Aku sepatutnya malu menulis surat cinta padaMu kerana ia tidak mungkin jadi sempurna dan setelah terlalu banyak mengingkariMu Kau mungkin tidak sedia menerima
Mengapa harus aku tiba padaMu bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya keragaman rahsia yang mentaati kata-kata "tidak kuberi ilmu melainkan sedikit sahaja" aku jadi marah pada ketetapan itu dan meluru menuju lampu tapi hanya terhumban pada kaca lalu jatuh ke kakiMu apakah kau sedia memaafkan carik-carik di kepakku?
Atau apakah kau sengaja memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpegun pada kesempurnaan jari-jariMu?
Mengapa aku harus tiba padaMu bagai sungai yang menemui muaranya dalam murung rasa tua setelah terlalu banyak meronta mahu melepaskan diri dari sekatan tebingnya tapi hanya menambahkan bebanan sehingga tiba ada keluasan lautmu apakah Kau sedia memaafkan kekeruhan di tubuhku?
Atau apakah kau sengaja memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpesona pada kejernihan matamu?
Kau terlalu banyak menyimpan keindahan mengapakah aku tidak melihatnya dahulu atau apakah Kau sengaja menyembunyikan supaya aku jadi lebih kasih padaMu?
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????