Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Si Tanggang moden lebih dahsyat


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Si Tanggang moden lebih dahsyat


KISAH si Tanggang cerita lama, namun sepatutnya diulangkan untuk ingatan. Manusia sering lupa sebab itu Allah berfirman yang maksudnya: Hendaklah kamu saling ingat-mengingati kerana sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.

Cerita si Tanggang ini adalah peringatan bukan hanya kepada anak remaja yang sepatutnya menghormati dan menghargai jasa ibu bapa tetapi juga kepada ibu bapa bagaimana seharusnya mendidik anak supaya menjadi anak soleh dan solehah.

Si Tanggang datang daripada keluarga yang sangat miskin. Akibat tekanan kemiskinan dia keluar kampung untuk merantau dan berkat kesabaran dia berjaya mengumpul harta, akhirnya berkahwin dengan puteri raja.

Apabila pulang ke kampung, bukan saja tidak mengaku ibu yang mengandung dan membesarkannya tetapi dia memukul dan menghalau, malah memalukan ibunya di depan pengikut bawahannya.

Siapalah yang tidak terasa dan terguris hati dengan tindakan seperti itu. Berdoalah sang ibu. Akhirnya datanglah pembalasan dan ketentuan Tuhan, lalu si Tanggang menjadi batu. Sudah menjadi batu, tamatlah riwayat anak yang derhaka.

Dunia berputar dan sejarah sering kali berulang. Hari ini kita lihat ramai si Tanggang moden berkeliaran dalam masyarakat, malah lebih jahat daripada dipaparkan sejarah.

Iman adalah benteng yang kukuh dalam membendung kelahiran anak derhaka. Boleh jadi kisah si Tanggang dulu kerana miskin lalu dia merantau.

Berhijrah untuk mencari kesenangan memang dituntut. Miskin iman lebih berbahaya daripada miskin harta. Boleh jadi kerana kurang didikan agama daripada ibunyalah menyebabkan dia hilang arah dalam mengumpul harta.

Harta adalah wasilah iaitu alat bukannya matlamat. Lantaran harta menjadi matlamatlah menyebabkan dia lupa jasa ibunya.

Jika harta menjadi alat, dia akan menjadikannya sebagai cara berbakti pada ibunya. Begitu juga perkahwinan adalah alat untuk taat kepada Allah.

Allah menghalalkan pernikahan demi melengkapi pengabdian hamba. Tetapi sekiranya perkahwinan sudah menjadi matlamat, bukan saja ibu dilupakan malah dengan Allah pun sanggup derhaka.

Ilmu adalah kompas hidup yang memandu apa patut dilakukan dan yang tidak patut dilakukan.

Oleh kerana si Tanggang tidak mempunyai ilmu dalam menguruskan kekayaan, begitulah akhirnya harta dimiliki menjadi fitnah, memakan diri sehinggakan ibunya menjadi mangsa.

Ibu bapa sepatutnya memahami proses mendidik anak supaya menjadi cerdik. Tetapi lebih penting ialah tahu mendidik anak menjadi baik dan soleh.

Hari ini ramai si Tanggang moden yang lupa diri apabila sudah mempunyai harta. Malah, ada yang lupa diri, lupa juga cara hendak mendapatkan harta dengan jalan baik.

Si Tanggang moden sanggup memberi dan menerima rasuah, menipu sana-sini, mengugut, malah rela menghalalkan cara demi menjadi kaya.

Kerana berkahwin dengan anak raja yang kaya dan cantik dia malu hendak mengaku ibunya yang tua dan compang-camping pakaiannya.

Si Tanggang moden sekarang lagi dahsyat, tidak boleh tengok gadis berdahi licin mesti dipetiknya, tidak kira anak orang, tunang orang atau isteri siapa sekalipun, malah yang penting baginya dapat gadis itu.

Halal baginya belakang kira. Sudah tidak ingat kampung lagi.

Ibu si Tanggang dulu dipukul dan dihalau turun dari perahu tetapi kini si Tanggang moden bukan saja memukul, malah menghalau ke rumah orang tua. Ada pula dibunuh dek kerana beberapa ringgit saja.

Malang sungguh si Tanggang moden. Jika si Tanggang dulu disumpah menjadi batu, habis dan tamatlah riwayat, malah segala kejahatan beku bersama batu tetapi si Tanggang moden terus hidup malah menjawat pelbagai jawatan di sektor awam dan korporat.

Bukan itu saja, si Tanggang moden sudah melahirkan anak yang mewarisi kederhakaan, menjadi remaja yang menagih, Black Metal, antihadis dan seribu satu kejahatan lagi. Baik anak remaja, ibu bapa, atuk nenek, sama-samalah kita renungkan fenomena ini dan membendungnya.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard