1. Soalan: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika
dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan
serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam
mulutnya.
2. Soalan: Seseorang yang mengalami keadaan air liur
yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan,
adakah batal puasanya?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang
dari mulut tidak datang dari rongganya.
3. Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan
dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia
berpuasa?
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki
daripada Allah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud
"Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa
maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah
rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya".
4. Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban
sedangkan hati seseorang tidak berat sangka bahawa
esoknya masuk Ramadhan?
Jawapan: Tidak sah niat tersebut.
5. Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang
mengandung atau perempuan yang menyusukan anak
membatalkan puasanya?
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua
sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan
dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan
anak bukan dirinya, wajib qada' dan fidyah sekadar 1
cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak
wajib qadha' sahaja.
6. Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah
diqadha puasa untuknya?
Jawapan: Tidak boleh diqadhakan puasa kepada orang
yang masih hidup.
7. Soalan: Apakah hukum bersahur?
Jawapan: Hukumnya sunat.
8. Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka
bila tiba waktunya?
Jawapan: Sah puasa tapi di galakkan mempercepatkan
berbuka bila tiba waktu berbuka.
9. Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan
bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan
yang lain?
Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di
bulan Ramadhan adalah berganda.
10. Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana
bersalin?
Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin
itu ada darah nifas dan wajib qadha' pada bulan-bulan
yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu
tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa
kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha' pada
bulan-bulan yang lain.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????