Ketika manusia dibangkitkan nanti, semua manusia akan ditempatkan di satu tempat yg bernama Padang Mahsyar bukan padang bola atau Padang kat Sumatera nuh....hada pendapat mengatakan bhw Padang Mahsyar terletak di dunia dan hada pendapat mengatakan Padang Mahsyar terletak bukan di dunia hini. Hanya Allah swt yg mengetahuinya.
Setelah semua umat manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah manusia akhir zaman dibangkitkan, termasuk la org kapir maka Allah swt berseru kpd sekelian umat manusia supaya masing2 mengikut hapa yg mereka sembah di dunia dahulu. Contohnya kalau manusia itu percaya akan tokong, maka pergi lah org itu mengikut tokong berkenaan, kalau manusia itu sembah salib, maka pergi lah org itu ikut akan salib itu. Dan sekiranya org ada yg semasa di dunia percaya kubur, keramat, tangkal dan sebagainya maka Allah akan jelmakan segala kubur, tangkal itu, maka ikut lah org berkenaan pada benda2 yg mereka percayai itu...
Setelah itu, tinggallah org2 islam yg beriman kpd Allah swt. Sekali lagi Allah provoke kat org2 Islam dgn katanya, 'Kenapa kamu semua sekelian tidak mengikut akan org2 itu'? maka menjawap akan org2 mukmin yg beriman itu, 'Kami hanya beriman kpd Allah swt, dan bukannya patung, tokong, tangkal atau benda2 selain dari Allah '!
Setelah 3 kali Allah swt provoke kat org2 Islam baru lah Allah jelmakan diri-Nya. Sekelian org2 Islam akan dapat melihat wajah Allah pada ketika itu. Pada ketika itu lah Titian Sirat akan diperlihatkan kpd org2 Islam. Umat Islam dari umat Nabi Muhammad akan melalui Titian Sirat itu terlebey dahulu. Nabi Muhammad saw pada masa itu akan berada diseberang titian berkenaan sambey berdoa kpd Allah supaya diselamatkan ummatnya itu.
Maka bermula lah pengadilan yg seadil2nya kpd umat Islam pada masa itu. Selepas diadili, maka tiap2 org Islam akan melalui Titian berkenaan, dalam masa yg sama proses pengadilan sedang berjalan. Pada waktu ini lah setiap umat Islam yg berdosa akan berada dalam keadaan yg bermacam2. Ada yg peluh hingga paras leher, matahari sejengkal di atas kepala dan sebagainya mengikut amalan yg telah di buat semasa hayatnya itu.
Titian Sirat
Semasa Umat Islam melintas di Titian Sirat itu, ada pencangkuk yg akan mencangkuk umat Islam mengikut amalannya. Di bawah Titian Sirat itu merupakan neraka yg sedang menunggu umat Islam yg berdosa. Sekiranya banyak amalan baik dan ikhlas kpd Allah, maka akan dipermudahkan oleh Allah swt melintas Titian itu, sekiranya byk dosa, korang paham2 ler.....
Setelah habis umat Muhammad saw melintas, diikuti pula oleh umat nabi2 lain. Seperti tadi jugak, Nabi2 berkenaan akan menunggu ummatnya di seberang titian sirat itu dan berdoa kpd Allah supaya diselamatkan umat mereka dari jatuh dari titian itu.
Selepas semua umat Islam diadili, maka tiba la plak turn org kapir. Setelah di adili oleh Allah swt akan org2 kapir tu, maka mereka juga mesti melintas titian Sirat tapi tidak ada seorang pun yg berani melintas titian berkenaan, pada masa itu lah Allah akan menghumban mereka ke dalam neraka. Dan pada ketika itu Allah akan berseru kpd neraka yg kata Nya bhw adakah masih cukup untuk dimasukkan lagi org2 kapir ini... maka neraka pun menjawap, masih ada kosong banyak lagi dan masukkan lah mereka yg kapir itu ke dalam aku ini... maka Allah pun menghumban org2 kapir ke dalam neraka......
Selepas habis semua di adili, ( org mukmin di bawa ke syurga dan yg ingkar ke neraka ) Allah akan membawa seekor kambing (yg diibaratkan sebagai nyawa manusia ), Allah swt akan berseru kpd semua umat manusia sama ada kat dalam syurga atau neraka supaya melihat akan kambing berkenaan. Kemudian kambing itu akan disembelih ( maknanya manusia selepas itu tidak akan mati selama lamanya sebab kambing yg diibaratkan nyawa itu telah disembelih oleh Allah ) Barang siapa yg berada dalam syurga, maka dia akan berada di dalamnya selama lamanya, dan begitu la sebaliknya untuk ahli neraka. Cuma bagi umat Islam yg berdosa yg di hukum oleh Allah swt di dalam neraka akan di beri kelonggaran. Setelah habis hukuman terhadap dosa2 mereka Allah akan membawa mereka ke dalam syurga selagi iktiqat mereka tidak lari dari Allah swt. Maknanya ketika mereka di dunia org2 ini amat jahat sejahat2nya, tetapi mereka tidak sekali2 menyekutukan Allah kepada benda lain. Org2 ini selepas disiksa, mereka akan di bawa ke syurga kemudiannya. Begitu lah rahmat Allah kepada ummat Nabi Muhammad saw. Tapisan pada masa itu semakin lama semakin longgar mengikut amalan manusia berkenaan kecuali org2 kapir, mereka akan di seksa selama lamanya......
Gambaran neraka seperti yg diceritakan sebelum ini lah. Di dasar neraka terdapat sepohon pokok yg hidup yg di beri nama ZAQQUM. Mayang pokok ini seperti kepala2 syaitan. Buahnya pulak berduri tajam. ( jgn dok pk buah durian plak...) dan riwayat mengatakan sekiranya setitis air dari buah pokok Zaqqum ini menitis ke dunia, tidak ada sebarang pokok yg akan dapat tumbuh di dunia ini. dan buah2 ini la yg akan menjadi makanan kepada ahli neraka. Cara ahli neraka ini makan pulak hanya dengan dipaksa oleh malaikat yg menjaga neraka. Mereka akan membuka mulut ahli neraka dan dimasukkan buah berkenaan ke dalam mulut ahli neraka, maka mendidih la perut mereka itu. Dan pada ketika itu, kerongkong mereka akan berasa haus yg amat sangat, maka ahli neraka akan meminta air, malaikat tadi akan mengambil air didih dari cairan tembaga ( tembaga versi akhirat, bukannya cam tembaga kat dunia nih...) yg paling panas dari dasar neraka dan di tuangkan ke dalam mulut ahli neraka yg meminta untuk minum tadi....!! dan bermacam lagi seksaan kpd org2 yg engkar kpd Allah swt semasa di dunia.
Bagi org Islam yg berada dalam neraka, satu tempat yg tidak terbakar apabila terkena api neraka ialah dahi. Pada tempat ini diharamkan oleh Allah daripada terbakar kerana ada org Islam yg semasa hayatnya walaupun jahat tahap jin apritt, tapi tetap solat dan sujud kpd Allah maka kesan solat dan sujud ini menjadi tanda kepada org berkenaan bhw dia mengakui Allah Maha Berkuasa. Org Islam yg paling akhir dikeluarkan dari neraka pun akan di beri syurga seluas langit dan bumi. Dan pada masa itu manusia berkenaan akan terus sujud kpd Allah atas kurniaan yg telah diberikan kpdnya walau pun di dunia dahulu dia jahat tahap jin aprett.....
So, korang jgn tinggal solat dan jgn menyekutukan Allah swt. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Semua yg haku tulis nih adalah dari kitab tafsir dan setiap perjalanan di Padang Mahsyar, Titian Sirat, syurga dan neraka adalah mengikut hadis yg soheh. Kalau ada kekurangan haku mintak sori.
aku sedih bila baca tajuk nie... aku sedar yg aku nie still tak sempurna dalam ilmu agama.. semoga Allah tunjukkan jalan kepada hambanya yg lemah dan hina nie
dahsyat btl,azab kat sana nnt...sdngkan kat atas dunia,kena bahang api pon da xtahan inikan pula api neraka
yg diceritakan disini gambaran ulama jer..... katanya lebih lagi dari itu.... sebab, gambaran sorga dan neraka mmg tidak tercapai oleh pale otak manusia...!!!
Albert Einstein menggunakan 9% dari keseluruhan otaknya.
Manusia biasa hanya menggunakan 3%-4% dari keseluruhan otak.