Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur.
wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
nasib baik AKU ADA AKALL.. yang aku tak stuju ni.. janganlar btol2 anggap girls takder akal langsung.. bukan semua pompuan bongok dan bukan semua juga lelaki bongok.. bukan semua pompuan berakal same jgak ngan laki. ni yg tak adil ni 1/10 jer akal bagimarks kat pompuan?? wehhh.. teori ape ni tak dapat stuju aku. dahlah teori atom pun aku tak dpat trima ni lagi. Tuhan menciptakan manusia dengan akal yg sama rata..
so sikit perbandingan aku nak bagi
dosa2/jenayah lelaki: membunuh, menculik, merogol, kurang di universiti, kacau2 pompuan bagik pompuan rosak dan pengaruh. pecah umah.rompak bank. jual dadah. rokok menyebabkan pompuan pun nak merokok serta dadah2 nya skali sampai mengedarkannya. x semua prempuan tak berakal tau............ni yg sedeyh ni... terhina pulak dosa2/jenayah prpmn: membunuh memang ada gak.. mencuri tu pun ade jgak..tapi jarangar.. biasanyer.. kebodohan prmpn di bodohkan lelaki menjualkan diri aper itu tak benerr.. ader bnyk kes istri dipaksa jadik placur.. pokoknyer.. pasal jenayah pecah umah semua ni pompuan tak arr buat cenggitu paling bnyk pun lelaki jugak..
walauapapun ego lelaki tetap ego lelaki... :(( ikut jerr... hormat jerr... ciptaan jantina pertama pa bleyh kiter bwatt
conclusion is.. takyah bandingkan jantina.. all manusia sama jerr... dosa pun serata. sumer x sempurna..