Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 29 THN TERTUKAR BAYI. SKDR IKTIBAR


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:
29 THN TERTUKAR BAYI. SKDR IKTIBAR


JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat,
tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga
bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka
yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA
dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang
sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang
mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan
muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada
nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam
kepada Buddha.

      (Embedded image moved to file: pic22190.jpg)cce4b2.jpg
"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit
yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata
Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)


Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina
dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan
keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur
tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikand
diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan
persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini
sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya,
lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu
kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak
lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan
dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima
Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa
asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi
itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi
itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota
keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa
jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya
seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami
yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja
sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui
fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan
seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali
pasangannya  dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki
kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi
bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya
itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan
"bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan
perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman
tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun
meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan
menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada
kerajaan negeri.


Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima mudah
agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah
Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa
mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.

Komen anda bagaimana?



Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah artikel
berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya juga ada
menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel online
suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak remaja
lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang mengandungi babi
dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam keluarga Melayu Islam
tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri Cinanya. Pada saya, inilah satu
contoh jelas di mana keluarga memainkan peranan penting kerana Zulhaidi
hanya seorang bayi apabila dibawa pulang oleh keluarga Melayu Islam
tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam sendiri lakukan kepada anak-anak
yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hisap dadah, cerai berai dan
membiarkan anak-anak mencari makan sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak
menunjukkan kepada kita akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar
dan menjadi anak keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian Fa,
tidak berminat mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana
keluarga Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil
pengajaran daripada kes ini.





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

teruk gak kes nie...sia2 jer 29 taun jdi islam,last2 murtad



__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

wallahualam

__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

ish ish... teruknya... sedih tul...


errr... apa cerita kat atas tu... tak sempat nak baca....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

x mustahil coz dah memang asal kejadiannya sebegitu...(memang cina)
Sedangkan yang dh memang azalinya melayu beragama islam pun leh tukar agama dan ader gak di kalangan kiter nie nama melayu agama islam hanya pada IC tapi.. cara hidupnya dh lari dari garis panduan islam.. camner tu..

*sorry kalau ada yg terase..
ini aku nyer pendapat jer..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

true...true...aku setuju ngan eisha...skang ni ramai yg mengaku melayu dan mengaku islam..tapi cara hidup tak seperti melayu...

err...pehal aku tetiba terasa lak...eisha...jom banje aku sirap...tetiba terasa nak pekena sirap lak...

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 147
Date:

eisha wrote:

x mustahil coz dah memang asal kejadiannya sebegitu...(memang cina)
Sedangkan yang dh memang azalinya melayu beragama islam pun leh tukar agama dan ader gak di kalangan kiter nie nama melayu agama islam hanya pada IC tapi.. cara hidupnya dh lari dari garis panduan islam.. camner tu..

*sorry kalau ada yg terase..
ini aku nyer pendapat jer..



Blaze tak setuju dengan penyataan kat atas tu..blaze ada jugak keturunan cina tapi takde la plak dalam family teringin nak makan babi or nak minum arak...
yang penting HATI..


__________________
I hate lose and i hate loser


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

btl tu blaze...(give me 5).yg pnting iman msti kuat

kalo iman senipis kulit bawang,terjadilah

spt kjadian di atas tuu...tepuk dada tnya iman

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Apa la punye cine...mcm nie pun ader ek.. elok sule jer mamat nie... aku yg blom 29 thn pun takut nak wat mcm 2..niekan..............manusia bertarafkan cipanzi merangkap munyet alias beruk btul la punye cine.....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Ni bt aku rs t'kilan sgt org islam mdh2 jer nk tukar agama,cetek iman diaorang ni padahal orang agama ln sanggup b'habisan nak pertahankan agama diaorg.Mudah2an kt xt'pesong.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

sedih aku baca, seorg lg saudara kita hanyut (itu kita y tahu, brapa ramai lg saudara kita y dah hanyut kita pun x tau) ..waallahualam..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

kalo bertukar bayi x masuk neraka... tpi kalo bertukar agama dr islam.... sah masuk neraka... kalo bleh neraka jahannam satu port dgn syaitan2 laknatullah tu

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard