Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Konflik rumah tangga Rahmat atau sengketa?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Konflik rumah tangga Rahmat atau sengketa?


Usah mengadu pihak ketiga


Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai.

Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat

Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham.
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.


DEMIKIAN indahnya lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, penuh bermakna buat pasangan suami isteri, malah memberi panduan berguna dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga.

Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh pelbagai dugaan berumah tangga.

Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Malah, sesetengahnya sanggup mengeluarkan perkataan kesat, maki hamun, mengungkit dan membaling pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Pertelingkahan atau konflik rumah tangga semakin menjadi-jadi, malah berpanjangan dari semasa ke semasa jika pasangan terbabit tidak mencapai kata sepakat dan persefahaman, apa lagi jika saling menunjukkan keegoan.

Konflik datang tanpa diundang dan kadang-kadang langsung tidak terfikir pasangan terbabit. Apakah konflik itu suatu malapetaka kepada rumah tangga atau mempunyai rahmat tersirat?

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan terbabit kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit.

Justeru, ada ketika perkara kecil boleh jadi besar. Kata-kata ringkas boleh memilukan pasangan yang mendengar, katanya.

Apabila berlaku pertelingkahan, katanya, pasangan dinasihatkan tidak mengadu kepada orang lain, bagi mengelak konflik bertambah teruk.

Mengadulah pada Allah, cepat-cepat bertaubat pada Allah. Begitu juga, apabila bertelingkah kerana orang ketiga, jangan mengadu kepada orang lain, bersemukalah suami isteri. Jika tidak selesai, rujuk pakar kaunseling, katanya.

Beliau berkata, apabila menerima musibah pasangan terbabit kena bersabar dan jangan berfikiran negatif.

Jangan fikir Allah tak suka aku sebab beri musibah. Jika berpandangan sedemikian, ini menunjukkan sikap berputus asa, sedangkan dalam agama dilarang berputus asa. Mungkin bergaduh sedikit membawa kebaikan.

Setiap pasangan kena berfikiran positif, jangan berprasangka buruk apabila berlaku pertelingkahan. Ingatlah, dalam berumah tangga, musuh utama ialah iblis, katanya.

Menurutnya, umat Islam dilarang memikirkan bukan-bukan apabila berlaku konflik rumah tangga, sama ada terhadap jiran, keluarga mentua atau sial kepada objek tertentu seperti apabila memasuki rumah baru dan sebagainya.

Tidak boleh mempunyai buruk sangka dan percaya kepada benda yang tidak sepatutnya. Kita kena kembali pada Islam, katanya.

Beliau berkata, golongan bujang jangan berfikiran negatif seperti takut kepada konflik sehingga sengaja melewatkan berkahwin atau tidak mahu berkahwin, sedangkan ia fitrah semula jadi.

Kalau tak mahu kahwin kerana takut konflik tak betul.

Sabar ada tiga, dalam ibadat, menerima musibah dan melakukan maksiat. Apabila berlaku pertelingkahan atau musibah, kita kena bersabar, katanya, yang berpengalaman menyelesaikan banyak kes rumah tangga pasangan Muslim.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata Islam mempunyai pandangan tersendiri mengenai konflik rumah tangga, walaupun secara umumnya setiap konflik dalam rumah tangga itu perlu dijauhi.

Bagaimanapun, perlu difahami konflik adalah sebahagian ujian Allah dalam kehidupan berumah tangga.

Ujian Allah tidak lain untuk menguji iman manusia, katanya.

Konflik sesuatu yang perlu dihadapi setiap pasangan berumah tangga, cuma bezanya kecil atau besar kes terbabit dan kebijaksanaan pasangan berkenaan mengendalikannya.

Sama ada konflik itu memberi kesan positif atau negatif bergantung pada cara seseorang itu mengendali dan menanganinya.

Contohnya hujan, jika mampu ditampung akan menjadi tasik atau kolam, tidak berlakulah banjir, katanya.

Menurutnya, kesan positif konflik rumah tangga ialah mengerat, mengukuh dan memantapkan hubungan suami isteri, manakala kesan negatif, antaranya merenggang, melemah dan melonggarkan ikatan rumah tangga.

Beliau memetik kenyataan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bahawa perkahwinan itu satu mujahadah, iaitu dalam mentadbir keluarga, mentarbiyah pasangan dan anak-anak, berusaha membentuk mereka, menasihati ke jalan agama, mencari pendapatan halal dan penebus dosa.

Jika kita lihat semua ujian ini akan menjanjikan pahala dan kebaikan yang amat besar.

Itulah ujian dan latihan bagi rohani untuk menjadi orang yang reda, pemurah, sabar, ikhlas, penyayang dan bertakwa.

Menjadi fitrah bagi manusia untuk meningkatkan darjat dirinya berusaha menghadapi setiap konflik ini, katanya.

Beliau berkata, setiap konflik bukan semata-mata malapetaka yang akan menghancurkan sistem keluarga.

Tetapi perlulah kita bersabar dan menanganinya dengan kebijaksanaan dan ketakwaan. Ia adalah ujian dari Allah, katanya.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

ko copy pest je mmg r senang. Cuba ko kena tulis satu2. Eh! JELATANG tu menatang apa ekk.. member aku kata, jelatang tu sejenis kumbang. betul ke.


__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

aku tgk tajuk td aku ingatkan cte pasal ruang gossip2 konflik umah tangga penyanyi rahmat tu.. rupe nye bkn.. cehhhh.. x dpt la aku nk bergossip2 di ptg yg mulia nih..

jelatang tu jelatang padi..adik bongsu jelapang padi.. ape laaa tu pon xtau..


__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Woi kaktusbulu, ko pehal nyebok pulak kat bilik bersalin nih hah?

Syohh...syohh...Ko tu kan andartu..mane boleh terbabas masuk sini. Dah, bagi aku yg bergelar tunangan org ni bg sedikit pendapatan..

Alah bai..takat citer teori boleh la. Meh join our club meh..Tau la ko kelak bila dah buat latihan amali sendirik..Kalau pinggan mangkuk tak bersepai kat dahi ko tu, itu kira dah besar rahmat sangat la dah tu..



__________________

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

Ganas n sadiz sungguh si rose nie....
pinggan mangkuk pun boleh bersepai kat dahi ....
dasakkkkkkkkkkkkkkkkkk.......



__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

layari dulu bahtera nyer,br tau di lambung ombak atau tak,yg belum kawin blum rasa lg keadaan nyer....

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard