Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yg meninggal dunia


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yg meninggal dunia


SESEORANG anak wajib mentaati dan berbakti kepada ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika kedua-duanya masih hidup saja?

Dalam al-Quran ada banyak ayat yang memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia.
  Menjelaskan hutang.

Islam amat menitikberatkan dalam persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak.

Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya. Jika meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya, maka tanggungjawab untuk membayarkan hutang adalah ke atas warisnya.

Semua hutang hendaklah dibayar.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : ?Telah dibawa kepada Baginda, jenazah yang berhutang. Rasulullah bertanya: Adakah mayat ini meninggalkan harta untuk membayarnya? jika ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya, maka sembahyanglah ke atasnya, jika tiada Nabi bersabda, sembahyanglah kamu ke atas sahabat kamu ini.?

Selepas pembukaan kota Makkah, Nabi bersabda: ?Aku lebih utama untuk melunaskan hutang orang yang telah meninggal dunia, sekiranya dia ada meninggalkan harta, maka dia untuk warisnya.? (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  Membayarkan zakat.

Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskannya.

Hal ini kerana zakat yang belum dibayar itu adalah hutang seseorang hamba kepada Allah.

Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, termasuk memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka.

Sabda Rasulullah daripada Ibnu Abbas bermaksud: ?Bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah, maka dia berkata: Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia ada meninggalkan sebulan puasa.?

Bersabda Nabi: ?Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab : Ya. Rasulullah bersabda: Maka hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  Mengqadakan puasa.

Waris atau anak disunatkan supaya mengqada puasa ibu bapanya yang meninggal dunia. Ia termasuk puasa Ramadan, nazar dan kaffarah.
  Membayarkan fidyah puasa.

Fidyah puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara sama ada daripada beras, gandum atau seumpamanya.

Mereka yang diwajibkan membayar fidyah puasa ialah :
  Orang sakit yang tidak akan ada harapan untuk sembuh penyakitnya.
  Orang tua yang tidak berupaya atau menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya.

Bagi yang tidak berupaya berpuasa, diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau nilai yang sama.

Firman Allah bermaksud: ?...Dan wajib ke atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.? (Surah al-Baqarah, ayat 184).


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard