Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dengarlah sayang


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Dengarlah sayang


Percubaan melanjutkan hubungan kita makin hari semakin tercabar dan teruji. Hidup saya semakin hari semakin resah gelisah kerana saya tidak mampu berada dalam keadaan serba salah mahupun berasa berdosa mengabaikan tanggung jawap saya terhadap mereka mereka yang saya sayangi mahupun yang membuat hati saya pilu dan lesu.

Awak selalu saja persoalan kewibawaan saya seolah olah saya seorang yang tidak beretika dan tidak bertanggung jawap. Sedih bila diri ini diperlakukan sedemikian seolah olah kejujuran itu tiada dalam kamus realiti hidup saya. Walau apa pun tuduhan awak, saya tetap menerimanya walaupun pilu memikirkan bahawa keikhlasan ini selalu di curigai. Apa lagi daya saya selain berserah kepada ketentuan serta pertunjuknya.

Saya rela menerima musibah dari setiap tindakan saya dan rela awak berlalu dari hidup saya seandainya itu takdirnya mahupun sekiranya itu yang awak mahukan walaupun saya masih dan sangat memerlukan awak terutama di kala ini yang mana tekanan kehidupan saya lebih tercabar dan amat menyulitkan saya membuat satu keputusan yang tepat.

Saya tidak pernah menyangka perkenalan kita sampai jadi begitu rapat sehingga sukar hati saya melepaskan diri awak. Saya banyak merahsiakan perkara perkara dari awak tertutama yang melibatkan tugasan saya kerana ianya satu amanah yang mesti saya pikul dengan sebaik mungkin agar tiada orang yang terluka dalam hubungan ini tapi saya tetap jujur dengan perkara perkara yang melibat hati dan perasaan kerana ianya milik atau hak saya menguruskan saperti mana yang ingin dan telah saya tunjolkan.

Saya tahu sukar bagi awak menerima kenyataan bahawa saya dapat menyayangi mereka mereka yang singgah dalam hidup saya sama rata tanpa sifat prejudis tetapi dalam menyayangi mereka mereka iniakan ada yang saya dapat luahkan hati saya dan ada yang saya dapat luahkan masaalah saya. Lain orang lain keistimewaannya dan kelemahannya, saya tidak salahkan awak seandainya wassangka terhadap saya kerana tu adalah lumrah sifat manusia yang punya sifat ingin tahu mengenai segala atau kebanyakkan isihati mereka mereka yang di sayangi.

Untuk awak tidak merasakan hati awak dipermainkan maka saya akan buat pengakuan terbuka agar hati awak yakin akan keikhlasan saya agar tiada lagi curiga dihati awak

Sesunguhnya saya, memberi pengakuan ini dengan keikhlasan hati bahwasanya saya menyayangi diri awak . tanpa selindung mahupun untuk maksud atau tujuan yang tidak baik . Percayalah.dan terimalah saya seadanya kerana saya insan biasa yang tidak terlepas dari titik titik noda mahupun kekurangan saperti insan insan biasa yang lain. I love you sayang..


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard