Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Rakyat 3


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:
Cerita Rakyat 3


Assalamualaikum.....

pe kabor adik2 smua.....arap2 posa penuh jgn tingggal2 kan.....nnti syurga pun tinggal2 kan kita.....pastu neraka lak say come-on my dear....ngeri tu....

Kalu sapa2 dah tau ceta ni pls ignore or else......give a goooood comments on it.

MANA BARANG YANG 'FREE'?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan. Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.  Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.  Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!

ANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.  Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)......hik....hik.....hik.....

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.  Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?
 Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
 Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
 Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
 Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
 Doktor: ???
P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...

SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk memberitahu suatu masalah.
 "Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
 "Saya tahu,"jawab doktor.
 "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari  semua orang yang ada di rumah."
 "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
 "Dia telah mencium pembantu rumah kami."
 "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin. "
 "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
 "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
 "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
 "Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

SIAPA DI LUAR?
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
 "Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.
 "Saya Malaikat Maut!"
 "Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang."





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

betul la..betul la..akupun dah dijangkiti virus lembam fikiran tu hingga tak mampu memikirkan pada pelayaran keberapakah kapten hook tu meninggalkan isterinye...

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

gayah wrote:

betul la..betul la..akupun dah dijangkiti virus lembam fikiran tu hingga tak mampu memikirkan pada pelayaran keberapakah kapten hook tu meninggalkan isterinye...



gayah setahu abg zul..... gayah bukan dijangkiti virus lembam fikiran
tapi virus otak lembat....fenomena ini terjadi disebabkan retina mata gayah terlalu banyak menerima cahaya biru dan menyebabkan biasan cahaya dalam kornia mata . perkara ini akan menyebabkan penyebaran cahaya putih didalam dinding retina mata dan terus dihantar ke madulus abelogata untuk di taksir oleh otak. bila otak gayah tidak dapat kenal pasti data tersebut gayah akan jadi org terancat akal .

(kesian gayah kerana kena virus cam tu.... tapi tubuh gayah tetap ok cuma otak jer problem)



__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

mana abg ZUI tau tubuh gayah ok??

dh tumbuh bintik2 ni...dah mula mengembang di bahagian depan...rambutpun dah banyak yg gugur dan matapun dah mula kelabu...bibir pulak asyik kering jeks...lututpun dah mula sakit2..dah pegi klinik..doktor Gab zimbabwe kata ni effek dari overdose makan lemang yang banyak santan...ye la asyik berbuka lemang je tiap2 hari...pulut tu penyebab lemah badan ek..

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

En. Gayah, adalah lebih bagus klu en gayah pegi amek semayang dan buat amal ibadat banyak2. kerana segala simtom d atas adalah tanda2 en gayah dh nk meninggal dunia.



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Innalillah.....tul ke si gayah ni nak meninggal dunia.........ari tu nampak sihat jeerr....siap bleh baca pandua sblum mengadkan hubungan ........... "

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard