1. KETIKA berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
2. Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
3. Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
4. Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
5.Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
6.Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "Tak nak!Tak nak!"
7. Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
8. Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
9. Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terimakasih kepadanya dengan poteng kelas.
10. Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
11. Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.
12. Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.
13. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
14. Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
15. Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
16. Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.
17. Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.
18. Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
19. Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
20. Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata, ".. itu bukan urusan ibu."
21. Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "Saya tak mahu jadi seperti ibu".
22. Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.."Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuuu!"
23. Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "Ibuuuu, tooolonglahhh.."
24. Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
25. Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "...itu dulu, sekarang zaman moden."
26. Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, "Kami sibuk, tak ada masa nak datang".
27. Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukkan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
28. Dan kemudian suati hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika dia telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.
-- Edited by Amirshah at 15:22, 2007-07-20
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Cuma yg no.24 je yg aku buat. Itu pun sebab aku kena ikut somi. Puncanyer ibu yg suh aku kawin. Kesimpulanyer aku anak yg baik.
Eh! ros, nape nangis ni. ko ni ibu yg derhaka ke. Tgk tu anak ko comot mcm beruang afrika. Insaf la ros, jgn sampai anak ko kurus mcm lidi br ko nk kasi mkn.