> antara intipati syarahannya secara ringkas:- > > 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, > beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian > membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam > menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap > garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. > > Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, > tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah > kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong > proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of > digestion. > > Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg > diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama > dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan > yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. > > Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah > penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, > dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah > dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang > sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. > > 2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali > untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang > memproseskan makanan itu. > > 3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum > makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat > perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan > racun akan musnah dari sumber makanan itu. > > Cara Rasulullah minum. > > Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang > menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan > bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, > lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan > bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita > hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila > bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, > menyebabkan minuman itu menjadi acidic. > > Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. > > Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa > Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan > merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? > > Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg > dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, > berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. > > Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel > ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit > sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan > hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum > berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah > kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan > itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan > virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan > virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 > kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu > hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV > itu. > > Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. > Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi > yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. > > Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi > (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh > para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya > Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat > persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, > equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, > seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak > yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam > besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran > keempat-empat Imam tersebut. > > Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.