Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin meningkat amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat, sekarang ni semakin rajin mencecah dahi ke sejadah.
Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat. Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima, 1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3 lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.
Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang langsung? Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi dalam neraka. Anyway mari kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, apakah 7 peringkat sembahyang ini:-
1. Sembahyang orang jahil Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu. Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang.
2. Sembahyang orang lalai Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri........selesai. Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.
3. Sembahyang bukan kerana Allah Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab yang lain. Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal dengan bersungguh-sungguh kerana ALLAH swt
4. Sembahyang orang mujahadah Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu. Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak beristighfar dan perbaiki lagi amalan ibadahnya.
5. Sembahyang orang soleh Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya. Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
6. Sembahyang para wali Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya. Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat dan rahmat bersembahyang yang tidak terucap juga akan dapat dirasai.
7. Sembahyang para nabi dan rasul Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah swt, tak dapat tergambar keindahan dan kenikmatannya.