kenapa ada orang bila buat salah tak nak mengaku salah,tapi menyalahkan orang yang menyebabkan dia buat salah?
kenapa ada orang yang tak mahu bertanggungjawab pada orang lain dengan alasan,apa yang berlaku kat orang itu adalah tanggungjawab orang itu sehingga perkara itu berlaku?
kenapa orang itu beralasan,kalau orang tu tak rela,perkara itu takkan terjadi,kenapa mesti bagi alasan untuk melepaskan diri?
kenapa orang mesti nak protect dan support apa-apa kepunyaan miliknya tapi merosakkan kepunyaan milik orang?
kenapa orang tak mahu mengaku salah tapi salahkan orang apa yang dia telah buat kat orang?
kenapa orang tak mahu mengaku kalah atau megalah walau apa yang dia kata tu tak betul?
kenapa ada orang siksa jiwa raga orang dengan alasan sekurangnya orang yang dia siksa pernah rasa bahagia walau sekejap?
bagaimana jika semua yang dia buat kat orang kena kat batang hidung dia? kena kat anak dia? kena kat pasangan hidup dia? mesti dia melenting dan ambil tindakankan?
kenapa tak kata..."maafkan saya,atas ketelanjuran saya,sehingga menyebabkan awak jadi begini,saya akui,ini adalah salah dan silap saya,saya memang tak patut buat awak begini,saya rasa amat sedih dan kesal dengan kesan perbuatan saya terhadap awak,maafkanlah,kalau awak tak mahu maafkan saya,biarlah Tuhan hukum sahaja saya!"
cinta platonik. Cinta jenis ini tak menciptakan dosa syahwat. Sebab tak ada kedekatan secara fisik sama sekali. Cinta ini seperti cinta seorang pendaki pada gunung. Ia tak perlu memiliki apapun yang berada di gunung sebagai tanda serah terima cinta. Betapapun indahnya pegunungan saat kabut turun perlahan. Namun tak pernah bisa segenggam kabut puncak gunung, di bawa serta turun menuju kaki gunung.
di mana unsur-unsur rasa ketertarikan secara seksual tidak terdapat,
Ada cinta platonik; Cinta kasih tanpa nafsu, cinta pengorbanan yang berkorban .
Platonik.Apa itu platonik?Maksud platonik yang aku fahami ialah,hubungan persahabatan di antara lelaki dan perempuan yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta.Berkongsi segala rahsia,bercerita apa sahaja,sentiasa bersama berdua.Memang ada,cuma payah nak kita temui sebab kita sendiri tahu,bila lelaki dan perempuan bersahabat dengan sangat rapat,biasanya salah seorang daripadanya tak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya.
Aku ada seorang teman yang terbabit dalam platonik.Tak ada rasa apa-apakah di hati,itu soalan aku kepada dia.Jawapannya yang diberikan pada aku cukup jelas."Tak wujud perasaan tu,susah nak tukar perasaan itu menjadi cinta,sebab dah tertulis dalam hati - sahabat karib."Kalau suatu hari nanti bertukar,macam mana pula?Aku soal lagi.Sengaja nak menguji.Dia senyum tapi riak wajahnya masih tenang."Kalau itu dah takdir,apa nak dikatakan lagi.Cuma rasa macam tak seronok plak.Sebab dah terbiasa sebagai sahabat,then tetiba je tukar status.Mesti rasa janggal sangat."
Tiada langsungkah perasaan cinta?Mungkin juga tiada - jika persahabatan itu teramatlah suci.Sejak dari mula telah tersemat di dalam hati yang dia hanya sahabat.Tidak lebih dari itu.Dan 'treatment' yang diberikan adalah layanan seorang sahabat kepada sahabat.Kadangkala kita terlupa,persahabatan antara lelaki dan perempuan,jika kena caranya,akan lebih bertahan lama berbanding menjalin hubungan cinta.
Itu salah satu alasan mengapa mereka yang terlibat dalam platonik,akan menolak untuk menukar status mereka daripada sahabat menjadi kekasih.Bimbang bila mula bercinta,ada kelakuan yang perlu dibataskan,ada perkataan yang perlu ditapis,ada rahsia yang perlu disimpan hanya untuk menjaga hati pasangan.Sikap terbuka atau berterus-terang dalam persahabatan dan percintaan ada perbezaannya.Fikirkanlah.
Tetapi,tidaklah pelik jika ada juga platonik yang menjadi cinta.Bukan sesuatu yang mustahil,kerana gelojak di hati siapalah yang dapat menahan.Hubungan itu akan menjadi lebih bermakna,kerana sudah saling faham-memahami antara satu sama lain.Keserasian sudah wujud sejak sekian lama.
-- Edited by Amirshah at 01:43, 2007-07-21
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????