resepi ni memang korang x dpt kat tempat lain coz ini real2 ciptaan aku. aku suka makan kek batik ni tapi resepi yg aku dpt slalu kureng ngam dgn tekak aku. ha, ni kalo korang buat aku gerenti korang akan disayangi oleh pak ngah pembuat batu nesan kat kg jawa hatta dihargai oleh PIBG skulah anak jiran anda.
nah amek!
KEK BATIK
250 gram buttercup 1 cawan gula ( jangan penuh) 1 cawan air 3 botol serbuk koko 5-6 sudu milo 4 biji telur Sebungkus biskut merry ( ambil 3 baris sahaja )
CARA-CARANYA
Campurkan secawan air, secawan gula, serbuk koko dan milo. Kacau dan masak dengan api yang sederhana. Setelah sebati dan gula cair,
masukkan buttercup dan kacau lagi sehingga cair. Perlahankan api dan masukkan telur yang telah dikepuk terlebih dahulu serta terus kacau sepaya telur tidak berketul-ketul.
Apabila sudah mendidih dan nampak agak pekat, tutup api dan masukkan biskut merry yang telah dibelah dua/empat. Gaulkan sebati.
aku dah try buat dah rose... dah siap dah... dah keluar bau... pastu aku letak atas meja tu... tetiba kek batik aku tu hilang.... aku cari rata2... last2 aku nampak pakcik ni pakai selamba je dok jalan ngan bini dia...
ko ni pon lg satu lembam, kek2 yg aku dah buat tu of cos aku dah belasah kan? pastu of cos sistem peranakan aku dah proses kan? seterusnye of cos aku dah simpan kat jamban kan?
ha.....tunggu ape lg, ko gi carik kat loji kumbahan MPK cepat. kalo nasib ko baek..ada jodoh ko, jumpa ar.