Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:
POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.


POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.


Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita  serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami.  Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi". Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." 


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing. 


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 


Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.



__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard