Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KISAH PENGAJARAN BUAT SEMUA


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:
KISAH PENGAJARAN BUAT SEMUA


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah
benar ini       
diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku dikawasan
daerah Gombak di
mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan
berpengaruh. Begini 
ceritanya :-                                                                      
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
Pelbagai    
pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam                
jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia
akibat.......       
kemalangan, sakit tua, sakit jantung,bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun,     
pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di                           
sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu,
telah         
mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup âistimewaâ sepanjang                  
pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu             
dengan satu jenazah yang cukup aneh,menyedihkan, menakutkan dan sekali
gus        
memberikan banyak iktibar.                                                        
                                                                                   
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di
Serkam, Melaka.   
Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya
nyatakan di     
sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak
Allahyarham       
menguruskan jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila
saya hampir  
sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu                                 
sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan
banyak jenazah 
tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila
saya tengok  
wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya                          
tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam
perasaan...takut,    
cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti                            
tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain
kafan         
yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara
kebetulan     
pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan                      
jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan             
mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa                   
pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah,              
badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah
diurut           
urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut             
Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan.             
Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar             
daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. âLain macam saja               
niâ, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu               
dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari             
mulutnya. Hati saya berdebar-debar.Apa yang sedang berlaku di depan
saya          
ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia
tidak        
akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang              
terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya,             
keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat
yang          
masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari
mana        
datangnya ulat itu, jangan tanya saya. Allahyarham meninggal dunia
akibat         
diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya                    
menguruskan mayatnya *****a lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh,              
bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi               
sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti
terkejut.      
Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa               
mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan
panik.      
Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke                 
muka mereka. Saya kata kepada mereka, âInilah ujian Allah kepada                  
kitaâ.                                                                            
                                                                                   
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil                
kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang
beruntung kerana 
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di
luar negeri dan
enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya
marahi mereka.  
Saya mengingatkan mereka bahawa                                                   
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,
bukan       
menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai
anak, merekalah 
yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok
imam, tok      
bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk
maka        
Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan
seorang bapa.   
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham
tidak       
langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.                                    
                                                                                   
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan            
mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut,
tiba-tiba   
keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.Besen
itu boleh    
dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja.                      
Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan
berharap   
tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu
saya mandikan 
semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya
mengambil  
kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak
diizinkan seorang
pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut             
perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku. Takdir Allah jua yang
menentukan.    
Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain
kafan itu       
cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka
saya tak    
boleh nak ikat kepala dan kakinya.                                                
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti
tidak mahu     
menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa
memotongnya.    
Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di                       
tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak
berapa        
elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada
masa           
yang sama saya berdoa kepada Allah, âYa Allah, jangan Kau hinakan
jenazah ini ya  
Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu iniâ. Selepas itu
saya berikan  
taklimat tentang sembahyang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan.
Yang hadir     
*****a 13 orang saja.                                                             
                                                                                   
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul.
Jenazah itu tidak
dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah.
Saya       
hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi
yang peliknya,
mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada
sedang          
digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan
bantuan.Lelaki
itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan
van dari    
garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang
mencari     
tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham,
tiba-tiba        
isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak
ramai, âAbang,  
saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah
itu sebab    
semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanyaâ.
Renungkanlah,     
kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita                       
yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya
van itu     
membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki
menawarkan           
bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia
meminta izin      
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu.
Dalam jangka    
waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam
keadaan yang basah
kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan
lori itu    
digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkah
kita       
melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam
perjalanan menuju ke 
kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli
masyarakat 
tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka
pergi kubur 
saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu
mereka melihat   
apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu
berlaku sekali  
lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja
jenazah      
tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke
dalam liang    
lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad
jenazah itu     
mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar
dari        
celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan,
tetapi dari mana 
datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan
anak           
Allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya
takut nanti ia
akan terlangkup.... naâuzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada
harapan untuk 
mendapat syafaat Nabi saw. Papan keranda diturunkan dan kami segera
kambus kubur  
tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila
hujan ia   
tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang
diinjak itu     
menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air
hitam yang    
busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak
Allahyarham supaya 
berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus
dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi
ia seperti 
kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya                             
hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan            
serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah
julung-julung kalinya  
peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil
keputusan   
untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama
terlibat dalam 
pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya
*****a bacakan   
tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah
Allahyarham  
dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada                                   
isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham
semasa           
hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta
secara           
merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri              
allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia
malu           
untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi              
sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham               
menghubungi saya. Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham
merupakan         
orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang
beristerikan orang
Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi
isterinya orang    
Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya
menguruskan      
jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya
menguruskan
jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan
mereka sebagai  
musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada
masyarakat?     
Mereka kata TIDAK. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai
bila-bila. Kepada 
masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi
pada diri   
kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah
kita mahu  
peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa
nanti         
di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?                 
                                  

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

hmmmm... berusahalah kita sebagai hamba Allah
utk memohon hidayah dan petunjuk..

__________________
.::: BABY I'M BACK :::.


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

betul tu betul

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

Aku_Si_H5N1 wrote:

betul tu betul



ko ni kne sampuk agaknyaaa...komen ko syik 'btul tu btul'

.aDESSSLAAAA btul tu btul ko kne sampuk kan????



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ala rileks la prncs sasuke..... tak de idea nak komen....tapi kamen rider den memang monat bonar

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

Aku_Si_H5N1 wrote:

ala rileks la prncs sasuke..... tak de idea nak komen....tapi kamen rider den memang monat bonar



ooo cam gi2 ker!!!len kali ko komen jer cmni 'NO KOMEN' r g sng xpyh post g bek huhuhuhubiggrindOn't TaKe sEriOuSly



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard