Seorang pemuda yang baru pulang merantau dari bandar ingin menipu orang kampungnya dengan mengaku bahawa dia adalah seorang juruterbang. Satu hari dia bertemu dengan orang tua yang ingin tahu tentang kapal terbang. Orang tua itu berkata,"Nak tolong ceritakan apa benda kapal terbang boeing tu?Atuk selalu dengar orang sebut Boeing 747,737,707...apa kebenda tuh?"
Pemuda tu tersentak lalu mencari akal agar tembelangnya tidak pecah. "Ah tu mudah jer Tok,nombor di tengah tu menunjukkan bilangan enjin kapal terbang." "Maknanya kapal terbang boeing 747 ada 4 enjin,737 ada 3 enjin,"kata pemuda itu dengan megah kerana dia dapat memberikan jawapan menyakinkan. Orang tua itu termenung lama lalu berkata"Kala begitu kapal terbang baru 777 tu ada 7 enjin la yer?" Pemuda itu menggelabah tapi dia masih mempertahankan jawapanya tadi, "Yelah 777 ada 7 enjin"
Orang tua tu bertanya lagi,"Habis tu 707 takde enjin la?" Wajah pemuda itu merah padam dan dia terpaksa meneruskan tembelangnya "Ya 707 takde enjin.." Orang tua tu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui tembelang pemuda tersebut.

kalo dah kantoi tipu...memang susah nak kaber laen balik.....