Kehadapan sahabat ku Hafiz di tempat.Hari ini merupakan detik perpisahan kita.Aku tahu aku Pernah buat salah terhadap kau, namun kau tidak boleh menghukum semua orang yang sayang akan engkau hanya kerana aku seorang.Aku betul-betul minta maaf sekiranya pergaduhan kita ini berpunca daripada aku. Hafiz, ingat lagi tak kau sewaktu kau mula bercinta dengan Nadia?Aku lah orang yang menyatukan sahabat ku iaitu engkau dengan Junior ku Nadia.Pada mulanya aku lansung tidak menyedari mengapa Nadia amat menyenangi ku sehingga menganggap ku sebagai kakak nya.Aku yang tidak Pernah merasa kasih dari seorang adik dengan hati terbuka menerimanya.Saban hari kami semakin rapat, Nadia kerap berjumpa ku,terutama sewaktu kelas belum bermula.Sikap nya itu membuat beberapa sahabat ku berasa kurang senang.Mia Pernah menyatakan bahawa Nadia baik bersebab, namun sebabnya Mia menyuruh ku untuk berfikir sendiri.Aku menolak bulat- bulat pandangan Mia terhadap Nadia. Hafiz, sewaktu kita menguruskan "Hari perkenalan" untuk junior kita.Kita kelihatan amat rapat dan serasi sehingga menimbulkan rasa iri hati dikalangan junior kita.Mungkin aku tidak sedar bahawa kau adalah lelaki pujaan ramai, sedangkan aku hanya seorang Ketua pelajar perempuan yang menjalankan tanggungjawabku.Akibat terlalu sibuk dengan acara tersebut aku tidak menjamah nasi selama 2 hari.Jamuan malam terakhir acara tersebut, kau dengan prihatin mengambilkan ku nasi dan duduk bersama ku untuk makan.Namun, perut ku tidak dapat menerima nasi itu, lalu aku cepat-cepatberlari keluar dewan untuk meluahkan kembali dan kau segera mengekori ku dan memberikan ku air.Di saat itu aku amat bersyukur dan gembira kerana dikurniakan sahabat sepertimu.Dalam hati aku berjanji bahawa aku sanggup melakukan apa sahaja demi membuat kau gembira. Hafiz,setelah tamat "Hari perkenalan" tersebut.Aku sekali lagi diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbir untuk menguruskan Kursus kepimpianan.Belum sempat ku bernafas lega, namun bahu ini ditambah lagi dengan tanggungjawab yang amat berat.Aku meminta mu untuk menjadi president bagi kursus tersebut, namun kau menolak.Pesan mu aku tak layak untuk mengambil tempat kau, namun aku akan sentiasa membantu kau Aku terkedu, apabila mendengar ucapan mu.Bagi ku, kau amat layak untuk memegang apa sahaja jawatan kerana kau seorang yang bertanggungjawab. Lebih bertanggungjawab daripada Azmi yang merupakan Ketua Pelajar.Namun hanya pada nama, kerana kesemua tugasnya diselesaikan oleh mu. Hafiz, setelah sebulan lebih Nadia menjadi adik angkat ku, kini aku baru faham.Setiap kali kami bertemu pastinya pokok cerita kami berkisarkan kan kau.Aku amat yakin bahawa Nadia mencintaimu.Namun ku pendamkan sahaja tanpa memberitahu mu. Suatu petang aku menerima panggilan daripada Syah, yang memberitahu ku bahawa kau telah memberikan hadiah, sempena ulang tahun Nadia yang ke 16.Di, saat itu aku terkedu.Perasaan ku bercampur.Hati ku tidak tenang.Dalam diam, air mata aku mengalir.Aku bakal kehilangan seorang sahabat sebaik mu dan aku percaya hubungan kita tidak akan rapat seperti dulu apabila kau telah berteman. Hafiz, di suatu saat Syah ada memberitahu ku bahawa kau ingin menjadikan Nadia sebagai seorang yang amat istimewa dalam hidup mu.Kau meminta bantuan Syah agar kau dan Nadia dapat disatukan.Hati aku bertambah sayu apabila Syah meminta bantuan ku untuk menyatukan kau dengan Nadia. Hafiz tahukah dirimu bagaimana teruk aku dimarahi oleh Mia kerana hajatku untuk menyatukan mu.Aku ikhlas untuk menyatukan kau dengan Nadia sebagaimana janjiku untuk melihat kau bahagia.Masih terngiang- ngiang kata- kata Mia. Lia kau memang bodoh, kau masih tidak sedar bahawa kau juga cintakan Hafiz, baik kau sedar Lia aku tak mahu melihat kau menangis ketika Hafiz dan Nadia sedang dilamun cinta.Ko akan jadi pembunuh Lia, ko akan membunuh hati kau sendiri aku hanya tersenyum sumbing apabila mendengar bebelan Mia.Bagi ku, tidak ada salah nya jika aku menyatukan Hafiz dengan Nadia.Ke dua- dua nya amat aku sayangi dan aku percaya disaat mereka bahagia, aku pasti tumpang bahagia. Hafiz, ketika pelajar semua pergi mengambil sarapan pagi, aku berdiri dihadapan bilik pengawas yang hanya gah pada nama, namun tidak pada hakikatnya.Ku nantikan seorang pelajar perempuan yang berkulit putih dan berwajah bujur sirih.Dari jauh dapat ku lihat seorang pelajar yang kelihatan amat bersih dan suci.Di tambah lagi dengan cara pemakaian yg menutup semua aurat nya.Tiba- tiba aku mula tersedar betapa berbezanya aku dengan nya.Aku seorang pelajar tingkatan enam yang lasak dan ganas perlakuannya.Perangai ku tidak ubah seperti seorang lelaki atau pun tomboy.Namun mahkota seorang wanita masih ku tutup dengan sehelai kain yg diberi nama jilbab.Aku melihat pergelanagn tangan ku, lengan baju, ku lipat sehingga menyamai paras siku.Sedangkan gadis yang berada dihadapan ku menutupi lengannya dan ditambah dengan sarung tangan berwarna putih.Entah mengapa tiba-tiba aku menjadi sedih dan berasa kerdil dihadapannya dan yang pasti aku yakin bahawa dia sememangnya gadis yang layak untuk digandingkan besama mu Hafiz. Hafiz, disaat aku memulakan bicara dapat ku rasakan sesuatu yang tersangkut ditekakku yang menyebabkan aku susah untuk berbicara. Nadia dengan lembut menyapa ku. Kak Lia sihat ? Aku melihat tangannya lembut memegang tangan ku seperti memberikan aku kekuatan untuk berbicara.Lalu ku putuskan untuk terus berbicara agar hati ku tidak merasa siksa yang terlalu lama. Nad, akak nak tanya satu soalan boleh tak, pinta ku untuk menyelesaikan tugas dan amanah dari Syah. Nadia hanya mengangguk sambil tersenyum, Tanda setuju. Nadia tahu tak mengapa Abang Hafiz memberi Nadia hadiah sempena birthday Nadia.Soal ku kembali Ketika itu dapat ku lihat sebuah senyuman terpancar di bibir Nadia.Mungkin dia masih teringat saat-saat kau memberinya hadiah. Nadia rasa Abang Hafiz bagi Nadiah hadiah sebab Nadia rapatkan dengan akak.Jawabnya lembut, terasa keayuaan dan kelembutan seorang muslimah ketika Nadia berbicara. Aku hanya tersenyum,melihat Nadia.Entah mengapa hati ku tiba-tiba menjadi resah dan terasa amat sakit.Aku memegang dadaku, agar hatiku kembali tenang.Nadia masih lagi membisu melihat para pelajar yang mula sibuk untuk kembali ke kelas masing- masing.Aku mula tersedar bahawa 5 minit lagi aku harus membuat presentation mengenai cabaran dan halangan dalam membentuk masyarakat minda kelas pertama.Tanpa ku sedari aku tiba-tiba mengeluh. Akak kenapa ni? Soal Nadia. Maaf akak teringat kelas Pengajian Am En Azman lepas ni, jujur ku memberitahunya.Oppsss, lupa pula berbalik pada niat asal akak untuk jumpa Nadia.Nadia kena jawab dengan jujur tau pintaku..Nadia hanya mengangguk tanda setuju.Akak nak tanya Nadia, betul kan Nadia suka dan Cintakan Abang Hafiz soal ku.Aku dapat melihat riak wajah Nadiah seakan- akan terkejut dan malu.Sebab itu Nadia reject Faiz kan? Tambah ku lagi.Nadia hanya mendiamkan diri, namun wajahnya telah bertukar menjadi merah.Mungkin Nadia malu padaku.Nadia, panggil ku lembut, akak rasa akak dah dapat jawapan yang akak inginkan.Tangan Nadia ku genggam erat agar Nadia tahu bahawa dia tidak perlu malu terhadap ku.Akak amanahkan Abang Hafiz dekatNadia.Akak harap kamu gembira.Nadia hanya terpampam mendengar bicaraku, tanpa ku sedari Nadia memeluk ku dan mengucapkan terima kasih.Di saat itu air mata ku mengalir dan aku dapat merasakan kesakitan yang amat di hatiku.Betul kata Mia, aku telah membunuh perasaan ku sendiri.Oh Tuhan, mengapa disaat ini baru KAU menyedarkan ku betapa aku mencintainya. Hati adakah kau marah dengan apa yang telah aku lakukan ini, soal ku sendiri.Sabarlah hati, ku pasti kau adalah milik insan lain.
Seperti kata orang-orang tua.Terlanjur sampan boleh diundur, terlanjur kata dan perbuatan tidak mungkin dapat diundur.
stahu aku citer ni sedih, apasal lah si mork ni leh gelak..hairan bin pelik aku.. x pe, nanti aku wat cerpen letak nama mat sbg hero, n nadia sbg pompuan jht..
true...true...aku sokong...aku nk bg tajuk leh.....THE NIRRAJIM NADIA...k x??? xpon, BRENSETANADIA....nnt aku rekemen cite ko nie kt dewana bhs utk di komersialkn hga ke peringkt antarabangsat....
Lela2 smpi bl ko nk b'lakon watak baik dpn aku nih?Baik ko ngaku ko ngidam nk pegang wtk nadia dlm cite nih kan..Xpe2 utk xmhampakan ko nnt thn 2057 aku bt'n cite b'tjk Lailatulqadar sempena menyambut bln posa thn 2057.
ko ni mmg ada ilmu ah nadia.. Cam ne ko tau aku nak jd nadia dlm citer ni?? x pe lah x dpt jd nadia jd lia pun x pe..asalkan famous... thn 2057 baru nak wat citer? ntah aku dah jd arwah ke blom time 2?
Ms tuh ko dh jg nenek kebayan bongkok 5 dh lela..sblm bunga lily tls cite nih aku dh bt nujum pak belalang..dia tnya aku sapa nk jd heroin..aku ckp ko xsesuweiiiii..xsangka lak aku t'pilih..haha
smbggannye..sorry even ah lama siap, tp ada prob x leh post..
Hafiz, tahukah kau apa yang aku alami disaat itu.Aku sendiri sukar untuk mengerti perbuatan dan janjiku, semua itu seperti memakan hatiku sendiri. Setibanya aku di cyber lab, Syah terus menarik ku ke sudut yang paling belakang
macam mana Lia, Nadia nak tak? Soal nya yang tidak sabar lagi
Mata ku mencari susuk tubuh mu namum gagal. Ku tanyakan pada Syah.Mana mamat tu?
Syah sambil tersenyum memberitahu yang kau berada di Surau kerana gusar menanti jawapan daripada Nadia.
Eh macam mana Nadia nak tidak? Soal nya kembali, apabila dilihat aku masih tidak memberi sebarang jawapan.
Aku hanya mengangguk lemah sambil memandang lantai yang berdebu.
Yahoo!!! jerit Syah yang meniru iklan di TV.Aku dah agak, tengok cara pun, aku tahu dia suka kat Hafiz, sambung Syah lagi.
En Azman tidak akan masuk ke kelas kerana cikgu ada kes disiplin untuk diselesaikan
Itu ayat yang dapat ku dengar dari mulut Razman, yang merupakan rakan sekelas aku dan juga ketua Murid.
Ooooo yes!!! Syah melompat-lompat kegembiraan apabila En Azman tidak dapat masuk ke kelas.
Ok lah Lia aku pergi surau dulu, nak kasi berita sensasi kat Hafiz, beritahu Syah sambil berlari keluar.
Tiba-tiba aku dapat merasa bahu ku disentuh lembut oleh seseorang, aku menoleh, dapat ku lihat wajah Mia yang penuh dengan rasa simpati.Aku terus memeluknya, aku menangis semahu-mahu nya.Biar semua beban di bahu ku hilang.Aku tidak sanggup lagi untuk tersiksa.
Mia turut mengalirkan air matanya.Mungkin Mia dapat merasakan bagaimana perasaan disaat kehilangan sahabat dan orang yang dicintai.Rakan- rakan yang lain hanya memandang dengan penuh tanda Tanya.Siew Mei yang merupakan kawan baik ku yang berbangsa Cina, sempat berbisik kepada ku Lia yang saya kenal bukan si cenggeng tapi si kaki buli aku tersenyum mendengarnya.Aku tahu niat Siew mei hanya ingin menghiburkan ku.Thanks Mia, thanks Siew mei, kau orang tetap disamping ku disaat aku berduka.
Hafiz, cepat sungguh masa berlalu.Sungguh tak disangka telah 6 bulan kita bergelar student form 6 dan yang paling tidak disangka tahun depan kita akan menjadi student yang paling tua di sekolah.Sememangnya aku amat benci menjadi pelajar 6 atas, aku benci bukan kerana berasa diri ini telah tua namun, makin bertambah tugas kita dalam kokurikulum dan akademik.Majlis Tingkatan Enam harus digerakkan secara aktif agar setanding dengan sekolah-sekolah lain seperti Aminuddin Baki dan Chocrane.Kadang kala aku mengejek angan-angan mat jenin guru penasihat kami.Bagaimana kami mahu menjadi Majlis yang aktif seperti sekolah-sekolah lain.Sedangkan Sekolah kita hanya mempunyai empat kelas tingkaran enam, dua enam atas dan dua enam rendah.Sedangkan sekolah-sekolah lain mempunyai sehingga 16 buah kelas tingkatan enam.Bukan niat aku ingin perlekehkan kawan-kawan sendiri, nanum tanggungjawab tidak dapat dipikul bersama,terlalu tebal sikap berpuak dikalangan kami.Lihat saja ketika Mesyuarat Agong Majlis Tingkatan Enam diadakan.Kehadiran tidak sampai separuh daripada jumlah ahli dan aku semestinya tersenarai dalam ahli yang ponteng mesyuarat itu.Memang tidak dinafikan apabila aku tidak pergi ke sesuatu majlis, automatically seramai 4 orang geng aku turut sama cabut melarikan diri.Tidak Pernah aku mengajak mereka untuk turut serta dalam aktiviti songsang ku, iaitu melepek di atas atap bangunan. Namun ketika di sana, kami dapat menenangkan diri.Kadangkala aku dapat melihat beberapa orang rakan ku menangis.Setelah lama duduk disana kami akan pulang ke rumah masing-masing.Kami bertuah kerana Mia telah memiliki lesen dan membawa kereta ke sekolah.Oleh itu mudahlah bagi kami untuk bergerak kemana-mana.
Hafiz, ketika musim cuti sekolah kita tidak lagi berhubung seperti selalu.Ikatan antara kau dan Nadia sememangkan merenggangkan lagi hubungan kita.Nadia tidak lagi seperti dahulu.Nadia tidak lagi selalu menemui ku, tidak lagi selalu menelefon dan menghantar meseg pada ku.Ku pujuk hati dengan menandaikan Nadia telah mula belajar kerana SPM tinggal lagi setahun.
Hafiz, Aku masih lagi teringat seminggu selepas kau bergelar kekasih Nadia,ketika pulang dari sekolah aku mengambil keputusan untuk membeli alatan tulis di Dynamic, sewaktu pulang dari Dynamic, aku terserempak dengan kau di dalam bas.Hati aku menjadi sayu sangat, air mata aku tidak berhenti mengalir.Mungkin kau terkejut kerana aku meletakkan begku di sebelah tempat duduk ku yang kosong, lantas kau mengambil keputusan untuk duduk di belakang ku.Mungkin juga kau terkejut melihat air mata yang bergenang di dalam kelopak mata ku.Tiada teguran yang kau berikan, mungkin kau fikir aku sedang menghadapi masalah dan ingin bersendirian.
Hafiz, perlulah diketahui oleh mu, bahawa di saat itu aku tidak dapat menahan perasaan ku.Tidak dapat menahan kekecewaan ku lalu ku putuskan untuk turun dari bas walaupun belum sampai ke rumah ku.Aku rela berjalan kaki dari terus menyiksa hati ini.Kau yang terkejut lantas bingkas bangun ingin menuruti ku, lalu aku memberi alasan ingin membeli nasi untuk makanan Tengah hari ku.Ku lihat kau mengangguk lemah mungkin kau tidak setuju mungkin juga kau tidak percaya pada kataku, namun kau tetap akur. Ketika berjalan pulang, air mata menjadi peneman sejati ku.Aku menjadi seorang wanita yang lemah, kalah sebelum berjuang.
Hafiz seminggu sebelum cuti kita terserempak lagi di jalan ketika ingin pulang dari sekolah. Aku yang pulang berjalan kaki sambil ditemani Diya dan engkau menunggang motor Honda mu.Kau berhenti sambil menolak motor mu ketika tiba di sebelah kami. Kita sempat berbual dan pada waktu itu aku mula belajar untuk menjadi kuat dan menerima hakikat.
Tiba-tiba kau bertanya padaku, mengapa aku menjauhkan diri setelah Nadia menjadi kekasihmu.Aku terperanjat dengan soalan mu, begitu juga dengan Diya.
Lantas Diya membela ku yang Nadia tidak lagi menemui, menelefon dan menegur ku seperti sebelum ini.Kau mengatakan bahawa Nadia ada menyatakan perhubungan Nadia dan aku hambar kini. Diya yang sememangnya tidak puas hati memberitahu kau bahawa Nadia tidak lagi memerlukan aku kerana kau telah menjadi miliknya.
Aku hanya terkesima apabila mengenangkan Nadia.Mengapa Nadia tidak memberitahu ku, mengapa harus diadukan pada kau.Mengingati kenanagan sebelum Nadia menjadi milik kau, aku tersenyum.Saban pagi ketika belum masuk waktu persekolahan Nadia pasti datang ke tempat kami pelajar tingkatan 6 untuk menemui ku.Saban malam pasti muncul SMS yang comel-comel untuk mengucapkan selamat malam.Namun semua itu tiada lagi kini dan aku cuba untuk memahaminya walaupun hakikatnya aku sendiri tidak pasti.
Hafiz, keesokkan harinya kita bertemu di koridor berhadapan kelas.Aku menjelaskan pada mu mengapa aku tidak rapat dengan Nadia.Aku juga memberitahu mu bahawa aku amat sibuk dengan program sekolah yang tidak Pernah habis.Aku meminta kau bertanya pada Nadia mengapa dia tidak lagi melayan aku seperti dahulu.Niatku bukan untuk memburuk-burukknanya, namum untuk menerangkan Keadaan sebenar.Tanpa ku sedar dan minta, sekali lagi aku tewas dengan perasaan aku sendiri.Air mata ku mengalir setitik demi setikit.Lantas ku palingkan badanku agar kau tidak dapat melihat kekecewaan yang bersarang di hati ku.
Ya Allah, Ya Tuhan ku, adakah cinta itu sebenarnya luka yang harus dialami oleh orang yang memilikinya.Tanpa ku sedari, hati ku berbisik sendiri.Sesungguhnya aku tidak lagi mampu merawat luka ini.
Hafiz selama kau menjadi kekasih Nadia, Sham setia bersama ku, mengantikan tempat kau sebagai sehabat ku yang telah hilang.Mungkin Sham tahu apa yang bersarang didalam jiwa ku.Sham banyak memberikan kata- kata semangat disamping cara yang betul untuk menghadapi masalah atau tekanan.Sememangnya ilmu agama yang penuh didada Sham membuat ramai orang kagum terhadapnya, sehinggakan ada guru yang sanggup berimamkan nya.Tidak Pernah ku lupa bagaimana tenang hati ku sewaktu mendengar Sham mengaji.Setiap kali habis waktu persekolah aku pasti bersiap cepat ke surau untuk menunaikan solat Fardhu Zohor secara berjemaah.Hati aku amat bahagia apabila berimamkan kau atau pun Sham, kerana kedua-dua nya merupakan sahabat aku.
alaa...smbg2 plak cite nye..ltk la skali gus...isk... bile nk ltk name aku plak jadik heroin nih???haha xsaba neh... aku nk watak pmpn cantik..sopan..ayu..bersopan.santun..berdedikasi..berkarisma..elegen..sofistikated.. dah..tu jer..
hahha sambung lagi lepas ni bebudak GC kena selalu online ler sebab nak baca ending citer ko ni.. silap hari bulan last2 nanti ko letak lawak pak kaduk kot? apa lg..,post ler cepat sambungan citer tu/
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
meh aku sambung....... mula2 ambik tali yang panjangnya secukup rasa........ ko ikat kat dahan pokok sagu........ satu lagi ko ikat kat tali yang ko nak sambung....
sekian terima kasih
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
abis tu kalu pokok toge tu lembik sgt...boleh ke ikat kat dahannye????? ngape tak ikat je kat pokok pinang???? pokok buluh kan ke lagi teguh n gagah dr pokok toge...... opss.... ko citer pokok toge ke pokok sagu ni???? pokok sagu kuat ke?????
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
aku cite pokok sagu la...bukan pokok toge, pokok buluh mahupun pokok pinang nan sebatang.........ko ni pokok sagu ngan pokok toge x dpt nak beza ke....pokok sagu tu ada dahan, buahnya ada warna kuning n merah...ada rambut2 kat buahnya........paham........
(keletung.....efek ke luku kat dahi....tu pokok rambuntan la....kata puan modest)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
susahnya ada nenek yang lembam pikiran ni..... aku ckp rambut kat buah........ dh x bleh makan buah tu..... dh kotor, nnti kene jangkitan malaria lak...........
(kata ayam belaan rajinnaz kepada angsa belaan riepan)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
dah.... sampai jangkitan malaria pulak..... apa citer ni????? sian si lily ana... disbbkan ada bdk OKU sorang ni abih dijaja citer ko sampai ke utara siam nun.. tonggang langgang dah citer si bdk hapiz tu.... ICU.... pegi la bwk berubat... virus H5N15 tu dah mnjagkit dah kat tembolok ko......
(kur...kur...kur.... mana pegi la ayam2 aku ni..... woi..woi yg korang menenggek kat angsa2 si riepan tu ngape???? dah tak kenal ke asal usul korang??? pegi...masuk reban balikkkk)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
kepada cik lili ana....jangan dilayan sgt nenek tua yang dah monopos kat atas ni.....dah menjadi tabiat beliau akan meroyan setiap kali mendapat rawatan psikologi....tetapi sebagai doktor pakar yang bertauliah, aku sabar je melayan kerenah beliau.....harap2 pesakit aku ni akan sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan..........
(lalu ICU kembali mendapat rawatan ngan puan modest.......rrrrr...sape yang sakit ni?? aku ke puan modest???konpius lak aku)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
citer ni sebenarnye kisah aku..sambungan dia aku x upload coz laptop kena format suma hilang.. tapi aku sambung agar korg tahu pengakhiran citer aku..
Hafiz, hari demi hari aku akhirnye dapat menerima yang ko bukan lebih dari sahabat kepada aku.. kau dan aku telah semakin jauh..amat susah utk kita habiskan waktu bersama..aku terlalu rindu saat kita berBBQ, aku memasak dan ko basuh pinggan..sampai ibu marakan aku coz biarkan lelaki basuh pinggan kat umah aku..aku rindukan saat kita beratur panjang semata-mata nak beli murtabak sampai akhirnye kita kena buka puasa kat tepi jalan kerana terlalu lewat..aku rindukan saat kita ponteng terawaih semata-mata nak celebrat bezday ko kt kfc..aku rindukan saat ibu aku kejar kita sbb dah mlm asyik lepak kat luar lg..aku rindukan saat ko mengajar aku mengaji, mengajar aku main badminton dan setia menemani aku disaat aku sedih n gembira, aku rindukan komen ko terhadap masakan aku n aku selalu nantikan sms ko y minta air mangga buatan ku.aku rindukan saat ko belikan coklat Vocell dan jus oren kegemarANku.aku rindukan ayat "MENGGONG" yang ko slalu panggil aku..dan aku juga rindu nak panggil ko sebagai Mr careless..Rindu nak lepak kat arcade games center lawan mcm2 games..Y penting aku terlalu rindukan ko..sangat2 merindui...
Hafiz, sebulan kita cuti panjang.Kau lansung x menghubungi aku..aku dpt tau dr iman y ko dan nadia dah clash..tapi ko couple dgn siew mei.. Ko beritahu Iman y aku satukan ko dgn siew mei..ko salah hafiz, aku hanya memberi no ko kat siew coz dia ckp hanya ingin wish bezday ko..saat2 ko couple dgn siew mei, kita seakan rapat kembali namun ko dah berubah..ko selalu melewat-lewatkan solat..ko berpegang tangan dgn siew mei malah ko membonceng dia dgn motor.dan y plg sedih aku dgr ko ada lakukan lebih dr itu...Saat itu aku lah org y plg byk menangis..aku x mahu percaya dgn berita itu..Namun, aku sendiri tidak boleh menafikan nye..Sikap ko dan siew mei y lansung x mahu berpisah menguatkan lg berita tersebut..ko dah hilangkan kepercayaan aku hafiz..ko korbankan prinsip ko hanya kerana nafsu syaitan..
Hafiz, aku percya ko tahu rancangan cikgu azman y nak memisahkan ko dari siew mei..cikgu minta aku utk goda ko dan rapatkan kembali hubungan kita mcm dulu..Kejam sungguh permintaan cikgu aZman..Saat itu aku masih dlm proses mengenali hati budi sham..aku mula menyanyangi sham..tapi cikgu suruh aku pergi kepada kau dan tinggalkan sham..kejam kan cikgu?? cikgu hancurkan hati aku dan sham semata-mata nak menyelamatkan ko dr terus terbuai dosa..Hafiz sebenarnye yang kejam itu adalah ko..ko penyebab semua ni..Aku x pernah bersetuju dgn cadangan ni, tapi kerana cerbisan perasaan syg aku sebagai sahabat aku setuju dgn cadangan cikgu..
Kejam ko Hafiz, hati sham aku sakiti hanya utk menyelamatkan ko..Setiap kali aku teringat ayat y aku ckpkan pada sham air mata aku pasti akan jatuh..aku Kejam kerana ko yang kejam..
Ayat aku ketika bertemu sham saat itu "Sham sekiranya selepas ni, sy dah x mcm dulu..awak jgn marahkan sy, awk jgn benci sy..sy x pernah nak buat awk mcm ni..tapi ini tanggungjwb sy..sy minta maaf kat awk kalo lepas ni sy akan selalu meyakitkan hati awk dan sya berubah..ini bukan kehendak sy"
Sham sgt2 bingung, sham berusaha menyakinkan aku utk memberitahu segalanya pada dia..namun aku kaku membisu ditemani air mata..serangkap kata2 y indah dr sham ialah " walau apa pun y terjadi sy percayakan awk, sy yakin dgn awak..insyaallah kalo kita mmg telah dijodohkan kita tetap bersatu..awak jgn risau apa pun terjadi sy x kan berdendam dgn awk sbb sy sygkan awk" aku x dpt menahan esakku terus berlari utk menangis sepuas-puasnye..dia terlalu sempurna buat ku dan aku x layak utknya,
Hafiz, saat itu aku menangis..Ko KEJAM..aku baru belajar nak menerima sham..tapi aku terpaksa tinggalkan dia dan kembali di sisi kau..saat itu aku berjanji yang kau mesti putuskan hubungan ko dan siew mei..Boleh dikatakan 12 jam sehari kita mesti bersama..Habis sekolah kita akan lepak bersama..mlm kita akan berlajar bersama di rumah ku atau di rumah nor. Wekend kita pergi tuisyen n enjoy bersama..tanpa disedari perasaan cinta aku pada kau terbit semula..Hafiz, ingat x aku pernah berikan kau sekeping kad yang ada puisi...sebenarnye puisi itu aku tulis ketika aku masih bersama sham tapi bayangan yang terbit adalah kau..jd puisi itu semenangnye aku tulis utk kau..
Hafiz, kau tahu y aku bencikan bola..tapi sbb malam tu MU ada game n ko, cikgu, aidil n sham pergi berkemping ko minta aku utk tgk bola dan sms dia setiap kali ada jaringan masuk..Jujur waktu itu aku x tahu y sham juga pergi bersama. Aku ber msg dgn kau, sham dan aidil dlm masa y sama..(jujur aku hanya anggap aidil sbg kwn dan aku sendiri x tahu y aidil menyukai aku lebih dr kwn)..ntah kenapa tiba2..ko minta aku bermsg dgn sham dgn alasan sham keboringan..dan apabila aku bermsg dgn sham, sham minta aku bermsg dgn kau pula atas alasan ko lebih memerlukan aku..aku sedih, aku bukan bola utk ko dan sham main pas2..akhirnye aku offkan hp aku semalaman.
Hari berganti hari, akhirnya aku berjaya pisahkan ko dan siew mei..kita semua jadi seperti dulu aku happy sgt..kita tekun belajar agar cita2 kita tercapai utk menjejakkan kaki ke universiti.Namun panas x berpanjangan, ntah kenapa tiba2 cikgu azman nak satukan ko dan junior kita..cikgu x paham ke dgn perasaan aku??...akhirnya aku mengalah kau sememangnye bukan utk aku..aku kembali menjauhkan diri dan kau lansung x bertanya sbb aku bersifat mcm 2 (mgkn ko seronok nak dpt awek cun)..saat2 peperiksaan tiba kita semakin jauh..sedih aku apabila 1 sekolah wish bezday aku tp ko hanya buat bodoh je. ko KEJAM hafiz..
Hafiz, habis sahaja exam hubungan kita hanya suam2 suku...bila result keluar tiada lansung ucapan tahniah buat ku..ko seolah2 bisu..saat kita sama2 mengisi borang kemasukan UPU kita lansung x berbincang..tapi aku amat berharap kita akan 1 U. Malam tarikh penutupan permohonan Universiti, aku buka borang kau dan aku ubah pilihan course dan universiti ko(sbb terlalu rapat, aku ada suma password dan maklumat dia).Aku nak kita dapat U di KL..Tapi sayang Allah menduga aku..Aku diterima masuk ke universiti di utara sedangkan ko di KL..
Hafiz, kau tahu x saat keputusan UPU keluar no IC pertama yang aku check adalah no ko bukan no IC aku sendiri, apakah tandanye ni??.Ini menunjukkan y aku sygkan ko lebih dr diri aku..dan waktu itu Iman call aku bertanyakan ttg keputusan UPU aku..saat itu aku dengar suara kau di belakang..aku tahu kau ada kat situ, aku tahu kau y minta Iman utk bertanyakan keputuan UPU tersebut..dan di saat aku beritahu Iman y kau dapat masuk U, aku dengar Iman ckp " Fiz ko dapat msk UKM lah"..air mata aku semakin laju jatuh saat itu..sampai hati ko lansung x mo bercakap dgn aku....
Hafiz w/pun berat utk aku pergi tp demi masa depan aku tinggalkan KL utk ke menara gading..hari2 ku terlalu sibuk dan penat..Aku x suka dgn course aku..aku x pandai melukis, aku x de kwn kat sana..suma bdk ckp bdk KL jahat..aku sedih, aku penat, aku kena berlagak tabah dan kuat..namun x pernah sehari dlm hidup aku, aku lupakan ko..tapi ko kejam..ko nak musnahkan masa depan ko..ko ponteng klas, ko x wat assignment..ko saja nak bg aku risau..saat itu aku yakin y aku kena lepaskan ko..bayangan ko hanya akan membuat aku derita..
Hari itu 28 feb 2008..aku menjadi kejam..aku layangkan email kpd ko..email supaya ko sedar, email utk mematikan rasa sayang n cinta aku pd ko.. **ni sebahagian dr email tersebut**
*************** Hafiz ko sihat?? saja bg email kat ko, bacalah..
Hafiz, ingat x ms last aku kol ko, time 2 aku penat sgt..balik dr komtar turun naik, kuar masuk pejabat kerajaan, semata-mata utk dptkan geran tanah n kelulusan utk kitaorg bgnkan kwsn 2..(utk assigment kitaorg) bila balik, aku tgk kengkwn aku suma dah bersiap nak pergi smbt new year.. Aku hanya tersenyum bila diaorg ajak kuar sambut kat batu ferringgi or jmbtn p.pinang. aku yg baru balik dengan kaki sakit sgt, coz turun naik pejabat kerajaan hanya mampu menggeleng, tanda x nak ikut. Bila sampai bilik, tgk roomate aku x de, mgkn tgh otw p penang bridge or tgk wayang kat campus. Aku nmpk gmbr kita masa kat sekolah n genting..aku senyum bila ingat berapa hepinye aku dulu.. tp air mata aku mengalir bila rasa rindu kat korg timbul..dan aku seorg kat sini, dgn course yg stuff gan aktivity yg lasak.. aku takut aku x leh bawa course ni, aku x kuat n aku x minat..Aku nak amik economic n finance, np abg aku suh aku amik course ni n np aku lulus interview. Ko tau x hafiz, setiap kali studio aku akan menangis. Aku x tau lukis, aku x tau nak wat pelan n aku x amik lukisan kejuruteraan. Tp aku tebalkan muka, jumpa senior sana, jumpa senior sini..call bdk sana, kol bdk sini semata-mata nak minta ajar.
Hafiz, brapa byk air mata aku tumpah utk teruskan perjlnan ni. tp aku x give up..aku x de kwn kat sini, pi mana2 suma seorg2..tp baru2 ni roomate aku dh baik gan aku.aku lpk kt library seorg2, pi lab seorg..sampai staff kt sana pun cam muka aku.plg best aku pi tolak kete sorong 1 U, utk bw kayu..aku yg suka cover cun dah x pikir psl laki dah time 2..yg ptg aku wat n aku lulus.bila tgk pointer aku 3.12, aku rs bersyukur sgt. aku rs suma air mata, peluh n usaha aku dah di bayar. Tp bila aku jumpa Penasihat aku, aku kena bamboo abis2..x sedar diri lah, cpt berpuas ati lah, x de goal lah..mcm2 lah.. aku gelak bila dgr suma tp, tp aku kena lg..sem ni pointer aku mesti 3.33 n above kalo x, aku x tau akan dpt apa dr dia.Hafiz aku nak ko jd mcm aku jagan give up, cause masih byk halangan akan dtg pd kita.
Hafiz, Sekang ni aku leh trima course ni, kelmarin kaki aku tercucuk besi n smalam jari aku luka terkena besi. aku pun x sedar, bila darah dah menitik baru aku rs pedih, tp keje kena teruskan..(kitaorg tgh wat jambatan besi sekrang..) setiap kali abis klas aku trs pi steel lab utk smbg wat studio (jmbtn 2), balik kul 6 mandi, makan n wat assigment sampai kul 2pg..than kul 6pg bgn wat assigment lg..Hafiz ni lah life aku kat sini..mesti ko hairan np aku citer panjang ttg ni. tujuan aku nak ko sedar yg kita x leh give up.Aku nak ko tau yg aku pun x leh trima kos aku, tp aku ttp wat yg terbaik..Insyaallah, bila kita dah usaha kita pasti berjaya.
Hafiz, dulu kita pernah berjanji nak berjaya sama2..nak keje elok2 n yg plg penting akan sentiasa bershbt selamanya. Tp aku dah melangkah jauh.. Aku minta maaf, aku dah ingkar janji..aku x leh jd shbt ko.mgkn ko x sedar n aku sendiri baru sedar, yg aku berperasaan lain kat ko.Aku malu gan diri aku, sbb itu aku x leh terus jd shbt ko..ini hanya akan menyakitkan ati aku je. Aku x mau ko terasa terkongkong dgn sifat aku..n aku juga nak beri peluang pd diri aku utk memiliki seseorg yg syg kan aku..kalo aku terus ada disebelah ko, mustahil aku dpt trima org lain. Hafiz, aku minta maaf, aku sendiri x sedar bila perasaan aku berubah. Tp aku x pernah berangan nak bersama dgn ko..aku tau taste ko n aku dpt rs wanita mana yg dpt tarik hati ko.walaupun dalam hati ini aku cintakan kau, tapi jujur aku x dpt nak terima kau apa lagi nak terus berada disisi kau kerana aku dah terlalu penat..
Hafiz, ingat x ayat yg slalu aku guna dulu "aku nak lpskan ko, aku x nak jumpa ko lg" dulu ms kita lpk2 aku slalu ckp cam 2 kan? 2 tandanye ati aku tgh sakit..hu3!! tp bila ko x contact aku, sasau aku cr ko..yalah, mana tau ada pe2?? than dgr kabar ko x mau bg msk U, lg pening aku.. ye lah dah cr ko x dpt, mlm2 aku nangis je.aku slalu pikir np aku x dpt ukm or um..at least aku still leh tgk ko..supaya ko jgn hangat2 taik ayam cam stpm dulu.tp Allah dh tetapkan takdir, aku jauh dr ko..saat 2,kat sini, tiap kali ada prob, aku nak call or msg ko.aku nak kita lpk gan aidil n nor supaya kpala aku ringan. Aku nak dgr ko panggil aku "MENGONG" n wat aku cool balik..tp itu suma x mgkn..ko kat KL sedangkan aku kat penang.saat 2, aku yakin bahawa aku perlu lpskan ko, aku perlu bebaskan bayangan ko dr idup aku. time 2 lah aku kol ko utk bgtw.
lepas je ko ckp bateri ko kong, aku terseunyum..finally!!! aku berani bgtw ko hal sebenar n aku berjaya lpskan ko.ms aku send msg 2 aku masih lg gelak2 bangga dgn kejayaan aku, (beritahu apa yg aku rs)tp bila 1 per 1 gmbr kita, aku turunkan dr meja, air mata aku mengalir..ko tau cam ne perasaan aku time 2, hati aku rs terbelah dua.dihiris-hiris..honestly sampai skrang ati ni msh dlm tempoh dipulihkan..selama 2 bulan lebih, aku hepy gan idup aku. ko telah jd memori lama..tiap kali rindu kat memori lama, diari bear yg aku conteng..tp ms balik CNY ari 2, aku nangis coz x de peluang utk jumpa ko..hu3!! (gedikkan aku ni) tp aku ttp yakin, kali ini aku berjy lpskan ko..
**************************************************** Tiada replay y aku terima dr dia..sejak itu dia x pernah email, sms or call aku..sememangnye dia menunaikan permintaan aku utk hilang dr hidup dia.. walaupun email ni aku hantar pada feb 2008 tapi perasaan aku x pernah berubah..fenb 2009, aku masih menyintaimu...feb 2010..masih juga mencintamu, feb 2011 tetap setia mencintaimu walaupun ko telah berpunya..semoga kau bahagia..doakan ku agar aku juga menemuni cintaku..
sham masih setia disisiku, mencintaiku setulusnya..Insyaallah jika jodoh aku bersama sham..kami tetap akan bersatu..sekian..