Anti-manusia merupakan satu unsur budaya yang dicerminkan dengan perasaan ketidakyakinan terhadap manusia. Dengan lebih jelas lagi, pemikiran anti manusia berpegang kepada andaian bahawa manusia suatu kewujudan yang jahat.
Motif anti manusia selalunya muncul dalam karya sastera seperti cerpen, novel, filem dan sebagainya. Dalam karya sastera yang bermotifkan anti manusia, manusia digambarkan sebagai makhluk yang membuat kecelakaan ke atas bumi. Misalnya, dalam filem Matriks (The Matrix), Egen Smith daripada pihak mesin yang melawan umat manusia, pernah berkata:
Setiap jenis mamalia di atas bumi memperkembangkan keseimbangan ekosistem di persekitaran mereka, melainkan manusia. Kewujudan manusia adalah malapetaka, kanser untuk planet ini, engkau adalah wabak!
Perasaan anti manusia timbul apabila seseorang membuat generalisasi bahawa "semua manusia itu jahat". Malah, adapun ahli falsafah yang berpendapat bahawa "manusia dilahirkan dengan sifat yang jahat". Pendapat ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Cina, Xun Zi (; k.k. 310237 SM), yang berkata:
Manusia itu besifat jahat. Manusia yang baik adalah palsu kerana ia bertentangan dengan nalurinya yang paling asal. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan keinginan terhadap keuntungan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka perebutan akan berlaku sehingga matinya tolak ansur. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan kebencian terhadap kepahitan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka pengkhinat yang pentingkan selera diri akan muncul dan prinsip kesetiaan dan kejujuran akan lenyap. Manusia juga dilahirkan dengan kesukaan terhadap hiburan sensasi, sekiranya dituruti nafsu ini, maka kekecohan akan berlaku dan moral akan lenyap. Sekiranya dituruti kesemua fitrah manusia ini, maka manusia akan dipulangkan ke dalam keganasan. Oleh kerana manusia membawa sifat-sifat buruk ini, maka moral diwujudkan untuk mengawal manusia sehinggalah keamanan dipulihkan. Dengan itu, jelaslah bahawa fitrah manusia itu bersifat jahat, dan manusia yang baik sebenarnya satu kewujudan yang palsu.(Terjemahan daripada teks di bawah)
( teks dr tulisan Cina... jadik GC tak de tulisan ni bace la terjemahan je la)
Menurut pandangan di atas, manusia sememangnya dilahirkan dengan fitrah yang negetif. Dengan itu, institusi moral diwujudkan oleh manusia untuk menyelamat manusia daripada ancaman daripada fitrah dirinya sendiri.
IMPLIKASI Perasaan benci kepada manusia akan menyebabkan seseorang itu menjadi anti sosial, sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain, dan berasa takut untuk hidup. Individu berkenaan akan mengalami harga diri yang rendah kerana telah menafikan nilai kewujudan dirinya, iaitu wujud sebagai seorang manusia, yang dianggapnya bersifat jahat.