Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Masjid al-Aqsa Diancam Zionis Kristian..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
Masjid al-Aqsa Diancam Zionis Kristian..


Ketika umat Islam sedunia memuncak berang terhadap usaha Rejim Zionis merobohkan sebahagian daripada pintu Magharibah, Rejim Zionis telah membuat helah. Usaha merobohkan pintu tersebut dan juga ruang jalan menuju ke pintu berkenaan dianggap sebagai usaha menyelamatkan keadaan.

Menurut dakwaan mereka, kawasan pejalan tersebut telah retak dan ditakuti akan roboh. Mereka juga menempelak kaum muslimin yang didakwanya sebagai emosional dan tidak rasional. Malang sekali bagi mereka apabila seorang pakar geologi Yahudi di Israel, Meir Ben Dove telah mendedahkan makar sebenar rejim berkenaan.

Di dalam laporan oleh akhbar Haarezt berbahasa Yahudi di Israel beberapa hari selepas peristiwa pintu Magharibah, Ben Dove telah membentangkan perkara tersebut di dalam satu mesyuarat khas di knesset Rejim. Beliau yang juga merupakan penulis buku "In the Shadow of the Temple" dengan tegas mendedahkan makar pihak yang bertanggungjawab di sebalik usaha perobohan berkenaan. Tujuan utama mereka menurut Ben Dove, adalah untuk membina kawasan sembahyang untuk wanita Yahudi di Tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa (Tembok Meratap). Usaha berkenaan juga bertujuan untuk menukarkan kawasan solat kaum Muslimin kepada tempat ibadat kaum Yahudi.


Langkah Rejim Zionis ini bukanlah baru. Tujuan segala usaha dan kerja mereka berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat. Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash. Sedikit demi sedikit usaha yang mereka lakukan akan berakhir dengan pembinaan kuil tersebut. Semenjak tahun 1967 lagi usaha tersebut telah berjalan. Bemula dengan perampasan tembok barat masjid yang ditukarkan menjadi "Kotel" ataupun tembok meratap, sehinggalah kepada apa yang berlaku hari ini. Menurut Grase Halsell di dalam artikel beliau "The Hidden Hand of the Temple Mount Faithful", dari tahun 1967 sehingga tahun 1990 sahaja, lebih kurang 100 kali percubaan menceroboh masjid al-Aqsa oleh tentera Rejim yang bersenjata telah berlaku.

Dari tahun 1967 juga sehingga kini, Rejim juga bertanggungjawab menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa. Di samping usaha ke atas masjid, mereka juga telah berusaha mengYahudikan kawasan kota lama Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Selain daripada merobohkan rumah-rumah warga Palestin, mereka juga telah membina penempatan-penempatan Yahudi di dalam kota berkenaan.

Tujuan segala usaha dan kerja rejim Zionis berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat.

Di dalam buku "al-Aqsa di dalam Bahaya", penulisnya Maszlee Malik telah membawakan artikel-artikel mengenai usaha Rejim Zionis dan juga puak pelampau Yahudi untuk merobohkan masjid. Semua onar tersebut dijalankan secara tersusun, perlahan dan penuh strategi. Perampasan tembok Buraq (tembok meratap), perampasan kawasan penempatan kaum Muslimin di Magharebah, pembinaan lapangan kotel, penggalian terowong, pembinaan muzium di bawah masjid, pembinaan kuil Yahudi di dawah masjid, pengusiran rakyat Palestin dari kota lama Baitul Maqdis, perisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu kota abadi dan 1001 lagi usaha mereka untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dikemukan di dalam buku tersebut.

Di dalam buku "Christian Zionism: Road-map to Armagedon", penulisnya, Stephen Sizer telah membawa dimensi yang menarik. Jika ramai yang marahkan kaum Yahudi Zionis di atas usaha jahat mereka, beliau pula menyalahkan kaum Kristian Zionis. Di dalam thesis PhD beliau yang kemudiannya dicetak menjadi buku tersebut, beliau telah membawa bukti-bukti yang menyokong pendapatnya. Peranan International Church Embassy Jerusalem (ICJ), Christian Friends of Israel (CFI), Jewish for Jesus (JFJ), Church's Ministry among Jewish People (CMJ), gereja Evengelist, tokoh-tokoh mereka seperti Jerry Falwell, Pat Robertson, Hal Lindsey, ahli-ahli politik seperti Ronald Reagen, Bush dan lain-lain lagi di dalam menyokong Rejim Zionis dan usaha mereka telah didedahkan.

Usaha berterusan bantuan dari kumpulan-kumpulan tersebut untuk usaha membina kuil pun telah didedahkan secara terperinci dengan bukti-bukti yang kukuh. Menariknya, kesemua bukti-bukti tersebut bukanlah sesuatu yang dirahsiakan. Samada ianya di dalam bentuk penulisan seperti karya-karya Lindsey, LaHaye, ataupun di dalam majalah-majalah mereka, ataupun melalui program-program dan ceramah-ceramah di Televisyen Kristian di AS, kesemuanya bukanlah rahsia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah kepentingan kaum Kristian di sebalik pembinaan kuil "Haychal" tersebut. Bukankah Kristian lebih mementingkan gereja. Tidak cukupkah gereja "Nativity" di Baitul Maqdis yang dianggap sebagai salah satu tempat suci mereka?

Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash.

Bagi mereka yang mempunyai persoalan sedemikian rupa, mereka masih belum mengenali siapakah Zionis Kristian ini. Di dalam buku Sizer, sepertimana juga di dalam tulisan-tulisan Micheal Prior dan juga Dan Sherbok, beliau telah memperkenalkan siapakah golongan Zionis Kristian. Mereka adalah sekumpulan penganut agama Kristian dari mazhab "Protestant". Mereka mempunyai aqidah "Doomsday" yang begitu diimani sehingga membezakan mereka dari mazhab-mazhab Kristian yang lain. Aqidah inilah yang telah membawa kaum Yahudi ke Palestin. Aqidah ini jugalah yang telah menubuhkan negara "Israel". Aqidah inilah yang telah mencorakkan dasar luar AS sejak dari penubuhan negara "Israel". Aqidah ini jugalah yang telah mencorakkan politik di Timur Tengah. Apakah aqidah tersebut?

Mereka beriman bahawa menjelang hari kiamat, Jesus (Nabi Isa A.S.) akan muncul ke bumi ini. Beliau akan membunuh Anti-Christ dan akan membawa keamanan kepada dunia selama seribu tahun (The Happy Milleneum). Beliau juga akan mengkristiankan semua penduduk dunia. Namun, kedatangan beliau mempunyai syarat-syarat. Syarat pertama, Kaum Yahudi hendaklah berkumpul di bumi Palestin untuk membina negara mereka. Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: “Unto thy seed will I give this land” (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.

Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah” yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: “All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever” (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.

Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)

Penubuhan negara tersebut tidak akan lengkap tanpa pembinaan kuil (Haychal) sepertimana ianya wujud di zaman Jesus dahulu. Sesudah itu mereka meramalkan peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi dan kaum Arab (Muslim). Peperangan besar tersebut dinamakan sebagai "Armagedon". Menurut aqidah mereka, kaum Yahudilah yang akan memenangi peperangan tersebut. Pada waktu itulah Jesus akan turun ke bumi dan akan mengKristiankan bangsa Yahudi. Selepas itu berlakukah keamanan dan kasih sayang di dunia selama seribu tahun.

Kegilaan untuk merealisasikan aqidah ini bukanlah sesuatu yang rahsia. Bagi golongan Evangelist di AS, ianya menjadi misi "suci" mereka. Micheal Prior di dalam bukunya "Speaking The Truth" telah mendedahkan rancangan kumpulan tersebut. Evangelist tidak bersendirian, gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai misi Zionis seperti mereka turut bersikap pro-aktif. Selain daripada menguasai polisi luar AS terhadap rantau Asia Barat, mereka juga menyalurkan dana yang banyak kepada Rejim Zionis Israel untuk tujuan mengYahudikan Baitul Maqdis dan merobohkan Masjid al-Aqsa. Hubungan rapat kumpulan-kumpulan Zionis Kristian dengan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi di Baitul Maqdis bukanlah rahsia. Hal yang sama telah disinggung oleh Dan Sherbok penulis buku "The Politics of Apocalypse".

Walaupun Rejim Zionis tahu bahaya yang akan timbul jika mereka melakukan sesuatu ke atas Masjid al-Aqsa, namun sokongan dan juga dana yang mereka terima dari kumpulan-kumpulan Zionis Kristian mengaburi itu semua. Pendokong-pendokong Zionis Kristian yang berjumlah lebih 100 juta di seluruh dunia itu dianggarkan akan menjadi sumber pelancongan yang amat lumayan bagi negara Rejim. Di atas dasar inilah mereka berterusan dengan polisi menindas kaum Arab Palestin agar meninggalkan kota Baitul Maqdis. Jika terbinanya kuil nanti, Rejim menjangkakan hasil dari pelancongan dan bantuan dari para penganut faham Zionis Kristian akan datang mencurah-curah.

Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang lalu ?

Penggalian di bawah pintu al-Magharibeh dan juga pemusnahan jalan menuju ke pintu tersebut juga adalah sebahagian dari konspirasi ini. Rejim Zionis yang telah melakukan usaha secara perlahan tetapi berterusan amat licik di dalam memastikan perancangan mereka berjalan lancar. Semenjak tahun 1967 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Peristiwa pintu Magharibeh ini hanyalah sebahagian daripada usaha-usaha mereka yang terdahulu. Penggalian terowong di bawah masjid, keretakan tembok masjid, perampasan tembok Buraq yang ditukarkan menjadi tembok meratap. Pembinaan muzium dan juga synagogue (tempat ibadat Yahudi) di lapis bawah masjid, proses membina penempatan Yahudi di Kota lama Baitul Maqdis, usaha merampas tanah umat Islam dan perobohan kawasan penempatan Arab. Perluasan kawasan tembok meratap, percubaan meletupkan al-Aqsa dan lain-lain usaha lagi. Kesemuanya menjurus kepada satu matlamat, iaitu untuk merobohkan masjid dan membina kuil. Lesemuanya adalah untuk menyambut "kedatangan Jesus". Kesemuanya merupakan usaha jahat kumpulan Zionis Kristian dengan usahasama Rejim Zionis Yahudi dan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi.

Persoalannya, ke manakah umat Islam dan para pemimpin negara-negara Islam. Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang berbunyi seperti berikut:

"The Heads of State or Government, as the leaders of the Islamic Ummah,reaffirmed the centrality of the cause of Al-Quds Al-Sharif and Palestine to the entire Ummah. They reaffirmed that, as the first Qiblah and the third holy sanctuary, Al-Haram Al-Sharif and Al-Quds Al-Sharif, as blessed by God, shall forever remain Islamic. They stressed the necessity for Al-Quds Al-Sharif and its holy places to be under Palestinian sovereignty, paving the way for true freedom of worship by the believers of all three monotheistic religions and for a genuine reconciliation and lasting peace in the Middle East region".

Dan kemudiannya di para ketujuh dinyatakan:

" The Heads of State or Government reaffirmed their commitment to ensuring the sanctity, dignity and Islamic nature of Al-Haram Al-Sharif and striving for the sovereignty of Al-Quds Al-Sharif as the capital of the State of Palestine".

Apakah para pemimpin umat Islam hanya mampu "mengutuk" dan "menyuarakan bantahan" semata-mata?

Bilakah agaknya segala kutukan dan suara tersebut boleh diterjemahkan kepada tindakan?

Atau, mungkin para pemimpin negara OIC perlu belajar daripada kumpulan-kumpulan Zionis Kristian bagaimana cara bertindak?

Apakah di kala itu nanti, Masjid al-Aqsa hanya menjadi sejarah yang hanya akan dikenang lewat gambar-gambar di waktu silam?

Apakah juga, mungkin anak-cucu kita akan melaknati kita kerana kelembapan umat Islam pada abad ini untuk mempertahankan Masjid ketiga suci, kiblat pertama dan juga bumi Israk dan Mikraj Rasulullah SAW?

Segalanya di tangan kita! "

 

*bukan semua mazhab kristian yang menyokong zionis. ada yang menentang ideology zionis yang diserapkan dalam mazhab protestant.
.

penulis artikel adalah Maszlee Malik


webkl.net..kat utusan pun bleh jumpa.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

org kristian nie dah makin licik jadi berhati hatilah kite supaya x hilang tujuan dek kelicikan kaum nasrani ni...jgn kite sesekali lupekan kiblat kite n kitab kite...

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard