Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: isu sensai rosnah mat aris(memo utk TV3)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
isu sensai rosnah mat aris(memo utk TV3)


6 Februari 2007
17 Muharam 1428

Kepada :
Y.Bhg. Dato’ Ahmad Farid Ridzuan
Ketua Pegawai Eksekutif,
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3),
Sri Pentas, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya.


Y.Bhg. Dato’;

MEMORANDUM MEMBANTAH PROGRAM RANCANGAN SENSASI PADA HARI RABU 30 JANUARI 2007 : ROSNAH MAT ARIS YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan sebesar-besar kekesalan di atas sikap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang menyiarkan rancangan Sensasi pada 30 Januari 2007 yang lalu. Rancangan Sensasi tersebut mengetengahkan seorang artis (Rosnah Mat Aris), menyindir dan menghina peribadi Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda. DPP Pusat berpendapat isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah sebesar-besar jenayah dalam Islam dan tidak wajar diucapkan oleh mulut seorang yang mengaku sebagai umat Islam.

Sepatutnya menjadi tanggungjawab utama Umat Islam membela agama dan Nabi Muhammad SAW dari penghinaan. DPP Pusat menegaskan menghina atau menyindir dengan maksud merendah-rendahkan peribadi Nabi Muhammad SAW dan keluarganya akan menyebabkan tergelincirnya akidah umat Islam. Tidak cukupkah selama ini Barat telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui lakaran kartun suatu ketika dahulu, hendak menambah parahkan lagi luka dan kemarahan umat Islam hari ini?

Justeru itu DPP Pusat menuntut TV3 mengambil beberapa tindakan drastik dan segera bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang:-

1. Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Ahmad Farid Ridzuan mesti mengambil bertanggungjawab di atas perkara ini, meminta maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan di atas kesalahan yang beliau lakukan.

2. Artis tersebut (Rosnah Mat Aris) hendaklah digam dari TV3 dan mana-mana Stesen Televisyen. Ini adalah suatu pengajaran yang keras yang beliau perlu terima hasil dari keceluparan beliau.

3. Permohonan maaf beliau masih belum cukup memadamkan luka umat Islam. Beliau wajib bertaubat, menyesal, beristighfar dan berubah dengan serta merta. Tidak ada gunanya menyatakan kekesalan tetapi akhlak dan imej masih belum berubah sebagai seorang Islam yang sebenar.

4. TV3 hendaklah menghentikan sebarang rancangan yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan rakyat di negara ini. Rancangan seperti Sensasi hanya melalaikan dan merosakkan akhlak dan minda masyarakat terutama umat Islam.

5. TV3 mesti mengurangkan rancangan hiburan dan menggantikan dengan rancangan yang lebih membina masyarakat. Rancangan hiburan di TV3 pada hari ini sudah terlalu banyak, sangat kerap dan sangat keterlaluan.

6. TV3 perlu lebih berhati-hati di masa akan datang. Sebarang rancangan berbentuk live (secara langsung) seperti Rancangan Sensasi hendaklah ditapis dan disaring terlebih dahulu agar artis-artis yang ditonjolkan ialah dari golongan yang diterima dalam masyarakat serta tidak menimbulkan kontroversi.


Akhir sekali, DPP Pusat mendesak dan menuntut agar TV3 segera bertindak dalam menjaga etika penyiarannya. Hormatilah sensitiviti umat Islam di Malaysia yang masih cintakan agamanya. Jangan kerana hendak menjaga populariti dan mengikut selera segelintir masyarakat di negara ini, TV3 sanggup menggadaikan prinsip, akidah dan akhlak umat Islam.

DPP Pusat juga memberi amaran bahawa umat Islam di Malaysia tidak teragak-agak untuk bertindak lebih tegas termasuk memboikot TV3 sekiranya TV3 masih tidak berubah dan berlaku perkara yang seumpama ini di masa akan datang..


Yang benar,


HAJI IDRIS HAJI AHMAD
TIMBALAN KETUA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

~~~
hmm..
p/s:sumber..webkl.net


__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

oooooooo ni kes rosnah mat aris tu ek...ooooooo phia..rosnah mat aris tu dahpun insaffffff..cuba nko selak balik muka surat sebelum nih..berkajang2 surat mintak maaf dah dibuatnya..tu tanda beliau tu benar2 insaffffff le tuh...dan namapun dah tukar, malam dia jadi rostam, siang plak jadi rossalinda di ammor. skang dia tak jadi artis tapi kerja di restoran insaffffffff

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

nak wat camne wulan klu dorang x trima insafffffffff aku ni.
pasni tepaksa la aku bwk diri merantau ke benua kutub somalia lak wat SENSASI kat sana.
jom join together-gether

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

x kire..aku nk ban ko gak rosenah mat aris ariwatan..pegi la kt kutub somalia nun..bia beruang2 kt kutub nun je dpt menemani dirimu dikala sunyi...

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

hmm..kalo dulu sarawak tribune tunjuk gamba menghina nabi kena henti..nape rosnah mat aris tuh leh kena maap camtuh aje..tv3 pun berenti kanlah rancangan sensasi tuh...mcm kat atas tuh..

4. TV3 hendaklah menghentikan sebarang rancangan yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan rakyat di negara ini. Rancangan seperti Sensasi hanya melalaikan dan merosakkan akhlak dan minda masyarakat terutama umat Islam.

5. TV3 mesti mengurangkan rancangan hiburan dan menggantikan dengan rancangan yang lebih membina masyarakat. Rancangan hiburan di TV3 pada hari ini sudah terlalu banyak, sangat kerap dan sangat keterlaluan.


p/s:apa yg aku tulis nih xde kena mengena ngan negeri ok..

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

hai rose rose knape ko nie nak mulut celopar betul klu setakat selipar jepun tuh boleh lah lagi....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

eh!!rosnah mat aris??ape tu??org ker??eeee aku x knal lar
isskkkkkkkk lihatlah betapa x feymes n popularnye minah yg bername rosnah mat ris tu...
(jijik tul pelakuan dia)

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Bg aku plk, sape la kite ni nk hukum makcik rosnah tu. Sedangkan nabi ampunkan umat.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard