Di zaman Nabi Allah Sulaiman,berlaku satu peristiwa di mana Nabi Sulaiman melihat seekor semut melata di atas batu,lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaiman seekot semut akan hidup di atas batu kering yang berada ditengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman bertanya pada semut,"Wahai semut adakah engkau yakin ada makan untukmu?"Semut pun menjawab"Rezeki di tangan Allah,aku yakin rezeki di tangan Allah,akan ada rezeki untukku di tengah-tengah padang pasir yang tandus ini."Lantas nabi Sulaiman bertnaya"Wahai semut berapa banyakkah engakau makan?Apakah yang engkau gemar makan?Dan berapa banyakaah engkau makan sebulan?"Jawab semut,"Aku hanya makan sebiji gandum sebulan."Lantas Nabi Sulaiman mencadangkan"Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan tak payah engkau melata atas batu,biar aku tolong."Lantas Nabi Sulaiman mengambil satu bekas dan dia mengangkat batu itu untuk dimasukkan ke dalam bekas.Kemudian Nabi ambil sebiji gandum diletakaan dalam vekas itu lantas ditutup.Kemudian Nabi Sulaiman meninggalkan semut tadi di dalam bekas tersebut untuk sebulan.Sebulan kemudian apabila Nabi kembali,dia melihat gandum tadi hanya dimakan setengah saja oleh semut.
Lantas Nabi menempelak si semut,"Kamu berbohong,bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan,tapi ni dah sebulan berlalu kamu hanya makan separuh."Jawab semut,"Aku tiak berbohong,kalau dulu di atas batu aku pasti akan makan apa saja yang sama dengan sebiji gandum sebulan kerana aku yakin rezeki di tangan Allah,makanan itu aku cari sendiri dan aku yakin Allah tidak lupa padaku.Tapi bila kamu masukkan aku ke dalam bekas tertutup,rezeki aku bergantung padamu dan aku tidak percaya kepadamu.Sebaba itulah aku makan hanya separuh sebulan supaya ia dapat bertahan dua bulan kerana aku takut kamu lupa padaku."..Begitulah iman semut.
Iman manusia???
Di zaman Imam Suffian,ada seorang hamba Allah kerjanya mengorek kubur orang mati.Kerja korek kubur orang mati bukanlah satu kerja yang ganjil kerana apabila ada yang meninggal maka kubur perlu dikorek sebelum mayat ditanam.Tapi yang ganjilnya hamba Alalh ini dia tidak mengorek kubur untuk menanam mayat tetapi sebaliknya.Apabila mayat telah ditanam,waris telah pulang ke rumah dan Mungkar Nangkir telah datang menyoal dia akan datang untuk mengorek balik.Dia akan tengok macammana rupa mayat selepas disoal Mungkar dan Nangkir.Dia korek 1 kubur,2 kubur,3 kubur...50 kubur hingga kubur yang ke 100.Lepas itu penggali tersebut berjumpa Imam Suffian dan bertanya,"Ya imam,kenapakah dari 100 kubur orang Islam yang aku korek hanya 2 darinya aku lihat mayatnya masih mengadap kiblat?"Yang 98 mengadap ke belakang?"Lantas ImamSuffian menjawab,"Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam percaya bahawa rezeki di tangan Allah.98 lagi tidak percaya rezeki di tangan Tuhan.Apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak,biasanya imannya akan beralih."...Nyatalah iman semut lebih kuat dari manusia.
THANK NADIA .......... NIE SATU ILMU YANG BAIK IA MENGINGATKAN KITA KEPADA ASAL USUL KITA DARJAT KITA SEBAGAI MANUSIA. SEBAGAI MANUSIA DARJAT KITA MESTI TINGGI BERBANDING HAIWAN. JADI RENUNG2 JANGAN TAMAK JANGAN AMBIL RASUAH
SAYA ANTI RASUAH INTEGRITI AMALAN KITA
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!