Salam diberi tangan digenggami, Buat dirimu yang aku rindui, Kini aku muncul kembali, Untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.
Sukar untukku memulakan bicara, Buat tatapan dirimu yang masih kucinta, Redup matamu membawa makna, Menikam kalbu, hati yang lara, BISIKAN RINDU itulah kalimahnya.
RAHSIA PERINDU terbongkar sudah, Bait kata menjadi madah, SELAUT KASIHmu telah kuredah, Hingga kini tiada penyudah, Aku pasrah!
OMBAK RINDU yang dulu mengganas, Membuatkan aku sukar bernafas, Tenggelam timbul berhempas pulas, MENCARI CINTA yang dulu kulepas.
SEMUSIM RINDU telah berlalu, Kini kita telah bertemu, SATU JANJI dalam seribu, Moga termeterai di alaf yang baru.
DENDAM SEMALAM masih terasa, Luka dihati tinggal parutnya, RINDU YANG PERGI tetap setia, Adakah harapan untuk bersama?
Dengarlah hati dengarlah jiwa, MENITI MIMPI janganlah hendaknya, Satu pesanan luahan rasa, Dari si ADAM untuk si Hawa.
Diciptakan wanita sebagai isteri, Untuk lelaki bergelar suami, Ditiupkan kasih dan cinta di hati, Semoga JANGAN ADA DUSTA dan janji dimungkiri.
Sekelian kali aku bertanya, Sudikah engkau untuk terima? NAK KE TAK NAK berdebar rasa, JANGAN TIDAK-TIDAK itulah harapan yang aku damba.
HADIRNYA CINTA tanpa dipinta, Tanda kuasa Yang Maha Esa, SEREDUP KASIHMU menikam jiwa, Mengalirkan rasa yang teristimewa, CINTAMU DIHATI itulah punca.
SEHARUM KASIH mewangi di taman, KAU UNTUKKU menjadi impian, SEIRING SEJALAN berpimpin tangan, Berputik kemesraan yang diangan-angankan.
1001 PETUA dijadikan pedoman, Buat bekalan dalam kehidupan, SYURGA RUMAHTANGGA itulah harapan, Semoga berkekalan sepanjang zaman.
ASAM GARAM GULA & KOPI, Menu utama suami isteri, Istana indah megah berdiri, Di ALAF 21 segala-galanya bermula kini!
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????