Tiada suatu jambatan yg paling pjg dalam dunia kini yg terpaksa dilalui dalam masa setahun, apalagi 15,000 tahun atau 28,000 tahun, dan tiadalah pula suatu jambatan dalam dunia kini yg dapat dilalui dalam sekelip mata saja. Tempoh meniti Siraat atau panjang Siraat yg akan dilalui seseorang adalah bergantung kpd keimanan atau kekufuran amalan seseorang.
Terdapat 4 sumber atau tempoh masa yg dilalui manusia iaitu:
1. Menurut Al-'Allaamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab "Bahjah An-Nufuus (Syarh Al-Bukhaari: 2:27). Ada sumber bahawa Siraat itu mempunyai 7 sekatan pemeriksaan di mana setiap sekatan memakan masa 3000 tahun perjalanan, dan seandainya tertahan pada satu sekatan, maka terpaksalah menunggu 1000 tahun. Ini bererti semuanya memakan masa 28,000 tahun (jika tersekat semuanya)
2. Menurut berita menerusi Fudhail b. 'Iyaadh ialah selama 15,000 tahun (belum termasuk 7,000 tahun disekatan) iaitu: i) Mendaki selama 5,000 tahun ii)Menurun selama 5,000 tahun iii)Mendatar selama 5,000 tahun
"Fudhail b. Iyaadh berkata: Sampai berita kpd kami bahawa panjang Siraat itu ialah kadar perjalanan 15,000 tahun iaitu 5,000 tahun perjalanaan mendaki, 5,000 tahun perjalanan menurun dan 5,000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan dia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang. "(HR Ibnu 'Asaakir, Rujuk Kitab Aqiidah An-Naajiin)
3. Menurut berita menerusi Mujaahid dan Dhahhaak ialah selama 3,000 tahun (belum termasuk 7,000 tahun disekatan) iaitu: i)Mendaki selama 1,000 tahun ii)Mendatar selama 1,000 tahun iii)Menurun selama 1,000 tahun (Rujuk Bahrul Maadzi)
4. Seterusnya menurut suatu sumber lain ialah selama 21,000 tahun dimana tempoh mendaki,mendatar dan menurun masing-masing 1,000 tahun.(belum termasuk 7,000 tahun disekatan)
"Diatas Siraat itu terdapat 7 kaunter, manakala setiap kaunter memakan perjalanan 3,000 tahun, dimana ditambah lagi 1,000 tahun mendaki,1,000 tahun mendatar, dan 1,000 tahun menurun, dia lebih halus drpd rambut dan lebih tajam drpd mata pedang dan keadaannya lebih gelap drpd kegelapan malam." (Al-Hadith)
Berdasarkan sumber-sumber diatas, nyatalah bahawa terdapat perbezaan besar ttg tempoh melalui Siraat. Ini bergantung kpd keimanan dan kekufuran amalan masing-masing. Setelah dibuat perbandingan, perjalanan yg paling lama melintasi Siraat itu adalah:
Paling lama (mungkin merangkak/mengesut) 28,000 tahun ( kes 1&2) 25,000 tahun (menurut suatu riwayat) 22,000 tahun (kes 2) 10,000 tahun (kes 3)
Manakala yg paling cepat ialah sekelip mata.
(Petikan dari Bagaimana Meniti Siraat Al-Mustaqim - Abdullah Al-Qari Salleh)