Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: halal ke haram saham internet? renungkanlah


Senior Member

Status: Offline
Posts: 147
Date:
halal ke haram saham internet? renungkanlah


sebelum korang membaca apa yg ada kat bawah nie..aku cakap terus terang aku adalah salah seorg yg mmg melabur ke saham internet dan boleh dikatakan
salah seorg yg berjaya dalam bidang nie...sekarang nie kat negara kita tengah heboh mengakatan skim internet skim cepat kaya dan haram? kat mana korang tau benda nie skim cepat kaya dan haram?? jawapan dia cukup mudah dimana di surat khabar metro dan tv3 yg mmg korang tengok tiap2 hari betul tak?
so korang pecaya apa yg dia tulis and siar tu betul dan sah hakiki?
so korang pecaya sangat bila majlis Fatwa tu keluarkan fatwa saham internet haram? kalau korang tu pecaya sangat meh aku lekeh sikit kepala korang tu..
aku tak paham kenapa korang nie jenis manusia yg bila satu ustaz kata haram korang dah ketar sangat lutut..aku tau ada yg diantara korang yg penah melabur kat internet tapi ada yg kantoi(tak dapat duit balik)..kalo korang nak tau kenapa kantoi? PM aku..sebarang pertanyaan korang aku akan cuba jawab..
kat bawah nie aku ambik dari Laman Web Rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ):

Diambil dari petikan asal Laman Web Rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ):http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.332Soal Jawab Agama Pelaburan Internet-Ustaz Ahmad ShukriASSALAMUALAIKUM,Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat. Saya seringkali diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tida ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet. Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau di sokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam .SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .

Apakah hukum pelaburan menerusi internet ?


Jawapanya : Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu sesuatu yang jauh akan menjadi dekat ". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan terhadap Dr Asri , Mufti Perlis , Wassalam

Benarkan perniagaan di internet tidak jelas.?

Jawapan : Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank , sudah pasti jawapanya , tak tahu ?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?

Jawapanya : Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar ( hak pilihan ) apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di laman web yang tertera ). Di sisi ulama mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya . Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah .Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.

Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?

Jawapannya : Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai Menurut pandangan seperti berikut : Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-muatah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz , tetapi dengan perbuatan dua pihak , iaitu dengan tukar menukar , persetujuan dan kerelaan . Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan , apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada satu majlis . Para ulama menyatakan yang di maksudkan bersatu majlis bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan.

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur . Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan . Oleh yang demikian , pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.

Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?

Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .

Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?

Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis

:Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.

Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.

Ketiga : Riba al-Nasiah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah , maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.

Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?

Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan

"Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ).Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut , oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan " bukan riba". Perkara ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah.Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja

Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan , biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily : maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya .

Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak , oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian , tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya. Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ; Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal . Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka . Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 )Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .

Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?

Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan .
Dr Wahbah menyatakan :: Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.

Pada pandangan Ustaz mengapa Al-Arabic Fund memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur sehingga 31%?

Jawapan : Sebagaimana yang di maklumi Al-Arabic merupakan satu syarikat pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan menggunakan mata wang dinar. Hanya 4 buah negara yang menggunakan matawang Dinar iaitu Jordan, Dubai, Kuwait dan Iraq, kesemua tersebut adalah Negara Islam yang kaya, kecuali Iraq yang menghadapi krisis ekonomi akibat peperangan. Oleh yang demikian, bukan suatu yang mustahil syarikat gergasi seperti itu dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Pulangan tersebut berdasarkan pendapatan yang konsisten antara 30%-60% setiap bulan. Ada kalanya segala maklumat tidak boleh di dedahkan kerana sulit , semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan pelabur kerana ramai yang mendakwa memiliki asset. Seorang sahabat saya yang berkahwin dengan wanita Dubai dan tinggal di sana menyatakan bahawa pemiliki asset tersebut memang seorang yang kaya dan di ibaratkan sebagai seorang menteri .

Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ?

Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?

Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging babi dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam . Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku :Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum.Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ?. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?. Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak,, fatwa hanya dapat di perolehi di dalam kita-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset ( fund ) maka ia adalah tidak sah dan di tolak.SekianAhmad Shukri Ghazali.

P.S:aku takmo kutuk sapa2 kat sini..sbb nie bukan forum bapak aku..aku masih tak cukup ilmu dalam agama dan still belajar..kalo rasa nak penerangan lanjut sila pm aku..aku sedia membantu sbb kita sama2 Islam ingin mencari keredhaan Allah



-- Edited by BlazeTheHell at 02:41, 2007-05-01

-- Edited by BlazeTheHell at 03:03, 2007-05-01

__________________
I hate lose and i hate loser
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard