Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: rahsia kusyuk dalam solat


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
rahsia kusyuk dalam solat


Cara mendapat solat yang Khusyuk

1.menjaga makan minum yang bersih lagi halal dan menjauhi yang subhat.
2.membanyakkan sedekah terutama kepada fakir miskin.
3.jangan menahan qada hajat.
4.menyempurnakan wudhu dan meratakan air pada setiap anggota wudhu.Membaca
doa ketika berwudhu pada setiap anggota.
5.memakai pakaian yang bersih dan kemas serta haruman yang diharuskan.


6.solat diawal waktu.
7.tiada objek dihadapan tempat solat.
8.banyak mengingati mati.
9.menyedari hakikat bahawa ia sedang solat menyembah bersujud kehadrat ALLAH
swt yang maha agung.
10.menyemai rasa takut dan redah diri terhadap ALLAH yang maha berkuasa yang
mampu melakukan apa saja keatas dirinya yang lemah tak berdaya.
11.memahami bacaan dalam solat dan menghayatinya.
12.sebelum memulakan solat dahulukan dengan surah-surah an-Nas , selawat
keatas nabi , istighfar dan bacaan-bacaan untuk menjauhi gangguan syaitan.
13.menumpukan seluruh hati dan perasaan didalam solat.
14.memusatkan ingatan hanya untuk solat.
15.pastikan tiada gangguan ditempat solat.
16.tidak berpaling kekiri atau kanan.


BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT :

Rasulullah saw ada memberitahu ganjaran manusia yang menjaga solat lima waktu.
-terhindar dari kesempitan hidup.
-terselamat dari seksa kubur.
-diberi kitab amal melalui tangan kanan diakhirat kelak.
-berjalan di atas sirat seperti kilat.
-masuk syurga tanpa hisab.

Bagi yang meremehkan solat , akan dihukum dengan limabelas seksaan.Ketika di dunia :
1-tercabut berkat umurnya.
2-tiada tanda soleh diwajahnya.
3-amalan-amalan lain yang tidak disertai solat tidak mendapat pahala.
4-doanya tidak diangkat kelangit.
5-tidak mendapat pahala doa dari orang-orang soleh yang berdoa untuk kaum muslimin.

Ketika mati :
1-mati ia dalam kehinaan.
2-mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3-mati dalam keadaan dahaga yang teramat sangat.Jika diberi minum air sebanyak
seluruh lautan di dunia ini pun masih tidak dapat menghilangkan dahaganya.

Ketika didalam kubur :
1-disempitkan kuburnya sehingga hancur luluh tulang temulang rusuknya.
2-dinyalakan api dalam kuburnya dan bergelumanglah ia dengan api neraka siang
malam sehingga hari akhirat.
3-didatangkan ular syuja yang berkeadaan buta dan kukunya dari besi yang
mana panjang setiap kuku mengambil masa perjalanan sehari.


Ketika hari akhirat :
1-diberatkan hisabnya.
2-ALLAH swt sangat murka kepadanya.
3-masuk ia kedalam api neraka.
3-terputus ia dari rahmat ALLAH diakhirat kelak.

DOSA-DOSA MENINGGALKAN SOLAT.
Meninggalkan solat bererti memisahkan iman kepada kufur.

1.meninggalkan satu fardhu dari solat subuh :
ALLAH swt akan mencampakkan nya ke dalam neraka selama enam puluh tahun.
2.meninggalkan satu fardhu dari solat zuhur:
dosanya sama seperti ia membunuh 1000 orang umat Islam yang tidak berdosa.
3.meninggalkan satu fardhu dari solat asar :
dosanya sama seperti ia meruntuhkan Kaabah yang mulia.
4.meninggalkan satu fardhu dari solat maghrib :
berat dosanya sama seperti seolah-olah ia berzina dengan ibunya ( bagi laki-
laki ) dan seolah-olah berzina dengan bapanya ( bagi yang perempuan ).
5.meninggalkan satu fardhu dari solat isyak :
ALLAH swt tidak meredhai ia tinggal hidup dimuka bumi ALLAH ini.


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Ya Allah.....Ya Rahman.....Ya Rahim........Ya Lattif......keinginan ku begitulah.....mendapat ketenangan yg abadi.....namun perjalanan yg hendak di tempuh amat payah bg aku.......beri lah aku kekuatan seperti para2 sahabat Rasullulah......utk mentasdiq kan Mu Ya Allah.......utk mengijtihat kan hati ku terhadap Mu Ya Allah.....di dalam Istiqomah

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard