Imam Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari menyeru dgn 10 kalimat. Bumi berkata :
1) Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku tetapi tempat kembalimu di dlm perutku. 2) Kamu melakukan maksiat di atasku dan kamu disiksa di dlm perutku. 3) Kamu bergurau di atasku tetapi kamu menangis di dlm perutku. 4) Kamu memakan makanan haram di atasku tetapi semua ulat-ulat akan memakan dagingmu di dlm perutku.
5) Kamu bergembira riang di atasku tetapi kamu akan merasa susah di dlm perutku. 6) Kamu mengumpulkan barang haram di atasku dan kamu akan hancur di dlm perutku. 7) Kamu sombong di atasku tetapi kamu menjadi hina dan remeh di dlm perutku. 8) Kamu berjalan dgn seronoknya di atasku tetapi kamu akan bersedih di dlm perutku. 9) Kamu berjalan di dlm cahaya di atasku tetapi kamu akan berada di dlm kegelapan yg gelap gelita di dlm perutku. 10) Kamu berjalan beramai-ramai di atasku tetapi kamu akan duduk bersendirian di dlm perutku.
Disebutkan di dlm Hadis bahawa kubur itu akan menyeru 3 kali pd setiap hari : 1) Aku adalah rumah terpencil, rumah binatang buas, rumah kala jengking dan rumah ular. 2) Aku adalah rumah yg gelap. 3) Aku adalah rumah ulat-ulat.
Diterangkan di dlm satu riwayat yg lain,bahawa kubur menyeru sebanyak 5 kali setiap hari : 1) Aku adalah rumah yg terpencil,maka hendaklah kamu membaca Al-Quran. 2) Aku adalah rumah yg gelap gelita,maka terangilah aku dgn solat malam (tahajud dsb). 3) Aku adalah rumah debu dan kotor maka bawalah amal soleh. 4) Aku adalah rumah ular berbisa, maka bawalah penawarnya iaitu “BISMILAHIR-RAHMANIR-RAHIM” dan cucuran air mata (kerana takutkan Allah swt). 5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan “Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di atasku (semasa hidupmu), agar kamu dapat memberikan jawapan kpdnya.
Hadis riwayat Bukhari-Nabi saw bersabda yg ertinya : “Apabila mayat itu sudah diletakkan (dlm usungan) dan dibawa oleh org-org lelaki di atas bahunya (ke kubur), maka apabila mayat itu termasuk org yg ahli melakukan amal soleh, ia mengucapkan : “Segerakanlah olehmu semua (membawa aku ke kubur)”. Tetapi apabila mayat itu ahli maksiat (suka engkar pd perintah Allah),maka ia mengatakan : “Aduh!Alangkah celakanya aku!Kemanakah kamu semua ingin membawa aku?”. Semuanya mendengar ucapan mayat ini kecuali manusia dan jin. Dan andaikata manusia mendengarnya, tentu pengsan”.
(dipetik drpd sebuah artikel)
__________________
'pandangan hati itu yg hakiki andai hati itu bersih...'