaja boleh menjadi rakan, asalkan ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Hadi merupakan antara salah seorang pelajar senior yang dikenali ketika mula-mula mendaftar masuk ke kolej berkenaan. Sikapnya yang ramah dan prihatin membuatkan hubungan mereka mudah benar terjalin mesra. Cuma semasa orientasi sahaja Hadi bersikap tegas dan garang.

“Nama dia Shahirah. Saya tanya aje. Bukannya ada apa-apa. Dah dua tiga hari tak nampak dia. Kat kelas pun tak ada. Dia ponteng ke?” Hadi cuba meneka. Mulanya dia tidak mahu bertanya. Tetapi rasa gelisah yang membalut jiwa tidak memungkinkannya terus berdiam diri. Manalah tahu kut-kut semasa hari hujan tempoh hari perempuan itu dipanah petir ke… Apa ke… Mujurlah dia rapat dengan kak Moon yang tinggal satu blok dengan Irah. Ada juga tempat bertanya. Kalau disoal pada siswi lain mahu heboh satu kolej menggosip yang bukan-bukan. Dengan kak Moon Hadi agak berani kerana dia tahu perempuan itu bukannya jenis yang suka mencanang cerita ke sana sini walaupun mulutnya sentiasa kecoh bila berbicara.

“Ooo... Budak DBA tu ya. Jiran sebelah bilik akak tu. Haa.. kenapanya dengan dia? Apa yang kau nak tahu pasal dia? Dia demam dua tiga hari ni. Kena hujan katanya. Dapat MC. Korang satu kelas ke?” Kak Moon masih rancak bertanya.
Hadi mengangguk, mengiyakan.
“Ingatkan nak tanya pasal nota kat kelas hari tu. Lupa nak salin. Member cakap dia ada full set. Nak pinjam nota sebenarnya.” Dalih Hadi.
“Iya ke? Hai, takkan dia sorang je yang ada nota full set? Ngko tak salin ke? Tulah! Malas bebenor nak menyalin. Bila nak exam, asyik mengharap nota orang. Macam manalah nak maju cam ni? Dah semester last pun ada perangai malas lagi ke?” Kak Moon sengaja memerli. Bukan hendak menyakitkan hati, cuma ingin menyedarkan Hadi. Selalunya, malah boleh dikatakan hampir kebanyakan pelajar-pelajar lebih mengharapkan nota yang difotostat di kedai daripada menyalin di dalam kelas. Study pun ala-ala sahaja, hanya ketika musim peperiksaan, bukannya kerana minat.

Hadi tersengih mendengarkan teguran itu. Silapnya kerana memberi alasan sedemikian.
“Janganlah marah kak Moon. Nak mintak tolong aje. Teruk ke demamnya?” Hadi masih bertanya tentang Irah. Memang itu tujuan asalnya bertanya.
“Teruk jugaklah akak tengok. Asyik terbaring aje. Suruh makan ubat tak mahu. Degil sungguh budak tu. Suruh balik rumah pun dia tak nak. Tak mahu risaukan keluarga katanya. Akak ingat kalau tak baik jugak esok, akak nak bawak dia jumpa doktor kat hospital. Fasal nota tu, nanti kalau dia dah sembuh kau tanyakan kat dia sendiri. Oklah, akak pergi dulu. Dah lambat ni.” Hadi sekadar mengangguk. Wajahnya mempamerkan kerisauan. Rasa menyesal mula menyelubungi hati. Kalaulah dia tidak cari fasal dengan Irah tempoh hari pasti perempuan itu tidak akan sakit begini...

Irah membuka kelopak mata yang dirasakan sungguh berat. Pandangannya berpinar. Dia cuba mencapai gelas di atas meja. Tekak yang haus ingin dibasahi. Sebaik meneguk minuman, pintu biliknya diketuk orang. Wajah kak Moon, jiran sebelah biliknya terjengul di muka pintu. Perempuan itu tersenyum memandangnya.
“Dah bangun? Macam mana? Sihat sikit hari ni?” Kak Moon bertanya sambil melabuhkan punggung di tepi katil. Telapak tangan kanannya diletakkan di dahi Irah, cuba menyukat suhu tubuh perempuan itu.
“Ok. Dah kurang sikit dari semalam. Esok bolehlah pergi kelas.” Irah menjawab perlahan. Kak Moon menggeleng-geleng.
“Tulah. Sihat-sihat nak bermain hujan. Kan dah demam. Siapa yang susah? Kak Moon jugak. Haa... ni dah tambah sorang lagi yang risaukan Irah.” Kak Moon mula tersenyum-senyum. Ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik senyuman itu.
“Maaflah kalau Irah menyusahkan kak Moon. Bukannya Irah nak jatuh sakit. Ikutkan hati, Irah lagi tak mahu sakit. Buat rugi aje tak pergi ke kelas. Ni dah berapa hari tertinggal kuliah ni. Jangan marah ye kak Moon. Kak Moon tak sayang Irah ke?” Usik Irah pula.
“Mana ada marah. Kak Moon sayanglah ni. kalau tak, tak adanya akak datang jenguk Irah. Lagipun, kalau tak jenguk Irah, nanti ada orang meradang pulak!” Kak Moon masih lagi dengan senyumannya. Irah mengerut dahi. Apa pulak maksud dia ni?
“Siapa pulak yang nak meradang ni? Ish! Kak Moon ni. Pandai-pandai pulak buat cerita.” Irah menyangkal.
“Apa pulak buat cerita. Eh, akak bukan minah gosip tau! Akak cakap apa yang betul, apa yang akak nampak dan dari penilaian akak sendiri. Ni haa... ada orang bagi ubat kat Irah. Dia pesan suruh makan. Takut nanti tak ada tenaga nak bergaduh katanya.” Ujar Kak Moon sambil menghulurkan sebungkus plastik berisi sebotol air penyejuk badan dan beberapa biji Panadol. Irah bertambah hairan.
“Siapa yang bagi kak Moon?” Dia bertanya kehairanan. Langsung dia tidak dapat mengagak siapakah gerangan yang bermurah hati memberikannya ubat itu.
“Dia tak bagi cakap. Nanti kalau cakap, Irah demam seminggu lagi. Kak Moon cuma sampaikan aje amanah orang. Terpulang pada Irah nak makan ke tidak. Kalau akaklah kan, rezeki jangan ditolak, musuh kalau nak berbaik lagi bagus!” Irah terpinga-pinga. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan.
“Haa... Lupa pulak kak Moon. Dia bagi surat sekali kat Irah.” Kak Moon mula mengeluarkan sehelai sampul surat berwarna coklat dari beg sandangnya lalu dihulurkan kepada perempuan itu. Irah menyambut dengan penuh penuh tanda tanya lalu mula membaca kandungan surat tersebut.

Anak rusa nani,
Lalu kembang ekor,
Janganlah marah lagi,
Saya takut nak tegur.

Irah tergelak kecil. Entah apa-apa! Macam budak-budak. Kak Moon menggeleng-geleng. Hei, budak-budak sekarang! Macam-macam cerita!

KULIAH hari ini agak membosankan. Sepanjang kelas rasa mengantuk sahaja. Tidak disedari di hujung kelas itu ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya. Sebaik selesai kuliah, Irah terus melangkah laju untuk ke perpustakaan. Ada buku yang perlu dipulangkan hari ini.

“Irah!” Dia mendengar namanya dipanggil. Segera dia menoleh. Terkejut seketika bila didapati Hadi sedang berlari-lari anak mendapatkannya. Apahalnya pulak mamat ni? Tak habis-habis nak menyakat aku! Nak cari fasal lagi ke?

“Ada apa?” Dia menjawab acuh tidak acuh. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berbicara panjang dengan Hadi. Lelaki itu bukannya boleh dikira. Entah-entah di tengah khalayak ramai ini dia akan bertindak yang bukan-bukan. Irah menggerutu di dalam hati.
“Awak dah sihat? Saya dengar awak sakit hari tu.” Hadi membuka bicara.
“Ha ah. Memang pun! Sakit hati!” Irah menjeling. Hadi sekadar tersengih.
“Saya minta maaf atas kejadian tempoh hari. Saya tahu saya bersalah. Saya tak berniat nak sakitkan hai awak. Saya harap kita boleh berbaik dan berkenalan lebih lanjut.” Jelas Hadi.

“Bila masa pulak saya bermusuh dengan awak? Awak tu je yang angin tak menentu marah-marahkan saya. Tak payahlah awak nak pura-pura baik dengan saya. Saya tahu awak masih ambil hati fasal cerita lama tu. Dahlah, saya pun tak nak mengacau anak orang. Saya datang sini nak belajar, bukannya nak berkenal-kenalan!” Irah menjawab tegas. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang.

“Jangan macam tu. Tak salah kalau berkenal-kenalan. Takkan Irah tak nak ada kawan. Ke Irah memang spesis yang duduk dalam gua sorang-sorang?” Hadi mula megusik. Irah sudah memuncung. Geli hatinya bila melihat Irah berwajah begitu. Comel pun ada!
“Ha... kan saya dah kata. Belum apa-apa lagi awak dah mula nak mengata. Malaslah nak layan awak!” Irah terus memalingkan tubuh mahu memulakan langkah.
“Eh! Nantilah dulu. Alah, saya bergurau sikit takkan ambil hati kut?! Sorry ok. Saya ikhlas ni. Saya betul-betul nak berkawan dengan awak. Kita lupakan sengketa lama, boleh?” Hadi cepat-cepat memujuk. Irah mula menghela nafas.
“Ikhlas tak ikhlas tak tahulah. Manalah saya reti baca hati orang. Susah saya nak percaya. Lelaki ni kalau memujuk, lembut tulang dari lidah!” Perlinya.

Hadi tersengih-sengih. Pandai pula dia mengata. Sesekali terkeluar juga kata-kata pedas dari bibir kecil itu.
“Saya betul-betullah ni. Tak tipu. Nape? Irah tak percaya ye? Ok, kalau macam tu bagi saya peluang untuk buktikan!” Dia berkata sungguh-sungguh.
“Buktikan apa? Yang awak ikhlas nak berkawan dengan saya? Lupakan!” Bidas perempuan itu, masih meragui kata-katanya.
“Tak percaya? Ok, err.. sebagai tanda persahabatan saya akan berikan awak sesuatu. Awak suka apa? Haa.. perempuan suka bunga kan? Saya bagi awak bunga. Mahu?” Irah menggaru kepala yang tidak gatal. Apalah dia ni! Tak faham-faham ke cakap orang??
“Awak jangan ingat saya ni macam perempuan lain. Bagi bunga sikit dah cair. Tak payahlah nak buat lawak bodoh macam tu kat saya!” Tegas Irah. Rimas dirasakan dengan permintaan lelaki itu.
“Saya cakap betul ni. Satu lori pun saya sanggup bagi kalau Irah sudi berkawan dengan saya!” Irah menggeleng-geleng.
“Siapalah nak percaya cakap awak tu. Tolonglah jangan kacau saya lagi!” Irah mula mengorak langkah, meninggalkan Hadi sendirian.
“Saya tak tipu tau. Awak tengoklah. Hari ni pukul 3 saya akan bagi awak satu lori bunga!” Hadi menjerit dari kejauhan. Iyelah tu.........

Pen ditangannya mula bertukar tugas. Kalau tadi digunakan untuk membuat catatan kini mengetuk meja pula. Bola matanya mengerling ke arah jam di satu sudut di atas meja. Lima minit lagi ke pukul 3. Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Hadi. Betul ke dia nak buat macam tu? Kalau betul, memang bodoh yang teramatlah lelaki tu! Sah, tipu! Siapa nak percaya? Tiba-tiba pintu biliknya diketuk orang.

“Nur Shahirah. Ada orang nak jumpa awak kat bawah.” Seorang siswi menyampaikan pesanan. Mesti Hadi tu. Alahai, malasnya nak turun! Mahu tidak mahu terpaksa dia menurutkan sahaja. Harap-harap lepas ni janganlah lelaki itu mengganggunya lagi.
“Haa... mananya lori awak? Tak nampak pun?” Irah menyindir sebaik muncul di hadapan Hadi. Lelaki itu sekadar tersenyum.
“Kut iya pun senyum le sikit. Senyum tu kan sedekah. Tak elok masam-masamkan muka.” Eii! Geli-geleman aku! Irah mengata di dalam hati.
“Nah! Saya tepati janji saya.” Tiba-tiba Hadi menghulurkan sesuatu. Irah tergamam. Mulutnya seolah terkunci. Terkebil-kebil matanya melihatkan sesuatu yang dihulurkan kepadanya. Sebiji lori mainan kecil dimuatkan dengan kuntuman bunga ros yang diperbuat daripada straw merah. Tiba-tiba sahaja Irah tergelak besar.
“Haa... saya tak tipu tau!” Hadi mempertahankan dirinya. Mata Irah berair dek kerana tawanya.
“Ini lori mainanlah! Bunga pun bunga straw!” Ujar Irah dalam tawanya.
“Lori jugak. Awak tau tak penat saya cari orang ajarkan saya buatkan bunga ni tau. Saya buat sendiri ni.” Jawab Hadi. Irah menahan sisa gelaknya. Lucu ada. Kesian pun ada. Bersungguh-sungguh benar nampaknya. Diperhatikan wajah Hadi yang sedikit lesu. Mungkin kepenatan belajar buat bunga straw kot?! Hatinya digeletek lagi. Ada jugak lelaki macam ni ya?

“Boleh tak?” Hadi bertanya.
“Boleh apanya?” Irah menyoal kembali.
“Nak berkawan dengan Irah?” Mata Hadi tidak lepas-lepas memandangnya. Irah tersenyum. Terpaksa juga dia mengalah. Lagipun, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa salahnya kalau menambah kawan?
“Nak berkawan saya tak kisah. Tapi kalau nak menggatal boleh blah!” Hadi tersenyum girang mendengarkan jawapan itu.
“Irah jangan risau. Tak gatalnya. Saya guna MOPIKO!” Ketawa Irah berderai lagi.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 13/20


FARIZ memicit-micit kepala yang dirasakan pening. Banyak benar urusan pejabat sejak akhir-akhir ini hingga terpaksa dibawa pulang ke rumah. Hidupnya saban hari bertambah sibuk hinggakan jarang benar dia meluangkan masa dengan ahli keluarga. Hanya terperap di bilik. Namun, perhatiannya terhadap Is, anak kecilnya tidak pernah kurang.

Sudah hampir setahun usia Is. Pertumbuhan anak itu sentiasa diambil berat. Keletah manja Is sentiasa menjadi penghibur dan penyeri di rumah besar itu. Kehadirannya benar-benar memberi erti kepada mereka sekeluarga. Cukup untuk mengubat rindu Azri dan Zahidah pada telatah kanak-kanak memandangkan anak-anak mereka sendiri sudah dewasa dan sentiasa sibuk dengan hal peribadi masing-masing.

Sejak dari perceraian itu, Fariz kian menyendiri. Kalau tidak melayan karenah Is, pastinya dia menyibukkan diri dengan tugas pejabatnya. Entah kenapa hidupnya dirasakan tidak tenang dan gembira. Dia sendiri tidak mengerti. Menyesalkah dia atas apa yang terjadi? Mungkin. Setiap kali terpandangkan Is, fikirannya mula menerawang, mengingati wajah seseorang yang ingin diluputkan dari ingatan. Malangnya wajah itu kian menghantui dirinya, seolah-olah menuntut sebuah dendam. Dendam? Berdendamkah dia padaku? Hatinya sentiasa berteka-teki. Bencikah dia padaku kerana merampas Is darinya? Tidak! Is juga milikku! Aku ayahnya dan aku mampu memberikan segalanya kepada Is! Hati kecilnya membentak. Menidakkan persoalan-persoalan yang sentiasa mengganggu kotak fikiran. Sudahnya dia sendiri tidak betah untuk melawan persoalan-persoalan yang sentiasa menghetamnya itu. Perasaan bersalah seolah menjerut leher. Dirasakan nafasnya kian sesak bila mana dia terfikirkan perkara itu.

Semalam, Fariz diganggu sebuah mimpi. Mimpi yang benar-benar meresahkan hingga dia tidak dapat lena ke pagi setelah terjaga di tengah malam. Masih diingati mimpi itu dengan jelas. Wajah Irah yang murung merenungnya dengan linangan air mata. Tiada kata yang diluahkan tetapi mata itu sendiri seolah berbicara dengannya. Sudah cukup untuk menyampaikan maksud hati.
Kenapa rampas anak Irah? Kenapa abang buat Irah begini? Kenapa pisahkan kami?!!!!
Tidakkk!!!! Dia rasa mahu menjerit sekuat hati. Sungguh fikirannya tidak menentu. Gundah dirasakan berkelana di segenap ceruk sanubari. Kenapa mesti aku teringatkan Irah? Kenapa bayangan dia sering mengganggu aku sejak akhir-akhir ini? Fikirannya benar-benar buntu. Setiap hari dia cuba menyibukkan diri dengan kerja agar tidak terfikirkan igauan itu. Namun, bilamana dia menyendiri, bayangan itu akan datang mengganggu. Aku tidak bersalah! Irah sendiri yang menginginkan perpisahan ini. Dia sendiri yang sanggup. Dan Is memang patut bersama aku. Kalau dia benar-benar menyayangi Is, kenapa dia tidak datang menjengah walaupun sekali? Dia yang bersalah terhadap Is! Egonya masih menidakkan semuanya. Namun, sampai bila dia dapat melawan perasaan yang bergelodak. Wajah Irah, senyuman Irah sering datang bertamu di dalam mimpinya. Kadangkala wajah itu merintih sayu. Fikirannya resah. Kenapa aku jadi begini? Hatinya melonjak-lonjak memintanya mecari perempuan itu. Dia ingin menemui Irah. Tetapi untuk apa? Dan kenapa? Kenapa aku ingin benar menatap wajahnya? Rindukah? Ah! Gilaa!!!!!

“ENGKAU ni dah kena angau ke?” Arif yang sedang mengenakan pakaian menegurnya. Ketika itu dia sedang bersiap-siap untuk ke kelas. Senyum Hadi melebar sahaja sejak akhir-akhir ini. Dirasakan segalanya ceria sejak perkenalan itu. Peristiwa bunga ros yang mencuit hati. Terbayang lagi wajah Irah yang comel di ruang mata. Manisnya!
“Angau apa kebendanya? Aku relax aje.” Masih disembunyikan rasa girang di sanubari. Malu kalau diberitahu kepada Arif walaupun lelaki itu telah dua tahun menjadi teman sebiliknya.
“Iyelah tu! Sengih memanjang dari telinga kiri sampai telinga kanan. Tengok perangai kau tu pun dah tahu tengah mabuk. Aku dengar kau mengorat freshies ye? Wah! Kata nak kekal bujang sampai grad. Nak tumpu study konon. Tengok-tengok dok study anak dara orang. Hei!” Arif menggeleng-geleng. Lucu pula melihatkan teman sebiliknya yang sudah berubah jadi romantis semacam sejak akhir-akhir ini. Jiwang karat!

“Siapa yang buat cerita ni? Pandailah kau menuduh yang bukan-bukan. Apa, salah ke kalau aku berkenalan dengan perempuan?” Soal Hadi pula.
“Salah tu tidaklah. Fasal siapa yang buat cerita tak payah kau nak tanya. Siapa tengok muka kau pun dah sedia maklum. Lelaki kalau dah tangkap cintan, haa… mukanya sebijik macam muka kau sekarang nilah. Aku bukan apa. Yelah, kau tu room-mate aku. Aku harap kau tak jadi macam aku dahlah..,” Arif mendiamkan diri seketika. Hadi mengerti apa yang bermain di benak lelaki itu. Mana tidaknya, kisah Arif di kolej itu umpama goreng pisang panas suatu ketika dahulu. Lebih hebat gosipnya dari Majalah MANGGA. Arif tergolong dalam golongan siswa yang punya rupa dan harta. Tak hairanlah kalau menjadi rebutan ramai. Kasih sayang dan cintanya tumpah pada seorang siswi di kolej yang sama. Malangnya, kerana terlalu ego untuk mengakui perasaan sendiri, akhirnya dia kecundang. Gadis yang dipuja telah menjadi milik orang sebelum sempat kata-kata hikmat itu dilafazkan. Dan sesalan itu cukup untuk memberi kesan.

“Alah, jodoh pertemuan di tangan Tuhanlah Rif.” Tegas Hadi pula.
“Memanglah. Tapi semua itu kan atas usaha kita juga. Kau betul-betul ke dengan budak tu? Atau saja-saja nak flirt around? Jangan melepas dahlah. Aku tengok, budak tu pun ok apa dengan kau. Kalau tetiba kau nak cari pengapit nanti, jangan lupa panggil aku.” Sempat pula Arif berlelucon, mengusik temannya itu. Hadi sekadar tergelak kecil. Namun, dihatinya terdetik sesuatu. Terbayang tawa perempuan itu di ruang mata….


IRAH merenung lagi jam tangannya untuk kali ketiga. Ish! Mana dia ni? Janji nak jumpa kat sini. Sesat ke apa? Dari kejauhan pula kelihatan seorang pemuda berlari-lari anak mendapatkannya. Haa! Sampai pun!

Irah mendengus seketika.
“Nape lambat? Lama saya tunggu tau!” Marahnya. Hadi tidak terus menjawab, sebaliknya duduk di bangku batu disebelahnya untuk melepaskan penat.
“Sorrylah. Ada hal tadi. Nah, ni Irah punya.” Wajah Irah yang masam sudah bertukar senyum. Yes! Dapat jugak akhirnya… Hatinya melonjak gembira sebaik sebiji buku diserahkan kepadanya. Segera dicapai buku itu dan dibelek.
“Betul ke yang ni Cik Sapiah cakap? Ramai budak tak dapat tau. Nasib baik awak bagitau saya cepat-cepat. Kalau tak, habis! Lingkup satu assignment.” Ujar Hadi. Irah menjeling ke arah lelaki itu.
“Itulah. Siapa suruh tak datang kelas? Nasib baik saya kesiankan awak. Kalau tak, kes naya je ada orang fail satu subjek. Dahlah semester last!” Perlinya. Hadi tersengih kerang.
“Iyalah cik kak. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh tolonglah lagi! Bila nak start buat ni? Yang mana referencenya?” Sempat pula Hadi berseloka. Irah meneliti seketika helaian buku itu. Dahinya berkerut. Langsung tidak disedari renungan Hadi padanya.
“Ni. Mukasurat 47 hingga 54. kena buat case study jugak tau. Saya dah hantar surat, nak ambik rumah anak-anak yatim untuk case study. Awak nak join ke?” Irah bertanya. Matanya masih melekap pada buku itu. Senyap.

Irah mengangkat muka.
“Saya tanya ni. Kenapa tak jawab? Kenapa pandang saya macam tu?” Hadi tersentak seketika. Wajahnya berubah merah bila disergah oleh Irah.
“Tak adalah, eh ya.. nak, nak.” Irah mengangkat kening. Apa hal pulak dia ni? Mimpi ke apa?
“Kalau nak Sabtu minggu depan kita pergi. Jangan bagi alasan nak balik rumah. Saya tahu assigment ni due lambat lagi. Tapi saya nak buat cepat-cepat.” Tegasnya.
“Eleh! Awak ingat saya ni anak manja ke nak balik rumah selalu? Lainlah kalau perempuan. Manja teramat dengan mak bapak. Entah-entah awak tu lagi manja ye tak? Awak orang sini kan? Jarang je saya tengok awak balik rumah. Tak rindu kat family ke?” Becok Hadi bertanya. Hati Irah tersentuh seketika. Keluarga? Dirasakan perkataan itu sudah lama benar tidak dilafazkan.
“Kenapa ni? Awak marah ke saya tanya?” Hadi jadi terpisat-pisat. Angin apa pula yang melanda hingga wajah Irah berubah benar.
“Tak adalah.” Irah menjawab perlahan. Terus dilarikan wajah ke teks yang tercetak di setiap helaian mukasurat. Hakikatnya dia ingin menyembunyikan rasa sedih yang berselirat. Keluarga? Siapa keluarga Irah? Irah cuma ada Pak Ngah dan abang Mus sekeluarga… Dan Is…. Hatinya tiba-tiba meruntun sayu.
“Irah, kenapa ni? Ada masalah ke? Tak nak cakap dengan saya?” Pujuk Hadi. Lembut sahaja pujukannya.
“Keluarga saya dah meninggal.” Ringkas jawapannya tetapi cukup untuk menjelaskan kekeruhan wajah.
“Maaf. Saya tak tahu.” Perlahan suara Hadi. Menyesali keterlanjuran kata-kata.
“Tak apalah. Cerita lama. Dah tiga tahun mereka pergi. Mereka kemalangan semasa dalam perjalanan hantar arwah adik saya ke sekolah.” Jelasnya lagi. Hadi tertunduk. Patutlah Irah sensitif benar tadi.
“Saya minta maaf ye Irah. Jangan kecil hati ye.” Suara Hadi lagi. Irah menggeleng. Dirinya sudah cukup kuat untuk menghadapi dugaan itu. Segalanya kehendak yang Maha Esa.
“Habis Irah sekarang tinggal dengan siapa?” Soal Hadi ingin tahu.
“Dengan bapa saudara saya, Pak Ngah.” Jawabnya. Hadi mengangguk-angguk. Direnung wajah Irah sedalam-dalamnya. Simpatinya kian sebati. Betapa sunyinya hati Irah tanpa kasih-sayang dari keluarga sendiri!
“Irah punya teman istimewa?” Tiba-tiba ringan sahaja mulutnya bersuara. Menyesal pula bila sudah terlanjurkan mengeluarkan soalan tu. Tak sempat nak tekan brek!
“Teman istimewa? Maksud Hadi, boyfriend?” Dibalas pandangan Hadi untuk memastikan telahannya. Hadi tertunduk malu. Cemana boleh terlepas cakap pulak ni!
Irah tersenyum. Mimpilah nak ada boyfriend! Janda macam aku ni siapa yang nak!
“Tak ada.”
“Ya ke? Betul?”
“Iyelah. Kenapa pulak?” Irah mengerutkan dahi.
“Tak de. Manalah tahu…,”
“Tak kuasa!” Hadi tergelak kecil. Huh! Ada can!


SAAT ini dia hanya mampu menangis. Irah kalah dengan perasaan sendiri. Peristiwa silam umpama bayangan lembaga hitam yang mencekik batang lehernya, ingin terus menyeksa, meruntuhkan segala semangat yang ada. Dia mahu lari dari kenyataan itu. Tetapi seolah ada sesuatu yang mengikatnya erat. Sekian lama dia cuba melupakan, namun ternyata usaha itu tidak menjadi. Sudah hampir setahun kiranya mereka berpisah. Mengapakah bayang-bayang Fariz masih bertamu di lubuk hati. Lelaki itu hanya tahu menyakiti! Lalu mengapa harus aku mengingatinya? Tidak ada kisah gembira antara kami. Yang ada hanyalah sebuah hakikat yang tidak dapat ditarik-balik. Segalanya sudah berlaku. Kenapa dia masih mencariku?

Benaknya tidak mampu memberi jawapan. Perkhabaran dari abang Mus pagi tadi benar-benar mengusik nalurinya. Abang Mus memberitahu Fariz datang ke rumah Pak Ngah mencarinya. Sebelum itu, berkali-kali juga dia menelefon, meminta untuk berjumpa dengan Irah. Walau bagaimanapun, Pak Ngah dan abang Mus sekeluarga tetap berpegang pada janji. Janji yang dibuat atas permintaan Irah sendiri untuk tidak memberitahu lelaki itu di mana dia dan apa sahaja berita mengenainya. Irah tidak ingin Fariz mengambil tahu. Hatinya sudah cukup terluka. Dirasakan seperti disiat-siat dengan sembilu bilamana terkenangkah perbuatan lelaki itu yang meruntun hatinya. Kejamnya Fariz membawa Is pergi dari hidupnya. Kini, lelaki itu pula mencarinya. Sekian lama abang Mus cuba mendiamkan hal itu. Hinggalah Fariz menyatakan sesuatu yang benar-benar menguji naluri keibuannya. Benarkah? Benarkah Is sedang sakit tenat? Hati Irah berkecamuk.

“CEMANA bang?” Anizah yang sedang melipat pakaian mula bertanya. Ada kerutan di dahinya.
“Abang dah cakap dengan dia. Mula-mula tu dia diam aje. Alih-alih menangis pulak.” Jawab Mustakim, masih leka membelek akhbar. Berita-berita tentang perang dan kekacauan di sana sini menarik minatnya.
Anizah menyimpan semua pakaian yang telah dilipat ke dalam almari. Seketika kemudian, dia sudah berada di sisi suaminya.
“Dia tak cakap nak pergi tengok anak dia? Kesian Is. Itukan anak dia jugak. Kalau iya pun marahkan Fariz, takkan sampai setahun tak pedulikan anak sendiri? Is tu kecil lagi, perlukan maknya. Kenapalah keras sangat hati Irah tu?” Ada nada kesalan pada kata-katanya.
“Abang dah nasihatkan dia. Tak tahulah sama ada si Irah tu memang tak nak pedulikan anak dia atau terlalu benci dekat Fariz sampai tak mahu menjenguk Is. Abang pun kesian jugak dekat si Fariz tu. Dah macam orang gila talak pulak. Asyik melilau mencari Irah. Pakcik Rafiq cakap banyak kali juga dia datang ke rumah tanyakan fasal Irah. Setakat telefon dah sampai berpuluh kali. Kadang-kadang sampai tiga empat kali sehari. Penat orang tua tu nak bagi alasan. Irah pulak degil semacam. Sekali dah cakap tak mahu, pujuk macam mana pun keras macam batu. Tak boleh berkompromi.” Panjang pula bebelan Mustakim. Anizah di sisi menghela nafas.

“Masalahnya diorang berdua tu tak nak bertolak ansur dari awal. Yang sorang tu degil dan keras kepala. Yang sorang lagi pulak kepala angin, meradang tak tentu hala. Macam manalah tak bercerai-berai. Yang kesiannya si kecik tu la. Langsung tak dapat kasih-sayang dari mak sendiri. Dua-dua nakkan anak, tapi langsung tak nak fikir antara satu sama lain. Asyik berebut anak macam ni, tak kemanalah jawabnya. Tak tahulah si Is tu besar nanti jadi apa.” Sambung Anizah pula.
“Hish awak ni! Simpang malaikat 44!” Marah Mustakim.
“Apa pulak? Zah cakap yang betul! Memanglah Is tu kecil lagi. Tapi, perceraian tu tetap beri kesan pada dia. Anak masa kecil nilah nak dibentuk. Kalau mak bapaknya bergaduh macam gini, dia jugak yang terbiar. Bohonglah kalau tak beri kesan apa-apa.” Anizah memeluk tubuh.
“Abang dah buat apa yang patut. Harap-harap jadilah. Kita dah berusaha. Terpulang pada Irah saja. Kita tak boleh buat apa sekarang. Tunggu dan lihat. Awak tu jangan kecoh-kecoh pulak. Karang tak menjadi segala rancangan. Perempuan ni bukannya boleh simpan rahsia!” Mustakim mula mengingatkan. Apa pun dia sebolehnya tidak mahu rancangan itu gagal.
“Tak apa ke menipu macam ni bang? Kalau Irah tahu abang tipu dia…,”
“Alah! Kalau awak tak cakap dan abang tutup mulut, tak adanya dia tahu. Menipu untuk mendirikan masjid, menyatukan semula bekas suami-isteri takkan berdosa! Kita buat benda baik Zah. Untuk kebahagiaan mereka jugak.” Tegas Mustakim. Dirasakan memang patut dia berbuat demikian. Tidak sanggup melihat hidup tiga orang manusia itu terus-terusan berpecah-belah sedangkan mereka punya peluang untuk bahagia bersama.
“Ni yang Zah sayang kat abang ni! Abang ni kan memang baik tau! Patutlah Zah kahwin dengan abang!” Satu kucupan hinggap di pipi Mustakim. Lelaki itu tersenyum. Bahagia bila dimanjakan sebegitu oleh isteri tercinta…

DIA masih teragak-agak. Langkahnya yang dari tadi laju bertukar rentak menjadi perlahan. Tempat itu pernah dikenali, pernah dijejaki, malahan lebih dari itu. Tempat itu pernah didiaminya suatu ketika itu. Tidak semena-mena kenangan lama terimbas kembali. Segalanya yang pernah berlaku di sini. Ah! Biarkan! Semua itu cuma satu kenangan!

Hatinya masih berbelah bahagi. Antara menjejakkan kaki ke perkarangan banglo itu atau tidak. Suasana sekeliling aman dan sunyi. Tidak banyak yang berubah. Semuanya masih seperti setahun dulu.

Semalam dia menghubungi Fariz. Menggigil rasa seluruh tubuh tatkala mendengar suara lelaki itu. Entah kenapa dia tidak mengerti. Benci benarkah dia pada Fariz hingga berperasaan sedemikian? Entahlah. Sukar untuk dimengertikan. Ah! Itu tidak penting. Yang penting adalah Is. Dia datang kemari kerana mahu melihat anak kecil itu. Anak yang dirindui sekian lama. Biarlah apa tuduhan Fariz terhadapnya kerana tidak pernah menziarahi anak sendiri. Mungkin bagi Fariz sekeluarga, Irah seorang ibu yang teruk atau tidak langsung layak bergelar ibu. Hakikatnya Is tetap anak Irah dan tidak siapa boleh menyangkal kenyataan itu. Hukum alam telah menetapkannya sedemikian.

Fariz sudah bersedia. Dari pagi tadi dia menunggu. Irah sudah memberitahu dia mahu datang hari ini untuk melihat Is. Inilah peluangnya untuk bersemuka semula dengan bekas isterinya setelah setahun berpisah tanpa sebarang khabar berita. Bersungguh-sungguh perempuan itu menjauhkan diri darinya hingga setiap kali dia cuba menjejaki Irah, pencariannya menjadi sia-sia. Setiap kali dia menghubungi bekas pemandunya, pakcik Rafiq akan mengelak dari memberi jawapan. Puas dipinta dan dirayu, namun lelaki itu tetap berpegang pada janjinya terhadap Irah. Katanya Irah sudah nekad tidak mahu berjumpa dengan Fariz lagi. Begitu bencikah Irah padaku? Cetus hatinya. Tidak! Fariz tidak mahu mengalah. Seperti orang gila sahaja dia mencari Irah. Mana mungkin dia dapat melupakan begitu sahaja bilamana saban malam tidurnya diulit bayangan dan tangisan Irah. Dia mahu semuanya selesai secara baik. Tidak mahu ada rasa dendam dan benci dalam diri. Tidak mahu juga Irah melarikan diri seperti ini. Apa pun Irah tetap ibu kepada anaknya. Is berhak untuk mendapat kasih-sayang seorang ibu dari Irah. Dan dia lakukan ini semua untuk anaknya. Walau seketika pun dia tidak mahu anaknya derita atau kurang belaian mahupun kasih-sayang. Segalanya mesti sempurna untuk Redzuan Iskandar!

DARI ruang tamu kedengaran bunyi loceng rumah. Cepat-cepat Fariz melangkah, membuka pintu utama. Sesusuk tubuh yang dikenali sudah terpacak di situ. Diam tanpa kata. Untuk seketika pandangan mereka bertaut. Setelah sekian lama…. Hari ini. Cepat-cepat Irah menunduk. Tidak mahu membalas renungan itu terlalu lama. Apa sahaja boleh terjadi dari kerana mata.

“Assalamualaikum.” Diberi salam sebagaimana sepatutnya seorang tamu datang bertandang ke rumah itu. Fariz mengukir senyum. Wajahnya tenang bersahaja. Namun gelora di hati TUHAN sahaja yang tahu!
“Waalaikumussalam. Masuklah.” Dia mempelawa. Teragak-agak Irah melangkah masuk. Segan ada. Risau pun ada.
“Is mana? Bagaimana dengan dia? Teruk sangat ke sakitnya?” Pantas Irah bertanya. Hatinya sudah melonjak dari tadi mahu mengetahui keadaan anaknya itu. Risau tidak menentu. Gundah tidak terkata.
“Dia ada di atas. Dalam bilik abang.” Jawab Fariz. Diperhatikan sahaja gelagat Irah yang kerisauan. Dirasakan sudah lama mereka tidak bersua, walhal setahun bukanlah satu tempoh yang cukup lama sebenarnya.
“Irah nak naik, tengok dia.” Belum sempat Irah melangkah, Fariz lebih dahulu menahan, menghalangnya dari naik ke tingkat atas.
“Dia tengah tidur. Abang bagi dia ubat tadi. Duduklah dulu. Abang ada hal nak cakap.” Ujarnya. Irah mematikan langkah. Dihenyakkan tubuh ke sofa. Mungkin Fariz ada sesuatu yang penting untuk diberitahu mengenai Is. Sebetulnya dia tidak sabar untuk bertemu Is. Namun, dikawal jua rasa hati. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahan diri di depan lelaki itu.

Melilau mata Irah memandang ke sekeliling. Rumah ini terlalu sunyi. Ke mana yang lain? Agaknya mereka terlalu benci pada Irah hingga langsung tidak mahu tunjuk muka. Tak mengapalah. Irah sedar diri sendiri.

Fariz seolah dapat menangkap maksud hati perempuan itu.
“Ayah dan mak dah keluar makan angin. Anim pergi jumpa kawan.” Fariz terlebih dahulu memberitahu. Hati Irah mula terdetik. Ada sesuatu yang tidak kena. Kalau betul Is sakit tenat, kenapa mereka boleh pula keluar bergembira? Mesti ada udang di sebalik batu!
“Abang Mus kata abang bagitau dia Is sakit tenat. Abang jangan main-main! Cakap betul-betul! Apa semua ni?” Irah terus dilanda keberangan. Kalau betul sakit kuat, kenapa Is tidak dibawa ke hospital sahaja?
“Siapa yang kata Is sakit tenat? Memanglah dia sakit, tapi tak adalah sampai macam tu. Yang nak mengamuk tak tentu fasal ni kenapa?” Fariz menyoal hairan. Pelik pula dengan tingkah Irah yang marah tiba-tiba sahaja sedangkan perempuan itu sendiri yang menelefonnya semalam mahu datang ke mari. Memang sudah puas juga dia cuba menghubungi Irah, tetapi segalanya sia-sia. Dan bilamana perempuan itu menghubunginya, Fariz sudah berasa lega. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka duduk bersama, selesaikan persengketaan yang ada. Tapi, nampak gayanya, lain pula yang terjadi!

“Abang penipu! Abang sengaja buat macam ni sebab nak sakitkan hati Irah! Puaslah hati abang?! Abang memang tak berhati perut. Tak cukup lagi dengan segala perbuatan abang pada Irah? Abang rampas Is dari Irah. Abang rampas segala kasih-sayang Irah! Abang kejam!” Marah Irah sudah berapi. Belum pun panas punggung duduk, marahnya sudah meledak ke tahap maksima.


Fariz terpana. Terkejut benar dia dengan kata-kata irah.
“Jangan menjerit. Is tengah tidur tu!” Marahnya.
Irah diam seketika. Dadanya masih berombak.
“Abang tak tahu apa masalah Irah sampai tuduh abang yang bukan-bukan. Abang bukannya nak sakitkan hati Irah dan abang bukannya seorang yang tak berhati-perut. Kalau abang begitu, buat apa abang nak berjumpa Irah? Fikir dulu sebelum marah. Abang tak berniat nak kenakan Irah atau sesiapa. Abang buat semua ni untuk Is. Abang terkilan dengan sikap Irah. Abang sebenarnya nak jumpa Irah supaya kita dapat selesaikan masalah kita, untuk kebaikan semua terutamanya anak kita.” Irah terdiam. Mati kata dia bila mendengarkan penyataan Fariz itu. Ini dah tentu kerja abang Mus! Mesti dia yang mengada-ngada cerita mengatakan Is sakit tenat supaya Irah dan Fariz akan bertemu. Sah!

“Apa masalahnya?” Irah bertanya acuh tidak acuh. Matanya tidak berani menatap wajah Fariz. Malu pun ada atas sikapnya sebentar tadi, sedangkan Fariz pula bersikap tenang sahaja. Lelaki itu sudah berubah, tidak mudah melenting seperti dulu. Irah sahaja yang masih bersikap tidak matang. Malunya!

“Abang sebenarnya nakkan penjelasan dari Irah. Kenapa Irah tak datang menjenguk Is? Setahun Irah. Setahun Is tak jumpa ibunya. Selama itu juga dia tak kenal siapa ibunya. Irah tak sayangkan dia ke? Kenapa buat begini? Kalau bencikan abang sekalipun, janganlah menghukum Is. Dia perlukan kasih-sayang Irah dan abang. Kasih-sayang kita berdua. Abang faham kalau Irah marahkan abang, tapi Irah tak patut buat anak kita macam ni.” Fariz mula menegur, meluahkan rasa hati yang terpendam.

Membisu Irah dibuatnya. Sungguh kata-kata lelaki itu mencengkam batinnya. Irah menghukum Is?
“Abang silap! Irah sayangkan Is. Irah sayangkan dia lebih dari segala-galanya.” Nada suaranya sayu.
“Kalau betul, kenapa Irah abaikan tanggungjawab Irah? Kenapa melarikan diri dari abang sampai langsung tidak kirim berita? Irah tahu tak berkali-kali abang cari Irah. Berkali-kali juga abang cuba hubungi Irah. Abang marah Irah buat begini pada abang. Is masih kecil Irah. Ingatlah tu.” Lelaki itu menghela nafas. Sedih. Kenapa semuanya mesti jadi begini?

“Irah tak bermaksud begitu. Tapi Irah tak sanggup. Irah tak sanggup...,” Air jernih sudah bertakung di birai mata. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Sungguh dia rasa bersalah atas perbuatannya. Memang Irah yang kejam kerana tidak bertanggungjawab pada anak sendiri. Irah jahat!
“Apa yang Irah tak sanggup? Terus-terang Irah. Biar kita selesaikan semuanya hari ni.” Gesa Fariz.
“Irah tak sanggup disakiti! Abang berkali-kali sakitkan hati Irah. Irah sayangkan Is. Abang tahu tu! Tapi abang tetap ambil dia dari Irah. Irah sedih! Irah sedih tau tak?!” Hatinya mula meruntun pilu. Fariz membisu, memberi segala ruang unuk perempuan itu berbicara meluahkan rasa hati.
“Irah dah kehilangan keluarga. Irah cuma ada Is. Tapi abang rampas dia dari Irah. Abang hancurkan hati Irah. Irah tak mahu berpisah dengan Is. Tapi apa yang Irah ada masa tu bang? Apa yang Irah mampu beri? Irah tinggal menumpang dengan orang. Sedangkan abang punya segala kemewahan untuk dia. Irah tak mampu beri kesenangan pada Is. Irah tak mahu dia hidup susah bersama Irah. Sebab tu Irah terpaksa serahkan dia pada abang. Irah tak pernah bencikan Is. Irah rindukan dia setiap hari. Kalau Irah jumpa Is, Irah takkan sanggup berpisah dengan Is lagi. Tapi abang.... abang takkan biarkan Irah bersama Is. Abang akan pisahkan kami sekali lagi. Abang akan hancurkan hati Irah sekali lagi.” Tangis Irah sudah berlagu, mengulit rasa duka yang berselirat. Keluhan panjang lebarnya terkesan di hati Fariz. Mengapa payah benar untuk merungkaikan satu perselisihan?

Fariz merenungnya dalam-dalam. Sedar dia pernah menyakiti perempuan itu. Dan bukannya sekali, malah berkali-kali. Kini, gilirannya pula untuk meluahkan rasa hati.

“Irah salah kalau beranggapan abang sebegitu kejam. Abang ambil Is kerana masa tu keadaan memihak pada abang. Abang tak sangka pula Irah beranggapan begitu pada abang. Abang tak berniat nak sakitkan hati Irah atau merampas Is dari Irah. Kalau boleh, abang mahu kita sama-sama besarkan Is. Memang kita tak ada jodoh untuk bersama sebagai suami-isteri, tapi itu tak menghalang kita dari menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kita berpisah kerana sudah tiada jodoh. Tapi abang tak mahu salah-faham begini berterusan.” Irah tertunduk. Menyingkap kembali kenangan lalu hanya membuahkan rasa pilu. Sudahnya dia menangis lagi. Fariz menghela nafas.

“Tiada siapa yang akan menang Irah. Melarikan diri dari masalah tidak akan meyelesaikan segala-galanya. Abang minta maaf kerana sakitkan hati Irah selama ini. Abang takkan pisahkan Is dari Irah. Kita besarkan dia sama-sama. Biar dia dapat kasih-sayang yang cukup. Irah boleh jumpa dia bila-bila masa sahaja. Abang takkan menghalang.” Irah terkedu. Benarkah kata-kata Fariz itu? Dia rasa tidak percaya. Bagaimana pula dengan keluraga mertuanya? Apa kata mereka? Segala-galanya terlalu mendadak. Hatinya tidak pasti. Pertemuan ini patutkah berlaku?

“Irah mahu jumpa Is!” Tangisannya mula bersisa. Fariz mengangguk. Pantas Irah bingkas menuju ke tangga dan menginjak anak-anak tangga itu. Fariz membontoti dari belakang. Matanya merenung sahaja batang tubuh Irah yang berlari ke biliknya.

Demi dibuka pintu bilik itu, Irah terpandangkan sekujur tubuh kecil yang sedang lena di atas katil kecilnya. Hati Irah tersentuh. Anakku! Dengan tubuh yang menggigil dia merapati anak itu. Jari-jemarinya menyentuh wajah Is. Panas! Pantas Irah menoleh ke arah Fariz.

“Dia demam. Dah dua hari. Hari ni dah kurang sikit.” Jelas Fariz. Air mata Irah berlinangan. Kejamnya aku membiarkan anakku selama ini. Is! Mama sayangkan Is! Mama sayangkan Is! Maafkan mama sayang! Dicium wajah comel Is semahu-mahunya. Air matanya menitis laju. Tiba-tiba Irah rasa bahunya disentuh. Dia menoleh kembali memandang Fariz dengan wajah yang basah.

“Maafkan Irah!” Suaranya tenggelam timbul dalam esakan.
“Jangan pisahkan Is dari Irah bang! Irah sayangkan Is! Irah sayangkan dia!” Dia mengongoi lagi.
“Abang takkan...,” Fariz kematian kata bila mana Irah menghumbankan wajahnya ke dada.
“Irah minta maaf bang. Berilah peluang pada Irah untuk tebus segala kesalahan Irah pada Is. Tolonglah bang!” Irah kian erat merangkul tubuh Fariz. Lupa yang lelaki itu bukan lagi suaminya. Fariz terdiam. Satu perasaan aneh terkesan di lubuk hati. Irah....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 14/20


PATUTKAH dia cemburu? Apakah ini rasa cemburu? Cemburukah aku? Argh! Bingung betul rasa hati. Bodoh! Dihenyakkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Sebetulnya dia mahu melelapkan mata sahaja, menenangkan fikiran yang kini benar-benar bercelaru. Namun, ada sesuatu yang mengganggu fikiran tatkala ini. Wajah-wajah itu....

Dia sendiri tidak mengerti perasaannya. Melihatkan Irah berdua-duaan bersama seorang jejaka hari itu membuatkannya tidak senang duduk. Tidak pernah dia melihat Irah berdua-duaan dengan lelaki lain. Itulah kali pertama dan pada kali pertama itulah juga hatinya terusik. Macam-macam yang difikirkan. Siapa lelaki itu? Abangnyakah? Mustahil! Irah tidak punya abang. Dia sedia maklum tentang itu. Habis, siapa lelaki tu? Hati kecilnya masih bertanya, ligat mencari jawapan yang tidak dimilikki. Kemesraan mereka benar-benar meruntun hatinya.
“KITA nak ke mana ni?” Persoalan itu mematikan lamunannya. Sepasang mata tertumpu ke arahnya, meminta jawapan.
“Apa dia?” Dia bertanya kembali.
“Saya tanya kita nak ke mana ni? Awak ni kenapa? Mengantuk ke? Kalau mengantuk, berhentilah dulu. Karang accident kang siapa yang susah!” Irah mula mengomel. Mereka baru sahaja pulang dari rumah anak-anak yatim untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Segala maklumat yang dikehendakki sudah sedia diambil. Semuanya akan dirangkum bersama untuk dimuatkan dalam laporan mereka nanti.

“Baliklah, kemana lagi?!” Jawab Hadi acuh tidak acuh. Hatinya tidak senang. Bicaranya juga tidak petah dan mesra seperti selalu. Apa kenanya dengan dia? Irah ingin bertanya, tetapi bimbang dikatakan sibuk menjaga tepi kain orang.

“Kalau nak balik kenapa ikut jalan ni? Ini kan jalan nak ke Putrajaya. UPM kat sana cik abang oi!” Tegur Irah. Hadi menggaru kepala yang tidak gatal. Baru tersedar dia telah masuk ke lorong yang salah. Sungguh fikirannya menerawang sebentar tadi.

“Awak ni kenapa Hadi? Bawak kereta pun tak ingat jalan balik. Risau saya! Sakit ke?” Ha... Memang! Sakit hati tau tak!

“Tak ada apa-apalah!” Hadi merengus. Wajahnya mencuka sejak dari tadi lagi. Sepanjang hari itu pun mereka jarang berbual kerana Hadi berat mulut benar untuk berkata-kata. Ada tongkol emas agaknya dalam mulut tu!

“Awak marah kat saya ke?” Irah menduga lagi. Kali ini suaranya perlahan sahaja. Matanya melirik ke arah jejaka itu. Angin semacam!

“Saya tak marah. Cuma....,” Ish! Mulut ni memang tak ada brake langsung! Kenapa boleh terkeluar pulak perkataan ‘cuma’ tu?
“Cuma apa? Awak ada masalah ke? Tak nak share dengan saya?” Soal Irah. Risau juga melihatkan keadaan temannya yang moody semacam hari itu. Biasanya Hadi bersikap ramah dan riang. Tetapi tidak pula hari ini.

“Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya bengang!”
“Hadi, awak....,” Belum sempat Irah menghabiskan ayatnya lelaki itu lebih dahulu memotong.
“Saya perlu berbicara dengan awak Irah.” Suara Hadi mendatar, serius.
“Ya, saya sudi mendengar. Apa masalahnya? Saya ada buat sesuatu yang menyakitkan hati awak ke Hadi?” Irah rasa bimbang. Apa pulak silap aku?
“Irah, saya mahu berterus-terang dengan awak.” Suaranya masih lagi seperti tadi. Sedikit keras dan tegas. Matanya langsung tidak memandang wajah Irah. Tiba-tiba sahaja kereta itu diberhentikan di bahu jalan.
“Eh Hadi! Apasal awak berhenti kat sini? Mana boleh berhenti sesuka hati kat sini. Kena saman karang. Kut iye pun cakap ajelah. Tak boleh ke cakap sambil drive?” Panik seketika Irah dibuatnya.

Hadi membisu. Kata-kata Irah itu dibiarkan sahaja tanpa sebarang reaksi. Sebaik enjin dimatikan, dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Suasana ladang UPM yang menghijau di tepi jalan menggamit perasaan. Cuba dipujuk hati yang bercelaru. Cuba dipupuk segala kekuatan diri.

“Hadi, kenapa ni?” Irah turut keluar dari kereta, mengekori lelaki itu. Hairan dengan sikap Hadi yang berubah sedemikian.

“Irah jumpa siapa pagi tadi?” Hadi mula memuntahkan persoalan pokok. Bola matanya tepat memandang wajah perempuan itu tanpa berkedip.

Irah termangu-mangu. Otaknya berfikir sejenak. Seketika dia terdiam. Patutkah dia memberitahu Hadi yang dia berjumpa Fariz pagi tadi? Memang lelaki itu ada datang ke kolej berjumpanya. Sengaja Fariz singgah melawatnya untuk memberitahu tentang perkembangan anaknya. Apa pula pandangan Hadi kalau dia tahu yang Irah sebenarnya..... Ah! Pastinya Hadi akan berfikir yang bukan-bukan. Selalunya begitu. Kalau sudah bergelar janda, tentu dipandang rendah dan serong di mata masyarakat, walhal bukan kehendaknya untuk jadi begitu. Wajahnya berubah. Bibirnya bagaikan terkunci. Wajarkah dia berbohong?
“Irah. Saya tahu saya tak patut masuk campur dalam hal peribadi awak. Awak berhak jumpa sesiapa pun. Itu hak awak dan saya tak ada kena-mengena langsung. Ya, saya cuba berfikiran begitu. Tapi hati saya menolak sama sekali. Terus terang saya katakan, saya rasa cemburu bila lihat awak berdua-duaan dengannya. Saya lihat awak berdua begitu mesra. Saya tak patut berperasaan begini. Saya kesal!” Hadi tertunduk. Irah menelan liur. Ada sesuatu yang tidak enak terkesan olehnya.

“Hadi...,”
“Irah, biar saya habiskan. Kalau tidak mungkin saya takkan cakap langsung pada awak. Saya tak sanggup terus memendam perasaan macam ni. Sebenarnya, saya sukakan awak. Sejak dari pertemuan pertama kita. Sejak itu saya berusaha untuk berkawan dengan awak. Dan bila saya lihat awak bersama lelaki lain,saya rasa tercabar. Saya tak pandai bermain dengan kata-kata Irah. Straight to the point. Sebenarnya saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak.” Irah rasa macam mahu pengsan. Gugur rasa jantungnya. Wajahnya panas. Bagaimana ini boleh terjadi?

“Irah, saya mahu tahu adakah awak punya seseorang yang istimewa di hati awak? Boleh berikan saya peluang untuk mengenali awak dengan lebih lanjut?” Ada harapan yang disandarkan pada persoalan itu. Bagaimana Irah harus memberi jawapan? Keliru!

“Hadi, saya...., saya rasa tak sesuai kita berbicara soal hati sekarang. Kita masih belajar.” Irah cuba menangkis soalan itu.
“Kalau perasaan yang saya alami terhadap Irah ini suatu dosa, kenapa Tuhan menganugerahkannya? Mengenal hati budi seseorang juga merupakan satu pelajaran. Saya ingin belajar mendekati Irah. Tapi saya takkan dapat berbuat demikian kalau Irah sendiri tidak sudi. Saya mahu tahu Irah adakah saya punya peluang itu bersama awak?” Irah benar-benar mahu mengelak. Dia rasa tersepit. Sesungguhnya dia takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Suatu ketika dia pernah jatuh cinta. Tetapi cinta itu mengundang seribu satu keperitan dan hampir-hampir menghancurkan hidupnya.

“Hadi, kalau awak ingin bercinta, carilah perempuan yang setara dengan awak. Saya bukanlah pilihan yang sepatutnya. Awak tidak kenal saya. Tidak tahu latar belakang diri saya. Dan saya sendiri tidak mahu membuka pekung di dada. Kita lupakan sahaja apa yang diperkatakan ini.” Balas Irah.

“Kerana saya tidak tahulah maka saya nak mengenali diri Irah. Irah tidak mahu beri peluang kepada saya? Atau adakah Irah pernah disakiti?” Tersentuh seketika hati Irah. Hatinya memang pernah disakiti. Bukan sekali. Berkali-kali....

“Hadi, sesetengah perkara sukar untuk dijelaskan. Cuma apa yang saya nak katakan di sini, saya lebih menghargai persahabatan kita dan saya berhasrat untuk kekalkannya begitu. Apa yang telah saya alami banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Buat masa ini, bercinta adalah perkara terakhir yang mungkin akan saya buat kerana banyak perkara lain yang ingin saya tumpukan.” Jelas Irah. Hadi menarik nafas.
“Berilah saya peluang Irah. Kita cuba kenal hati budi masing-masing. Saya tidak mahu mengalah selagi belum mencuba. Saya cuma minta satu peluang dari awak. Saya janji tidak akan kecewakan awak!” Pujuknya.

“Hadi, saya bukanlah seperti yang awak sangkakan!” Irah masih bertegas.

“Kenapa tidak? Awak takutkah? Kita belum lagi mencuba, kenapa mesti awak mengatakan tidak?” Gesa lelaki itu lagi. Irah menggeleng-geleng. Lelaki itu terlalu mendesak. Bagaimana harus diterangkan?

“Beri saya alasan yang kukuh Irah. Kalau awak sudah berpunya, saya akan mengalah. Tetapi kalau tidak, berikanlah saya peluang. Please! Jujur dengan saya Irah.” Pujuk Hadi lagi. Mana mungkin sebegitu mudah dia melepaskan bunga yang diidam-idamkan selama ini. Perasaan yang baru berputik itu haruskah dibiarkan mati?

“Hadi...,” Irah mengangkat wajah, memandang lelaki yang merenungnya. Ada sinar cinta dari mata lelaki itu. Hati Irah makin sayu. Lelaki itu memang seorang teman yang baik. Terbayang olehnya kenangan bersama lelaki itu. Bagaimana pertemuan mereka berlaku dan persahabatan yang terjalin. Wujudkah rasa cinta di hatinya untuk Hadi?

“Biarlah saya berterus-terang Hadi. Lepas ni, awak buatlah keputusan sendiri. Sememangnya untuk saya memberi peluang kepada seorang lelaki bagi mencintai saya amatlah sukar. Hidup saya pernah hancur sekali. Tak sanggup saya hancurkannya sekali lagi.” Keluh Irah. Dirasakan ada sesuatu yang tersekat di kerongkong tika ini.

“Apa maksud awak Irah?” Mata bening itu merenung batang tubuh Irah, mahu mengetahui segalanya.

“Dulu, saya pernah berkahwin. Saya punya seorang anak lelaki. Masih kecil. Baru berusia setahun. Saya berpisah dengan suami ketika masih mengandung. Saya seorang janda Hadi.” Lelaki itu tergamam. Sungguh dia tidak menyangka. Suasana hening seketika. Angin petang yang bertiup kencang langsung tidak dirasakan meyapa tubuh.

“Saya harap awak dapat simpan apa yang saya beritahu ini. Saya berterus-terang kerana saya tidak mahu awak membuang masa memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Saya tahu, orang akan pandang serong pada perempuan macam saya. Saya sedar status saya. Dan buat masa sekarang, saya nak belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat pekerjaan yang baik dan dapat jaga anak saya dengan sempurna. Saya harap awak mengerti.” Hadi masih terdiam. Tiada kata diluahkan.

“Marilah kita balik. Hari dah petang.” Ujar Irah sambil kembali ke perut kereta. Sesungguhnya penjelasan itu telah membuatkan satu hati kecewa. Bintang yang ingin dicapai rupa-rupanya hanya debu kaca yang berterbangan di kala malam....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 15/20


“KAU dah buang tebiat?! Yang kau pandai-pandai buat keputusan sendiri tu kenapa?” Perempuan tua itu membentak. Fariz masih terdiam. Sesekali terdengar desahan nafasnya menahan sabar. Sesungguhnya penjelasan yang diberikan sebentar tadi bukanlah bertujuan untuk mengundang rasa marah sesiapa. Niatnya untuk mendapat kerjasama dari semua, merungkai masalah yang ada dan meringankan tanggungjawab yang dipikul.

“Ida! Itu kan anak dia! Fariz berhak buat keputusan untuk kebahagiaan Is.” Marah Azri pula. Zahidah mengetap bibir. Kedua belah tangannya kemas memeluk tubuh. Wajahnya sejak dari tadi mencuka. Sungguh tidak menyetujui keputusan Fariz itu.

“Yelah tu! Bila dah tengadah baru nak ingat kat mak bapak. Bila senang, bukannya nak ingat kat keluarga. Entah apalah si Irah tu akan buat lagi nanti. Entah-entah dibawaknya Is tu lari, barulah engkau melalak tak berlagu! Cakap emak kau tak nak dengar. Semua tak betul! Semua tak kena!” Tubuhnya dihenyakkan ke sofa. Sakit hati betul!

“Mak! Irah pun sebahagian dari keluarga ni. Memang dia bukan isteri Fariz lagi. Tapi dia ibu Is. Tak kira apa sekalipun, dia tetap ibu kandung Is. Fariz rasa tak salah kalau kami sama-sama besarkan Is. Kami berdua sayangkan Is. Dan kami juga sama-sama berhak ke atas Is. Tolonglah faham mak. Fariz dah fikir semasak-masaknya. Cubalah bertolak-ansur. Janganlah bersikap macam ni. Tak baik untuk kesihatan mak sendiri.” Lelaki itu cuba menasihati ibunya. Apa yang diminta cuma sedikit. Sekadar hanya supaya kehadiran Irah dapat diterima oleh keluarga itu apabila menemui Is. Fariz telah bersetuju supaya Irah dapat melawat Is pada bila-bila masa. Dan setiap hujung minggu pula dia akan menghantar Is ke rumah Pakcik Rafiq sekiranya Irah pulang dari kampus. Pada hujung minggu Is akan ditinggalkan bermalam di sana untuk bersama bekas isterinya.

“Kalau kau betul sayangkan mak, jangan pandai-pandai nak dekatkan Is dengan si Irah tu! Perempuan macam tu bukannya boleh jadi ibu. Ada dia datang menjenguk anak dia selama ni? Sakit perit anak ada ke dia ambil tahu? Huh! Kalau sayang, tak adanya dia nak lepaskan anak dia macam tu aje dulu. Perempuan macam dia tak layak jadi ibu!” Marah Zahidah lagi.

“Ida! Bawak mengucap sikit! Awak sedar ke apa awak cakap tu? Awak jangan melampau. Ini hal rumah tangga anak kita. Dia dah besar. Pandailah dia pikul tanggungjawab dia sendiri. Apa sekalipun, Irah berhak membesarkan Fariz. Awak sebagai seorang ibu sepatutnya faham perasaan wanita lain yang bergelar ibu. Bukannya terus membenci dan meletakkan kesalahan ke atas seseorang tanpa mengetahui sebab-musababnya. Awak fikir kalau dengan sikap prejudis awak tu, Irah nak ke datang tengok anak dia? Mengadap perangai awak yang macam ni pun saya sendiri jadi sakit hati.” Tegur suaminya.

“Abang senanglah cakap! Abang lupa ke apa dia tuduh keluarga kita dulu? Apa dia kata Ida ni bang? Telinga Ida ni belum pekak lagi bang. Ida ingat setiap patah perkataan yang pernah dia kata kat Ida, bang! Ida tak pernah lupa! Dia memang melampau!” Zahidah menggerutu.

“Kata-kata dia pada awak, awak ingat. Habis, segala caci-maki awak pada dia dulu tu macam mana? Cuba letakkan diri awak di situasi dia. Awak bukan sahaja pernah jatuhkan maruah dia di khalayak ramai Ida. Tak cukup dengan itu awak tampar dia. Awak malukan dia Ida. Itu awak tak fikir ke?” Sinis suara Azri. Zahidah menarik muka. Air liur ditelan. Peristiwa lama yang diungkit kembali mengundang rasa tidak senang.

“Itu hal lama! Salah faham aje. Lagipun Ida dah minta maaf fasal tu!” Bidasnya.
“Ohh...., jadi maaf awak jelah yang ada harga. Maaf Irah pulak macam mana?” Tingkah Azri pula.
“Tapi dia bersalah pada Fariz! Dia bersalah pada anak dia! Dia .....,”
“Kalau dia pernah melakukan kesalahan tak bermakna dia tak boleh dimaafkan Ida. Awak cepat sangat melenting dan sensitif. Sepatutnya sebagai seorang mertua dan orang yang lebih tua awak bertolak ansur dengan anak-anak. Dia kahwin masa usia muda. Masih belasan tahun. Apalah yang dia tahu tentang hal rumahtangga masa tu. Sepatutnya awak mengajar Irah, bukannya bergaduh dengan dia. Sekurang-kurangnya fikirkanlah demi cucu kita tu. Fariz boleh kahwin lain dan carikan ibu pengganti kepada Is. Tapi sama ke? Kalau Ida sendiri abang pisahkan dengan anak-anak apa Ida rasa? Jangan fikirkan diri sendiri aje. Cuba letakkan diri kita kat tempat orang yang mengalami. Apa dia rasa? Apa yang dia alami? Hal yang lama lupakan jelah Ida. Tak guna kalau terus berdendam begini.” Pujuk Azri. Mulut isterinya bagaikan terkunci. Terdiam tanpa kata.

“Anim pula macam mana?” Soal Fariz.
“Terpulang pada abang. Abang sendiri dah buat keputusan. Apapun implikasinya nanti, abanglah tanggung. Anim dah penat dengan hal ni semua. Anim tak nak masuk campur. Suka hatilah nak buat apa pun!” Anim yang dari tadi membisu terus berlalu, enggan melibatkan diri dalam hal tersebut walhal di hatinya masih tekesan rasa marah dan benci atas perbuatan Irah yang mengabaikan anak sendiri.

“Fariz harap terimalah kehadiran Irah bila dia datang ke mari. Jangan pula dikata yang bukan-bukan. Yang lepas tu lepaslah. Fariz dah berbincang elok-elok dengan dia. Susah-payah kami capai persetujuan demi kebahagian Is. Fariz buat ini semua untuk Is juga. Fariz tak mahu akan datang dia terkilan kerana tidak dapat kasih-sayang ibunya sendiri.” Hela Fariz.

“Dahlah Ida. Pergi naik atas, ambil air sembahyang banyak-banyak. Istighfar banyak-banyak. Jangan diturutkan rasa marah tu. Fariz, tunggu sekejap. Abah nak cakap sikit.” Zahidah mahu bersuara. Marahnya masih belum habis. Namun, jelingan suaminya sudah cukup memberi kesan. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia berlalu ke tingkat atas.

“Abah bukan tak setuju dengan keputusan Fariz. Baguslah kalau Fariz berfikir sedemikian. Kasih sayang ibu juga penting bagi seorang anak. Tapi, kalau berterusan berulang-alik setiap minggu begitu, tak ke mengganggu kerja Fariz? Fariz sibuk di pejabat. Irah pula sedang belajar. Bukan perkara mudah untuk membesarkan anak dalam keadaan jarak berjauhan begini. Lainlah kalau Fariz ada rancangan lain.” Azri mula bersuara sebaik kelibat isterinya menghilang. Fariz mengangkat kening. Tidak faham dengan ayat terakhir yang disampaikan oleh ayahnya.

“Apa maksud ayah? Fariz tak faham.”
“Fariz tak terfikir ke nak berbaik semula dengan Irah. Maksud ayah kahwin semula dengan Irah?” Duga Azri. Anak mudanya tersentak. Kahwin semula? Dengan Irah? Dia termenung, agak lama. Bagaimana harus dijawab soalan itu? Lama dia berfikir sebelum bersuara semula.

“Abah, Irah tu susah dijangka. Abah pun tahu apa yang berlaku antara Fariz dan dia. Fariz sendiri tak ingin semua ni terjadi. Tapi, dia sendiri yang ingin bebas.” Azri menggelengkan kepala mendengarkan jawapan anaknya itu. Kau masih terlalu mentah Fariz! Banyak lagi yang perlu kau pelajari dalam hidup ini! Bisik hatinya.
“Fariz. Kamu seorang lelaki. Tanggungjawab kamu adalah sangat berat. Jangan ambil mudah semuanya hanya kerana kamu dah bercerai. Kamu ingat dengan melepaskan Irah begitu, tanggungjawab kamu dah selesai? Bagaimana dengan anak Fariz nanti? Mungkin sekarang dia masih kecil, tidak tahu apa-apa. Bagaimana bila dia besar kelak nanti? Dia akan bertanya kenapa keluarganya tidak seperti keluarga orang lain. Kenapa ibu dan bapanya tidak tinggal bersama. Tidak terfikirkah tekanan yang bakal dia hadapi nanti? Abah sama sekali tidak setuju bila kamu kata nak bercerai dulu. Besar akibatnya nanti, bukan terhadap anak Fariz sahaja, malahan seluruh ahli keluarga. Fariz lupakah pada Lydia? Apa yang pernah dia alami? Fariz mahu perkara yang sma berlaku pada Is?” Panjang lebar nasihat Azri pada anaknya.

Fariz bungkam. Kata-kata itu benar-benar menusuk ke dalam jiwa ibarat panah yang dilepaskan tepat ke busarnya. Seketika kenangan bersama Lydia, anak tirinya yang kini jauh di Sarawak menjelma semua di ingatan. Masih diingati tika di awal perkahwinannya dahulu bersama arwah Julia. Bukan mudah untuk menawan hati anak kecil itu untuk menerimanya sebagai seorang bapa. Betapa saban hari panggilan papa meniti di bibir Lydia yang rindukan belaian ayah kandungnya, Kamarul Ariffin!

Dia juga rindukan Lydia. Anak tiri yang sudah beberapa tahun tidak ditemui. Namun, hubungan mereka tidak pernah putus begitu sahaja. Seringkali dia berhubung dengan Lydia menerusi Internet atau telefon. Jarak berjauhan bukan lagi menjadi satu batasan untuk menyatukan satu hubungan.

Fariz tunduk sendiri. Ada benarnya kata-kata Azri itu. Is juga memerlukan Irah dan sebaliknya. Dia mahukan Is sebagaimana Irah juga. Tegarkan keegoan keduanya bilamana masing-masing sendiri inginkan anak kecil yang amat dikasihi?

“Fikirkanlah baik-baik cadangan abah Fariz. Ini untuk masa depan kamu, anak kamu dan Irah. Jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ini melibatkan tiga hidup Fariz. Cubalah berbincang sebaiknya dengan Irah. Kamu sama-sama mahukan Is. Jangan sampai satu ketika nanti kamu berebut anak di Mahkamah. Abah tidak mahu sesiapa merana. Tak terfikirkah penderitaan Irah berpisah dengan Is? Is perlukan kamu berdua. Fikirkanlah sebaik-baiknya Fariz.” Kata-kata itu umpama air terjun yang laju menyirami londang di dalam hatinya. Dan Fariz tidak punya jawapan yang nyata. Alahai lelaki!!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

oit phiagam ...kalo ko nak wat GC nie tempat SPM pon x pe arrrr ......kalo ko posting gini jangan kate SPM ko bleh dpt A STPM pon ko bley dapat ...0,0

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

cinta mender cam ni sampai aku pon nk ngantuk bacer cite ni panjang giler!!boring tahap maxima

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

fear factor wrote:


cinta mender cam ni sampai aku pon nk ngantuk bacer cite ni panjang giler!!boring tahap maxima



semangat!!semangat!!
baca jgn x baca!!elly yg mintak aku sambung!!untuk x menghampakan peminat..


tapi seremmb lak aku kalau ada yg baca nih tros merindukan awek dia..huhu..anak sapala tuu..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

phia_1001 wrote:



fear factor wrote:


cinta mender cam ni sampai aku pon nk ngantuk bacer cite ni panjang giler!!boring tahap maxima



semangat!!semangat!!
baca jgn x baca!!elly yg mintak aku sambung!!untuk x menghampakan peminat..


tapi seremmb lak aku kalau ada yg baca nih tros merindukan awek dia..huhu..anak sapala tuu..






weh phiagam nanti ko x yah posting menatang nie lagik yerk ...dah la aku sedey niee... dah la aweks aku balik kampongg .....sob sob sob. ..



__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

5 episod aje lagi!!pastuh aku anta citer lain plak..

xleh tepon ke awek ngko??

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 16/20


LANGIT di luar sana gelap dan suram. Hujan mungkin akan turun bila-bila masa sahaja. Irah yang sedang leka mengadap helaian lembaran buku mengerling ke arah jam tangannya. Sudah masuk waktu Asar. Diperhatikan pula sekeliling. Kebanyakan pelajar-pelajar lain yang turut menelaah di dalam perpustakaan tersebut sudah pun beredar. Segera dia bingkas bangun mengemaskan buku-buku yang berserakan di atas meja bila menyedari hari sudah petang.

Belum pun sempat dia melangkah menuruni anak-anak tangga perpustakaan UPM itu, hujan turun dengan lebatnya. Niatnya untuk meredah sahaja hujan yang baru bermula dibatalkan sahaja apabila panahan kilat memancar di langit. Dia lebih rela menunggu hujan berhenti daripada dipanah kilat. Fobianya pada kilat tidak pernah hilang.

“Assalamualaikum!” Terdengar satu suara kuat memberi salam. Pantas dia berpaling. Hadi!
Lelaki itu tersenyum. Hairan pula tiba-tiba kelibat lelaki itu sudah berada di belakangnya. Sudah hampir seminggu dia tidak menemui lelaki itu. Minggu peperiksaaan yang begitu menyibukkan mengerah segala ilmu yang ada di dada, juga mencuri masa yang ada, menyebabkannya terpaksa memberi segala tumpuan kepada pelajaran tika ini.

“Awak nak balik ke kolej ke? Saya drive hari ni. boleh saya tumpangkan?” Hadi mempelawa. irah menggeleng. Sebenarnya dia sudah punya agenda tersendiri hari ini. Malangnya agenda istimewanya itu bakal terganggu dek cuaca buruk yang datang tiba-tiba sahaja. Niatnya mahu pulang ke rumah Pak Ngah kerana hari ini Fariz sudah berjanji untuk menghantar Is ke sana. Dapatlah dia meluangkan sedikit masa bersama anak yang amat dirindui itu.

“Tak apalah. Saya sebenarnya nak balik ke rumah ni. saya tunggu hujan berhenti dulu. Kalau dah reda nanti saya balik sendiri.” Jawabnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Apatah lagi setelah apa yang terjadi. Malu!

“Elok sangatlah tu. Kebetulan, saya pun nak balik ke rumah saya. Boleh saya hantarkan terus. Bukannya jauh pun. Lagipun, hujan-hujan macam ni susah nak dapat kenderaan awam. Jomlah saya hantarkan. Ke... Irah tak sudi?” Irah mengigit bibir. Karang kalau aku cakap tak nak kang, ada pulak yang terkecik hati. Dia berfikir-fikir sendiri. Dipandang seketika suasana hujan yang lebat. No Choice! Dia sudah berjanji untuk bertemu Fariz pukul lima. Dlam keadaan cuaca sebegini tidak mungkin dia dapat sampai ke rumah Pak Ngah dalam masa yang singkat, melainkan ada yang menghulurkan bantuan.

“Irah tak kisah kan kalau kita singgah kat sana sekejap. Saya nak jemput seseorang.” Suara Hadi ketika mereka masih dalam perjalanan. Irah mengangguk sahaja.
“Hadi nak jemput siapa?” dia bertanya.
“Buah hati!” Bibir lelaki itu menguntum senyum. Irah mengerut dahi. Ai! Baru seminggu kena reject ngan aku dah ada buah hati lain? Suka hati kaulah. Asalkan bahagia!
“Tunggu sini tau!” Pantas Hadi keluar dari perut kereta bersama payungnya sebaik meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran sederat bangunan yang menempatkan kedai dan pejabat pelbagai jenis.

Lebatnya hujan hari ni. macam mana Fariz dan Is agaknya? Dah sampai ke rumah ke? Lamunannya mati sebaik pintu kereta dibuka semula.
“Cepat umi, basah karang!” Gesa Hadi. Seorang wanita yang dipanggil umi itu segera masuk ke tempat duduk belakang. Wanita itu melempar senyum kepadanya. Irah membalas. Mak dia ke? Aduh!

“Apa khabar makcik.” Sempat pula Irah berbasa-basi. Wanita itu menghulurkan tangan dan mereka bersalaman.
“Panggil umi je. Ni, Irah ya. Nak ke mana?” Soalnya Umi ramah.
“Nak balik ke rumah pakcik. Maaflah sebab menyusahkan.” Irah tersimpul malu.
“Eh, tak adalah. Rumah pakciknya di mana?” Hadi sudah pun memulakan enjin dan membiarkan kedua-dua perempuan itu berbual-bual.
“Taman Sri Bidayuh.”
“Tadi, Umi dengar berita. Jalan utama ke sana dah ditutup sebab ada kemalangan. Jalan-jalan lain pulak agak sesak sekarang ni sebab cuaca buruk. Boleh ke kesana Hadi?” Umi mengajukan soalan kepada anaknya.
“Cuba dululah Umi.” Jawabnya pendek.

Ternyata nasib tidak menyebelahi Irah hari itu. Niatnya untuk pulang ke rumah terpaksa dibatalkan sahaja. Berikutan cuaca yang buruk, beberapa kemalangan telah berlaku di sepanjang jalan. Keadaan lalulintas pula semakin sesak manakala paras air meningkat kerana hujan lebat. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut sahaja cadangan Umi supaya bermalam dirumahnya.

Hujan di luar sana masih belum berhenti. Hatinya cukup risau. Fariz sudah cuba dihubungi beberapa kali tetapi gagal. Pak ngah pula memberitahunya lelaki itu tidak datang ke rumah. Irah sedia maklum. Mungkin kerana cuaca yang begitu buruk. Mahu sahaja dia menelefon ke rumah bekas mertuanya. Namun, dibatalkan sahaja niatnya. Takut nanti mengundang kekeruhan dalam keluarga itu pula.

“Irah, mari minum dulu.” Umi mempelawa ramah. Lamunan Irah mati seketika mendengarkan suara wanita itu. Cawan berisi kopi panas yang terhidang segera dicapai. Umi begitu ramah sekali melayannya walaupun di hati Irah terasa segan sebenarnya. Hajat asal ingin menumpang kereta sahaja, tak sangka malam itu dia terpaksa menumpang rumah mereka pula.
‘Irah dah call ke rumah beritahu pakcik?” Soal Umi membuka bicara.
“Dah. Pakcik benarkan Irah bermalam di sini.” Jawabnya. Umi mengangguk-angguk.
“Hadi selalu sebut nama Irah bila balik ke rumah. Selalu ke dia mengacau Irah di kolej? Anak Umi tu nakal sikit. Maklumlah adik-beradiknya semuanya lelaki. Bukannya pandai sangat nak bergaul dengan perempuan dia tu.” Ngomel Umi.
“Tak adalah Umi. Hadi banyak tolong saya. Dia senior saya. Banyak perkara yang dia ajarkan. Kalau tak kerana dia, mungkin saya asyik kena buli aje dengan senior-senior lain.” Irah tersenyum.
“Ye ke? Bukan dia yang buli Irah ke?” Umi tersenyum penuh makna.
“Alah. Irah tak payahlah nak sembunyikan dari Umi. Umi tahu Hadi tu selalu menyakat Irah. Hadi tu nakal sikit. Harap, Irah janganlah marahkan dia. Dia tu cuma nak berkawan dengan Irah.” Jelas Umi lagi.
“Haa... ngumpat Hadi ya? Umi ni, kalau ada tetamu ada aje nak bukak cerita anak-anak. Tak baik ngumpat anak sendiri tau!” Terdengar suara Hadi dari ruang dapur. Irah tergelak kecil. Telinga arnab betul!
“Apa salahnya seorang ibu bercerita fasal anaknya? Umi bukan mengumpat sapa-sapa, ye tak Irah?” Perempuan itu mengangguk, mengiyakan sahaja. Sedetik, hatinya teringatkan Is, anak yang amat dirindui.
“Anak-anak Umi yang lain mana? Tak nampak pun?” Irah mengalih persoalan.
“Mereka tu jarang-jarang nak balik ke rumah. Susah betul. Ada aje aktivitinya. Maklumlah, semua pun tengah study lagi. Tinggal Umi jelah sorang-sorang kat rumah ni. Teman bersembang pun tak ada. Nasib baik ada Irah malam ni. Boleh temankan Umi. Lain-kali kalau senang, datanglah selalu.” Ujarnya lagi.

Sedang mereka asyik berbual-bual, tiba-tiba telefon bimbit Irah berdering. Segera dicapainya. Fariz! Hatinya merasa lega bila menerima panggilan tersebut. Seperti yang dijangka, bekas suaminya itu tidak datang petang tadi berikutan cuaca yang buruk. Dia berjanji akan datang keesokan harinya membawa Is bersama.

“Irah janganlah bimbang. Esok pagi-pagi Hadi akan hantarkan Irah balik.” Ujar Umi bila melihatkan reaksi Irah yang kelihatan segan berada di situ.
“Tak adalah Umi. Irah takut menyusahkan Umi aje.”
“Ish, Irah ni! Kan umi dah kata. Umi lagi seronok Irah ada di sini. Selalu sangat Hadi bercerita fasal Irah. Baru hari ini Umi dapat jumpa Irah.” Selalu bercerita? Irah mengerling Hadi yang sudah duduk di hadapannya. Mata lelaki itu melilau ke tempat lain, tidak berani menentang matanya.
“Umi berbuallah dulu dengan Irah. Hadi ada kerja sikit.” Haa... tu nak larilah tu. Suka hati dia aje bukak cerita fasal aku. buang karan betul. Ceh!
“Umi gembira sangat dapat jumpa Irah. Umi ni tak ada anak perempuan. Kalaulah umi ada anak perempuan semanis Irah. Beruntung betul ibu bapa Irah.” Umi tersenyum lagi merenungnya, membuatkan Irah jadi malu.
“Umi, janganlah cakap macam tu. Segan Irah.” Jawabnya tersipu-sipu.
“Umi cakap yang betul. Selama ni, Hadi tak pernah bercerita fasal kawan-kawan perempuannya yang lain. Pun tak pernah kenalkan pada Umi. Mesti Irah ni special orangnya. Kalau tak takkan Hadi selalu sebut fasal Irah.” Irah menelan liur. Sudah! Apalah yang lelaki tu cerita kat mak dia? Jangan anggap aku ni bakal menantu sudah!
“Kalau Umi tanya sikit boleh?” Soal Umi sedikit perlahan, seolah berbisik.
“Tanya apa Umi?” Irah mengerut dahi.
“Mmm... Irah dengan anak Umi tu, berkawan yang macam mana?”
“Hah? Berkawan yang macam mana? Macam biasalah Umi. Macam kawan-kawan yang lain.” Irah rasa dadanya berdebar.
“Irah janganlah takut. Umi ni open-minded. Umi tahu budak-budak zaman sekarang lebih suka cari pasangan sendiri. Umi rasa... Hadi tu suka dekat Irah. Umi tak pernah tengok dia macam tu. Umi tak kisah kalau Irah dan dia berkawan rapat. Umi lagi suka!” Habis aku! Apa dah jadi ni?
“Umi, sebenarnya Irah dan Hadi tak ada apa-apa. Betul Umi. Irah anggap Hadi sebagai kawan sahaja. Soal itu, Irah belum fikirkan lagi. Irah masih belajar. Banyak perkara yang perlu difikirkan.”
“Baguslah kalau Irah fikir macam tu. Budak-budak sekarang kalau dah bercinta, lupa semua. Ikutkan darah muda katakan. Irah belajarlah rajin-rajin. Gunakan peluang yang ada ni. Insya-Allah, kalau rajin berusaha, Irah akan berjaya.” Suara Umi.
“Terima kasih umi.” Irah menarik nafas lega.

DIA memeluk erat bantal tu. Dipusingkan tubuh. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Entah kenapa sukar benar hendak melelapkan mata. Bola matanya masih terasa segar. Irah bangun dan duduk berlunjur. Kenapa susah sangat nak tidur ni! Sudah hampir dua jam dia cuba melenakan diri, ternyata gagal. Nak kata fikiran berserabut, tak adalah pulak! Lantas dia bangun dan berjalan di dalam bilik tamu itu. Diintai keluar tingkap. Segalanya sunyi sepi, tenggelam bersama kepekatan malam. Tekaknya terasa haus pula. Hatinya teragak-agak. Antara mahu melangkah ke luar bilik dan ke dapur ataupun membiarkan sahaja. Tak apa ke kalau aku keluar ke dapur sekejap? Pandai-pandai aje aku ni. Dahlah rumah orang! Ngomel hatinya. Namun, tekak yang haus minta dibasahi. Perlahan dia membuka pintu.

“Irah tak tidur lagi?” Hampir terlepas gelas di tangan bila ada satu suara menegur. Irah mengurut dada bila melihatkan Hadi yang sudah masuk ke ruang dapur.
“Awak ni kan, suka buat saya terkejut tau! Selalu sangat muncul tiba-tiba. Nasib baik tak pecah gelas ni!” Irah mengawal rasa marahnya. Lelaki itu tersenyum.
“Saya nampak lampu bilik awak terpasang. Ingatkan awak di bilik tadi. Tak tahu pulak awak di sini. Saja saya tegur. Manalah tahu kot-kot bukan orang ke.” Usik Hadi.
“Ada ke cakap macam tu! Ni, tak nampak? Ada kaki lagi tau! Dahlah, saya nak balik bilik. Nanti Umi nampak, apa pulak kata dia. Tak manis berdua-duaan macam ni.” Irah ingin berlalu selepas menghabiskan minumannya.
“Irah, awak tak suka ke bermalam di rumah buruk saya ni?” Tiba-tiba sahaja Hadi mengutarakan soalan itu.
“Bila masa pulak saya cakap macam tu? Tak baik cakap yang bukan-bukan. Saya cuma segan. Awak tu lelaki. Saya ni perempuan. Perempuan bermalam kat rumah lelaki, tak sopan!” Jawabnya.
‘Alah. Kan Umi ada. Bukannya kita duduk berdua aje.” Bangkang Hadi.
“Apa pun, tak manis dipandang orang.” Sambung Irah lagi.
“Saya tengok Umi seronok benar dapat jumpa Irah. Saya harap Irah tak kisah. Umi tu kalau jumpa perempuan macam awak, semua nak dianggapnya macam anak sendiri. Risau saya tengok dia mesra macam tu dengan awak. Entah-entah dia dah berkenan kat awak tak?” Usiknya lagi.
“Hadi, apa awak cakap ni? Kan saya dah kata. Saya tak nak fikirkan soal tu. Awak kan tahu keadaan saya macam mana. Awak lupa? Dahlah! Saya nak balik ke bilik ni!” Tegas Irah.
“Nanti dulu! Saya belum habis cakap lagi Irah!” Tiba-tiba sahaja lelaki itu menghalang. Irah tergamam seketika.
“Apa ni Hadi? Dah buang tebiat? Kalau Umi bangun dan nampak kita macam ni, habis! Awak tak malu ke?” Marahnya.
“Irah...” Lelaki itu merenungnya dalam-dalam. Irah jadi tidak betah untuk menahan pandangan mata itu.
“Pandang mata saya Irah. Betul awak tak mahu beri peluang kat saya?” Soalnya bersunguh-sungguh. Dada Irah berdebar-debar.
“Hadi, kan saya dah jelaskan kedudukan saya. Awak lupa ke?”
“Bagaimana kalau saya katakan yang saya tetap sukakan Irah?” Perempuan itu terkedu.
“Hadi!”
“Ya! Saya memang sukakan awak. Saya tak peduli awak anak dara ke, janda ke, mak orang ke. Yang pastinya saya tetap sukakan awak. Saya mengharapakn peluang dari awak Irah.” Dia tidak tahu hendak berkata apa. Memang lelaki ini sudah buang tebiat. Dia ingin berlalu tetapi tangan Hadi pantas menangkap pergelangan tangannya.
“Hadi! Jangan buat macam ni!” Marahnya.
“Saya takkan lepaskan selalgi awak tak berikan jawapan yang pasti. Saya mahu tahu Irah. Adakah awak ada perasaan yang sama terhadap saya? Atau awak sengaja sembunyikan perasaan itu semata-mata kerana keadaan diri awak?” Irah rasa mahu menjerit. Sudah melampau lelaki ini berbuat sedemikian.
“Betul tak ada secalit pun perasaan awak terhadap saya Irah? Please answer me!” Entah kenapa dada Irah berdebar-debar. Memang dia risau takut Umi terjaga tiba-tiba dan melihat dia dan Hadi dalam keadaan begini. Namun, debaran yang muncul itu berlainan benar rasanya. Perasaan yang hadir begitu sukar untuk ditafsirkan. Dia tidak mengerti. Wujudkah perasaan untuk Hadi? Tangannya menggeletar.
“Pandang mata saya Irah. Saya cintakan Irah setulus hati. Berikan saya peluang Irah. Adakah awak punyai perasaan yang sama Irah?” Entah kenapa tiba-tiba titik-titik jernih tumpah di pipi Irah. Pertama kali dia mendengar ungkapan cinta dari seorang lelaki. Perasaannya tidak karuan tika ini. Cinta? Dia juga ingin dicintai dan mencintai. Tapi....
“Hadi, jangan buat begini!” Sendunya.
“Kenapa menangis Irah? Awak bencikan saya?” Sungguh-sungguh Hadi menyoal. Dia perlukan jawapan dari perempuan itu. Sudah puas difikirkannya. Sudah puas dia cuba melupakan perasaan yang telah bercambah, namun dia tidak berupaya. Sungguh dia mencintai perempuan itu.
“Tak! Saya tak bencikan awak.” Air mata berderaian lagi. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan sendiri. Benarkah lelaki itu mencintainya? Hadi tahu tentang dirinya. Tahu tentang keadaan yang menjerut dirinya.
“Berikan saya masa Hadi.” Hanya tu yang mampu diluahkan ketika ini. Dirinya masih keliru. Cinta.... Wujudkah untukku????
“Saya yakin Irah. Selama kita berkawan, saya cuba mengenal hati budi awak. Saya percaya pada cinta saya. Saya yakin saya tidak bertepuk sebelah tangan. Saya tahu awak juga punya perasaan yang sama, cuma tidak mampu meluahkannya kerana situasi yang memerangkap awak. Saya akan tunggu hingga awak bersedia. Hingga hati awak bersedia untuk menerima saya. Maafka saya kerana menyakiti dan memaksa awak.” Tangan Irah yang dipegang kejap dilepaskan dan dia berlalu meninggalkan Irah. Perempuan itu termangu sendirian



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 17/20


KERUTAN di dahi dan wajah yang mencuka sudah cukup untuk menyatakan perasaannya. Tiada secalit pun senyuman di wajah itu. Irah pula menunduk. entah apa yang tidak kena dia tidak tahu. Yang pastinya hatinya marah tika ini. Geram, sakit hati.
“Kenapa cepat benar? Baru tiga hari!” Dia mengeluh. Tiba-tiba sahaja Fariz datang pagi itu untuk mengambil Is. Kata lelaki itu dia ada kerja yang harus disiapkan. Outstation ke Kota Kinabalu.
“Abang kan meeting kat sana? Buat apa nak bawak Is? Tinggal ajelah kat sini. Irah boleh jaga.” Sambung Irah lagi, masih tidak berpuas hati. Dia baru sehari dapat bersama Is setelah tamat peperiksaan semesternya. Cuti pun baru sahaja bermula dan dia punya banyak masa untuk diluangkan bersama si kecil itu.
“Abang nak bawak dia jalan-jalan dengan abang. Habis meeting abang nak melawat dan berehat sekejap kat sana.” Jelas Fariz.
“Habis, masa abang meeting tu, abang nak tinggalkan dia dengan siapa? Nak biar dia kat hotel sorang-sorang? Irah tak bagi. Is pun anak Irah jugak bang.” Ada nada marah terkesan dalam bicaranya.
“Abang boleh bawa nanny!” Sepagi itu mereka bertelingkah lagi. Masing-masing tidak mahu melepaskan Is. Fariz dengan hasrat mahu membawa anaknya ke Kota Kinabalu bersama sedangkan Irah pula mahu Is tinggal bersamanya sepanjang cuti semester.

Rafiq menggeleng-geleng. Nak kata perangai mcam budak-budak, dah besar. Pantang berjumpa, ada aje benda yang nak digaduhkan!
“Susah-susah sangat, bawak aje si Irah tu sekali. Habis cerita! Tak payah nak gaduh-gaduh macam ni. Mak bapak tak elok bergaduh depan anak. Gelap hati budak tu!” Mak Ngah yang sudah tidak tahan mendengar perbalahan mereka menyampuk. Suaranya nyaring dan lantang kedengaran dari ruang dapur. Wanita itu sedang menggoreng nasi untuk sarapan pagi.

Fariz dan Irah sama-sama terdiam. Suasana si ruang tamu sunyi seketika. Cuma kedengaran gelak tawa anak-anak pakcik Rafiq dan Mak Ngah yang leka bermain di luar rumah. Mereka tidak mengerti apa-apa. Tahu-tahu, pagi-pagi buta sudah sibuk hendak turun ke tanah bermain. Makan belum, mandi pun belum!

Lelaki itu masih membisu. Tidak terniat pun di hatinya untuk membawa Irah bersama. Sebetulnya dia marahkan perempuan itu. Kemarahan yang tak sepatutnya timbul. Dia sendiri pun tidak mengerti kenapa. Memang tidak wajar dia datang dan mengambil Is pagi ini walhal dia tahu yang Irah sudah beberapa minggu tidak bersama Is kerana sibuk dengan peperiksaan. Semalaman dia berfikir. Marahnya yang meledak tiba-tiba tidak dapat dibendung. Cemburukah dia? Dia sendiri tidak mengerti. Peristiwa di depan mata beberapa hari itu benar-benar mengusik sanubari.

“JEMPUTLAH naik dulu Fariz. Sekejap lagi Irah sampai. Dia ke rumah kawan dia semalam. Cuaca buruk sangat. Irah bermalam di sana. Naiklah!” Pakcik Rafiq mempelawa. Salam Pakcik Rafiq disambut mesra walaupun antara mereka tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan lagi.

“Alah, cayang-cayang nenek. Mari sini comel!” Mak Ngah menyambut tubuh Is yang didukung Fariz. Si kecil itu amat dirinduinya. Tidak susah untuk melayan karenah Is. Mudah sahaja dia berada dalam pelukan sesiapa dan cepat benar ketawa apabila diagah. Pipi gebu Is dicium Mak Ngah semahu-mahunya.

Belum pun panas punggung Fariz duduk di ruang tamu, kedengaran bunyi kenderaan masuk ke perkarangan rumah. Seketika kemudian pula, suara Irah jelas memberi salam. Dua tubuh melangkah masuk ke ruang rumah. Sepasang mata milik seorang jejaka bertentang dengan matanya. Siapakah gerangan lelaki itu? Entah kenapa hatinya berdetik satu macam. Irah tampak mesra benar. Ada apa-apakah di antara mereka? Soal hatinya.

“Ni, Is ya Irah?” Hadi menyoal. Perempuan itu mengangguk sambil tersenyum. Anak kecil yang sudah diambil Irah dari Mak Ngah diagah Hadi. Is ketawa ceria. Nyata Irah benar-benar gembira dapat berjumpa anaknya itu.
“Meh sini saya pegang kejap.” Hadi mencapai tubuh Is.
“Pandai ke pegang budak?” Usik Irah.
“Ni lah nak belajar jadi bapa orang ni.” Ketawa Hadi. Kata-kata itu menerbitkan perasaan tidak senang di hati Fariz. Tambah menggeramkan lagi bila Irah seolah-olah tidak melayannya langsung dan seronok bermain bersama anak dan rakannya. Kelihatannya seperti satu keluarga pula. Sakit hatinya melihatkan Hadi di sisi Irah. Bukan main mesra lagi? Ni tak boleh jadi. Itu anak aku! Bukan anak engkau! Bengkak hatinya melihatkan telatah mereka.

“Dah lama ke abang sampai? Lupa nak perkenalkan. Ni Hadi, kawan sekampus Irah.” Ai, baru perasan aku ada kat sini. Ingatkan aku ni tunggul kayu tadi!
“Hmm… baru je.” Hadi menghulur salam kepadanya. Fariz menyambut malas. Tidak senang benar dia dengan kehadiran lelaki itu. Dia sebenarnya mahu berjumpa Irah. Meluangkan masa besama anaknya dengan Irah. Tapi keinginannya yang satu sudah dirosakkan dek kehadiran lelaki itu.

“Tinggal ajelah Is di sini. Buat apa nak dibawa jauh-jauh. Is kan kecil lagi. Lagipun, Irah kan cuti.” Pujuk Irah, cuba mencari jalan penyelesaian. Fariz yang hanyut dalam khayalan sendiri seolah tersedar. Dia mendengus marah.
“Tak payah. Biar abang yang jaga dia. Selama ni pun abang yang jaga dia. Irah apa tahu? Abang tahulah macam mana nak jaga anak!” Dada Irah bagai disentap apabila terdengar kata-kata sinis itu. Kenapa tiba-tiba Fariz hendak mengungkit kisah lama. Dia tergamam.
“Dahlah! Abang malas nak melayan karenah awak. Abang nak bawak Is balik dengan abang sekarang.” Bulat mata Irah mendengarkan kata-kata Fariz. Lelaki itu tidak menunggu lama. Is yang masih tidur di dalam bilik diambilnya. Pantas dia melangkah keluar dari rumah itu menuju ke kereta.
“Abang tak boleh buat macam ni! Is pun anak Irah! Abang melampau!” Irah mengejar dari belakang. Cuba menghalang. Pakcik Rafiq pula terkesima melihatkan adegan yang berlaku. Apa sudah jadi? Mak Ngah terburu-buru keluar dari dapur.
“Fariz! Bertenang dulu. Bawak berbincang. Apa masalahnya sampai nak bertindak begini?” Pujuk Mak Ngah.
“Betul tu Fariz. Angin tak ada, ribut tak ada. Kenapa nak marah sampai begini. Kalaupun Irah ada buat salah, janganlah bertindak tanpa berfikir.” Rafiq menambah. Irah sudah teresak-esak.
“Abang janji abang takkan rampas Is lagi dari Irah. Abang janji! Sekarang kenapa abang nak buat macam ni? Apa salah Irah?” Tangis perempuan itu. Fariz menarik nafas. Dia sendiri tidak faham kenapa dia boleh bertindak sedemikian. Sungguh tidak wajar dirasakan. Namun, kegeramannya tidak dapat diluputkan bila wajah hadi ertandang di lubuk mata. Apa kena dengan aku ni?

Fariz mengeluh.
“Mak Ngah, pakcik Rafiq. Saya perlu berbincang dengan Irah. Izinkan saya bawa dia keluar. Saya tak boleh berbincang di sini. Tolong jaga Is sekejap. Irah, please. We need to talk.” Akhirnya Fariz bersuara. Irah benar-benar tidak karuan. Tidak faham dia dengan karenah lelaki yang seorang ini. Air laut pun ada pasang surutnya. Sedangkan lelaki itu… sungguh dia tidak mengerti.

“Kenapa abang buat macam ni? Irah tak faham!” Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan hinggalah akhirnya kereta yang dipandu Fariz membelok masuk ke satu kawasan taman yang luas.
“Kita perlu berbincang bersendirian Irah. Abang tak sanggup macam ni lagi.” Irah kaget. Apa silapnya?
“Macam apa bang? Selama ni semuanya ok. Tak ada apa-apa masalah. Kenapa tiba-tiba mesti kelam-kabut begini. Irah tak faham!” Marah perempuan itu.
“Irah takkan faham sebab abang pun tak faham.” Luahnya.
“Apa yang abang nak katakan sebenarnya? Kalau abang maksudkan keluarga abang tak benarkan Irah…”
“Diam! Dengar apa abang nak cakap!” Suara Fariz sedikit meninggi. Suasana hening seketika.
“Abang tak suka Irah bersama kawan Irah tu. Abang tahu abang tak patut cakap begini sebab Irah bukan hak abang. Irah bebas untuk memilih dengan siapa Irah nak berkawan. Tapi abang tak dapat terima bila lihat Irah bersama dia dan Is. Abang rasa tercabar Irah. Abang cemburu!” Terlopong mulut Irah mendengarkan penjelasan itu.
“Semalaman abang tak dapat tidur memikirkan hal ini. Abang pening tau tak! Abang tertekan bila lihat Irah bersama orang lain. Abang mahu…. Abang mahu Irah kembali pada abang. Abang cintakan Irah!” dia tidak tahu hendak berkata apa. Dirinya dalam dilema. Permainan apakah ini? Dua lelaki meluahkan kata-kata cinta padanya. Oh Tuhan!

Irah menggeleng-geleng, benar-benar tidak dapat menerima apa yang didengari.
“Irah sendiri pernah cakap yang Irah cintakan abang. Dan sekarang abang pun cintakan Irah. Kembalilah ke pangkuan abang abang, Irah! Abang sayangkan Irah. Kita ada Is. Kita boleh hidup bahagia bersama Irah. Abang bersalah selama ni kerana tak menyedari perasaan sendiri. Abang bersalah kerana melepaskan Irah tanpa berfikir panjang. Give me a second chance Irah. I love you! I love you so much!” Irah menekup kedua-dua telinga. Dia tidak dapat menerimanya.
“Abang melampau! Abang memang melampau buat Irah macam ni!” Irah berlari keluar dari perut kereta.
“Irah!” jeritan Fariz tidak dipedulikan. Kenapa mesti aku diseksa begini. Kakinya terus berlari bersama hati yang lara.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 18/20


MUSTAKIM memeluk tubuh. Wajahnya serius. Sesekali dia memandang batang tubuh Irah yang masih duduk membeku. Wajah suram itu menunduk. Jari-jemarinya mengus-nguis hujung baju. Ada kekusutan yang melanda jiwanya. Suatu kekecamukan yang tak mampu dileraikan, lantas dia merujuk kepada lelaki itu.

Anizah berdehem, cuba menghilang suasana hening yang membalut situasi. Dia memandang ke arah kedua-duanya. Masing-masing masih berdiam diri beberapa ketika.

“Bila dia balik nanti kita akan selesaikan hal ini. Buat masa sekarang, jangan buat perkara yang bukan-bukan. Kita tunggu dan dengar kata Fariz sendiri, betul ke dia nak macam tu.” Ujar Mustakim selepas diam beberapa ketika.
“Sabarlah Irah.” Anizah cuba memujuk. Perempuan itu masih membisu. Ada titik-titik jernih yang mulai mengalir di pipinya. Tika ini dia rasa sungguh haru-biru. Tidak dapat digambarkan perasaan dalam diri.

Anizah menggeleng-geleng. Kasihan dia melihatkan keadaan Irah begitu. Pun, dalam masa yang sama dia geram terhadap apa yang berlaku. Tidak patut Fariz bertindak sedemikian! Marah hatinya. Melampau sungguh tindakan Fariz kali ini. Dia sangkakan pertemuan semula antara fariz dan Irah akan merapatkan jurang yang terbina. Harapannya dan suami mahu melihat pasangan itu kembali bersama dan berhagaia bersama anak mereka. Sayangnya, tidak disangka pertemuan itu menimbulkan masalah yang lain pula. Dan Irah sekali lagi menjadi mangsa.

Hati mana yang tidak pilu dan serba-salah bila diletakkan dalam situasi sedemikian. Irah dan Hadi belum pun lagi mengikrarkan cinta tetapi Fariz sudah sedia menyalakan api cemburunya. Ego lelaki itu tercabar bila melihat Irah bersama orang lain. Bibir Fariz meluahkan kata cinta, memohon Irah kembali kepadanya, kononnya menyesal atas perpisahan yang tidak sepatutnya terjadi. irah bungkam. Tidak sanggup dia melalui episod cinta sekali lagi. Tidak sanggup dia melalui perasaan kecewa sekali lagi. Irah tidak berani menggadaikan sekeping hatinya pada mana-mana lelaki lantaran pengalaman lepas yang masih berbekas parutnya. Dalam kepayahan, dia cuba menolak perasaan yang mula bercambah dalam diri terhadap Hadi. Irah sedar, kalau dibiarkan perasaan itu akan semakin subur dan kemudiannya membuahkan rasa cinta. Tidak! Irah tidak mahu! Dia takut! Dan Fariz, tiba-tiba sahaja lelaki itu datang untuk membalas cintanya. Cinta yang sudar pudar dan terhakis dari sanubari. Hatinya memberontak bila mengingati kisah silam, apatah lagi mengenangkan bekas ibu mertua yang sudah tentu tidak akan merestui. Sanggupkah dia kembali kepada lelaki itu dan mengharungi lautan duka sekali lagi? Fariz berjanji akan membahagiakan dirinya. namun, dapat dibayangkan dugaan-dugaan yang bakal dihadapi kiranya dia kembali bersama lelaki itu.

Irah tidak rela berendam dalam kolam air mata sekali lagi. Lantaran itu, lamaran Fariz ditolak ketepi menyebabkan kemarahan lekaki tersebut. fariz tidak dapat menerima keputusan yang diberi. masih terngiang-ngiang kata-kata akhir Fariz sebelum membawa Is keluar dari rumah Pak Ngah tempoh hari.
“Kalau Irah masih nak bersama boyfriend Irah tu, Irah teruskanlah. Berbahagialah bersama dia! Tapi jangan ingat Irah akan dapat Is! Is anak abang! Abang takkan benarkan lelaki itu mendekati anak abang. Abang takkan benarkan Irah berjumpa Is lagi. Kalau nak naik court pun, naiklah! Irah jangan lupa, Irah pernah tinggalkan Is dulu. Irah memang tak layak menjadi seorang ibu!” Ugut Fariz.

Mata Irah berkaca-kaca. Ya Allah! Kau turunkan dugaan sebegini berat untukku. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini! Hatinya merintih sayu.

“MAAF Encik. Saya dah cakap encik tengah busy. Tapi dia insist!” Kartina berwajah sedikit cemas. Wajahnya merah. Sudah berkali-kali dia memberitahu lelaki itu bahawa bossnya sedang sibuk dan tidak mahu berjumpa sesiapa, namun lelaki tersebut tidak ambil pusing. Setelah beberapa kali ditahan, akhirnya dia merempuh sahaja masuk. Larangan Kartina tidak sedikit menimbulkan getar di hatinya.
“Tak apa Tina. You keluar dulu.” Fariz mengarah. Lelaki tersebut tegak berdiri dihadapannya dengan wajah yang serius. Hairan juga bila melihatkan lelaki tersebut. Seingatnya mereka tidak pernah berjumpa, kenapa bersungguh benar lelaki itu mahu menemuinya?
“Saya tak fikir kita pernah berjumpa sebelum ni.” Fariz bersuara. Dihulurkan tangan untuk berjabat tangan tetapi lelaki itu tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum sinis.
“Memang tidak pernah. Tapi aku cukup mengenali kau. Cukup mengetahui hati budi sorang lelaki yang terlalu ego dan mementingkan diri sendiri!” Perli lelaki itu. Fariz mengangkat kening.
“Apa maksud awak. Ini pejabat saya. Jangan sampai saya panggil security dan halau awak keluar dari sini.” Fariz menahan nada suara yang marah.
“Jangan ingat kau punyai harta dan kuasa kau boleh betundak sesuka hati Fariz Hilmi bin Mohd Azri! Bukan semua orang akan mengikut telunjuk kau! Tidak selamanya kau berkuasa dan mampu memaksa orang sesuka hati!” Tinggi suara lelaki tersebut.
“Awak jangan nak mengarut. Datang ke mari tak dipinta, nak mengamuk marah-marahkan saya apahal? Awak ni siapa?” tengking Fariz pula menyinga.
“Saya Mustakim! Abang angkat Irah. Atau lebih tepat lagi, lelaki yang bertanggung jawab terhadap hidupnya.” Lelaki itu memberi jawapan. Kali ini Fariz tergelak kecil.
“Awak kekasih dia yang nombor berapa pulak? Cakap aje kat dia, kalau dia nak bercinta dengan mana-mana jantan pun saya tak peduli. Saya tahu awak kemari atas arahan perempuan murahan tu. Nak mengugut saya supaya serahkan anak saya pada dia? Bull****!” Maki Fariz.
“Kurang ajar!” Satu tumbukan pantas mengenai pipi kiri Fariz menyebabkan tubuh lelaki itu hampir tersungkur ke lantai.

Fariz mengesat darah merah yang mulai mengalir dari lubang hidung dan mulutnya. Bibirnya pecah akibat tumbukan kuat yang mengenai wajah. Hampir sahaja dia tersembam ke lantai. Mujurlah sempat dia mengimbangi badan. Pandangannya sedikit berpinar selepas tumbukan Mustakim tepat mengenai mulut dan hidungnya.
“Engkau ni dah melampau!” Jeirt Fariz kemarahan.
“Aku melampau? Memang sepatutnya kau diajar begitu selepas apa yang kau lakukan! Engkau lelaki tak berhati perut!” Marah Mustakim pula.
“Kau jangan nak mengarut kat sini! Keluar dari office aku sebelum aku panggil security. Kalau kau masih berdegil jugak, aku akan telefon polis!” Ugut Fariz. Mustakim tersenyum sinis.
“Aku akan keluar setelah aku lepaskan segala yang berbuku di hati aku! Kau memang lelaki hipokrit yang pentingkan diri sendiri! Kau buat Irah macam bola. Sesuka hati kau tendang ke sana ke mari. Bila kau mahu, kau ambil dia. Tapi bila kau bosan, kau campak ke tepi. Bila Irah nak berbahagia bersama orang lain, kau cemburu tak tentu fasal. Ugut nak musnahkan hidup dia dengan rampas anak dia. Kenapa kau busuk hati sangat sampai tak boleh nak tengok dia bahagia hah? Asyik nak menyelak kain orang, tunjuk kesalahan orang! Kain sendiri yang terlondeh tak reti nak betulkan!” Perli Mustakim.
“Kau jangan masuk campur dalam hal peribadi aku! Itu antara aku dan Irah. Kau tak ada hak nak bersuara dalam perkara ini!” Bangkang fariz.
“Siapa kata aku tak ada hak? Aku abang dia! Irah adik aku! Aku takkan biarkan lelaki macam kau hancurkan hidup adik aku. Kau faham tak?! Kami akan ambil Is tak kira walau apa cara sekalipun. Kalau kau nak naik court, no problem with us! Apa pun aku akan pastikan Irah bersama anaknya. Dia berhak!”
“Kalau berani cubalah! Kalau dia berani dekat dengan Is, aku akan buat report!” Ugut Fariz lagi.
“Dengan segala hormatnya dipersilakan. Aku sedikit pun tak takut. Dan untuk pengetahun engkau, Irah dalam perjalanan untuk ambil Is sekarang. Kalau kau tak berpuas hati, kita boleh lawan untuk custody.” Fariz tersentak. Jantungnya berdegup pantas. Mataya bulat mendengarkan kata-kata Mustakim itu. Tidak! Aku takkan biarkan! Pantas dia berlari keluar dari pejabatnya. Mustakim yang cuba menghalang ditolak jatuh. Fariz tidak peduli. Is anak aku! Jerit hatinya.

Irah merenung tajam. Tiada senyuman di wajahnya. Dia sudah nekad. Kali ini dia tidak akan beralah. Apa nak jadi, jadilah! Segala kekuatan cuba dikumpulkan. Kalau Fariz mahu isytiharkan perang sekalipun, dia sedia menyahut cabaran. Cukuplah atas segala penderitaan yang dialami selama ini. Biar Fariz pula merasa apa yang dia rasakan!
“Kak Zah tunggu kat sini. Irah akan pergi sendiri.” Pantas Irah menghalang bila Anizah mahu turut serta.
“Tapi Irah. Abang Mus pesan akak…,”
“Tak apa. Biar Irah settlekan sendiri. Akak jangan bimbang. Tunggu je dalam kereta. Irah akan balik kejap lagi.” Pintu kereta ditolaknya dan Irah melangkah keluar. Ditarik nafas sedalam-dalamnya.

Bunyi loceng pintu bertalu-talu mengejutkan Anim dan Zahidah di ruang tamu. Sebaik dibuka, Irah sudah terpacak di depan pintu.
“Kau?! Nak apa datang kemari?” Marah Anim sebaik melihatkan Irah. Rasa bencinya terus mengundang tiba bila wajah perempuan itu terpmaer di ruang mata.
“Aku datang nak ambil anak aku!” Tegas suara Irah.
“Jangan nak mengada-ngada. Pergi kau dari sini. Kau tak dialu-alukan ke rumah ini. Is anak abang aku, bukan anak kau.” Tengking Anim.
“Aku yang melahirkan dia ke dunia! Aku ibu dia! Kau tu yang mengada-ngada. Kau tak ada hak nak halang aku! Tepi!” Kali ini Irah pula meninggikan suara. Terkejut Anim apabila ditengking begitu. Tidak pernah selama ini dia melihatkan Irah sebegitu garang. Terus tubuhnya terasa seram-sejuk. Irah umpama singa betina yang mengamuk bila anaknya diganggu manusia.
“Aku kata tepi!” Tubuh Anim yang tidak berganjak ditolak kasar. Irah melangkah masuk dan mula mencari kelibat Is.
“Irah! Mak tak benarkan Irah ambil Is. Pergi Irah dari sini!” Marah Zahidah pula, cuba menghalang perempuan itu.
“Mak jangan nak menghalang. Jangan sampai Irah berkasar dengan mak pulak! Mana Is? Mana dia?” Tengking Irah lagi. Tangisan Is yang tiba-tiba kedengaran menggamit perhatiannya. Suara tangisan itu dicari-cari. Anaknya dijumpai di dalam sebuah bilik, bersama dengan Kak Saba.
“Puan, jangan puan! Tuan tak benarkan Is keluar dari rumah ini. Jangan ambil dia puan!” Kak Saba menjerit bila tubuh Is yang terbaring di katil diangkat oleh Irah. Dia berdiri di depan muka pintu, cuba menghalang.
“Tepi! Aku tampar engkau nanti! Ini anak aku tahu tak?! Pergi mampus dengan arahan tuan kau!” Irah menolak Kak Saba hingga terjelepuk. Zahidah dan Anim berlari-lari anak, cuba menghalang perempuan itu dari membawa keluar anaknya. Namun, hati Irah yang nekad mengatasi segala halangan dari Zahidah dan Anim.
“Irah! Jangan buat begini. Mak merayu! Tolonglah!” Zahidah merayu. Air matanya bercucuran laju. Pipi Anim pula berbirat akibat penangan dari perempuan itu. Tiada lagi sifat lembut Irah selama ini.
“Mak seorang ibu. Mak tahu apa perasaan seorang ibu terhadap anak. Tapi mak sanggup menyeksa Irah selama ni. Jangan mak salahkan Irah bertindak begini!” Keras suara Irah sekeras hatinya. Tanpa mempedulikan dua beranak itu, dia melangkah laju ke kereta.
“Kak, cepat jalan kak!” Arah Irah sebaik masuk. Is di dalam dukungan cuba ditenangkan. Anizah terkedu melihat apa yang berlaku. Dari ruang laman, kelihatan Zahidah pula menangis sperti orang hilang arah.
“Anim! Cepat ambil kunci kereta! Kejar dia! Kejar dia!” Zahidah menjerit apabila kereta yang dinaiki Irah meluncur pantas meninggalkan perkarangan banglo itu.

Fariz menekan minyak. Irah mesti dihalang! Dia mahu cepat sampai ke rumah. Hatinya berdebar-debar. Cukup risau memikirkan akibat yang akan berlaku sekiranya Is jatuh ke tangan perempuan itu. Tidak! Sama sekali tidak! Sebaik membelok ke simpang menuju ke rumahnya, dia terpandangkan seseorang dari dalam kereta yang berselisih dengannya dari arah bertentangan.

Fariz menggigit bibir. Dari pandangan sekilas itu sudah cukup untuk menjelaskan semuanya. Is sedang berada di pangkuan Irah. Ini tak boleh jadi. Fariz terus membuat U turn. Kalau hari ini dia perlu mengejar Irah sampai ke hujung dunia pun dia sanggup. Peluh jantannya mula merenik di dahi dan di atas batang hidung. Kelihatan darah beku terpalit di bibir, kesan tumbukan Mustakim tadi. Namun, pedih di bibir itu langsung tidak terasa bila mana hatinya hanya tertumpu untuk mendapatkan Is semula.

Hampir tersembam mereka apabila Anizah membuat brek emergency. Fariz yang mengejar dari belakang, memintas kenderaannya dan brek dengan mengejut. Nyaris-nyaris berlaku kemalangan di situ. Fariz keluar dari perut kereta menuju ke arahnya. Kelihatan wajah lelaki itu yang merah merona. Tangannya dikepal, menahan geram.

“Apa kau buat ni hah?! Bagi balik anak aku!” Jerit Fariz dari luar kereta Anizah. Lelaki itu seperti orang gila. Keretanya dibiarkan tersadai di tengah jalan. Anizah gugup. Ini sudah macam perang dunia keempat. Ya Allah! Selamatkanlah aku!
“Kak Zah. Pegang Is kejap. Irah nak keluar.” Arah perempuan itu.
“Irah, jangan! Bahaya! Fariz dah gila kat luar tu!” Anizah separuh menjerit.
“Irah ada perhitungan dengan dia hari ini. Kalau apa-apa jadi kat Irah, akak bawa Is pergi dari sini. Ingat tu!” Irah terus keluar sebaik habis bersuara. Anizah sekali lagi terkedu.
“Kau dah melampau Irah!” Marah Fariz. Tangannya dipaut kasar.
“Siapa yang melampau sebenarnya? Irah ke abang? Tak cukup lagi abang sakitkan hati Irah selama ni? Dah cukup Irah menahan sabar dengan segala karenah abang! Cukup! Abang tak berhak untuk halang Irah bersama Is!” Irah menarik tangannya dengan kasar.
“Kau jangan nak bercakap soal hak dengan aku! Dia dari benih aku! Aku bapanya. Kalau bukan kerana aku, kau pun takkan mengandung!” Bentak Fariz.
“Seorang ibu lebih berhak terhadap anak dari bapa. Setahun Irah berpisah dengan anak sendiri kerana abang. Kerana sikap abang yang egois dan pentingkan diri sendiri. Abang ingat abang seorang aje yang betul! Setahun abang jaga Is, tak bermakna dia menjadi hak abang seorang. Irah tetap ibu dia dunia dan akhirat!” Rintih Irah dalam kemarahan.
“Kau jangan nak bersandiwara dengan aku. Apa pun aku takakn benarkan anak aku bersama kau!”

Anizah menggigit bibir. Perbalahan di luar sana bagaikan terasa kehangantannya hingga ke dalam kereta. Entah apa butir pergaduhan dia tidak dapat menangkapnya. Yang nyata sekarang, masing-masing tidak mahu mengalah.

Aduh! Pening aku! Alamak… Sudah! Dada Anizah makin berdebar-debar bila sebuah kereta lain berhenti berhampiran. Kelihatan ibu dan adik Fariz pula bergegas keluar menuju ke arah pasangan itu. Cepat-cepat Anizah mencapai telefon bimbit.
“Hello! Abang, cepat datang sini! Irah dalam bahaya ni! Bang cepat bang.” Anizah bersuara sebaik Mustakim menjawab telefon. Pintu kereta semua dikuncinya rapat. Bimbang kalau tiba-tiba keluarga Fariz menerpa untuk mendapatkan Is diribaannya.

“Perempuan tak tahu malu! Bagi balik cucu aku!” Tempik Zahidah. Keadaan yang sudah sedia kalut makin bertambau kacau bila Zahidah dan Anim tiba di situ.
“Mak jangan masuk campur dalam hal ni!” marah Irah.
“Hei! Kau jangan tengking mak aku!” Anim meninggi suara pula.
“Kurang ajar!” Satu tamparan tepat megenai pipi Irah. Untuk kedua kalinya Irah ditampar Fariz. Perempuan itu terdorong ke tanah. Suasana bungkam seketika. Melihatkan bibir kecil Irah berdarah membuatkannya serba-salah. Tidak berniat dia untuk mencederakan perempuan itu.
“Abang tak berhak untuk pukul Irah!” Dia menjerit kemarahan. Dalam pada itu pandagan mata Irah beralih kepada sebuah kereta yang meluncur pantas ke arah mereka. Zahidah yang melangkah laju ke arahnya tidak langsung menyedari. Kata-kata Fariz suah tidak didengar Irah. Kereta yang meluncur laju itu semakin hampir. Sedaya-upaya Irah bangun. Dia berlari pantas ke arah wanita tua itu.
“Mak!!!” Zahidah ditolak ke tepi jalan. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Fariz dan Anim tidak sempat berbuat apa-apa. Anizah terlopong. Tubuh Irah bagaikan ayam menggelitik disembelih akibat dilanggar kereta itu. Darah merah membasahi bumi….



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 19/20





MUSTAKIM melangkah laju. Kerisauan jelas terpamer di ruang wajahnya. Ruang koridor hospital yang sibuk dengan pelbagai karenah manusia dilaluinya menju ke wad kecemasan. Sesampainya di situ, kelihatan isterinya, Anizah sugul menanti di satu sudut. Keluarga Fariz turut berada di ruang menunggu. Semuanya berwajah suram bagaikan awan mendung berarak petang.

“Abang!” Anizah segera mendapatkan suaminya. Air matanya tumpah lagi. Matanya sudah bengkak dan merah kerana terlalu banyak menangis. Lelaki itu memeluk isterinya, cuba menenangkan Anizah yang dirundung hiba.
“Bagaimana dengan dia?” Mustakim bertanya apabila Anizah sedikit tenang.
“Doktor tak cakap apa-apa. Dah sejam lebih dia di dalam. Zah risau bang! Zah takut kalau-kalau….,”
“Jangan fikir yang bukan-bukan Zah! Berserah kepada Tuhan. Istighfar banyak-banyak. Insya-Allah semuanya selamat.” Pintas Mustakim, mematikan jangkaan buruk isterinya. Wanita itu mengangguk sayu.

Sebaik pintu kecemasan dibuka, seorang doktor dan beberapa orang jururawat keluar.

“Doktor, bagaimana dengan dia?” Fariz pantas meluru mendapatkan doktor berkenaan. Mustakim juga tidak lepas peluang untuk mengetahui perkembangan terkini Irah.
“Dia kehilangan banyak darah. Dia mengalami kecederaan di kepala. Sekarang pesakit masih tidak sedarkan diri.” Jelas doktor tersebut.
“Dia akan selamatkah doktor?” Soal Mustakim pula.
“Saya tak dapat beri jaminan. Patient masih lagi kritikal. Kami akan letak dia dalam unit rawatan rapi. Saya harap family patient bersedia untuk sebarang kemungkinan.” Hati Fariz bagai remuk mendengarkan penjelasan itu. Dia terduduk. Pandangannya nanar. Kejadian kemalangan tadi teimbas di kotak fikiran, bagaikan wayang yang diulang-tayang tanpa hentinya. Saat dia melihat tubuh Irah terhumban ke bumi, dia jadi kelu. Darah merah yang mengalir dri tubuh perempuan itu makin membuatkannya tidak menentu. Seperti orang gila dia menggoncang tubuh Irah, namun tiada langsung reaksi.

ZAHIDAH mengesat air mata yang menitis. Surah Yasin yang baru selesai dibaca diletakkan kembali ke rak tidak jauh dari sisinya. Seketika dia duduk berteleku di atas sejadah itu. Mengenangkan peristiwa yang berlaku, air matanya menitis lagi. Terasa kini, betapa kejam dan bodohnya dia atas perbuatan yang pernah dilakukan terhadap perempuan itu.

Azri menyentuh belakang isterinya. Terus sahaja Zahidah berpaling. Wajahnya basah dek limpahan air jernih yang bergenang di kelopak mata.
“Abang…,” Sayu suara wanita itu.
“Ampunkan Ida sebab tak dengar cakap abang selama ini. Ampunkan Ida sebab Ida terlalu menurut kata hati sendiri sampai tidak mempedulikan perasaan orang lain. Ida bersalah bang! Ida kejam! Ida musnahkan hidup Irah bang!” bahu Zahidah tersengguk-sengguk menahan sendu.
“Sudahlah tu Ida. Semua ni kehendak Tuhan. Banyakkanlah bertaubat. Jadikan ini pengajaran. Belajar dari kesilapan. Abang harap Ida dah dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Kita sama-sama cuba perbetulkan kesalahan.” Pujuk Azri. Isterinya masih menangis lagi, menyesali kejadian yang berlaku.
“Kalau apa-apa terjadi pada Irah, Ida tak dapat maafkan diri sendiri bang! Irah malu! Semuanya berpunca dari Ida. Ida hancurkan rumah tangga Fariz, Ida pisahkan Irah dari anaknya.” Zahidah mengongoi lagi. Pantas Azri memeluk bahu wanita itu. Memang dia akui Zahidah antara punca keretakan yang berlaku. Pergaduhan yang pernah berlaku antara bekas menantu dan isterinya suatu ketika dahulu menjadikan wanita itu menyimpan dendam terhadap Irah. Sejak tu jugalah amarahnya tidak pernah sejuk dan reda. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bekas menantunya memang dibenci hinggakan Is tidak sekali diizinkan bertemu dengan ibu kandung sendiri. Namun, Zahidah tetap isterinya. Mereka telah berpuluh-puluh tahun bersama. Tidak jemu-jemu dia menasihati isterinya itu walaupun Zahidah sentiasa buat tidak tahu. Kepada Tuhan Azri berserah, mohon diberikan petunjuk kepada isterinya itu.

Peristiwa yang berlaku benar-benar memberi pengajaran kepada Zahidah. Irah bergadai nyawa menyelamatkannya dari kemalangan tempoh hari. Barulah dia sedar betapa sucinya hati perempuan itu. Kalau punya rasa benci, pasti Irah akan membiarkan sahaja dia digilis kereta tersebut. Dia insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Namun, masihkah sempat untuknya memohon maaf dari Irah? Dia tidak tahu. Hanya kepada Tuhan dia berdoa agar diberi kesempatan untuknya memohon ampun dari perempuan itu sebelum terlewat waktu!

HADI merenung batang tubuh yang berselimutkan kain putih itu. Wayar alat sokongan dan tiub pernafasan berselirat di tubuh itu. Kepala perempuan itu dibalut tebal untuk mengelakkan pendarahan berlaku lagi kesan hentakan di kepala. Kecderaan Irah begitu serius. Hatinya tersentuh. Melihatkan perempuan yang disayangi terkujur begitu mebuatkan hatinya merintih sayu. Dia mahu marah. Tetapi kepada siapa? Kepada Farizkah? Kalau dibelasah lelaki itu sekalipun, tidak akan mengembalikan Irah seperti sediakala. Kemalangan tersebut menyebabkan Irah berada di dalam keadaan koma. Doktor sendiri tidak dapat memberi jawapan sama ada perempuan itu akan sedar semula. Sehingga bila Irah dapat bertahan pun tidak dapat dipastikan. Kini dia hanya mampu berdoa agar Irah sedar semula. Saat dia menerima berita itu, terasa bagaikan jantungnya gugur ke bumi. Sungguh hatinya pilu melihatkan Irah begini.

Sebaik melangkah keluar dari wad kecemasan itu, Hadi bertembung dengan seseorang yang amat dikenali. Direnung lelaki itu sedalam-dalamnya. Matanya tajam bagaikan si helang yang sedang merenung mangsa.

Fariz tertunduk. Dia sedia maklum kenapa. Memang tika ini semua orang akan membencinya. Marahlah aku! Memang aku yang tak guna! Sudah puas dia memarahi diri sendiri. Namun, itu tidak cukup untuk mengurangkan rasa bersalah yang menghantui.

Hadi tidak berkata apa sebaliknya terus berlalu. Fariz tidak langsung disapa. Lelaki itu pun tidak membuka mulut. Fariz tidak menunggu lama lantas terus masuk ke wad berkenaan.

Di luar sana hujan turun renyai-renyai. Kedinginan di dalam bilik itu sedikit terasa. Fariz mendekati tubuh Irah yang terbaring lesu. Ditarik sedikit selimut untuk membalut tubuh perempuan itu. Tangan Irah yang pucat dicapai dan diramasnya.
Irah sayang! Bangunlah. Jangan tinggalkan abang! Abang cintakan Irah! Suara hatinya berkumandang lagi. Dipejam rapat kedua belah matanya sambil tangan itu dibawa ke bibirnya dan dikucup.
Maafkan abang Irah! Maafkan abang! Bangunlah Irah. Kalau Irah mahu pukul abang pun, Irah pukullah. Irah makilah sesuka hati Irah, tapi jangan hukum abang begini. Sedarlah Irah. Abang perlukan Irah. Is pun perlukan Irah. Bangunlah sayang!


“BANG, cubalah pujuk dia tu. Kesian Zah tengok.” Suara Anizah.
“Abang dah cakap. Tapi dia tak nak dengar. Katanya dia yang bersalah. Jadi, dia mesti menerima hukumannya. Dia nak jaga Irah sampai Irah sedar.” Jawab Mustakim. Anizah menggeleng. Melihatkan keadaan Fariz yang kusut-masai cukup merimaskan. Siang, malam, pagi, petang ada sahaja lelaki itu di situ. Sudah kelihatan seperti orang yang hilang pertimbangan lagaknya.

Anizah menarik nafas. kalau dibiarkan, silap haribulan lagi seorang masuk hospital. Kalau iya pun sayang, fikirkanlah tentang diri sendiri dan keluarga. Fariz masih punya seorang anak untuk dijaga. Keadaan Irah pula sudah stabil, namun tidak dapat dipastikan bila dia akan sedar. Mungkin esok, lusa. Mungkin bulan depan atau mungkin tidak akan sedar untuk selama-lamanya. Dan itulah yang melemahkan semangat Fariz.

Hari-hari yang berlalu kian menghimpunkan harapan baginya. Harapan untuk Irah sedar kembali. Kalaupun perempuan itu sudah tidak sudi melihatnya lagi, dia rela. Asalkan Irah tidak berakhir begini selamanya.

“Fariz, baliklah dulu. Keluarga Fariz perlukan Fariz. Anak Fariz perlukan ayahnya. Jangan bersikap macam ni. Irah takkan sedar walaupun Fariz bertindak begini.” Nasihat Anizah. Sudah dua bulan Irah terlantar tidak sedarkan diri di hospital. Dan sepanjang waktu itulah Fariz yang menjaganya saban hari sehingga sudah tidak mempedulikan diri sendiri. Soal syarikat atau keluarganya, Fariz tidak mahu ambil tahu. Yang dia kisah, hanya Irah semata. Di saat Irah membuka mata, dia mahu jadi orang pertama yang berada di sisi perempuan itu.
“Tak apalah Zah. Saya nak jaga dia. Irah perlukan saya. Dulu saya abaikan dia. Sekarang, biarlah saya yang menjaganya.” Anizah menggigit bibir.
“Fariz, cuba bawa bertenang dan berfikir sejenak. Kalau ditakdirkan Irah tidak sedar sampai bila-bila Fariz nak berakhir beginikah? Zah bukan suruh Fariz tinggalkan Irah. Fariz nak jaga dia, Fariz jagalah. Tapi dalam masa yang sama, orang lain pun perlukan Fariz jugak, terutamanya Is. Zah kenal Irah. Kalau Irah tahu Fariz berkeadaan begini pun dia takkan suka. Jangan abaikan tanggungjawab Fariz terhadap Is. Irah berusaha untuk dapatkan Is dari Fariz dulu kerana rasa tanggungjawab dan kasih-sayang tetapi tidak berpeluang untuk mencurahkannya. Fariz punyai peluang itu tapi mempersia-siakannya. Sedarlah Fariz.” Panjang lebar nasihat Anizah.

Lelaki itu menunduk. hatinya tidak menentu.
“Saya sayangkan Is. Saya sayangkan keluarga. Tapi saya takut. Saya takut akan kehilangan Irah kalau saya berganjak dari sini. Saya tak mahu kehilangan dia sekali lagi.” Rintih Fariz.
“Kita semua sayangkan dia Fariz. Berserahlah kepada kuasa Tuhan. Banyakkan bertawakkal. Insya-Allah, Tuhan tidak akan menghampakan hamba-Nya.” Celah Mustakim pula.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KALAU ADA CINTA 20/20 ((LAST DOE..))


MATAHARI pagi menyinar alam. Suasana taman yang indah begitu damai. Tiba-tiba awan kelam berarak meliputi langit cerah. Hujan turun dengan kilat dan guruh berdentum-dentum. Irah rasa takut. Bajunya basah kuyup. Dia berlari-lari anak menuju ke satu pondok untuk berteduh. Tubuhnya menggigil kesejukan. Irah lihat ada beberapa orang lagi menumpang di pondok yang sama. Makin didekati makin jelas pada penglihatannya. Iya! Ayah! Mak! Mereka semua tersenyum padanya. Irah rasa sungguh gembira. Irah rindukan kalian semua! Irah mahu memeluk mereka, tetapi ada sesuatu yang menariknya pergi. Tubuhnya bagai diseret. Mak! Tolong Irah! Tetapi emak hanya tersenyum dan melambai. Mereka semua pun tersenyum dan melambai. Irah dibawa pergi dalam hujan yang lebat.

“Mak!!” Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Kepalanya terasa berat dan pening. Dia mahu membuka mata tetapi terlalu payah dirasakan.
“Irah…,” Satu suara bergema. Sayup-sayup dari kejauhan.
“Irah. Abang kat sini. Buka mata sayang.” Rasa gembira Fariz kian melonjak bila kelopak mata perempuan itu terbuka sedikit demi sedikit. Dari semalam tubuh Irah sudah memberi reaksi. Jari-jemarinya bergerak perlahan. Mulanya Fariz fikir dia berilusi. Setiap malam dia bermimpi Irah sedar semula. Pemeriksaan dari doktor memberikan jawapan positif. Seisi keluarga berasa sungguh gembira mendengarkan berita itu. Pak Ngah sekeluarga pun tidak lupa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Irah yang sedar umpama mati hidup semula. Tiga bulan lamanya Irah terlantar di hospital tidak sedarkan. Atas kehendak yang Maha Esa akhirnya Irah sedar semula setelah sekian lama mereka menanti dalam debaran.

EMBUN menitis pagi. Semalam hujan lebat membasahi bumi. Dinginnya masih terasa kini walaupun mentari sudah menyinar di ufuk timur, menandakan bermulanya satu hari baru untuk semua manusia. Mega-mega kemerahan semakin menghilang diganti sinaran cerah menandakan hari sudah siang.

Irah mengemaskan semua pakaian dan barang-barangnya. Menurut doktor, dia sudah boleh pulang hari ini walaupun belum pulih sepenuhnya. Irah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih panjang umur dan beransur pulih seperti sediakala. Mujur tiada kecacatan yang menimpa. Suatu keajaiban juga kerana dia tidak mengalami sebarang kecacatan mental walaupun mengalami kecederaan di kepala.

Lama menunggu Pak Ngah menjemputnya di bilik wad membuatkan Irah merasa bosan. Alang-alang hendak pulang, baik turun sahaja ke perkarangan. Tidak perlu orang tua itu bersusah-payah naik ke atas. Namun, belum sempat dia keluar, seseorang telah pun menunggunya di luar bilik.

“Irah nak kemana?” Fariz bertanya kehairan melihatkan kelibat perempuan tiu membawa beg bersama.
“Balik rumah. Irah dah boleh balik.” Jawabnya ringkas.
“Dah boleh balik pun tak beritahu abang. Irah nak balik dengan siapa? Mari abang hantarkan.” Lelaki itu mempelawa sambil menghulur tangan untuk mencapai begnya. Pantas Irah mengelak, sama sekali tidak membenarkan lelaki itu memikul beg di tangan.
“Irah boleh bawa sendiri. Tak perlu hantar Irah balik. Irah akan balik dengan pak Ngah. Kejap lagi dia sampai.” Jawabnya tegas. Wajah Fariz tidak langsung dipandang. Marah di dalam hati masih membeku. Lelaki itu menghela nafas.
“Abang tahu Irah marah dan bencikan abang. Abang faham kalau Irah tak dapat maafkan abang.” Sayu suara Fariz kedengaran.
“Kalau dah sedia maklum, tak perlulah abang datang melawat Irah. Irah masih hidup lagi bang. Tak payah nak susah-susah fikirkan fasal Irah. Irah reti jaga diri-sendiri.” Suara Irah bergetar marah. Mengingati kenangan-kenangan lepas makin membuatkan hatinya meradang. Entah kenapa rasa sebaknya pula menujah jiwa.
“Abang sedar Irah. Selama ini abang buta dan jahil kerana tidak pandai menilai diri Irah. Abang tak pernah mengenali Irah mahupun cuba mengenali hati irah. Abang melukakan hati Irah berkali-kali. Memang patut abang dibenci.” Irah terasa geram. Kenapa mesti dia muncul pagi-pagi begini? Baru sahaja dia merancang untuk memulakan hari baru. Terasa seperti ada ribut yang melanda di kala hari cerah. Jauh di sudut hati Irah berasa serba-salah. Dia mahu meluahkan semua rasa marah yang dipendam. Namun, Irah tidak lupa. Sepanjang dirinya terlantar tidak sedarkan di hospital itu, Fariz yang menjaganya siang dan malam, hingga tidak hiraukan diri sendiri. Dia sendiri pun tidak akan tahu sekiranya Anizah dan Mustakim tidak melaporkannya. Pasangan itu sentiasa memujuknya supaya memaafkan Fariz dan melupakan dendam lalu.

kalau ada cinta
(Irah - Kalau ada cinta )


Irah juga tidak mahu berdendam atau bermusuhan dengan sesiapa. Dan kemalangan yang berlaku pun bukan atas salah sesiapa. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia boleh bertindak menyelamatkan Zahidah walhal kalau difikir-fikirkan dia cukup marah pada wanita itu. Logiknya, dia membiarkan sahaja Zahidah digilis kereta. Namun, Irah masih lagi waras. Apa gunanya dendam berbalas-balas jika hidup tidak akan tenteram akhirnya. Dia tidak minta budinya dibalas. Dia juga tidak mahu memusuhi Fariz. Lelaki itu pun tidak mengungkit walau sedikit ketika menjaganya semasa tidak sedarkan diri. Paling tidak dilupa, walaupun Fariz berkali-kali menyakiti hati dan mengecewakannya, lelaki itu telah memberi suatu hadiah yang cukup istimewa dan tidak ternilai harganya – Is. Walau dibenci hingga ke akhir hayat, Is tetap anaknya bersama Fariz. Namun, untuk menuturkan kata maaf adalah terlalu sukar baginya lantaran hati masih terguris.

“Kalau Irah tetap bencikan abang, abang mengerti. Abang takkan mengganggu Irah lagi. Kalau satu ketika nanti hati Irah sudah terbuka, maafkanlah abang. Tiada apa yang abang dapat lakukan untuk menebus kesalahan abang pada Irah.” Ujar Fariz lemah lantas berlalu.

Hati Irah digamit pilu. Mengapa mesti aku merasa sayu?

“Abang…,” Langkahnya terhenti. Benarkah apa yang didengari? Benarkan Irah memanggilku? Dipusingkan tubuhnya lantas pandangan mereka bertaut. Cepat-cepat Irah menunduk, mengelak renungan lelaki itu.
“Irah panggil abang?” Fariz kian mendekati. Irah masih lagi menunduk, cuba mengumpul segala kudrat yang ada. Perlahan dia mengangguk.

Suasana sunyi seketika. Kedua-duanya membisu tanpa kata. Fariz menunggu bicara darinya sedang Irah pula kematian kata. Sukarnya untuk meluahkan rasa hati ini.
“Biarlah Irah berterus-terang.” Irah mengepal kedua tangannya. Terasa tubuhnya mengigil. Lelaki itu masih menanti jawapan.
“Irah dah penat berkelahi dengan abang dan keluarga abang. Irah harap, selepas ini Irah dapat mulakan hidup baru. Irah nak lupakan semuanya. Irah cuma nak teruskan kehidupan Irah dengan gembira. Irah mahu bersama Is. Selama ini Irah asyik berendam air mata. Irah terlalu penat bang. Terlalu penat memendam rasa. Cukuplah atas apa yang terjadi!” Dimuntahkan juga kata-kata yang selama ini berselirat di dalam jiwa. Fariz masih lagi membisu, membiarkan Irah meluahkan semuanya.

“Irah akui, Irah marah dan benci pada abang atas semua perbuatan abang. Irah tak mahu lalui itu semua sekali lagi. Berilah peluang pada Irah untuk hidup gembira seperti orang lain.” Sayu suara Irah.
“Abang faham Irah. Abang mengerti. Abang pun berharap abang dapat perbaiki kesalahan abang. Dan abang amat berharap Irah beri peluang pada abang untuk berubah. Selama ini abang tipu diri sendiri. Abang mencintai Irah tetapi terlalu ego untuk mengaku. Dan abang membuat kesilapan besar kerana menurut hati sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain.” Kata-kata Fariz itu mengusik hatinya. Sebuah cinta yang didambakan suatu ketika dahulu baru kini diucapkan oleh lelaki itu. Sayang!

Irah tahu lelaki itu tidak berbohong. Irah tahu kata-kata itu datangnya dari hati yang tulus.
“Mungkin dulu Irah mengharapkan cinta dari abang, tapi sekarang memadailah kalau Irah dapat hidup gembira. Irah tidak bersedia untuk menerima cinta abang mahupun cinta dari sesiapa.” Jelasnya.
“Irah tidak sudi terima abang kembali? Irah tidak mahu beri abang peluang?” Soal Fariz penuh harap. Perempuan di hadapannya kini benar-benar di cintai. Di mahukan Irah di sisi. Dia mahukan kasih-sayang Irah.
“Irah tidak kata begitu atau sebaliknya. Irah cuma mahu capai cita-cita dan keinginan Irah dahulu. Soal lain, biarlah Irah fikirkan kemudian. Kalau sudah ketentuan Tuhan jodoh Irah bersama abang, Irah redha.” Jawabnya.
“Baiklah, abang takkan paksa Irah. Abang akan tunggu hingga Irah sudi terima abang kembali.” Fariz sedikit terkilan. Kerasnya hati perempuan itu walaupun diluarnya tampak lemah dan kecil.

Seketika telefon bimbit Irah berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan.

“Irah nak turun sekarang. Pak Ngah dah sampai.” Ujar Irah.
“Boleh abang hantarkan?” Lelaki itu bertanya penuh harap. Irah sekadar mengangguk.

“Kenapa Irah tak tunggu kat bilik aje. Pak Ngah boleh naik. Eh, Fariz pun ada sama?” Girang suara lelaki tua itu.
“Saya singgah nak melawat dia. Tak tahu pulak dia keluar hari ni.” Jawab Fariz sambil membantu Pak Ngah menyimpan beg di bonet belakang.

“Irah balik dulu bang.” Suara Irah sebaik Pak Ngah menghidupkan enjin. Fariz masih lagi menanti, menatap wajahnya.
“Balik nanti, berehatlah banyak-banyak. Jaga diri. Abang sayangkan Irah.” Irah mengangggk. Hatinya rasa sayu, seolah-olah akan berpisah selamanya dari lelaki itu.

Baru sahaja dia menapak ke kereta, Fariz memanggil.
“Apa dia?” Lelaki itu mendekatinya.

“Irah… Kalau ada cinta di hati Irah, kita akan bersatu kembali. Kalau ada cinta dihati Irah, Irah akan berpaling semula kepada abang. Abang akan tunggu Irah. Abang cintakan Irah! Ingat tu.” Diratah wajah Irah semahunya. Dia terlalu sayangkan Irah. Terlalu sayang.

Irah sekadar mengangguk tanda mengerti. Hatinya kian meruntun. Masihkan ada cinta untuk Fariz?

“Irah ada apa-apa lagi yang tertinggal?” Soal Pak Ngah. Perempuan itu sekadar menggeleng lemah. Kereta yang dipandu Pak Ngah mulai keluar dari perkarangan hospital.

Dalam kesayuan hatinya tertanya-tanya. Masihkah ada cinta untuk lelaki itu? Fariz! Fariz! Fariz! Dari kejauhan Irah menoleh, memandang ke arah Fariz bersama limpahan air mata……



------------- Fakta Cerita -----------------

Penulis - Hana Emi Husna

- Sajak kalau ada cinta (episod satu) ditujukan khas untuk bakal suami pengarang
- Sajak dihasilkan seminggu sebelum novel bermula
- Sajaknya dibuat sebelum novel dihasilkan dan cerita adalah khayalan penulis berdasarkan sajak tersebut
- Cerita ini mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan
- Bermula pada suatu malam ketika penulis sedang teramat sedih dan tak punya sesiapa untuk jadi tempat mengadu
- Cerita ini di taip bersama deraian air mata penulis
- Berakhir juga pada waktu malam, ketika semua masalah hampir selesai
- Cerita ditulis ketika penulis mengalami tahap tekanan yang paling kronik dalam hidup, tetapi setelah meluahkannya melalui novel ini, tekanan yang di hadapi menjadi kurang


Nota :

Bagi yang mengikuti cerita ini dari awal sampai akhir sila berikan komen anda mengenai cerita ini dengan baik sebagai output yang membina kepada penulis.Jika rasa nak sambungan lagi boleh bagitau,mungkin penulis boleh panjangkan lagi kisah ini tapi hakikat yang perlu di terima ... Hidup Tak Selalunya Indah ... Bukan Semua Kehidupan Berakhir Dengan Kebahagiaan

- Irah World -


---------------
wuhuuu!!abes gak akhirnya.bahagialah kamu bersama Hadi yer Irah.kalo dah Fariz layan ko cam giteww!!x patot tol si fariz tuh yerkk!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Tq tq tq tq tq tq tq phia...


huhuhuhu sedihnyer.. dr 20 page 3 page jer x nangis. klu tau nk nangis ari ni x yah r pakai maskara. da jd etam mate ni.


Wuarghh!!!!!!! sedih lg...



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

Phia...ape sal le ko posting cerpen cinta ni..ni yg buat aku malas ni...malas nak buat kerja... aku bab jiwang ni kurang sikit...tapi nak buat cam mana itu le dinamakan cinta.kita tidak tahu bila cinta itu akan hadir dan pergi.sekarang aku dah disampok jiwang dah...oh..tidakkkkkk...best gak cerpen ni...tapi lain kali bagi le ringkasan cerita,jadi tak banyak masa aku yg terbuang,sebab dok baca cerpen kor ni...kang banyak lak kerja aku tak siap.



__________________
Copyright©Bijan 2009


Super Member

Status: Offline
Posts: 677
Date:

phia..thanx pasal post cter ni..dulu,zanna sllu online kat forum (ntah per k namer, luper) nk bc novel..bes sgt..skrg phia dah post..ok lah

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard