Guru : Kenapa awak lambat? Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda. Guru: Papan tanda mana ? Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*- *-* -*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"? Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A" Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*- *-* -*-*-*-*- *-* Guru: Apakah formula untuk air? Sin Chan: "HIJKLMNO"!! Guru: Apa yang awak cakap tu? Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara. Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas! Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara? Kelas: Sin Chan Cikgu!
Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?" Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. ! Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan? Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia? Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!