Oleh kerana masalahnya yang terlampau berat, maka Cik Mad pun pergilah berjumpa ngan pakar kaunseling... Ini adalah kali pertama Cik Mad berjumpa pakar kaunseling...
Lalu dia pun tibalah di sebuah bangunan yang tersegam indah berserta rekabentuk dalaman nya yang ada classss kata orang...
Berjumpala Cik Mad ngan pakar kaunseling itu...Sebelum sesi kaunseling bermula, bertanyalah Cik Mad...
Cik Mad: Encik, sebelum saya utarakan masalah saya, ada soalan yang nak saya tanya? Berapa bayaran yangdikenakan untuk sesi ini?
Pakar: Biasanya kami kenakan RM 1500 untuk 3 soalan...
Cik Mad: Kenapa mahal sangat?
Pakar: Kami kan pakar kaunseling... khidmat pakar adalah 1st class...tentulah mahal...
Cik Mad: Tak boleh bagi harga pakej ker encik?
Sambil menghulurkan bil kepada Cik Mad....
Pakar: Ini bilnya...encik boleh buat bayaran kat kaunter depan sana.... 3 soalan sudah berlalu....