Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah 3 ekor PONTIANAK...


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
Kisah 3 ekor PONTIANAK...


Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri
mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba
membuktikan kehebatan masing-masing.


Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar
gigi Pontianak A.


Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.


Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat
kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan
setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.


Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.


Se jurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari
Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok
tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah
pada keseluruhan muka pontianak tersebut.


Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...


__________________
jangan menyampah merata-rata...! wachaaaa!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard