Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengetahuan Am


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
Pengetahuan Am


Cuma ntuk pengetahuan am jer.... tak masuk pekse pun...!!

* Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

*Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

*Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

*Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

*Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

*Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

* Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

* Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

* Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

* Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

* Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

* Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

* Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

* Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

* Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

* Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

* Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

* Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

* Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

* Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

* Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

* Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

* Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

* Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

* Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

* Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

* Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

* Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

* Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

*Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

* Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

* Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

*Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

*Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

* Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

* Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

* Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

* Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

* Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

* Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

* Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

*Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

* Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

* Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
*Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

* Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

*Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

* Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

* Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

*Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

* Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

* Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

* Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

* Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

* Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

* Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

* Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

* KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

* Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

* Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

* Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

* Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

* Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

* Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

* Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

* Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

* Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

* Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

* Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

* Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

* Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

* Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

* Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

* Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

* Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

* Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

* Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

* Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

* Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

* Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

* Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

* Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

* Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

* Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

* Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

* Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

* Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

* Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

* Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

* Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

* Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

* Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

* Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

* Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

* Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

* Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

* Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

* Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

* Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

* Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

* Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.

* Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

* Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

* Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

* Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

* Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

* Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

* Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

* Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

* Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

* Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

* Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

* Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

* Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

* Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

best best....


tak sangka chek am ni bijak orangnya... sampai begini sekali dia mengkaji tentang kehidupan dunia...

asberionz... ko ni anak murid chek am ke?

Kenapa ko yang post PENGETAHUAN AM ni.... kenapa tak chek AM sendiri yang post pengetahuan dia ni?


apa-apa pun.. memang best

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Chekkam tu sepupu sepapat adik pade ibu sedare sebelah opah tiri pade jiran ketue kampung haku jer la encik ceo....!! Pun gitu takde la plak kene mengena ngan haku... senang bagitau bapak lain2, mak asing2 ler....!! eheh.....!!

Tgk ler, kalo hada lagi haku post ler....!!
thanx......!

__________________


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Haaa.. ni la yg aku cari. Bagus ko punya trivia ni. Tapi kan ari tu aku dh buatkan posting utk kita share trivia2 ni.. Cuba ko belek posting aku "Tahukah Korang.." kat belah2 belakang ni.. Adalah lebih afdhal kalau ko tambah je kat situ. Boleh ke? biggrin

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

encik gab... haku ada bace ko punya post tu..... kalo ko nak taruk posting nie kat situ, ko suro la encik ceo editkan... eh..!! ko pun buleh hapa.... ikut suke korang lerr....!! haku tada kesah pun...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New
York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di
dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan
sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor
Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit
semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana
ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya
kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman
saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa
petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun
sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains
kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan
yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita
semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk
menyimpulkan kepercayaan saya ini. Pertama, dengan
menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh
membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan
dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika
anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1
hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan
gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda
mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan
masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka
kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa
kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling
bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk
mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1
dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3
secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000
dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk
mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara
berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang
ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di
atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika
ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada
paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya
berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan
malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari
sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh
tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,
kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu
permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia
ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan
dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup
untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika
matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50%
kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan
jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan
terbakar.


Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4
musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari
lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan
menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika
bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh
50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang,
air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu
besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di
bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan
terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi
10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan
menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana
semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi
beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang,
karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di
dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi
akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin
tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa
dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan
akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di
mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak
ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa
kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara
kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk
menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah
menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana.
Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2
mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai
berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan
dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara,
telah menguasai elemen dan telah membentuk dan
melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada
kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah
membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang
merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan

mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah
ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai
lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil
sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa
kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan
memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya,

merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu
dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar
setiap haiwan dapat hidup benafas.
Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak
kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu
bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari
.Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma
kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk
mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda
bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada
setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan,
haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap
kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi
tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas
dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan
kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu
sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah
menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang
mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon
menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan,
akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan
berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di
mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan
mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu
tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain,
ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah
haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang
menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan
lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk
menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib
ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap
kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari
Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan -
semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam
berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan
dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu
kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun
akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja
persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal
bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di
mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air
akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika
yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya.
Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan
belut Eropah selama setahun atau lebih untuk
menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri
kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan
yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau
untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana
naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada
seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai
kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah
orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut
tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada
manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti
manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau
sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha
bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil
dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak
pada masa Darwin - keajaiban gen.
Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab
terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika
dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan
diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang
diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu,
mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya
kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan
merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah
ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri
manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun,
fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas
bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan
manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan
mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu
ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar
bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan
membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom,
terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai
dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang
berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari
mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang
sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa
mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak
terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem
pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun
lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia
sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di
Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak
dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini
telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England,
menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan,
dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha
perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah
menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata
memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas
dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini
kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan
pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan
menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan
kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa
(check and balance) telah lama wujud pada alam maya
ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan
menguasai dunia ini?
Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru
seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui
tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar,
tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan
nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu,
tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang
besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang
mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri
pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan
wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang
sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan
kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling
unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap
manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai
pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia
mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib.
Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia:
sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya
maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan
tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah
segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat
melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini
adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi
pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan
ciptaannya.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:

Kata abesterionz :

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*** patut le bob wahub dan jubin seramik tu asyik bertukar jantina je..keturunan tiram le tu gamaknya...

* Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio

*** dengar kata otak monyet tu bagus dimakan untuk kekuatan mental dan tenaga bagi lelaki. betul atau tak, itu kena tya prof riepan. yg nyata, prof riepan telah mengamalkan pengambilan makanan ini sejak berkurun dulu dan hasilnya..tuan2 dan puan2 semua tengoklah sendiri..



__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

Semua beruang kutub adalah kidal.

Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

- Einastien tak boleh bertutur dgn fasih pada watu umurnya 9 thn, sehinggakan ibu bapa mengatakan bahawa dia menipu.

- Anai2 akan memakan kayu 2 kali lebih cepat apabila mendengar lagu metal, tumbuh2an akan hidup lebih subur bila dipasangkan lagu berentak perlahan.

- Apabila bersin, jgn menutup hidung, sekiranya berbuat demikian, bola mata mungkin terkeluar...

- Coca-Cola sebenarnya berwarna hijau.

- Setiap episod Seanfield akan ada gambar superman.

- Nama pertama yg paling fofular di dunia ialah Muhammad.

- Unta mempunyai 3 selaput mata untuk melindungi dirinya daripada pasir.

- Lebih 10 000 ribu ekor burung mati akibat terlanggar tingkap.

- Dolphin tidur dgn sebelah matanya akan terbuka.

- Badan obor-obor mempunyai 95% air.

- Mata tidak akan berair apabila mengunyah gula2 getah ketika menegupas bawang.

- Mustahil manusia dapat menjilat sikunya sendiri.

- Tinggi seseorang boleh di ukur melalui panjang depanya. Saiz kasut seseorang juga boleh diukur dgn panjang antara siku hingga ke pergelangan tangan. ( tak caye korang try ler... )

- 75% daripa pembaca maklumat ini akan cuba menjilat sikunya sendiri...heh... heh... heh...!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

dengar pulak fakta ini :-

BERPUASA ADALAH SENAMAN TERBAIK UNTUK ORGAN DALAMAN KITA KHASNYA PERUT..





__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu?


huahuahua.. nappe takde orang buat sejarah mendaki gunung everest dengan menggunakan usus2 manusia ye?

huahuahua..

__________________
NGOMONG SAMA TANGAN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard