Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah cinta rahsia wanita melayu murtad


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
Kisah cinta rahsia wanita melayu murtad


Subject: *INGATAN* Kisah Cinta Rahsia Wanita Melayu Murtad
islah-net] Kisah Cinta Rahsia Wanita Melayu Murtad BPPNS Thu, 03 Aug
2006 02:48:29 -0700 Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web
sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan kehidupan orang-orang
Melayu yang murtad di Malaysia.
  Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta  Disiarkan pada 28/06/2006
hare_a_secret_love/
   Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada  kebebasan
seks, yang membentuk realiti harian satu  pertiga dunia penganut
Anglican. Wanita Melayu yang  masuk Kristian terpaksa hidup  dalam dua
alam. KATRIN  ARNHOLZ menemuramah salah
seoarang daripada mereka.    Dibawah gambar Kamariah
(bukan nama sebenar) pada kad  pengenalannya dinyatakan bangsa.
Dibawahnya jantina,  dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita
berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi  dengan senyuman
lebar adalah seorang Kristian. Dia  datang dari kumpulan bangsa yang
terbesar di Malaysia  - iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa
Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang
Melayu adalah Islam menurut definisi. "Seorang Melayu ialah Islam.
Noktah,"
katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah
masyarakat jika mereka masuk Kristian.    Seorang
lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka  keluar Islam ialah pelayar
terkenal, Azhar Mansor,  pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam
tempoh  190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama  layarnya patah
di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).
Walaubagaimanapun dia berjaya
  sampai ke Kepulauan  Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang
berlaku  antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah  spekulasi. Di
internet ramai orang Islam  tertanya-tanya samada Mansor - yang tidak
lagi menetap  di Malaysia - benar-benar keluar dari Islam. Dan  banyak
juga perbincangan di kalangan orang Kristian.  Menurut versi cerita
Kamariah, Mansor hampir lemas di  laut, diselamatkan oleh ikan
lumba-lumba, dan kemudian  muncul Jesus.     Lina Joy
tidak bermaksud untuk menjadi terkenal  apabila dia meminta secara rasmi
untuk keluar Islam  pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari
Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan  Pendaftaran Negara
menolak untuk membuang perkataan  'Islam' pada kad pengenalannya.
Keputusan tersebut,  bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,
tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah - mahkamah di Malaysia yang
mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi
Lina Joy ialah apabila hakim  berkata , ' Memandangkan plaintif  seorang
Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam  sehinggalah dia
mati'.    Dia telah banyak kali merayu keputusan
tersebut, dan  rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah  Tinggi
Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan  ditentukan samada Mahkamah
Syariah mempunyai kuasa  perundangan terhadap mereka yang ingin keluar
dari  Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan  Malaysia)
menjanjikan kebebasan beragama.
"Benar untuk  agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin
keluar dari Islam". Kata Kamariah
lagi.    Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia
34 tahun  adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja
antarabangsa. " Ramai orang Melayu Kristian  menyembunyikan diri dan
berjumpa secara rahsia", menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan
sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan
perrniagaan pengurusan perkahwinan.
Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya :
  ianya  termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma.
Khidmat  nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam
Bible. Kamariah telah mengadakan  perundingan dengan pihak berkuasa yang
berkaitan -
dan  ianya telah diluluskan.    Kad pengenalan orang
Islam yang keluar Islam menjadi  masalah bila mereka hendak berkahwin,
kerana menurut  hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang
Islam yang lain.
  "Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang
Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam", menurut
wanita muda tadi. "Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam
diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan
terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak
akan berlaku  tanpa masalah." Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan
untuk memenjarakan saya", kata Kamariah.
Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar
kad pengenalannya,  dan dia  hidup - seperti kebanyakan yang belum
berkahwin di  Malaysia - bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka
tidak tahu anak mereka seorang Kristian. "Di sini saya  harus
berhati-hati dengan siapa saya bercakap",  menurut Kamariah. "Ada orang
Melayu yang toleran  tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan
menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka  tidak melaporkannya,
kemudian mereka akan berfikir  mereka bersubahat untuk melindungi saya -
dan itu  adalah tidak baik dalam Islam."    Kamariah
masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua  tahun menjalinkan hubungan
dengan seorang Cina  Kristian.
"Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai  hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan
saya adalah jauh,  tidak boleh dicapai," katanya lagi. "Doa dia dijawab.
Doa saya tidak." Jadi Kamariah pada satu hari  menyerahkan dirinya
kepada Jesus. Sejak itu banyak  telah berubah.
Walaupun dia tidak bercakap mengenai  Kristian dengan ibu bapanya, dia
bersembahyang di  rumah. "Tiba-tiba  emak saya menanggalkan hiasan ayat
Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga",  katanya riang.
Satu hari, dia berharap, dia tidak  perlu lagi menyembunyikan
kepercayaannya. "Saya harap  lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke
tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu
akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.


__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:


Nauzubillah....

Minta dijauhkan diri kita dari jadi macam tu.......dunia2.....

harap Tuhan bukakan kembali pintu hati diaorang supaya terima Islam balik....

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 202
Date:

hmmm.. ini aku nak nasihat sikit pada orang pompuan nih.. korang jangan le memandai2 nak bercinta ngan orang bukan Islam nih.. nak berkawan buleh tp jangan terlalu rapat.. kalo korang dah jatuh cinta sangat, bagi dia tempoh dalam setengah tahun utk mempelajari Islam.. kalo dah abis tempoh tu takde usaha jugak, nampak sangat la diorang ni ada niat tersembunyi..

ada gak kes aku dengar..muslimah2 ni bercinta ngan orang bukan Islam..dah dekat lima tahun tak kawin2 lagi.. sebb mamat tu taknak belajar Islam.. apa nak jadi lahh.. belajar la dari kes2 macam nih..

kan ramai lagi laki2 Melayu Islam yang segak bergaya dan ayu kat luar ni??.. ini pantang tengok laki2 mata sipit dan kulit putih, terus teringat pelakon citer Korea... bila tengok laki2 kulit gelap dan berbulu dada lebat, terus teringat John Abraham.. udah2 lah tu..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah,
kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah mendapat balasan cintaNya,
kerana seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Kecintaan Allah berakhir dengan bahagia dan tenang tika di dunia lagi.
Di akhirat, dijaminkan pula kebahagiaan yang abadi.
Begitulah istimewanya insan yang mencintai Allah Yang Maha Pencipta.
Semoga akulah orang itu.


__________________
"Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:

nak tya skit,
yg psl DATO' AZHAR MANSOR 2 BTL KE?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

yang pasal dato tu....

hari tu masa sembahyang jumaat ada la satu imam kat tempat aku,dia telah mengconfirm kannya.................

kebenarannya aku pun x tau la.........

cuba rujuk ngan mister rie..............dukun dan pawang segala benda......




__________________
~apa ada pada nama~


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

jgn lalai ngan dunai semata mata....

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

betul tu.....betul

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ramai pompuan melayu murtad coz CINTA..ada apa dgn CINTA???
moga2 aku dijauhkan dr CINTA dosa ini..Amin

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Sajer nak nambah lagik....

Islam membenarkan kawen campur tak kira laki atau pempuan.... pendapat haku lak, kalo lelaki yg kawen ngan bangsa asing haku tak kisah, sebab lelaki akan menjadi ketua kluarga dan lelaki atau suami yg akan membawak sesebuah keluarga itu ke jalan yg di redhai... suami jugak menjadi pembimbing kpd anak is3.... kalo pempuan islam kawen ngan bangsa asing plak, haku kurang setuju tambah lak kalo pasal cintan cintun nih..... kecuali org pempuan yg berkahwin dgn muallaf yg convert kpd islam atas rela dirinya sendri... haku rasa nie lagi baik sebab biasanya lelaki yg convert derang biasanya akan mengkaji dahulu agama Islam itu. So, mereka pada haku lebih baik dari Islam keturunan nih....

tapi berlaku jugak pekara2 yg mana suami cam hamjadah is3 plak teramat solehah...!! dalam kes2 yg cenggini, mungkin Allah swt memberikan ujian kpd is3 atau pun panduan kpd suami supaya melihat akan kesolehahnya seorang is3, kemudian si suami mengambil jalan positive. Iaitu membentuk kembali peribadi suami itu akibat sipat2 mahmudah yg di tunjukkan oleh is3 solehah tadi....

Haku kasi creta satu kisah masyarakat kat korang.... creta nie haku terbaca kat majalah... haku dah tak ingat majalah mana tapi majalah kluaran Maysia la.... ini mmg creta benar nie dan tadak unsur2 18sg.

Creta nie tejadi kat sebuah kluarga yg sederhana. Seblom tu baik haku XXkan siapa, diamana mereka nih. Sepasang suami is3 yg dah agak lanjut usia lebey kurang 50an dan derang ada anak yg dah pun bekerjaya. Semua anak2 derang nie tinggal berjauhan ngan parent derang. Masalah kat sini bukan anak2, tapi si suami tadi... dia nie nak kata jin haku rasa mungkin jin jugak la.... tipa kali si is3 baca Quran, suami tadi akan mencemuh dah tu siap maki lagi.... dan time tu jugak is3 tadi berdoa supaya suaminya berubah.... dan tiap2 malam si is3 nie tak putus2 solat hajat dan tahajut, pohon doa kat Allah swt supaya suaminnya berubah.... Segala perintah yg disuro oleh suami dia tu, dia tak penah bangkang kecuali melibatkan pekara2 maksiat.... lain semua dia ikut....!! dan dalam masa tu jugak is3 tak putus bersolat hajat...
Sehingga la bertaun2 lamanya usaha is3 nie, akhirnya Allah memberi rahmat kat suami dia.... Si suami berubah dan perubahan suami dia amat ketara.... menjadi amat soleh....!! Tiap2 malam mereka berdua akan bangun bertahajut besama2...!!

tu jer la pandangan majazi haku....



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard