Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: GAMBARAN NERAKA.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
GAMBARAN NERAKA.....


Kisah Neraka Jahannam 

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya
neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya
dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu
dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada
setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri
dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000
lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap
lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada
setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa
setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut
ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari
kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam,
maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka,
akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap
mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka,
serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala
dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia)
apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah
dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan
kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W
telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu
neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai
70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh
70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T
dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah
jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul
gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka
nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan
sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke
dalam neraka Jahannam.

Wallahualam....!



-- Edited by asberionz at 09:45, 2007-04-30

-- Edited by asberionz at 09:46, 2007-04-30

-- Edited by asberionz at 09:46, 2007-04-30

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

cik asb mata saya nie rabun ckit...kcik sgt arrr tlisan skit mata saya tenung nieee....besarkan ckit bole x????kerjasama anda amat di hargai....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

princess_sasuke wrote:

cik asb mata saya nie rabun ckit...kcik sgt arrr tlisan skit mata saya tenung nieee....besarkan ckit bole x????kerjasama anda amat di hargai....



baik encik..................!! sedang berusaha dengan besungguh2 nih ntuk memberi pengetahuan yg berguna kepada sluro warga GC....!! Thanx

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 113
Date:

nipun ader banyak pengajaran...

__________________

Hidup UmPAMA ****** DIMANA kiTa jUgAk yaNg mERaNa



Senior Member

Status: Offline
Posts: 113
Date:

bagus untuk org yang x sedar diri..

__________________

Hidup UmPAMA ****** DIMANA kiTa jUgAk yaNg mERaNa



Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

Nauzubillah.....minta kita semua dijauhkan dari azab seksaan neraka jahanam....Amin.....takut bila baca gambaran ttg neraka...

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

kalo nak gambaran yg lebih details nih...... meh sini dekat2 :

masa kat neraka nnt.... ahli2 neraka akan disebat, dipukul, diberi makanan dan minuman neraka, dididih, dibakar, diseksa, dimasak kicap (mintak maap meroyan plak) dan sebagainya..... gambaran nampak cam agak takut je...... tapi di dunia kalo kene bakar atau kene api yg semarak yg boleh membakar diri..... leh lagi tahan sbb bakar2 terus je mati (tapi ada ulama mengatakan gambaran yg dlm sarakatul maut rasa sakit mati ni mcm seluruh anggota kulit dikoyak mengikut lapisan2 kulit, sikit demi skit).... pas mati mane ade rase ape2 dah.... kalo di neraka tu..... walaupun dibakar hingga boleh menggeledakkan otak , boleh mengupas lapisan kulit2, terburai perut2 , makan makanan neraka yg bole memecahkan tekak, pun kite ni masih lagi x mati..... kite akan terseksa sepanjang idup.... x mati2.... rasa la camne korang kalo kene bakar pastu tak mati cam saraf sakit sentiasa membawa impuls sakit x henti2..... azab dan seksa rasanya tu.

kalo nak try, kite gune la api yg dunia dulu.... itu pun dah cam azab rase.... korang rase mane lagi azab..? cedera parah, kulit terluka, hati terluka, cacat atau terkene api atau bara? try la sendiri, kat umah kalo ade mak tengah masak air yg tengah mendidih tu..... korang cuba try gune jari je... sentuh kat cerek yg panas mendidih tu... letak la ade lebih kurang 3 - 5 saat.... korang mesti terus tarik tangan kerna disbb kan refleks saraf sakit terus ke motor pergerakan otot.... pastu rase pedih dan azab yg x seberape dr api dunia ni..... itu pun dah x tahan... uih sakit nya.... den sendiri pun x leh tahan.... azab btul pastu ilang la seskit.... kalo kat neraka rase la sampai akhir hayat...(nak akhir hayat... mane ade hayat dah kat akhirat) kene la sampai berazab2 nye....

uh..... letih bercerita nih, moga2 amik la iktibar..... ade air ribena x.... dahaga plak rase.... hi hi

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

uih mmg btul ad.... rase sakit api lagi azab dr sakit lain2.... naldo dah try kat cerek mendidih tu... rase gune jari pastu tetiba je ingin tertarik sbb sakit... x sempat sampai nak pikir gune otak, pedih btul... rase sakit sgt... azab btul waktu tu....

uih kalo kat neraka camne la plak.... takut aku nengok nye... pasni kene buat amal2 sunat nih dan yg wajib plak tanak tinggal... K ad... tima kaseh

lupe plak... nah ni air ribena

-- Edited by C_Ronaldo at 20:53, 2007-05-05

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard