Semasa di Jordan, saya pernah dirawat sebanyak dua kali di Jordan Islamic Hospital. Nama itu adalah nama yang berat untuk dipikul oleh sebuah hospital kerana ia membawa kepada masyarakat menilai setiap aspek hospital tersebut sama ada menepati Islam atau tidak. Memang tidak dinafikan, hospital tersebut cuba menjaga pelbagai sudut operasinya agar menepati Islam. Saya menghargainya.
Misalnya, wad lelaki dan perempuan diasingkan, di mana wad perempuan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan perempuan. Daripada jururawat, hinggalah kepada kerani dan pekerja membersih lantai. Manakala di wad lelaki pula, keadaannya sama iaitu semua jururawat dan kakitangan yang lain, lelaki. Mungkin kita sinis dengan situasi begini, tetapi sekurang-kurangnya Jordan Islamic Hospital telah mengorak langkah. Namun, apa yang saya kenang sampai bila-bila adalah budi bahasa kakitangan hospital tersebut. Selepas menerima rawatan, saya diserahkan bil sebanyak JD1200 iaitu kira-kira RM7 ribu. Tentulah jumlah ini mustahil untuk saya. Saya bertanya, apakah ada peluang untuk saya memohon bantuan kewangan atau mungkin dikurangkan jumlah bil tersebut. Saya diberitahu oleh kakitangan kewangan hospital, agar berjumpa terus dengan pegawai yang bertanggungjawab di dalam hal ini.
"Saya mohon agar dikurangkan bayaran bil ini kerana jumlahnya terlalu besar. Saya memilih untuk menjalani pembedahan di hospital ini kerana saya yakin dengan 'kualiti perkhidmatan' yang diberikan, di samping suasana Islamnya', saya cuba memohon pertimbangan.
"Ya akhuy!, bagaimanakah kesihatan kamu sekarang?", itu ayat yang keluar dari mulut pegawai tersebut.
"Alhamdulillah beransur baik. Syukur kepada Allah.", saya menjawab sambil terpinga-pinga menanti jawapan tentang bil itu tadi.
"Selain rawatan, apakah yang kamu dapat selama kamu berada di hospital ini?", tanyanya lagi.
"Saya dapat dua orang kawan baru. Seorang pesakit berbangsa Sudan yang menghadiahkan saya lawatan setiap hari. Dia sentiasa membantu saya bangun untuk mengerjakan Solat. Seorang lagi adalah pesakit dari selatan Jordan. Dia menghadiahkan saya senaskhah al-Quran dan seutas tasbih. Pelajaran berharga yang saya dapat adalah PERSAUDARAAN ISLAM", saya cuba memberikan penjelasan.
"Setujukah kamu kalau saya katakan Islam itu indah?", beliau seakan-akan cuba menduga saya.
"Ya, memang indah", saya menjawab.
"Jika persaudaraan menjadi Islam, ia menjadi persaudaraan yang indah. Jika kehidupan kita menjadi Islam, ia menjadi kehidupan yang indah. Jika hospital ini menjadi Islam, ia pasti menjadi hospital yang indah. Betul tak?", beliau tersenyum kepada saya.
"Ya, saya hanya sakit fizikal, tetapi fikiran dan jiwa saya tenang.", saya membalas.
" Ya akhi, tulislah di kertas ini apa-apa cadangan kamu untuk kami tingkatkan kualiti perkhidmatan kami di sini. Kamu sudah membayar 200 Dinar semasa pendaftaran tempoh hari, betul tak?", ujarnya.
"Ya. JD200", saya menjawab.
"Nah, ambillah baki 60 Dinar. Jagalah kesihatan kamu sebab kamu pelajar Syariah. Kamu perlukan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas kamu di dalam masyarakat", pegawai itu menghulurkan tiga keping wang kertas 20 Dinar bersama sekuntum senyuman.
Subhanallah, saya jadi keliru. Saya sepatutnya membayar JD1200 tetapi akhirnya, menjadi hanya JD140 sahaja.
Saya cuba mendapatkan penjelasan berkenaan dengan hal ini. Kata pegawai terbabit, mereka meletakkan cas yang standard kepada pesakit kerana hospital itu adalah hospital pakar swasta. Namun, ia adalah keperluan, bukan tujuan. Sebarang bantuan kewangan, hanya dihulurkan jika pesakit atau warisnya mahu bertemu dengan pegawai yang telah ditetapkan. Dan apabila bertemu, pegawai itu akan melaksanakan misinya menyampaikan mesej-mesej Islam kepada pesakit atau waris tersebut. Itulah kenangan saya semasa menerima rawatan dan pembedahan di Jordan Islamic Hospital. Apa yang menjadi ingatan saya hingga ke hari ini, bukanlah pada kecantikan landskapnya, atau wad dan bilik pembedahan yang canggih. Tetapi yang menjadi ingatan untuk saya terus mendoakan kemajuan hospital tersebut adalah pada budi bahasa pegawainya, serta 'pelajaran-pelajaran berharga' selama saya di hospital tersebut. Mungkin ada yang ketawa sinis membaca cerita saya ini. Alahai macam hospital di kayangan pula bunyinya!
Izinkan saya untuk membalas ketawa itu dengan senyuman. Seorang yang mahu menikmati Syurga Akhirat, mestilah terlebih dahulu menikmati Syurga dunia. Syurga dunia itu adalah pada kesejahteraan iman dan ketenangan diri yang syukur, sabar dan redha. Jika rumah tangga kita bagai neraka, jika tempat kerja kita bagai neraka,....
Maafkan saya, dari Allah jua dipohon keampunan. Wassalamualaikum wbt.
bagus nyer... kalau la kat Malaysia ni amal kan sikap yang sama di sektor2 awam n kerajaan terutama nya di hospital2 bersopan santun n berbudi bahasa alangkah indah nyer...
__________________
tidak usah kau ucap......
tidak usah kau lafazkan....
aku sudah mengerti bahasa jawamu......
Diorg tak per... tengok la sapa yang support perbelanjaan hospital? Kat malaysia nie leh buat tapi sapa nak support? Nak hulur duit? Anak badawi leh support ker? Ker nak suh Menteri Jabatan Kerja Raya? Impian tinggal impian la gamaknyaaa
Diorg tak per... tengok la sapa yang support perbelanjaan hospital? Kat malaysia nie leh buat tapi sapa nak support? Nak hulur duit? Anak badawi leh support ker? Ker nak suh Menteri Jabatan Kerja Raya? Impian tinggal impian la gamaknyaaa
haha.... btul la ckp ko chek amran omar.... tunggu ko la jdik PM la chek am... bleh wat hospital cenggitu... jgn plak utk hosp. org2 bahgia plak... kang bahgia plak org2 bahgia tu....
ptut nye kalo bleh mesti ade satu hosp. cam kat jordan tu kat m'sia...
__________________
Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi
mane ko tau pinces...lamak kantoi la plak... aku duk kt sane sebln jer..pas2 aku dikuarkan sbb menurut doc kt c2, penyakit aku dah terlampu amat sgt sugguh terpaling kronik skali... maka diorg xlalu nk m'bahgiakn aku..oleh i2, aku telad di kick dr spital t'sbt... jaga ko pinces...aku ade lesen bunuh..tangkap, rogol, tikam ngn parang, kerat 19, bakar,masuk dlm guni ikat2 ngn batu, campak kt tgh laut...muaahahahahaha...
setakat tuu jer power ko????aku nie ada kosa otromen+powe rangers+beastmaster+spiderman+catwomen,stakat ancaman dri ko tuuu,aku tepis gan rmbut aku jerrrrr