Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cerita lama(solat asar dulu)


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
cerita lama(solat asar dulu)


"elok-elok la sikit," kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad
tersenyum
memandang isterinya
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia
lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik
kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata
kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih
kurang
empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang.
Begitu juga dengan isterinya,Julia. "Tak sabar rasanya nak
tiba
kat kampung," Ahmad berkata dalam hati
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin
lama
keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah
tak
sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak
ditekannya
lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok
kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad
masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia
terjaga dari tidurnya.
&nb! sp;"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita
sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju
sangat
bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya
memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad
setelah
berjaya memotong bas ekspres tadi
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa... ."
Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai.Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan...
di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan...
.. BANG!!.
"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang
Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak?
Liza, Linda ... .mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia menangis
semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus
menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun
malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak
dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!
Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih
keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "
Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum
dipelempang
oleh ibu anda.biggrin


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

??

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 74
Date:

ceh mimpi rupanya......tebaik dr ladang lahhhhhhhhh

__________________
don carleons


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

betul2 wat aku saspen awal2..................
gua kena beb.............

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard