Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah...
saya rindu la..lagipun
suami saya pergi oversea tadi.."
Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau...
nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."
Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang
cukur misai kasilicin dulu ye.. abang tahu kan saya
suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri
abang suka abang simpan
misai ni nanti dia marah plak..."
Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke
tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa
saja abang sanggup."
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar
untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya
yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat
penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur
misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke
rumahnya...isterinya sudah tidur...
Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke
tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu
meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam
kegelapan... dan berkata...
"Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami
akak balik..!!"
ishk..ishk..