Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Ur time b'coz it really2 good story.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
" Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk.
" Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin.
"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.
" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
" Entahlah..." katanya perlahan,
"lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.
"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.
"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.
" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut
" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelaidemi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya sepertiwanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin harisemakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.
" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok,"kata Arifin. Wajahnya sayu
"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".
Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu jugatidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja diameraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.
"Insya-Allah...."Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"
"Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dahsakit memang macam tu," kata Arifin.
Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.
" Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilikberkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahuisterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkahbatu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza Cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia danselepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya sikit,tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".
" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nakmenghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
"Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah." Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifindan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkaladi timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya,adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."
"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, sayameminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidakdikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukansolat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihatsaya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kaliini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
"Ustaz," katanya,
" sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"
"Kenapa?" pantas saya bertanya.
" Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakansegala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun keranatelah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "kenapa?" Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlakucurang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam."
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugasdiluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungansulitdengan beberapa lelaki.
"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri,racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nakmembantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanyaitu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. " Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu." Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepalapun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan sajadia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."
" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik.
" Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakanilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengansuara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terusmemujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepasitu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebihbaik. Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggaldengan mudah.
" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Takada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelassaya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin(salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinyasudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali,dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."Namun demikian, kata Arifin, lendir dannanah busuk masih lagi mengalirdaripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
ada 1 cerita menurut Nabi Muhamad yg pernah bersabda "jika Allah membenarkan seseorang itu menyembah pada manusia,maka aku akan menyuruh isteri menyembah pada suaminya" (if i'm not mistaken la..lebih kurg mcm ni ayat dia).
dlm islam,suami diletakkan di darjat yang tertinggi..tanggungjawabnya berat..hormatilah mereka..
Saya rase kalo sayer berada di kedudukan arifin(Insya-Allah dijauhkan) saya tidak mungkin akan memberikan kemaafan kepada isteri yang curang sehingga sanggup menyerahkan kehormatan kepada lelaki lain bahkan on the spot saya jatuhkan talak tiga . ....Bukan aper, mane-maner lelaki dalam dunia inipun jika dier dapat tau isteri yang disayangi, dilindungi dan dicintai memberikan yang "itu' kepada jantan lain...,bermula dari hari itu jiwanya tidak akan tenteram kecuali dia melepaskan isteri curangnya itu dari hidupnya.
Mengucapkan selamat tinggal bukan bererti mengalah dengan hidup, tetapi mengucapkan hai dan helo kepada peluang di kehidupan mendatang.
ada 1 cerita menurut Nabi Muhamad yg pernah bersabda "jika Allah membenarkan seseorang itu menyembah pada manusia,maka aku akan menyuruh isteri menyembah pada suaminya" (if i'm not mistaken la..lebih kurg mcm ni ayat dia).
dlm islam,suami diletakkan di darjat yang tertinggi..tanggungjawabnya berat..hormatilah mereka..
AKU NIE KAUM SUAMI...SO AKU NAK TANYA AKU PERNA TGK KISAH BENAR DAN DRAMA.... ADA SUAMI SURUH ISTERI MINUM ARAK DAN JUAH TUBUH(PELACUR) SO ADAKAH SUAMI MCM INI KENA HORMAT.......TP ZAMAMN SEKARANG SI ISTERI TAK BERAPA HORMATSUAMI CONTOHNYA...KELUAR UMAH TAK BAGI TAHU SUAMI...KELUAR MKN BERSAM KAWAN LELAKI SEMASA KERJA TANPA PENGETAHUAN LAKI...SO APA PENDAT ENGKAU ORG SEMUA.
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
pusing2 crite pon jwpn nye semua nye tu terletak pada diri memasing..baik lelaki mahu pun perempuan..tu pasal jgn jd cam lalang..ditolak ke kanan ikut ke kanan..ditolak ke kiri ikut ke kiri..pastu akar nye pun x kuat..xyah la nk blame salah sesape..tu semua nye alasan nk cover diri..
isk3 kotornye pompuan tuh..huhu..NAUZUBILLAH... ermm tol tuh..xleyh nk blame sesape..kne jage dri msg2... cmne nk tau org tu baik ke x eh??bukan nye leh bace ati org cm bace komik
memang sedih cerita nie dan banyak pengajarannya... Jadi kiata yang masih hidup nie ambil iktibar...apa yang boleh kita buat adalah titipkan doa utk Allahyarham supaya dosanya dapat diampuni Allah Yang Maha Pengampun....
Setiap dosa ada balasannya di dunia ataupun akhirat....Tunggu.......
masaallah inilah yang dikatakan azab ALLAH SWT.....didunia pun sudah diperlihatkanNYA..tapi masih lagi kaum hawa khususnya para isteri2 masih ada yg berani melakukanya lagi..ingatlah wahai isteri2 sekalian...
sungguh busuk perlakuan tidak bermoral tuuu.....errr... haku haram tak bace pon.... pe kesahnya nih...??? tuan tanah yg post kasi koling haku tolong story sket....
sedihlar...huhu.. tp dulu masa sy praktikal dulu pun ada jugak jmpa kes mcm ni... cite dia mcm ni...aunty tu tinggal kat depan bilik sy... masa tu sy dah terdesak nak cr bilik sewa... so, sy ambil je bilik 2...kebetulan bilik sy depan bilik aunty tu... aunty tu baik lar.. tp yang sy hairan,kenapa ada 2 org lelaki yang macam bergilir2 masuk bilik dia.. maksud sy, bila sorang ada...sorang xda... cuma 2 je...xda 3,4,5,6 atau yang lain... so,sy confius skit lar....jd,sy tanya kakak yang sebelah bilik tu.. yang mana 1 suami dia... pastu kakak tu bagitau lar...suami dia yang gemok2... sy yang bz body ni tanya lagi lar... apek cina yang slalu dtg tu sape...?? kakak tu ckp skandal aunty tu.. so,sy fhm la skit2.... hehe... tp lepas bbrapa minggu sy heran,laki dia dok kat luar tp apek tu kat dlm.. x ke laki dia rasa jealous atau sakit ati tgk isteri dia dgn org lain depan2 mata dia lagi tu... aku x puas ati aku tanya kat kakak sebelah tu.. kakak sebelah tu dah lama tinggal kat tmpat tu n tahu byk cerita org kat sana.. last2 baru kakak tu bgtau yang suami aunty tu dah aunty tu guna-gunakan... sebab tu suami dia mcm org bodo je bila dia ada laki lain... cara dia buat suami dia tu sama lar mcm cara niza buat suami dia... kesian tol sy tgk suami aunty tu...dia baik dan slalu bg mknan laut kat kami sebab suami dia keje laut... tp sy x mkn lar...hehe.. x brani n alah pada seafud... skrg sy dah chow dr tempat tu...x tak tahu lagi perkembangan diaorang..