Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bulu Ketiak


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:
bulu Ketiak


"Mak..!!! Mak..!!! Tengok ni mak..!!!!!" Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak..!!! Mak..!!!!" Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur. Mendapatkan
emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak.. tengok ni mak.. bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.. tengok ni mak.. hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish.. ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. Dah la tu.. pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-
nyanyi.. 'Yeah.. yeah.. dah tumbuh.. bulu ketiak aku dah tumbuh.. yeah yeah..' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit
conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!"
Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"Selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid." Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

"Erm.. semua hadir nampaknya." bisik hati Cikgu Bakri. "Baik... dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la.. apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya.
Nama saya Mohd Jais. Umur saya 9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat
gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.


Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu
ketiak. Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya.

Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh.. mari la.. tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!" Jais
diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka.

Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi tak berjaya. Jais ditangkap
mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka. "Jangan la.. jangan.. jangan..!!! Jais menjerit. Dia terus meronta-
ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa..

"Hahahahahaha..!!" "Mari.. mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong.. lelong..!! Sapa nak beli..!! Jualan murah..!!! Bulu ketiak baru..!!! Fresh lagi...!!!! Hahahahahaha..!!!!" Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya. Ternyata
sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa..!!!!!!!!""Huwaaaaa...!!!!!!!!" Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi ke sekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu. Dah la
tu.. jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu. Esok pergi sekolah yer..." Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.. Mengapa ada orang iri hati? Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?.. Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak
jadi dewasa.

Inilah kehidupan wahai Jais dan bangsamu selalunya memang begitu. INI BARU BULU KETIAK, BELUM BULU LAIN. LAGI RAMAI LAH ORANG YANG AKAN DENGKI... 
 

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

jais ko nak bulu ketiakkan,'meh sni amik aku pnyer,aku xlarat nak cabut bulu ketiak da nie'begitulah kata2 yg aku dgr dri mulut tempayan myname

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

Kehidupan Jais kembali bahagia selepas menyapu bersih bulu ketiak ku ini...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

len kali pakai la sunsilk la myname.... baru x gugur ko punyer bulu ketiak tu

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

adakah jais tu name sebenar bagi myname???
name penuh ader x???

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

adakah jais tu name sebenar bagi myname???
name penuh ader x???



la yg ko sibuk ni pehal plak... abih name ko lagi plik... Mat The Matic... x pun Mat O Matics... Mat rempit.... Mat The matrix.... aaaa tidak beliau anti manusia



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

masaelah pikiran ko ni matematik..aku ni pompuan melayu terakhir..mana mungkin namaku jais..jais tu - JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR...spesis tak skolah sperti eliza mesbon juga ko ni ye..

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

adakah jais tu name sebenar bagi myname???
name penuh ader x???



mat hardy,nak taw full name jais ke?atas keprihatinan saya..saya mereka khas tuk mat hardy MAT jais abdul kulup gene bloom..pnjang gak nama beliau ni



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

bukan..MAT JAIS BIN SUKUN...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

bukan ke.... MEK JAIS BINTI MAT JAKIM



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

hahahaha.....MAT JAIS BIN MAT KETIAK.....KAKAKAKA....KELAKAR GILE.. Myname npe ko asyik pasal ketiak jer?k tak der ketiak eerrr...

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

cita ketiak ni haku tujukan wat eliza anak kepada mesbon yang kehilangan ketiak akibat kincin manis sedari kecik lagi...akak tak sanggup nak teruskan cita ketiak ni lagi...sedih...sesapa yang bersimpati bolehlah sedekahkan ketiak anda ke tabung TV3 bersamamu...bersamamu walau kemna jua..lautan darat ku redah...gunung tinggi bukan pemisah antara kita..bersamamu...halamek...terpomot eklan digi pulak...

-- Edited by MyName at 20:06, 2007-05-11

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

sdekah gg takleh ke..?

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

Aku_Si_H5N1 wrote:

sdekah gg takleh ke..?



kan aku kata KETIAK je!!xtaw eja ke???



__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ala marah2 plak c madu gab ni... aku cume bgik cadgn je.. (mmg satu sesuei sipat ngan pinses... seketrunan angkat la katakan)

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

bukan satu sipat..masaelahnya ko tu yang terang masih lagi mo suluh2.tidak cukup ke aku da wiring lampu 44kilowatt dalam jamban ko tu...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

camne ko nak wiring ni... lampu dlm jambn pribadi aku dah gune wireless... yg sibok2 plak nak wiring pekehal lak... nak skodeng c gab ngah gune jnbam aku ke?



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

sudah terang lagikan bersuluh..penggunaan ayat Gab yang ke duapuloh...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

MyName wrote:

sudah terang lagikan bersuluh..penggunaan ayat Gab yang ke duapuloh...




sdah2!!!korg gan sebut2 lgi nma c gab tu,dah cair taik tlinga aku mndgar nama gab tuufuriousfuriousfurious



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

pulau pandan jauh ke tengah..penggunaan ayat Gab yang ke 15 stengah..

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

sape plak gab tu... gab sape... sampei disebut dgn b'kali2

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

aku pon xkenal,sapakah gerangan gab tenyuk tuuu!!!smpikan 2 ekor mahluk halus tu syik,mnyebut2 jer!!!!nasib bek ko xknl,kalo x gan ko skali kne pnyakit,yg dibawa 2 ekor mahluk halus tu

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard