Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: khas ntuk is3 & bakal is3....!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
khas ntuk is3 & bakal is3....!



Sebagai  peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman
Rasulullah,
di  mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan
Rasulullah SAW
untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum  wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana,  dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti
berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.  Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini
lebih banyak di  neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan  yang
demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW  menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
tidak elok
yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak  mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian  baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak  bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan  mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan  kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan
marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.  Lisan wanita
memang terlalu
cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,  perkakas rumah, harta suami pun
kena sumpah.

Contoh 2
Tengah  memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.
Masa ni jugak  nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad  tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan
di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini,  Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham
apa yang  dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW  berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu
ketika,
disebabkan  dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan
berkata,
"Awak  ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari  Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama  hidup dengan awak, apa yang  saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung  lagi,'Mana-mana isteri yang berkata,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun  kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan  Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah,
kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka seperti
yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
a. Sabda  Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X
sehari,
dia  tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di  hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita
beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih
dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah  kita menjadualkan
amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan  istighfar, akan
dikeluarkan Allah
dari sifat ham dan hazan. Sifat ham  bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita.
Sifat  hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.  Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.
Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan  anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang  ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang  baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri.
Ertinya tidak menyakitkan hati.  Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri  Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau  sedikit pun. Sepanjang
hayat baginda SAW,
hati baginda dipenuhi dengan  Khadijah, sehingga sering menyebut nama
beliau.
Kadangkala hingga  menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri
baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri,
selalu mengirim salam kepada Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah
bertanya beliau,
dan jawab Jibril,  "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT
berkenan  tuturkatanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW
pernah bersabda,
"Kamu  senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,  lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya  terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka itu, jauhkan lah.............

wallahualamm....!!


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

bagus cik asb,pasni saya cuba nak senyum sokmo..xkshlaa org nak ckp saya gila jnji saya bgia(``,)----->senyum itu sedekah

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
RE: khas ntuk is3 & bakal is3....!


princess_sasuke wrote:

bagus cik asb,pasni saya cuba nak senyum sokmo..xkshlaa org nak ckp saya gila jnji saya bgia(``,)----->senyum itu sedekah



bagus... bagus....!! pass nie haku amik ko wat jadik bini okeh...!!! eheh.....!

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
khas ntuk is3 & bakal is3....!


tak bgus..tak bagus,saya x rela dmadukan

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
RE: khas ntuk is3 & bakal is3....!


princess_sasuke wrote:

tak bgus..tak bagus,saya x rela dmadukan




Celah bedah mana la haku dah hada bini nih encik pinses.....!!! ko la yg pertama dan terakhir..... chewah.... chewahhh....!! tak teruja lagi tatau laa..... eheh...!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
khas ntuk is3 & bakal is3....!


kalo cam gitu,silakan cik asb mempm saya hehehehe....pas2 cik asb blnje saya pizza tuk setaun...adakah cik asb mmpu berbuat demikian???

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
RE: khas ntuk is3 & bakal is3....!


princess_sasuke wrote:

kalo cam gitu,silakan cik asb mempm saya hehehehe....pas2 cik asb blnje saya pizza tuk setaun...adakah cik asb mmpu berbuat demikian???



pizza haja......!! ( sambey wat muka tekejut taper.... ) senang....! senang....! bukan takat setaun.... malah beribu-ribu lemon pun buley....! eheh....!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

biggrin ha... ha.... biggrin

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

wah, bagusnyer topik nie......byk yg zara boleh dpt...bukan senang nak jadi isteri nie....thanks asberionz...

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

zara wrote:

wah, bagusnyer topik nie......byk yg zara boleh dpt...bukan senang nak jadi isteri nie....thanks asberionz...




Eheh...!! mekasey...! mekasey.....!!!
kembang idung.... kembang idungg....!!
sniff....snifff.............!!!

mulahi harhi hini, zharha khenha hikhut chakhaphh husbhanh zharha lhahhh...... ( sengau ler tu... pasal kembang idungg... ) eheh...!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

uih ko ni asbestos.... kaber la skit takabur ko tuh..... kang kene tolak amalan  kang baru tahu..... sampek sengau bunyiknya.... jenuh den nak mengejanya

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
khas ntuk is3 & bakal is3....!


eheh...!! alaaa ngosss....!!! kejap jer takbo tu...!!! tu haku blom tulis ayat sengau + ngos.... bukan takat nak bace, nak ngeje pon haku rasa ko dah pitam.....!! eheh...!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
RE: khas ntuk is3 & bakal is3....!


ko pitam leh koma sedekad gamaknya.... sengau bebenor....

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:
khas ntuk is3 & bakal is3....!


yer..yer..dgr kabarnye juge,kebanyakan kaum perempuan yg masuk neraka tu adelah kaum2 ibu..iaitu kaum2 wanita yang mempunyai suami..

nauzubillah...


__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
RE: khas ntuk is3 & bakal is3....!


fariesya wrote:

yer..yer..dgr kabarnye juge,kebanyakan kaum perempuan yg masuk neraka tu adelah kaum2 ibu..iaitu kaum2 wanita yang mempunyai suami..

nauzubillah...



tu la lain kali pariesya jaga abg rie baik2 tau



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard