Sumber : Resepi Keluarga TradisionalBahan-bahan1/2 biji buah nenas dicincang halus1 biji timun dicincang halus15 helai daun selasih dihirisSedikit garam, gula dan cukaBahan-bahan Tumbuk2 biji cili merahSegenggam kecil udang keringCara Membuatnya1. Atur hirisan nenas di atas pinggan.2. Kemudian diiringi pula dengan hirisan timun, daun selasih dan akhirnya masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.3. Hidangkan
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan10 pasang kaki ayam1/2 biji timun1 biji bawang besar10 helai daun pudina2 helai daun bawang1 sudu besar air limau1 sudu besar pati santan atau susu cairGaramCara Membuatnya1. Kaki ayam dikikis kulit yang bersisik. Dibuangkan tulangnya. Kemudian dihiris mengikut suka hati. Rebus hingga lembut.2. Timun, bawang besar, daun pudin dihiris halus dan gaulkan dengan kaki ayam.3. Kemudian curahkan air limau dan pati santan sedikit-sedikit sambil digaul rata.4. Bagi yang sukakan pedas bolehlah tumbukkan sedikit cili padi dan gaulkan rata-rata.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan1 biji jantung pisang2 biji bawang besar1 biji kelapa4 biji cili merah2 biji asam limau nipis1 jemput udang keringGaram secukup rasaCara Membuatnya1. Jantung pisang dipotong halus-halus. Masukkan ke dalam kuali dan rendangkan seketika kira-kira 5 minit diatas api yang sederhana supaya kecut dan layu.2. 1/2 biji kelapa diambil santannya dan kemudian masakkan seketika pati santan tersebut.3. Baki 1/2 biji kelapa tadi digoreng tanpa minyak sehingga berwarna kuning. Setelah itu diangkat dan ketepikan.4. Bawang besar dimayang halus-halus. Cili merah ditumbuk sehingga lumat bersama udang kering dan kelapa goreng tadi.5. masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama jantung pisang serta bawang besr dan gaulkan hingga rata.6. Setelah itu perahkan asam limau dan tuangkan pati santan ke atasnya. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya.
7. Kemudian bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama nasi
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan10 kuntum bunga kantan2 ulas bawang merah2 sudu gula2 batang serai2 inci halia20 biji lada hitamSejemput udang kering1/2 biji kelapaSedikit asam jawa dan garamCara Membuatnya1. Bunga kantan dimayang halus.2. Bawang merah, halia, lada hitam dan udang digiling hingga lumat.3. Kelapa diparut dan gaulkan dengan asam jawa, garam, gula dan bahan-bahan yang telah digiling. Kemudian gaulkan dengan bunga kantan.4. Setelah disesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan.
Bahan-bahan1 biji jantung pisang2 ekor sotong1 biji bawang besar, didadu kasar1/2 biji nenas, dihiris kecil1 biji cili hijau, dihiris serong1 biji cili merah, dihiris serong100 ml pati santan1/2 kiub pati bilis1/2 sudu teh belacan, dihancurkan1 sudu teh perahan limauCara membuatnya1. Celur jantung pisang hingga empuk. Ambil bahagian tengahnya sahaja (bewarna putih). Ketepikan.2. Bersihkan sotong, potong bulat dan kukus hingga masak. Ketepikan.3. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidang bersama nasi.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan1 pinggan sederhana bunga betik muda1/2 biji kelapa5 ulas bawang merah10 biji cili padiSejemput ikan bilis atau udangSebelah limau nipisCara Membuatnya1. Bunga betik dicelur sampai empuk. Kemudian angkat.2. Kelapa diparut dan digoreng kekuningan dan ditumbuk.3. Kisar bawang merah, cili padi dan ikan bilis.4. Gaulkan bawang yang telah ditumbuk bersama kelapa dan bunga betik tadi.5. Perasakan dengan garam dan perahkan air asam limau tadi.6. Setelah itu bolehlah dihidangkan.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan2 biji buah bacang muda1/2 sudu teh lada hitam2 ulas bawang merah1/4 biji kelapa diambil santannyaGaramCara Membuatnya1. Hiris nipis buah bacang dan ramaskan dengan garam. Kemudian basuh serta toskan airnya.2. Lada hitam dan bawang merah ditumbuk hingga lumat sesudah itu gaulkan dengan buah bacang tadi.3. Tambahkan garam secukupnya dan tuangkan pati santan di atasnya.4. Sesudah itu boleh dihidangkan untuk dimakan bersama nasi.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan600 gm taugeh19 gm udang kering8 ulas bawang merah4 biji cili merah1 biji bawang besar (dimayang melintang)1/2 biji kelapa parutBelacan, cuka dan garamCara Membuatnya1. Taugeh dibuang ekornya, kemudian dicelur dengan air panas dan toskan.2. Kelapa parut digoreng hingga bewarna seakan-akan kekuningan dan angkat.3. Tumbuk cili merah tadi bersama-sama belacan, garam, udang kering dan tumbuk sekali dengan bawang merah.4. Apabila sudah bersatu semuanya barulah masukkan kelapa goreng tadi. Tumbuklah sehingga rata.5. Ambil taugeh yang dicelur tadi dan campurkan dengan kelapa tumbuk. Gaulkan sehingga semua bersatu.6. Bubuhlah cuka ikut suka hati kalau suka masam tambahlah cuka dan hidangkan.
Sumber : Resepi Keluarga TradisionalBahan-bahan300 g kulit ubi kayu1/4 biji kelapa (digoreng hingga kuning)3 ulas bawang merah3 biji cili merah1 biji asam limauUdang kering secukup rasaGaram secukup rasaCara Membuatnya1. Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya dan direbus hingga empuk. Bila telah empuk potonglah halus-halus.2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama-sama kelapa goreng.3. Sesudah itu gaulkan pada kulit ubi yang telah dipotong tadi.4. Setelah itu perahkan air asam limau dan tambahkan garam secukupnya.5. Jika anda suka boleh ditaburkan bawang besar serta cili merah yang telah dipotong ke atasnya sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan:Daun bebuas segar- bersihkan Cili padi dan cili merah - ikut pedas Kelapa parut putih Bawang besar - mayang Asam limau
1. Tumbuk cili dengan kelapa, perisakan dengan garam dan gula (kalau suka) dan gaul bersama bawang besar, daun bebuas dan perah limau nipis. 2. Sedap di makan dengan nasi panas dan pekasam goreng. cubalah untuk hidangan berbuka
banyaknya jenis kerabu ye..... zara paling suka makan kerabu mangga....makan macam tu je....orang makan dengan nasi kan??buat macam ulam..tapi zara tak suka coz tu akan menukar rasa nasi zara..zara tak suka campur makan benda masam dengan nasi....