Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pelacur


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Pelacur


                          MAYAT PELACUR DI TELAN ULAR

PSM000026.jpg

 

 

DIAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yangkembali kepada ALLAH Surah al-Mukmin, ayat 13.



 

Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.


Perkuburan Maala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jeritmenyebabkan tumpuansaya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.


Tolongggggggg, anak saya! jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.

Apahal ribut ribut tu? tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. Entah, jawab saya. Lantas saya dan abangbergegaske kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahunmenyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.

Saya berjalan menghampiri penjagakubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.Apa masalahnya, ni? tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya.

Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah, doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular, kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Adayang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuahlagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahandia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.


Di Mekah kedaan kuburnyayang berlainan dengandi Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi ataubatu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalamlubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubangtersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular ygsama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan,tedungpun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang bisik saya pada abang. Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa y! ang meninggalkan solat dan melakukan maksiat, kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.

Tutup balik, Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kuburlain. Dia mengagaklubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok.

Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. Ahhhh!! Bunyipasir runtuh agaknya, beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. Alhamdulillah Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itudan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. Berhenti!!!! tiba tiba Ahmed menjerit.Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.Subhanallah .. ular lagi, terpacul dari mulut saya. Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi? tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. Subhanallah, hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya, kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. Kalau begitu mengapa tak dikebumikansaja di Jeddah? saran saya kepada Ahmed. Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena, kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.


Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup, tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Iamemang seorang yangrajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi perawat jiwa kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.


Namun hari tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnyamenginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:

Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.

Itu baru disa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.crycry



__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

haa... citer ni takde orang posting lagi... bagus2... bleh la gabriel dan sekutunya jadikan cerita ni sebagai teladan....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

aku pun sokong ajan ko ni rie...

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

aku harap2 rie & gab dpt amik teladan drpd citer ni sbb aku risau klu perkara yg sama akn berlaku pd korang kelak..insaflah drpd perbuatan maksiat yg tabie korang berdua lakukan tu..ko pun same bob wahub,tinggalkanlah perbuatan lame ko tu yg suka berpoya2 dgn datuk2 golongan VIP tu



__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

yeee aku pon harap makhluk2 kt atas ni insap...


__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

ye ye ye.. insap la soma makluk kat atas ni, temasuk la ulo tu sekali. hah! kaktus g r gunting rambut. aku rimas la. rimas! rimas! byk kutu terabur ni.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

kalo kutu besa2 aku x kesah sgt...
ini kutubabun...dahhhhhhhhhhh aku nak kena carik tanah liat..nak samak..

ehh haliza cpt tutup ketiak ko, tadi aku nampak dua tiga pat ploh ekor dah hurung2 ketiak puaka ko tu..

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

rose wrote:

kalo kutu besa2 aku x kesah sgt...
ini kutubabun...dahhhhhhhhhhh aku nak kena carik tanah liat..nak samak..

ehh haliza cpt tutup ketiak ko, tadi aku nampak dua tiga pat ploh ekor dah hurung2 ketiak puaka ko tu..


ko ni rose..klo post misti ada ayat ketiak tu...tengok ketiak ingat rose..ingat rose tengok ketiak..tengok rose ingat ketiak..hekhek



__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

tu nasib baik mereka selamatkan drp makan dek ular tu......perempuan dikira bertuah juga tapi skit je....pasni kene azab yg lebih dahsyat la

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Klu aku jd ulo, org petama yg aku nk telan ialah ko. Tp bila tgk jer gg ko aku terus x selera. uweeekkk nk muntah.

Tolong! tolong! help! help! nk muntah.


__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ellyzaBMW wrote:

Klu aku jd ulo, org petama yg aku nk telan ialah ko. Tp bila tgk jer gg ko aku terus x selera. uweeekkk nk muntah.

Tolong! tolong! help! help! nk muntah.


'ko' tu sape......???ko muntah sebab hamil ke?



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

ko jgn risaula elly...budak jongos ni (elly bg nama)...bukan tau pun ko ngumpat beliau ke tak...beliau ttp main bola beliau tu...tak heran pun ketiak ko yg mengluarkan bau yg amat bangsat sekali tu...

kepada "ko"...ko tu ko la dak jongos (elly bg nama) bukan aku ek...hehe...pe ka ta ko gi trim skit gg ko tu...takde la elly geli geleman nk geli2 dgn ko...ekekeke...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

eloka wrote:

ko jgn risaula elly...budak jongos ni (elly bg nama)...bukan tau pun ko ngumpat beliau ke tak...beliau ttp main bola beliau tu...tak heran pun ketiak ko yg mengluarkan bau yg amat bangsat sekali tu...

kepada "ko"...ko tu ko la dak jongos (elly bg nama) bukan aku ek...hehe...pe ka ta ko gi trim skit gg ko tu...takde la elly geli geleman nk geli2 dgn ko...ekekeke...


pehal sume ni...!!!!!!!!! aku tak bersalah pun......!!!!!!!!!!!
jongos? ('elly ai boi' ko tukar nama lain....jongos tu bunyi cam kicap yg eloka masak tu) tukar lain.......tak sodap oden mondongarnyo......



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

sedap x sedap ko kena makan jugak ubat ni. klu ko x mkn mcm mn ko nk baik. dah naik etam muka ko nahan sakit gg. Akole! tambah dos, kasi enjet potot dak jongos ni.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ellyzaBMW wrote:

sedap x sedap ko kena makan jugak ubat ni. klu ko x mkn mcm mn ko nk baik. dah naik etam muka ko nahan sakit gg. Akole! tambah dos, kasi enjet potot dak jongos ni.

nurse elly ai boi ni.......aku makan ubat menyebabkan berlaku kemandulan pada diriku yg hina ini (sbb naik itam tahan sakit)....biar betul ubat ni......aku makan 7 kali sehari (yg disuruh oleh nurse elly ai boi) sampek itam la



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

yg korang gi layan dak jongos dr neraka wel ni watpe? buang karan letrik je..
beliau tu aliran sain tulen..mana nak paham bahasa sastera gred 5 korang nih..

dah..dah jongos..Ngko bulih nyah dr kapet hijo ni skang..
lagi lama aku perati gigi ko, lagi cerah peluang aku nak kena jangkitan sawan kancing gigi..


__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

jgn la dengki sbb gigi aku besau dan cute.......isk isk....korang ni



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard