Akhbar Utusan Melayu, Rabu 18hb Julai 2007 melaporkan tajuk berita "Semua Terkorban" ia itu merujuk kepada perjumpaan Helikopter TUDM yang hilang pada 13 Julai 2007. Pengertian berita itu bahawa ke enam - enam anggota TUDM itu meninggalkan dunia kerana Helikopter itu terhempas ke darat. Tetapi bila akbar Berita Harian pada tarikh yang sama melaporkan "Nuri dijumpai, 6 Terbunuh", tajuk itu menjadi persoalan bagi orang yang nak faham, ia itu Siapa Pembunuh, kerana jika anggota itu terbunuh tentu ada orang yang membunuh, adakah Helikopter itu ditembak?
Bagaimana pun kita warga negara Malaysia mesti secara bersama - sama mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan oleh anggota TUDM yang meninggalkan dunia dan kepada mereka beragama Islam, sewajarnya membacakan Al Fatihah untuk didoakan roh-roh mereka dirahmati Allah.
Betapa pun Menteri Pertahanan sudah menjawab akan sebab kemalangan itu, semua rakyat mula bertanya kenapa begitu mudah memberi alasan cuaca menyebabkan Helikopter itu terjunam. Adakah Malaysia di samping mempunyai Kapal Terbang Pejuang yang canggih dan Kapal Selam yang termoden, tidak mempunyai radar yang sofistikated di pengekalan radar TUDM di Bukit Jugra.
Berdasarkan pengakuan TUDM, helikopter hilang setelah 10minit berlepas dari Pangkalan TUDM di Sungai Besi, sudah pasti maklumat cuaca sudah dimaklumkan kepada Juruterbang atau pihak seperti Jabatan Kaji Cuaca juga boleh membantu maklumat perkembangan cuaca.
Berdasarkan gerakan SAR-Mencari dan Menyelamat gerakan mereka memakan tempoh lima hari, maka ini memberi pertunjuk bahawa kelengkapan keselamatan kita belum mencukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keselamatan negara. Jika satu helikopter yang hilang, memakan masa lima hari, bagaimana jika berlaku peperangan. Betapa pun kerajaan telah mendahului Jabatan Forensik mengatakan bahawa kematian mereka adalah pada hari kemalangan itu. Bagaimana jika terdapat anggota yang cedera dan jika disegerakan rawatan kemungkinan nyawa anggota itu diselamatkan.
Memanglah kematian itu takdir, sebagai orang Islam menerima qada dan qadar Allah tetapi jika kematian itu disengajakan, adakah itu takdir dan gada dan qadar Allah SWT. Maka kesimpulan kematian enam orang itu sama taraflah dengan kematian yang disebabkan kemalangan jalan raya atau kematian mengejut. Tetapi amatlah malang akan pembuktian cara SAR kita, terpaksa menggunakan lebih satu ribu tenaga bagi mencari satu helikopter yang hilang. Sepatutnya dengan kebanggaan punya wang yang melimpah dan ekonomi yang baik Kerajaan sewajar membayar sejauh mana kos syiling untuk pertahanan.
Semasa negara tidak di war-war negara mewah, perbelanjaan pertahanan mengambil tempat yang pertama dan di ikuti pelajaran. Semasa itu rakyat tidak pernah merungut tingginya perbelanjaan pertahanan atau keselamatan kerana sedar akan keperluan pertahanan dan keselamatan negara. Hari ini dengan jumlah wang yang dibelanjakan seperti membuang duit kelongkang dengan beberapa projek yang tidak berfaedah, belanja pertahanan sudah diabaikan.
Jika membeli senjata pun, dia menimbulkan polemik yang berpanjangan, beli kereta kebal, meriam tak boleh pakai, beli jet canggih pulangan dua orang nak naik ke bulan, beli kapal selam, ada orang ambil komisen dan tukang penterjemah di bom. Macam-macam hal berlaku. Ringkasan Kementerian Pertahanan macam membeli besi buruk, dan adakah besi-besi buruk itu yang hendak mempertahankan negara.
Peristiwa 13 Julai itu dan sebelum entah beberapa kali Helikopter Nuri itu membuat hal, ada yang jatuh, ada yang rosak dalam penerbangan dan sebagai nya. Menteri Pertahanan masih mengatakan dia sesuai dipakai. Mungkin tanpa membuat tuduhan atau juga menyebarkan fitnah, eloklah Menteri Pertahanan mengarahkan TUDM membuat kajian terperinci, bukannya menyiasat dari mula "take off" dan kemudian jatuh terhempas tetapi sebaliknya setiap "detail" menjurus kepada kejuruteraan Helikopter itu termasuk senarai-senarai alat gantinya yang pernah digunakan oleh Helikopter itu.
Khabarnya alat ganti Helikopter tersebut bukan dibeli terus dari pembuat atau pengilangnya atau pun syarikat yang diberikan lesen sebagai menjual alat ganti itu tetapi dari satu syarikat yang tidak punyai apa-apa kemahiran teknikal tentang Helikopter, kenapa jika masih ada lagi 20 unit helikopter itu pihak Kementerian Pertahanan tidak membeli alat ganti secara terus dan tempoh hampir 38 tahun helikopter itu dipakai sudah berapa banyak jurutera TUDM dihantar menyambung pelajaran dan latihan di kilang pembuatnya.
Rakyat berhak mengetahui akan soal jaminan pertahanan negaranya, jika insiden Nuri terhempas memakan masa lima hari mencarinya, maka bagaimana dengan jutaan ringgit dibelanjakan dengan satelit yang dilancarkan oleh Maxis dengan wang kerajaan itu. Apa yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Pertahanan, adakah mereka makan tidur?
Sudahlah rakyat Malaysia merasa sedih atas kematian dua juruterbang itu dan kerugian yang kerajaan tanggung. Dalam keadaan keluarga anggota dalam berdebar menunggu Operasi SAR, Menteri Pertahanan tidak melawat ke tempat itu, jauh sekali Imamnya Besarnya Abdullah Hj Ahmad yang nak melaksanakan Islam yang ada had dan ada hari memang jenis orang yang tidak peduli soal rakyat sebaliknya boleh bersuka ria dengan mendengar lagu-lagu orkestra RTM di kediamannya dan kemudian pergi bercuti secara diam-diam. Agaknya ini pengajaran Islam Hadhari, bila rakyat banjir kamu lari, jika ada Anggota Tentera kamu kemalangan yang belum ada jawaban, kamu pergilah bercuti dengan bini baru kamu. Ma'syalllah.
Apa pun, Kementerian Pertahanan mestilah membetulkan semula format penerbangan Helikopter Nurinya, kesemua "chek list" dibacakan satu persatu sebelum pesawat diterbangkan, keadaan cuaca mestilah dipastikan dulu selamat untuk penerbangan. Kelengkapan pakaian juruterbang dan krew mestilah setanding dengan keadaan juruterbang pejuang yang moden lengkap dengan GPRS nya. Biarlah kita berbelanja jutaan ringgit untuk menyelamatkan nyawa anggota tentera kita yang tidak mati berperang sebaliknya dibunuh oleh kecuaian kita semua. Begitu juga kesihatan juruterbang mesti dipantau setiap masa dan juruterbang wanita yang uzur tidak dibenarkan menerbangkan pesawat sama sekali.
Kementerian Pertahanan sewajarnya, walau pun tidak digalakkan di dalam Islam, setiap kubur-kubur perwira yang terkorban dalam tugas diberikan batu nisan percuma dengan lambang angkatan tentera Malaysia dan nyatakan sebab kematiannya, semoga orang yang menziarahi kubur akan mengetahui bahawa dalam kawasan kubur ada dikebumikan seorang Pahlawan. Telah tibanya masanya Kementeriannya memberi bantuan kewangan tanpa pinjaman kepada anak-anak Pahlawan satu masa nanti ada yang berjaya dalam Pelajarannya termasuk keutamaan masuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM.
Amirshah: Mengucapkan takziah kepada anggota TUDM yang terkorban kemalangan helikopter tersebut. Kalau TUDM memperingati Pahlawan yang terkorban ini sesuailah nama yang terkorban disenaraikan di Muzium TUDM.
Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari beberapa sumber akhbar dan internet. Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri:
1969 - Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban 1976 - Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempasdi Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh. 1980 - Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban. 1981 - Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera. 1981 - Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera. 1989 - Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang terkorban. 1989 - Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan,Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan. 1989 - Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban. 1996 - Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan MukaHead, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggotaTUDM hilang. 1997 - 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban. 2004 - Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera. 2004 - Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan,Sarawak. 3 anggota TUDM terkorban, 7 cedera. 2006 - Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka.
-- Edited by Amirshah at 15:26, 2007-07-20
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????