Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kecantikan lelaki & Kegagahan wanita


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
Kecantikan lelaki & Kegagahan wanita


Kecantikan Lelaki.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik, adalah :-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah, adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


__________________
jangan menyampah merata-rata...! wachaaaa!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

ishk ishk ishk sedih aku bace sensunguhnyha nabi ku nabi MUHAMMAD S.A.W adlah semulia mulia manusia yang dicipta oleh ALLH S.W.T

ALLAHUMA SOLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
RE: Kecantikan lelaki & Kegagahan wanita


minah rempit, kau ade ke ciri2 wanita gagah ni.....? nama 'rempit' pun dah rase lain macam kerna merempit bukan salah satu ciri2 wanita gagah !!

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard