Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ketawa Di Masjid Gelapkan Suasana Kubur


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Ketawa Di Masjid Gelapkan Suasana Kubur



moga kita sama2 ambil iktibar 

Renungan: Ketawa di masjid gelapkan suasana kubur

DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan
itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.

Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu
riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka.
Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak
berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati
juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas.
Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.
Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu
ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan,
hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal
ditempuhi kelak.
Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi
yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir
bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa
had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang
berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta
menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

*Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* demikian ditegaskan
oleh Rasulullah. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki
dalam tempoh yang panjang.

Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu
pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan
lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang
ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia
oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak
menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan.*
Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi
amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira
24 jam.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak
tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.
Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh
Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan
gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Diriwayatkan bahawa Rasulullah suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan
bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda sendiri dalam
kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda
tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri, malah tidak
pernah ketawa dengan kuat.

Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka
menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan
disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin
Harits menyebut: *Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum
melebihi Rasulullah.*

Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan
tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar
sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu memohon kepada Rasulullah
untuk diberikan kepadanya sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum
terus memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf
walaupun kepada musuhnya.

Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan
berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah
berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
crycrycry


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard