Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: CERIHIK SUAMI ISTERI


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
CERIHIK SUAMI ISTERI


hmm  Maybe ada yang penah baca crita nih,tapi aku nak crita gak....
     Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen.....rancangan apa tak dapat lak dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri   : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami  : Untuk apa semua itu

Si isteri   : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap
                 ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami  : Emmm...Baiklah

Si isteri   : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur 
                 malam ni.Untuk malam ni saja.
               
                Setelah dipersetujui,malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
                ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing 
                kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

                Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah
                mengeluarkan hasil catatan semalamanya.3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-
                tiga muka surat tersebut..Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya 
                sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun 
                dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri  : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang mintak maaf sekiranya ada yang 
                menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami  : Tidak mengapa sayangku..Bacalah...

                Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
                Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang 
                terakhirnya.
                Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri  : Sekarang giliran abang pula..

               Si isteri berdebar-debar menunggu

               Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami  : Sayang,abang mintak maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu 
                 abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi 
                 abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia 
                 menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah
                 yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang mintak maaf sekali 
                 lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. 
                 Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu,
                 MAAFKAN ABANG.......

                 Si isteri tidak terkata apa-apa.Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di 
                dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan.......


 p/s   : Hargai Suami dan Bakal Suami kita....smile
                
                 

 


__________________

eX HiGH sCHOOL gUrL



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

bagus la suami camtu......susah dpt tu......kalo dpt isteri cenggitu rasenye tak bahagia rumah tangga......nasib baik suami tu penyabar (sifat mahmudah tu)

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard