Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cinta


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Cinta


"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua
tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-
kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu
beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan
cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki
hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti
menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala
kamu mencium harum mawar tersebut tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu
menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
kamu bertemu seseorang yang sangat bererti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada
akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia
sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah
silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke
dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu -
Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk
menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang
kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau
cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan
kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta
ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam
bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua
bahasa manusia dan alam , tetapi tidak
mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak
ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar
canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah
hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada
siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan
objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati
dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan
batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak
menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang
kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh
cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah
dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia
pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan
dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah
Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga
memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah
hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh
membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga
sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah
tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan
cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah
sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa
yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa pertimbangan.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard